Thursday, December 30, 2010

Top 3 Most Viewed Entry For 2010 (Untuk Blog Ni Lah)

Nampaknya lagi sehari tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Cepat betul lah masa berlalu. Rasa baru je macam semalam tengok bunga api dekat bilik sempena New Year 2010. Sekarang dah nak 2011 dah. Haishhh. Bagi aku New Year maksudnya semester baru akan bermula. Aigoooo~~ Baru nak sedap2 makan free kat rumah lepas ni kenalah lah jalan kaki 20 minit semata2 nak pergi cafe. Yosh!! Azam baru tahun ini ialah pergi cafe yang lebih dekat. Jangan jadi choosy sangat. Tapi cafe yang jauh tu ada gerai air yang teh ais dia fulamak boleh menyebabkan ketagihan berpanjangan lepas tu murah pulak tu. Seringgit sebungkus weh! Gerenti guna susu tin bukan sekadar mengharap gula semata2 MACAM KEBANYAKKAN KEDAI! So macam mana nak apply azam baru nih? Dilemma, dilemma...

Just leave that problem tu me, sekarang meh kita ke topik yang sebenar. Ehem! Ehem! Sebelum aku mengumumkan entry yang paling hangat tahun ini (Ada ke yang kisah? Tapi peduli apa aku nak bagi tau jugak). Total entry yang berjaya dipublishkan oleh blog ini sepanjang tahun 2010 adalah sebanyak 205 buah entry!! Gila banyak! Kalau macam ni lah buat latihan masa SPM dulu mesti confirm BM A1!! Oh wait BM memang dah dapat A, apa yang tak dapat A ek? Owh! Mat Tam. S*it!

Ok. ok this is the top 3 most viewed entry for this year. Actually starting from May. Budget konon dah setahun lah padahal belum cukup lagi. Tapi kan orang kata lagi bagus kalau kita membundarkan angka kepada yang lebih dekat (?) So kita mulakan dengan tangga ke tiga! Siap bertangga dah!

#3 Gelusil, Tagamet & Buscapon (143 views)

Ni bukan entry Mari Belajar Bahasa Perancis ye. Budak2 medic mesti tau. Ni entry pasal aku kena Gastrik sampai nak termuntah2 dekat toilet pagi2 buta. Lepas tu dapat lah hadiah daripada doktor. Haru nak makan!!




Beberapa bulan selepas entry ini : Alhamdulilah! Tu lah serangan gastrik terakhir yang aku dapat tahun.  Maybe cara pemakanan aku dah stabil kut. Hah! Percaya lah apa yang aku tulis tu. Padahal aku rasa makin teruk adalah. Kalau boleh sumbat lah apa yang ada. Tak mau aku dapat lagi. Perit gila. Lebih rela lompat bintang dekat padang selama sejam berturut2 daripada dapat lagi benda nih. Insaf, insaf mengenangkannya semula. Baiklah! Tambah azam tahun baru lagi. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman". Apakah??

#2 Aku Pun Reti Ikat Tali Kasut!! (156 views)

Oooo entry ni. Disebabkan dulu aku reti ikat satu jenis style je. So mulalah timbul satu kesedaran dalam diri nak buat entry pasal ni. Konon2 dapat lah belajar cara teknik baru kan. Tapi bila baca balik entry haishh. Soooo awkward! Ayat macam childish betul! Malu betul baca balik. This is why aku tak suka betul ungkit entry2 lama. Rasa macam nak lempang diri laju2 je.




Beberapa bulan selepas entry nih : Haram satu apa pun teknik pun tak belajo. - -". Tu lah manusia Mula2 punya hu ha huha. Lepas tu apa pun tadak. So tambah lagi azam baru iaitu belajar at least satu cara ikatan kasut yang stylo!

Jeng jeng jeng! Dan entry yang paling popular untuk tahun ini ialah!!!!!

#1 Tips Menghilangkan Double Chin (491 views. Perghhhh!)

Uwawawa! Entry paling glamer nih. Tak sanga betul aku ramai betul Malaysian actually search pasal benda nih. Tu buktinya ramai orang Malaysia mempunyai dagu lapis. - -". owh ya. Kalau korang search tips ni dekat google. Entry ni akan keluar dekat nombor satu!! *riak sekejap*. So thanks everyone for making this happened!. Wakaka.


Beberapa bulan selepas entry ini : Tips ni betul2 berkesan sebenarnya. Double chin dah semakin berkurangan!!  Tak tipoooo weh!

Maka berakhirlah carta top 3 entry paling popular tahun ini. Owh ya by the way lagi satu entry yang paling banyak komen sekali ialah entry

Ni yang nak selalu letak gambar sendiri nih!! - -". Btw bila lah nak capai cita2 nak dapat 30 komen sekaligus. I wish!!

Last from not least selamat menyambut Tahun Baru 2011 in advance! Semaga segala azam dan harapan anda akan tercapai tahun ini! But remember not all revolutions and dreams will come true without any effort from your ownself. =D


*Statistik yang diberikan di dalam entry ini adalah berdasarkan statistik daripada blogspot ini sendiri. Harap maklum.

Tuesday, December 28, 2010

Review | Tron : Legacy

Hari ni aku nak bagitau yang aku ada buat something yang berfaedah sedikit selain daripada asyik ulang-ulang-ulang-ulang main DotA dan tak pernah pun even menang sekali dalam Normal Mode. And no no no. I will not use the cheat codes. Kena menang dengan penuh integriti!! Dan yang paling penting sekali "Don't use any laser ok?". *Tiba2* Hah! Bercakap pasal LASER. Memang ada kait2 dengan movie yang baru aku tengok  ni. Yes! Btw menonton wayang adalah something berfaedah according to my own terms of definition. Cool right? (Selain daripada membazir 10 hinggit dan menambahkan kalori lemak dengan meng'order' set combo besar pop corn)

May I present to you....

Tron!!!

Wow! *Terdiam beberapa ketika* 

Ehem! Maksud aku ialah yang ini

Tron : Legacy!!!

Much better.

Bukti pembelian.

Cerita dia macam ni sebenarnya. Sam (lelaki dalam poster) kehilangan ayah dia secara tiba2. Bukan mati tau! Tapi lesap macam gitu tu. Tak tau lah kawin lari ke apa. Still menjadi misteri sehingga lah 20 tahun kemudian kawan baik ayah si Sam ni dapat mesej dekat pager dia daripada kedai arked lama ayah si Sam. Terus lah dia bagi tau dekat si Sam dan suruh dia siasat apa patut. Mula2 si Sam ni ego lah tunjuk macho bagai kata mustahil bapak dia still hidup. Blah blah blah. Tapi manusia lah kan. Cakap je lebih. Last2 pergi siasat jugak. - -"

Lepas dia dah sampai kat kedai tu terjumpa lah pulak satu bilik rahsia ni. Dalam bilik rahsia tu ada macam satu machine lama apa kebenda ntah. Jadi si Sam ni taip lah something programming yang aku pun apa pun rtak paham dekat machine tu and tada!!! terus ada dekat dunia lain. Ya dunia yang penuh dengan LASER. Nak dijadikan cerita rupa2nya ayah si Sam ni yang cipta dunia tu dimana dihuni oleh semua programs yang bernyawa! Wow! Creepy! Lepas tu apa lagi kena tangkap lah si Sam ni dengan program2 ni dan dipaksa berlawan dekat gelanggang macam ala2 gladiator macam tuh. Tengah macam dah nak kalah macam tu muncul lah wanita bernama Quarro datang selamatkan. Pergh!! Sebelum tu nak cakap bila lah. Bila ada jumpa bilik rahsia apa ke jangan lah korang mengada2 nak masuk!! 

Salah satu gamenya ialah menghapuskan pihak lawan dengan menggunakan motor. Bunuh! Bunuh! Bunuh! - -"

Rupa2nya lagi si Q ni apprentice bapak si Sam! Kebetulan betul! So berjumpa lah anak beranak yang terpisah lama ni. Jadi bermula lah dari situ misi cuba untuk mengeluarkan diri daripada dunia tersebut. Ehem! Dimana tak semudah begitu sahaja. Sebab ada lah nanti watak2 jahat muncul. Berjaya kah mereka mengeluarkan diri daripada dunia tersebut?? Tengok lah sendiri. Kalau aku cerita panjang2 pun bukan ada yang baca!

So overall aku bagi moovie ni


Sebenarnya aku agak kagum lah dengan kesan CGI dia. Memang mantap lah. Lagi2 ada certain things that is beyond my imagination. Contoh lah kan dengan hanya satu silinder kecil akan transform menjadi motosikal yang cool atau sebuah jet pejuang yang super laju. Convenient betul! Lagi2 kalau ko dah lambat ke kelas ko just lompat aje dari tingkat 2 lepas tu masa dekat awang-awangan terus jadi jet pejuang. Amazing right?? So guys memang tak bazir duit tengok. Kepada parents pulak sila bawak anak2 tengok ye. Supaya dapat membentuk minda yang inovatif dan kreatif. I meant it!

P/s : Jangan risau! Tidak akan buta mata anda kalau tengok movie ni walaupun ada banyak laser dalamnya! Gerenti!!

Friday, December 24, 2010

Waktu Kecik Dulu Memang Suci Betul Muka!

Yet again bila dah tak de apa2 nak buat mula lah berkelakuan pelik. Lagi2 tengah Christmas eve ni. Sepatutnya aku kena balut hadiah untuk guest yang datang nanti! - -". Ok mengada! Bukan apa semalam tengah selongkar2 almari terjumpa satu album gambar. Eh? Apasal bila naik cuti2 je mula lah nak selongkar barang bagai. Almari ke laci ke semua ko selongkar. Ni tebiat orang bercuti ke?

Ok ok back to album gambar yang aku jumpa tu. Rupanya album gambar tu aku punya. Baru teringat aku letak dalam almari. Dekat celah2 lipatan baju. Apa kes bubuh situ? Baru teringat yang sebenarnya nak sorok dari orang ramai sebab dalam tu banyak gila gambar lama2 yang ehem! ehem! agak kelakar untuk menjadi tatapan umum. Lagi satu sebab takut hilang. Precious tu! Padahal motif ko lebih kepada yang sebab pertama. - -"

Bila dah tengok gambar2 lama mula lah gelak sorang tiba2. Padahal yang ko gelak tu muka sendiri. Kelakar tak? LOL!. Bukan apa lawak tengok gambar masa kanak2 dahulu. Sungguh pure, suci, bersih, murni daripada sebarangan kekejaman dunia. Wakakaka. Gila metaphor! 

Tak sangka aku masa kecik2 dulu aku ni agak camwhore jugak jenisnya ek. Bila dah dewasa (skema gila)  ini je yang malu alah nak nak tangkap gambar. Bila nak amik gambar je mula lah buat pose "pokok kayu". Tak de style lain. Maaf ke"camwhore"an aku telah disedut bila dah besar. Memang tak reti.

Dan aku perasan something masa kecik. Beside having plumpy cheeks. - -". Aku (versi kanak2) suka betul senyum ala2 satu garisan tanpa nampak sebatang gigi pun. Which is mostly sama macam dengan actor korea senyum sekarang nih! Wow! Sah2 lah aku ni trendsetter sebab aku dah buat lebih awal2 lagik!

Ni motor zaman dahulu kala ni. Antik weh!2 LOL! See I told you. Suka betul budak ni senyum style macam tuh!

Sekarang buat comparison style senyum macam tu dengan mamat korea nih.

GILA SAMA!!!!!!!!
Ok ok lupakan idealogi aku yang yet again asyik2 nak mengaitkan dengan celebrity aje. Aku nak tunjuk kat korang satu2 nya gambar yang aku ada time dekat sekolah rendah. Al maklum lah dulu mana reti guna camera2 ni. Kalau nak tangkap kat sekolah pun cikgu je lah  menjadi harapan2 murid2 yang naif ni. Lepas tu jual seringgit sekeping!! Gila ceqik darah!

Nampak tak kesucian yang terpancar diwajah kanak2 ini? WAKAKAKA. Kelakar!!

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi cukup lah dua tu. Yang lain tu kalau datang hidayah bila2 masa aku tunjuk lah. Which is I doubt it will happen again. =P

Wednesday, December 22, 2010

Hari Ni Aku Rajin So Aku Buat Spaghetti

Fuyoo tajuk gila hebat. Konon ko tu Top Chef senang aje nak pergi dapur buat itu semua ye. Nak buat spagetti senang aje sebenarnya. Ko rebus aje lah spaghetti tu je. Tada! Siap! Sebenarnya nak buat sos dia tu je yang problemnya sekarang. Ko reti buat? Aku tak reti weh! Mana ko nak cari herba macam oregano dengan basil? Tengok pun tak pernah! Lagi ko pergi pasar malam, ada jual? Tidak ado!!

Btw pernah tak makan Spaghetti Bolognise dekat Pizza Hut? Aku suka betul! Yang kuah2 merah tu. Yummy!! Yang kuah2 putih tu aku tak gemar sangat. Sebab rasa dia plain. So macam mana nak buat sedap macam Pizza Hut buat tuh ek?? Ke memang lumrah alam kalau beli aje kat kedai mesti sedap tapi kalau buat sendiri kucing pun tak lalu makan. 

Tapi tapi have no worries masalah membuat sos spaghetti telah berjaya diselesaikan selepas terlihat iklan di TV sebulan yang lepas. So apa lagi pergi supermarket beli lah bendanya! Gila rajin aku. Dah jadi macam Rachel Ray pulak buat2 benda gini. 

"Nak buat apa dengan Lidi tuh??". Tu lah ayah aku cakap bila nampak aku pengang benda ni. Ayahanda ayahanda kenapa buat lawak di petang hari?LOL!
Inilah bahan rahsia yang aku katakan...

Prego!! Gila senang ada benda nih! Tapi masa tengok harga. Fuyooo! Boleh menyebabkan pitam berpanjangan. Tapi memandangkan teringin nak buat sendiri beli lah satu. Lepas ni tak nak dah beli. - -"
Mula2 macam biasa rebus lah spaghetti tu. Entah lah for the first timer buat. Naik 15 minit rebus pun tak lembut2 jugak. What the hell! Ni betul2 lidi apa? Tapi ada lah rupa spaghetti jugak lepas dah tapis apa bagai.

Ehem! Terasa macam. Wow! Ko ni takde lah reti makan aje!!
Finally waktu yang ditunggu2 telah tiba iaitu meletakkan sos buatan sendiri Prego diatas spaghetti tersebut! Sebelum tu panaskan lah sos tu dulu. Tak de lah dia sejuk kejang.

TADA!!!

Pergghhhhhhh!!! Sejibik macam dalam TV weh!!!! Tiba2 keyakinan diri meningkat!
Rasa dia ok lah not bad. Boleh lah dok ulang kalau memang dah kebulur semacam. Tapi tapi... Kenapa Pizza Hut punya lagi sedap???

Nota Tambahan : Kalau nak lagi mantap bubuh lah MeatBall. Jadi ia akan menjadi Spaghetti biasa kepada Spaghetti Bolognise!! Gila ajaib! Tapi memandangkan takde benda2 bolong2 ni kat umah aku so aku buat yang biasa sahaja. (Menangis Rachel Ray tengok aku  buat nih!!)

Banyak Betul Aktiviti Sejak Akhir-Akhir Ni

Aku buat apa dalam 2 hari ni sampai tak update blog??? Mesti banyak sangat aktiviti yang aku buat sampaikan penat nak taip apa2 entry pun. TEEEEETTTT!!!! Salah bebeno! My life is not like popular elit socialite macam a.k.a cucu Hilton nak pergi pelbagai function, awards bagai apa. So there is nothing to blog about. Tu aje sebab sebenarnya.

Tapi orang kata kalau nak jadi blogger terkenal (LOL!) ko kena update selalu baru traffic naik. Bila traffic naik semua orang akan mula bercerita pasal ko. BERANGAN! Bagi aku lah lebih baik aku tak update daripada buat sebarang entry merepek. Ceh! Konon lah entry aku bagus. Padahal... LOL!

Dulu masa duk hidung berhingus lagi dalam dunia blogging. Memang traffic lah dok asyik kejar setiap hari. Last2 diri sendiri penat. Yelah dok setiap hari mengejar. LOL! (Banyaknya LOL! Sindrom LOL apa!) Sekarang berblogging sebab apa?? Senang je. Aku berblogging sebab aku suka membebel2 dalam tulisan(apakah?). In reality aku tak de lah peramah bagai macam ni. Lagi2 kalau strangers. Sah2 lah ko tanya sepatah aku jawab setengah patah. Tak reti aku nak berbual2 nih. Hahaha. Tapi kalau dah kenal rapat. You wish you don't know me. Pot pet pot pet. LOL! Tapi po pet po pet yang berinformatif lah. - -"

Jadi kembali ke persoalan pertama tadi. Buat apa 2 hari ni? Pergi kenduri kahwin ke? Majlis bertunang ke? Majlis khatam Al-Quran ke? Lagipun tu ajelah majlis2 sosial yang ada kat kampung. What do you expect? Ada dance party dekat Dewan Orang Ramai? LOL! Mau kena serang satu kampung. Kalau ada pun aku tak pergi lah. Berdosa tau tak! Fuyoooo! Padahal basic majlis kenduri pun tak pergi. Ni bukan sosialis tapi antisosialis. Yelah nanti aku try pergi sebuah. Lagipun dah lama tak makan lauk ayam masak merah dengan air sirap cair. (Makan aje!)

So basically ni je yang aku dok buat setiap hari

Menjadi datuk bandar di Cityville. Thanks to Cero. Ko dah bagi aku addict main - -". Jadi jiran aku cepat!!

Menyambut Krismas di Pet Society

Membuka restoran mewah basically orang tua ganyut yang selalu datang

Kena kejar dengan raksasa berbontot tebal dalam Tomb Raider

Dan cuba menghabiskan novel yang brilliant ini, sampaikan rasa nak stop belajar nak jadi symbolist expert.



Jadi macam mana? Interesting tak hidup aku?? Meh aku tolong jawabkan sekali dengan perasaan bangga. 

"YES IT IS!!"

Sunday, December 19, 2010

Aktiviti Pada Hari Minggu : Membuat Kraft Tangan

Disebabkan aku ni seorang ulat buku. (ulat lah sangat). Maka hari ni tergerak hati aku nak buat sejenis kraft tangan. Ya! Hasil seni ini amat berguna bagi semua book maniacs diluar sana. Yang baca magazine pun boleh kut. Seperti korang tahu kalau kita tengah baca buku atau novel yang ketebalan dia mengalahkan buku contoh karangan SPM maka wajiblah kita akan melipat dibahagian kertas yang kita nak stop tu. Nak bagi tanda lah tu kononnya. Kalau tidak jenuh nak mencari bila nak sambung balik baca. 

Tapi ada juga yang guna cara lain. Ya! Iaitu dengan menggunakan...

Bookmarks!


Aku tak guna bookmarks sebab BUAT APA KO NAK BELI BENDA ALAH TU KALAU KO BOLEH BUAT SENDIRI??!!! Bazir 2 hinggit setengah just for a printed paper?? Tapi adatlah manusia. Cakap aje lebih tapi tak buat pun. Last2 ko kelepet je kertas buku tuh. - -"

Memandang mostly buku aku beli sejak akhir2 ni ehem! ehem! mencecah berpuluhan hinggit. Agak sayang lah nak kelepet2 kertas buku tu. (Sejak bila aku menghargai barang nih?). Maka marilah kita bersama2 membuat bookmarks sendiri!!!

Aku ada jumpa satu bookmarks ni kat satu blog. Smart gila!!! Berbeza dengan tipikal bookmarks yang kita tengok sekarang nih.

Bookmarks 'Kucing The Cat'
Oh ya ni aku amik dari blog Conteng-Conteng. Sepatutnya bookmark ni diberi percuma kepada siapa2 yang  beli "Conteng-Conteng Edisi Buku". Memang smart lah buku dia. Kreatif betul! Tapi malangnya dah habis dijual!! Tapi kalau korang still nak tengok2 buku tu macam mana boleh klik SINI.

Lepas ter"inspired" tengok bookmark macam tu. Terus rasa membuak2 nak buat sama macam tu satu! Terus pergi kedai beli barang2 yang diperlukan.

Nampak tak gam warna biru tuh! Still ada jual lagi weh!! Gila! Teringat masa kecik2 buat pendidikan seni guna gam macam tu lah. Mana ada guna gam dalam botol2 macam sekarang. Btw tak payah lah aku kenalkan benda2 tu satu2. Korang mesti tau kan. Bukan ada rempah apa bagai pun.
Mula2 potong 3-4 kertas yang sama saiz ya. Aku potong2 banyak2 ni supaya nak bagi bookmarks tu tebal. Tak de lah bila ko letak dalam bag ganas2 last2 kepala dia hilang!

Lepas tu lukis lah gambar haiwan apa2 yg korang nak.  Aku lukis kucing je lah. Sebab yang lain tak reti aku nak buat. Ni pun amik setengah jam nak buat - -"
  
Lepas tu pekatkan garisan2 yang dilukis dengan menggunakan pen berwarna. Kalau korang kreatif gila boleh lah kaler apa2 yang patut. Bagi nampak cun sikit. Aku punya kosong je. Sebab takde stok warna.

Ok! Lepas dah siap proses mewarna! Gam lah ketiga2 kertas yang dipotong tadi. Bagi tebal! Lepas dah siap. Gunting ikut garisan2 gambar tu. AMARAN: Dapatkan pertolongan ibubapa sebab gunting adalah tajam!
Tada! Setelah selesai dipotong. Fuyooo! Smart gila!! Miahaha. 
Tengok! Jimat beberapa hinggit kalau buat sendiri. Udalah lah cantik lagi kreatif pulak tu. Siyes akan menimbulkan persaan hasad dengki kalau baca depan public! Kalau dah siap apa lagi. Jom2 try.


Cara lama iatu mengepek kertas. Sungguh membosankan disamping merossakkan kualiti kertas! LOL!

Fuyoo! Unik dan bergaya!!

Ni Martha Stewart tengok ni sah2 menangis!! Siap jemput jadi tetamu kat show dia. Wakakaka.

Saturday, December 18, 2010

It's Been A While...

Hari ni masa tengah punggah laci, aku terjumpa lukisan ni dalam sebuah buku nota lama.



Dah lama rasanya tak melukis. A couple of years maybe....

Friday, December 17, 2010

Saya Nak Tahu! #2 | Apa Nak Buat Kalau Nampak Orang Kena Sawan/Seizure!!

Akhirnya entry informatif dan diminati ramai ini kembali semula dengan episode kedua!! LOL! Bagi yang terlepas episod pertama boleh klik link ini!


Ya! Seperti yang korang tengok pada tajuk kita kali ini ia lebih menjurus ke arah bidang perubatan. Bukan apa. Aku bangkitkan hal ni sebab semalam, tengah happy2 nak ke supermarket (nak beli stok makanan) tiba2 korang bayangkan lah depan bijik mata ko tiba2 ada orang terbaring menggelupur!!! Tengok dia punya simptom2 sah2 sawan (Epileptic Seizure). Disebabkan aku langsung tak tau nak buat apa tambahan lagi diserang panik " I do nothing". Kecewa dengan diri sendiri. Tapi nasib baiklah sebelum tu ada seorang pakcik ni datang tengok2 kan. 

Tapi apa yang aku terkilan sikit bila tengok ada lah beberapa orang nampak insiden tu lepas tu boleh siap lintas lagi sambil tengok mamat tu macam tak de pa pe . Kesian gila aku tengok. Ok ok lah maybe diorang pun tak tau nak buat apa sebab tu buat macam tu kan?

Maka ini adalah persoalan untuk entry kali ini :

Apa kita nak buat kalau nampak seseorang diserang Eliptic Seizure!!!!

Basically ini yang perlu kita buat :

1. Bertenang
Jangan lah pulak bila nampak orang kena seizure ko pun menggelupur sekali! Ya ya aku tau bila nampak orang tengah seizure macam agak menakutkan sikit. Perkara tu sebenarnya normal sebab kita tak nampak benda tu setiap hari. So bawak2 lah banyak bertenang.

2. Kawal Keadaan
Kalau boleh jauhkan orang tu dari sebarang objek keras, tajam atau panas. Ini untuk mengelakkan kecederaan. Senang cerita kalau korang degil jugak biarkan dia pegang benda2 macam tu jadi lah macam ni.

 Source
Dah faham sekarang?  Oh ya! kalau dia pakai tie longgarkan tie tu ataupun apa2 kain yang terlilit kat leher time tu. Maklum kan sekarang kan fashion dah macam2. Ada lilit mafela lah apa la. - -"

3. Pusingkan badan ke bahagian tepi selepas seizure reda


Source


Kita buat macam ni supaya nanti senang nak keluarkan air liur yang berlebihan dalam mulut dan secara tak langsung akan melancarkan proses pernafasan orang tersebut.
Tambahan : Kalau seizure tu berlarutan sehingga lebih daripada 5 minit! Cepat dapatkan bantuan perubatan profesional. Tu ada something wrong dah tu!

4. Respons
Lepas semua dah kembali kepada asal. Cakap baik2 dengan orang tu. Terangkan apa yang berlaku, sebab basically orang yang kena benda ni tak perasan pun diorang kena seizure. Sedar2 je dah rasa penat. Jangan lah pulak ko maki hamun dia kang tak pasal2 tambah lagi penyakit baru.

Done!! Itu aje perkara2 yang perlu kita buat in case kalau kita terpaksa berhadapan dengan situasi ni. Simple dimple aje kan. Tak lah susah mana pun. Buat CPR lagi susah rasanya sebab kena kira bagai.

Sebelum tu korang pernah dengar tak benda ni?

Cik A : "Uit! Tau tak orang2 tua kata kalau orang kena sawan kita kena letak something dekat dalam mulut dia tau. Kala tak nanti dia gigit lidah tu sampai putus!!!!!! Scary nya!!"

- Aku pun pernah dengar jugak benda2 macam ni. Tapi sebenarnya kita TAK BOLEH langsung letak apa2 dalam mulut mangsa. Tak kira lah ubat ke apa2 jenis cecair ke. Sebab nanti ia akan menyebabkan mangsa tercekik atau lebih serius lagi menyebabkan kecederaan pada rahang, lidah dan gigi. So kepada Cik A apa yang awak dengar tu adalah mitos sebenar.

Diharap info2 ini dapat membantu anda semua. Sekarang aku tahu nak buat apa! =D

Home Sweet Home

Finally berakhir jugak perjalanan pulang ke kampung! Walaupun mula2 aku terkejut sebab ada 2 budak kecil yang naik sama trip dengan aku. Selalunya sorang je! Dan korang mesti tahu apa akan terjadi kalau ada budak kecik naik bas? Yes! Double trouble! Tapi kali ni hurmmm.. No sound at all!! What a nice babies!! Macam ni lah aku suka!

Which one more attractive?? LOL!
Ni nak mengadu sikit nih. Tau tak aku annoying betul lah masa time nak beli tiket balik tadi. Sebelum sampai kat kaunter tiket, mak aih! Aku agak mau sedozen orang tanya "Dik nak pergi mana dik?" Lepas tu kalau aku tak jawab mula lah dia buat muka. Lagi best dia boleh pulak sindir2 kat situ. Eh eh! Apahal mamat nih? Tau lah ko nak dapat komisen lebih tapi tak payah lah nak sindir2 bagai. Ish! Nasib baik aku ni penyabar kalau tidak habis walkie talkie tu aku sumbat dalam mulut. 

Fuyoo! First time aku mengadu secara ringkas dan padat. Kalau tidak mau 3-4 perenggan bebel benda yang sama. Ok2 mari beralih ke topik yang lain. Jom tengok gambar2 yang aku sediakan. Cewah macam lah banyak ko tangkap padahal 2 aje.

Daripada "Concrete Jungle"


WZulhilmi sekarang berada di

The Real Jungle! LOL!

Tak de lah. Kampung aku tak de lah duduk dalam hutan banat macam ni. Ni gambar aku tangkap masa tengah perjalanan. Time tu pulak hujan. Konon2 "Uit cantik ni kalau tangkap gambar!" Padahal ko tak sedar ko guna kamera handphone murah je.  Last2 hasilnya macam.... T___T

Wednesday, December 15, 2010

Giveaway Edy: Terbang Jauh-Jauh

Bak kata pepatah English "Be careful what your wish for". Disebabkan hari ni mood nak masuk contest/giveaway datang membuak2. Mula lah mulut tu ringan aje buat pengumuman rasmi macam rela je masuk semua benda bagai. Last2 Pang!!! Amik ko kena tag join giveaway! Uwawawawa!

Padahal berkoyan2 lagi tag tak berjawab. Tu lah siapa suruh  selamba badak ko kata "Padahal tak de siapa pun tag" dekat last entry. Last2 jadi ayat sumpahan. *bunyi petir*

Ok ok tak guna menyesali perbuatan yang lepas. Marilah kita berfikiran positif dan menuju ke hadapan. Tag giveaway kali ini datangnya DARI MISS FAY NANA YANG BAIK HATI LAGI BUDIMAN. << Apa kes Caps lock??

Giveaway kali ni ialah: GiveAway Terbang Jauh-Jauh daripada Encik Edy! Owh ya untuk makluman Encik Edy anda sungguh bertuah ye. Sebab bukan senang WZulhilmi nak masuk contest/giveaway bagai ni. Sebab dah pulih dari trauma lah aku berani masuk giveaway ni. So sila bagi saya menang kalau tak nak bagi trauma balik. LOL!

Fuyooo! Abstract gila header! Macam mana nak buat daripada ayat jadi muka orang!
Hadiah giveaway dia pulak, fulamak. Dari luar negara tuh! Ni hadiah yang aku paling berkenan sekali antara ketiga2 hadiah yang dia offer tu.


Bukan dompet syiling tu lah! Ish korang ni! Buang tebiat apa? Nak buat apa? Beli sayur? LOL! Tengok bahagian kiri tu. Ya. ya Key Chain itu. Nampak tak kemahalannya? Siap timbul2 lagi corak dia. So kalau dapat satu memang aku gantung kat beg lepas kalau naik bas ke apa ke nanti aku hanyun lah sikit bag supaya semua orang nampak aku ada key chain dari BEIJING CHINA!! *Petanda awal riak. Sah2 lah ko tak dapat*

Btw pemenag yang akan dapat bukan seorang malah 30 orang!! So chances untuk menang agak besar untuk semua orang. But different in my case. T___T. I'm not a lucky kinda guy. *kembali ceria*. So siapa2 yang nak masuk, simple pimple sahaja. Just buat satu entry pasal giveaway ini. That's all. Tak perlu buat cerita ke, slogan ke, apa ke just one nice entry. Easy peasy right? Even ko nak tulis simple satu rangkap pun boleh. Cuma aku je yang macam, terlebih excited buat panjang2.

Selepas itu aku kena lah tag sorang ye. Treng teng teng!


Tu dia! Ni blogger terkenal nih! Entah nak masuk ke idak. Maklum lah tag dari blog picisan je. Mana perasan. =P

P/s : Encik Edy kalau dah start buat cabutan bertuah tu tulis lah at least nama aku dalam 5-6 kertas ye. So kebarangkalian nak naik nama tu tinggi lah sikit. *Tambah lagi faktor tak menang. Banyak songeh*  

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Hari ni tiba2 ada mood nak masuk contest. Dulu punya lah beriya cakap dah tak nak masuk contest dah. Bukan apa sebab aku tau mestilah wajib aku tak akan menang apa2. Tu yang trauma sekejap. Tapi sekarang dah pulih sikit. Boleh lah join apa patut. Tapi yang ni memang confirm aku tak harap apa2 dah. Sekadar untuk memeriahkan suasana. Hehehe (Tengok2 malam kang siap buat solat hajat bagai!) 

So Miss Ain Zulaikha! Anda sungguh bertuah kerana bukan senang ye WZulhilmi nak masuk sebarang contest. Selalunya asyik nak mengelak aje. (padahal takde sape pun tag). So ini adalah banner contest tersebut.


Ni pulak adalah cara2 penyertaanya. Ingat aku suka2 hati bubuh. Kang tak bubuh tak valid pulak penyertaan. Last2 ko bertepuk sebelah tangan aje lah jawabnya.



Fuyooo!! Siap ada 4 gambar props lagik! Memang betul2 nak menguji kekreatipan nih. Ok ok mula2 ambik mood dulu dengan dengar lagu Katy Perry (?). Ok done. Mari mulakan!!!

________________

Sebut aje nama Ain Zulaikha mesti semua orang kenal. Lagi2 dekat kawasan koloni perumahan tempat tinggalnya. Dia terkenal dengan signature fashion nya yang tersendiri iaitu pemakaian tudung berwarna pink. Memang jarang lah nak nampak Ain Zulaikha pakai tudung berwarna lain. Baginya pemakaian tudung pink akan menyerlahkan keyakinan dan keayuan seorang wanita. 

Ya! kepopulariti Ain Zulaikha semakin meningkat apabila dia telah terpilih menyertai kelompok "The Elite Society". Dimana kelompok ini hanya terdiri daripada golongan remaja yang berada dan kebanyakkan ibu bapa mereka mempunyai profession yang berstatus tinggi. Tidak hairanlah mengapa Ain Zulaikha berjaya memasuki kelompok tersebut kerana bapanya mempunyai rangkaian hotel di seluruh dunia dan ibunya adalah seorang fashion designer busana muslimah yang terkenal especially di Timur Tengah. 

Tetapi itu semua hanyalah 2 tahun yang lepas kerana dia telah dipecat daripada kelompok tersebut kerana telah terkantoi gambarnya tersebar di dalam Internet sedang memakan Set A KFC Jom Jimat di Restoran KFC! 

Ini telah melanggar peraturan  kelompok tersebut iaitu 

Peraturan 3 : Semua ahli rasmi dilarang makan sebarang makanan di restoran yang berstatus rendah seperti KFC, Mcdonalds, Pizza Hut dan yang mempunyai set kombo bernilai RM10 ke bawah.
Semasa penjurian sedang dilakukan sekali lagi Ain Zulaikha telah dikantoikan kerana telah menggunakan handphone buatan dari China.


Hakim : Apakah model handphone jenama errrrr Blogwalking ini buat dalam handbag kamu? Mana iPhone kamu?? Dan kenapa button 0 handphone ni  berada disebelah kiri??? Bukan ke sepatutnya berada di tengah2 button * dan #. Sah2 ni AP set! And you SHARED CREDIT!!!! Sungguh memalukan!

Ain Zulaikha tahu bahawa dia telah disabotaj. Siapa lagi kalau bukan Siti Gaga dan sekutunya. Mereka memang dari awal2 lagi tidak menyukai kemasukan dia dalam kelompok ini.

Hakim : Hurmm. Dan saya juga dapat tahu yang awak lah juga orang yang membuat usul penukaran tempat perjumpaan mingguan kelompok ini dari Starbucks ke KFC!!! Disgusting! Ini semua mengarut! Dengan ini secara sah anda dilucut daripada memegang sebarang jawatan rasmi dan keahlian anda akan digantung selama 10 tahun bermula dari hari ini!

Ain Zulaikha tidak mampu berkata apa2. Ini kerana segala usahanya untuk menukar lokasi perjumpaan sejak setengah tahun yang menjadi sia2. Dia ingin mengubah pemikiran semua ahli2 kelompok ini bahawa makanan yang murah juga adalah sedap!! Malah lebih baik daripada sesetengah restoran bertaraf 5 bintang!! namun semua itu berakhir hari ini.  

Ain Zulaikha terus dimalukan oleh pihak council dengan menghantarnya pulang dengan menggunakan perkhidmatan teksi. Ain Zulaikha tidak kisah kerana dia sudah biasa menggunakan teksi. Dia selalu berfikir orang yang berduit tak semestinya harus menggunakan kenderaan mewah. Malangnya pemandu teksi itu telah diupah oleh Siti Gaga untuk memaki Ain Zulaikha disepanjang perjalanan. Sehingga kucing pun naik hairan melihat tingkah laku pak cik tersebut yang terlebih2 memaki Ain Zulaikha. " Mesti upah lebih ni. Tu yang bising semacam. Ingat aku kisah ke! Baik aku makan ayam lagi best. Miahahhaa"

Add caption

Dan seperti biasa, setiap minggu Ain Zulaikha pasti akan selalu lepak2 di KFC. Namun hari itu adalah hari yang berbeza sekali kerana terdapat sekumpulan remaja sedang asyik berbual di suatu sudut yang lain. Pada mulanya Ain Zulaikha tidak mempedulikan itu semua namun semuanya berubah apabila dia ternampak salah seorang daripada mereka memakai kot pink. Sudahlah memakai pakaian warna kegemarannya tapi wajahnya juga persis muka pelakon Korea kegemaraannya. "This is totally my man!!" kata Ain Zulaikha (wakakaka!! Sorry2 aku tergelak pulak. Ok ok sambung2)  


Ain Zulaikha tahu kot tersebut bukan kot yang murah. Itu adalah buatan Giorgio Armani!! Ain Zulaikha segera mendekati sekumpulan remaja tersebut.

AZ          : Are you guys new here, in this town??
Zackhary : Tak lah. Kitaorang dah lama duduk sini. 
AZ          : Kenapa tak pernah nampak pun?
Zachkary : Most of us baru je balik dari overseas. Tapi our parents memang stay sini. By the way this is my sis Ana, my friend Kamil, Safwan dan Tika! 
AZ           : MIAHAHAH! I'm Ain Zalikha. Tapi saya nak tanya sikit. Kenapa you guys lepak kat sini? Owh! Jangan salah faham! Bukan ke selalunya lepak kat Starbucks?
Zachkary  : Eh? Ok apa kat sini? Dah lah banyak menu yang sedap2. Murah pulak tu. Hahaha. Basically dekat Starbucks tu mana ada ayam goreng Hot and Spicy? Tak semestinya tempat murah, makanan dia tak sedap. Kita orang memang suka lah KFC!

Dari ayat yang diucapkan dari Zackhry tulah Ain Zulaikha tahu bahawa dia sekarang bakal mempunyai sekutu yang berpotensi. 

"Jikalau kita tidak dapat ubah kelompok yang sedia ada. Kita bina kelompok yang baru!!"


THE END! 

_________________

Gila panjang aku tulis nih weh! Aku pun tak sedar. Kalau kaki merepek memang nombor satu! LOL! Btw aku kena tunjuk hadiah dia kalau tak again tak valid lah ko punya penyertaan. Huh!

Dapat hadiah cerpen paling hampeh pun jadi lah. Lupa pulak. Aku join ni just suka2 je.
Lupa pulak nak tag!Kikki.. Orang yang bertuah ialah!

Syira Si Itik Kejam
Fay Nana
Cero

Yang lain aku tag contest lain. Ni tengah mood berkontest nih!

Tuesday, December 14, 2010

Saya Nak Tahu! #1 | Apa Kimchi Tu Yang Sebenarnya?

Right now, aku nak cerita pasal sejenis makanan (duh!). Ok lah tu. 2 entry yang lepas langsung tak sebut pun pasal benda ni. So dah balance kan? Sebenarnya macam ni benda ni dah mengganggu pemikiran aku beberapa bulan lepas. Asyik berteka-teki je. WHAT KIMCHI REALLY IS???



Yup, aku tau lah ia sejenis makanan. Tapi dia buat daripada apa?? Ye, ye aku tau ada yang kata. "Eh Google lah! Kan sonang!" Tapi setiap kali bila aku dah mengadap laptop tak teringat pulak aku nak search pasal info benda ni pulak. Dasar manusia yang lemah pasti akan selalu lupa. 

Jadi ini adalah diantara persoalan aku pasal hidangan tersebut :

1. Apa benda lah yang dok berjuntai2 tuh! Curios betul aku! Siyes first time tengok rasa geli pulak. Mula pikir bukan2. Tu sengungut sotong ke!!! Yikes!
2. Yang salut merah dekat berjuntai2 tu apa lah pulak? Serbuk cili Baba's ke? Ke memang cili or something else?

Maka wujud lah program National Geographic Channel versi Startsruck (Edisi Bahasa Malaysia) yang akan merungkai persoalan2 misteri ini. Miahahah. Gila informatif!

Seperti yang korang tahu especially peminat kipas susah beno nak mati Kpop/Kdrama, makanan ini berasal daripada Korea! Bila aku sebut Korea ia tertakhluk kepada Utara dan Selatan. Sebab aku tahu persepsi masyarakat mesti dok pikir. Kalau sebut Korea aje, mesti dok terbayang2 sekumpulan remaja mengedik di pentas or drama2 di kelilingi salji bagai. - -"  Owh! itu semua bahagian selatan sahaja. Korang mostly dah lupa pasal kewujudan yang diutara tu. Dan iye aku tahu kita sekarang macam nak tertumpu pasal geografi pulak. Sebelum melalut ke benda lain meh kita kembali ke topik sebenar.

Sebenarnya (lawak tak aku tanya soalan, aku yang jawab balik?) kimchi ada beratus2 jenis!! Wow! Sama lah macam kita punya nasi lemak. Ada nasi lemak sambal ikan bilis, ada sambal ayam, udang, ikan, blah blah balah, ada yang letak telur, ada yang tak letak telur tapi letak kacang je, ada yang letak telur rebus, ada yang telur goreng, telur mata blah blah blah. Kan dah beratus tuh! 

Tapi basic kimchi mesti ada...

1. Napa Cabbage (Kobis apa ntah dalam BM? Kobis Napa lah kan?)


2. Radish (Lobak putih)


Lepas tu campur2 lah dengan berbagai jenis seasoning dan rempah. 


And lepas mix semua semua benda alah tu and tada! you get yourself a kimchi!

Segala jenis perjelasan diatas itu telah menjawab persoalan kita yang pertama iaitu tiada unsur sengungut sotong dalam masakan kimchi! LOL! Benda2 berjuntai tu basically adalah Kobis Napa yang dibiarkan panjang berjela tanpa dipotong pendek.  

Dan yang warna merah yang menyaluti Kobis Napa itu adalah sejenis rempah atau secara spesifiknya adalah Cili Hidup ataupun Cili Kering! Sah lah peniaga kat Malaysia guna serbuk cili Baba's ataupun Allagapas.


Jadi ada tak yang diantara korang yang pernah rasa? Tell me me what does it taste. Bagi aku, aku tak teringin pun nak rasa sebab rupa dia agak macam geli campur messy sikit. Tapi kalau diberi peluang bedal je lah. Kalau tak sedap buang kalau sedap puji. Habis cerita. LOL!

Senang cerita Kimchi ni jeruk sayur lah. Ada yang sayur yang dijerukkan selama bertahun2!! Lagi lama lagi lah sedap! Tu orang Korea lah kata bukan aku kata. Tapi kalau kat Malaysia tak de lah bertahun2 kut, yang beberapa jam pun cukup lah. Lagipun tak de sapa pun sedar melainkan ko tu professional food taster! Ehem! Ehem!

Berselera ke tengok??????
Ok, that all for today!! Kita berjumpa lagi di episod kedua pasal benda lain pulak. Itu pun kalau producer kasi green light buat. Kalau rating tak tinggi dia kata terus cancelled! Sungguh kejam industri hiburan ni ye!