Boleh tak kalau aku letak gambar je lepas tu korang teka sendiri apa yang aku buat? Tak tau lah semangat pemalas mana datang merasuk sampai taip pun jadi malas sungguh. Bukan taip je malas. Even study, pergi cafe, mandi, berak semua jadi rasa maleh. MALEH MALEH! *self slap*
#1
|
Menonton ceramah secara live dekat monitor. Pasal pengurusan economi apa ntah . Lawak betul letak lampu meja dekat sebelah kengkonon tak nak nampak awkward sangat lah. |
Ceramah live lah sangaaaaat!!! Ko ingat nak sangat lah aku dengar ceramah-ceramah waktu hujung minggu ni. NAK KE? NAK KE! In your dream!
|
Wanita Misteri. You know who. |
Lucky ke tak lucky bila ko bayar duit karok untuk sejam lepas tu dapat free pulak untuk jam kedua? Maknanya total 2 jam ko melalak dalam tu. Bila dah penat duduk nak karok sambil baring pun boleh sebab ada sofa empuk disediakan. Jadi apa lagi gunalah semua perkhidmatan yang ada. "Excuse me can I have a cup of tea please?"
|
Baru perasan suara tetiba macam tersama vokal range dengan bruno mars. So repeat lagu Grenade macam esok tiada lagi. |
|
Don't ever look back guys don't ever! Maju ke depan! Lepas tu vocal range tersama pulak dengan Katy Perry? Astaga. Tak ke flexible vokal range aku nih? Rebecca Black meet your new rival. |
#2 Lepas habis studio rakaman, merayau-rayau sekejap and jumpa satu gerai jual takoyaki. Konon tak puas hati sebab semua orang kata sedap tapi ko makan dekat Jusco hari tu tak sedap langsung so try beli yang ni pulak. And you know what? Lepas beberapa gigitan terus rasa macam nak cium tempat masak takoyaki banyak-banyak kali. SEDAP WEH SEDAP!
Inti dia dalam ni memang pure sotong sebab boleh nampak kaki(?) sotong terkeluar masa tengah gigit. Dengan kuah dia pulak baik punya meresap masuk sekali dekat tepung tu. HAHAHA I'm sooo happy.
#3 After that 'happy incident' terus ke panggung wayang tengok Real Steel. *gegas-gegas bergerak sebab macam hai jadual ketat betul. LOL*
And the mooovie was UH-MA-ZING. Punya lah berdebor-debor rasanya time tengok robot-robot tu bergusti. Feeling dia macam nak bangkit dari kerusi lepas tu nak menjerit kuat-kuat dari tepi bagi semangat dekat atom si robot tu konon macam dia dengar lah kan. Lepas tu ada part yang bukan sedih tapi macam lebih kepada part bangga something ke hapa sampai ko rasa eh eh habuk masuk dalam mata. T___T. Conclusion this moovie is a must watch. MUST WATCH! Rasa macam nak buat entry special review pasal moovie ni lah. Memang really deserved it. Tapi well aku malas nak buat.
#4 Tanpa menghiraukan lemak tepu yang sedia banyak dalam badan. Hati ni berdegil suruh beli fast food. Tapi akal kata jangan! Jadi macam biasa hati mesti menang. Walau sekukuh mana pun akal bagi 10 alasan kenapa tak elok makan fast food mesti jugak tak berjaya. And tadah!!! Tiba-tiba muncul benda ni dalam beg.
|
From left Classic Chicken McDeluxe follow by Chicken Mcbites |
Classic Chicken McDeluxe tu rasa dia sama macm Spicy Chicken Mcdeluxe tapi tak pedas. While yang Chicken McBites tu ketulan ayam dia buat macam popcorn ada jual dalam 10 dengan 20 ketul. Sedap memang sedap tapi yang kelakarnya saiz dia.
|
Korang rasa yang mana lagi besar?!! Grrrr |
Ingat orang berperut 3 cukup ke 10 ketul dengan saiz macam tu?? Sekali hadap je weh! Where is you manager?
#5 Then I found out dekat salah satu cafe uni ada jual this thing.
Apple Cheese Tart!!
|
Heaven on earth |
Sekarang diumumkan secara rasmi makanan rasmi WZ untuk semester 2011/2012 telah dijumpai.