Thursday, November 3, 2011

Chocolaty Day

Dah 3 hari Pesta Chocolate slash PC dekat sini. Tapi apa yang aku tengok gerai PC yang lagi banyak daripada gerai coklat. Ini adalah penipuan kepada pihak pengguna!! Sebab masa tengok banner hari tu perkataan Chocolate tu yang macam ditekankan dalam tu. PC tu macam ala-ala sampingan lah nak bagi meriahkan majlis dan aku expect kengkonon ada lah dalam 15-20 barisan gerai coklat yang macam meriah gila lepas tu banyak kakak-kakak jerit buat promosi nak tarik perhatian. 'Cokelat runtuh! Cokelat runtuh! beli 2 percuma 4!! Beli sekarang!" Haaa lebih kurang macam tu lah. Tapi last-last indah khabar dari rupa. Kakak-kakak dekat situ semuanya pendiam.  Tapi at least improve lah daripada last year. 

So macam biasa kalau tak de fondue coklat memang tak sah. Saja betul lah kan nak tarik penggemar coklat datang tebar duit banyak-banyak sampai kempis wallet kan. Pfft~! Tau sangat lah muslihat penjual-penjual coklat nih. KO INGAT AKU NAK TERPEDAYA! Baik pegi check some of cool gadgets dekat gerai hujung belah sana. 

5 sticks for 5 ringgit. TERUS BELI! Abaikan gerai gadgets.

Zoom in kengkonon macam nak menghayati kesenian coklat yang bersalut  marshmallow. 
Ko tak rasa ke macam yummy gila! Kalau tak, rasanya korang yang gila. Lepas tu sempat beli TIRAMISU. YA KEK TIRAMISU! buka jenama tisu. Brush up your knowledge pelis. 

Memula dia kasi testing satu sudu. Ingatkan rasa dia macam some kind of cheap cake product made from cheap oven. Lepas rasa tetiba je cawan ni ada dekat dalam beg. Pelik betul! Hoi jangan nak kata aku mencuri. Sekeh kang.


Haa! nampak tak serbuk dekat atas tu. Tu serbuk nescafe/kopi. Rasa dia memang UH -MA-ZING. You guys should try it! 
Dia tiga hari pesta ni. So aku cadang nak pegi tiga-tiga hari ni then tapau segala apa yang boleh. I mean yang belum rasa lagi lah. Lepas tu nak rasa semua tester yang ada. 

9 comments:

star said...

"coklat yang bersalut marshmallow" ke marshmallow bersalut coklat???
sakit gigi aku tgk post nih LOL!

nak weh,xpernah rs coklat fondue tu,xde keberanian nk beli hehe

Fay said...

homai marshmallow bersalut coklat itu adalah sangat UH-MAH-ZING! Yummy!

wanie said...

yang kek tiramisu tu letak dalam cawan macam tu kan macam ada aiskrim jual kat Giant namanya Sundae Cone.

mesti tak faham ayat aku ni kan? ekekekekeke

Lea Isnawi said...

wahhhh..coklatttt


sabo sabo

teruskan diet T__T

Kiheee said...

uni aku dulu ada pc fair, tahu tak ada apa jual? asam jeruk dengan tudung, sngt mengkesiankan..

err ada kena mengena ke?

ayumiyoshida said...

tka minat tiramisu. haha. tapi marshmellow tu sungguh menggoda godaa! hahah

zie_ira said...

auchh , ira pon pegi coklat fair kt utm ari tuh ,, tiramisu itu sungguhh sedapppp !sampai2 dalam dewan terus beli tiramisu itu ,,nyum3,, :D

Yui Light said...

sedap nya...sedap nya coklat! >.<

miera myrofa said...

bro..aku telan air liur je baca entry kau ni...pfftt nak jugaak~~ ;p