Hari ni seperti yang dirancang kena pergi ke main outlet Perusahaan Zainab Jaya (PZJ) untuk kena interview oleh group aku untuk subjek keusahawaan. Oh yea PZJ ni ada dekat area Simpang Renggam. Orang Johor mesti tau lah. Aku tak tahu sebab aku main ikut je mana kereta pergi. Kalau singgah ke Melaka pun tak perasan. So the interview went well walaupun time masa soalan ko tergagap padahal cakap bahasa melayu je pun. Kesan pembawakan antisosial gamaknya. Tapi mujur lah wakil dia tu ramah kalau tidak memang nahas lah.
Senang nak cerita kedai dia ni macam dealer lah macam orang-orang yang buat kerepek ke kuih ke semua hanta kat dia. Tapi PZJ ni ada buat biskut dia sendiri lah. Sempat tengok katalog jenis kuih dia. Memang banyak giler sampai boleh buat buku scrap kajian tempatan jenis-jenis dedaun! Ada yang tak pernah tanya puna ada. Konon nak tanya nama kuih kan tapi keluar "Kak? Sampel takde rasa nak taste?" rakus gila. = ="
Malas lah nk cakap banyak-banyak kang kata syok sendiri. MEH AKU TUNJUK GAMBOO!
Bahagian kerepek. Yang bungkus-bungkus tu saiz dia macam beras sekampit konon kalau ko tu jenis hari-hari wajib ngadap kerepek tak boleh tinggal haa memang sesuai lah beli. |
Yang ni kampit kecik sikit lah. Nampak tak nampak tak yang merah menyala itu. Yang tu my fave. 2 guni bagi pun takpe. ok nampak noo nipunya 2 guni nak telan. |
Frozen food. Which masa interview aku sebut frozen fruit. Gigil much?? P/s: VADAY TU! |
COKELAT. |
Cupcakes!! Agak-agaknya lah kan korang rasa aku beli yang mana satu? |
Betul! *konon korang menjawab* Yang ni wei. 2 hinggit aje. Terus beli. |
Selepas sejam perjalanan pulang...
So after meround satu kedai dengan merasa semua sampel yang ada finally waktu berpisah sudah tiba. And we all got our own Goody Bag. *goyanag-goyang goody bag konon eksaited dapat* Dalam dia ada 3 jenis kerepek tau tak. *Padahal time kakak tu tengah bungkus goodie beg tu memang dah syak dah untuk kitorang tapi muka semua palsu macam "Eh apa tu?".*
Ok that it for today. It's a wrap!
10 comments:
itu bukan sebab antisosial kau jadi gagap, itu darah gemuruh namanya. hihi. aku dapat rasakan berbungkus-bungkus plastik kau borong kat sini kan?
wah siap ada eksluksif gambar tuan blog. :D
whoaaaa banyak giler kerepek...menda lain pon ade gak !
Kerepek! Aku pernah kerja kat kat kilang kerepek, dekat dengan rumah aku je. Rajin nanti aku nak buat entry sikit lah hehe.
Lepas ni kau dah boleh buat kesinambungan entry ni. Guna tajuk "Biskut! Biskut!" pulak. HAHA
Finally!! Para pembaca blog ni dapat tengok muka tuan blog! ;D
Perghh!
Suka entry ni sebab aku aku kaki kerepek.
Kerepek kentang, kerepek ubi kayu pedas, dan segala kerepek aku suka.
Merepek jer aku tak suka wala pon kadang-kala rasa diri ni ter-merepek.
aku suka kepek pedas basah! perghhhh. makan sebalang sensorang pun takpeee :P
bila aku baca nama kedai die ni, betullah kedai kepek yang aku cakap tu sebab ada nama zainab..kire betul lah kedai kepek yg ko pegi ni. hehe
dapnyeeeeeeeeeeeee! kesian angry bird tu kikiki
@ Fay
sebungkus plastik besar je. Aku bukan rakuss sgt tau. hahaha
@tieha ismail
yup.
@YOUsoF
buat buat! nanti aku baca. =)) btw diorg semua dh tau muka ak mcm mana haha.
@ -Incek Fik-
mat kerepek!! makn bebanyak nanti kuat merepek.
@ wanie
haaa. sama lah klu aku bg sorang2 pun boleh habis. kerepek ubi pedas FTW!
pas kat aku sebungkus!
okay aku lupa tentang rule haha -__-
btw, yg kerepek macam kampit beras tu, hadap satu hari pun takpe tak yah turun kafe makan nasik. haha
bestnye!!!puaslah borong kt sini..murah ckit (?) dr kampit2 kecik kt pasarraya yg mahal...nk kirim!
Waaahhh byk nya kerepek @.@ Hahaha angry bird jugak ko pilih.
Tadi aku tekan gambar ko...sbb aku terhover gambar ko, nampak link pegi tmpt lain. So...aku tekan...
pandai2...ahahhahahahahhahahahaa xDDD
Orait.
La, kira aku yang terlambat la ni..
Post a Comment