Friday, December 17, 2010

Saya Nak Tahu! #2 | Apa Nak Buat Kalau Nampak Orang Kena Sawan/Seizure!!

Akhirnya entry informatif dan diminati ramai ini kembali semula dengan episode kedua!! LOL! Bagi yang terlepas episod pertama boleh klik link ini!


Ya! Seperti yang korang tengok pada tajuk kita kali ini ia lebih menjurus ke arah bidang perubatan. Bukan apa. Aku bangkitkan hal ni sebab semalam, tengah happy2 nak ke supermarket (nak beli stok makanan) tiba2 korang bayangkan lah depan bijik mata ko tiba2 ada orang terbaring menggelupur!!! Tengok dia punya simptom2 sah2 sawan (Epileptic Seizure). Disebabkan aku langsung tak tau nak buat apa tambahan lagi diserang panik " I do nothing". Kecewa dengan diri sendiri. Tapi nasib baiklah sebelum tu ada seorang pakcik ni datang tengok2 kan. 

Tapi apa yang aku terkilan sikit bila tengok ada lah beberapa orang nampak insiden tu lepas tu boleh siap lintas lagi sambil tengok mamat tu macam tak de pa pe . Kesian gila aku tengok. Ok ok lah maybe diorang pun tak tau nak buat apa sebab tu buat macam tu kan?

Maka ini adalah persoalan untuk entry kali ini :

Apa kita nak buat kalau nampak seseorang diserang Eliptic Seizure!!!!

Basically ini yang perlu kita buat :

1. Bertenang
Jangan lah pulak bila nampak orang kena seizure ko pun menggelupur sekali! Ya ya aku tau bila nampak orang tengah seizure macam agak menakutkan sikit. Perkara tu sebenarnya normal sebab kita tak nampak benda tu setiap hari. So bawak2 lah banyak bertenang.

2. Kawal Keadaan
Kalau boleh jauhkan orang tu dari sebarang objek keras, tajam atau panas. Ini untuk mengelakkan kecederaan. Senang cerita kalau korang degil jugak biarkan dia pegang benda2 macam tu jadi lah macam ni.

 Source
Dah faham sekarang?  Oh ya! kalau dia pakai tie longgarkan tie tu ataupun apa2 kain yang terlilit kat leher time tu. Maklum kan sekarang kan fashion dah macam2. Ada lilit mafela lah apa la. - -"

3. Pusingkan badan ke bahagian tepi selepas seizure reda


Source


Kita buat macam ni supaya nanti senang nak keluarkan air liur yang berlebihan dalam mulut dan secara tak langsung akan melancarkan proses pernafasan orang tersebut.
Tambahan : Kalau seizure tu berlarutan sehingga lebih daripada 5 minit! Cepat dapatkan bantuan perubatan profesional. Tu ada something wrong dah tu!

4. Respons
Lepas semua dah kembali kepada asal. Cakap baik2 dengan orang tu. Terangkan apa yang berlaku, sebab basically orang yang kena benda ni tak perasan pun diorang kena seizure. Sedar2 je dah rasa penat. Jangan lah pulak ko maki hamun dia kang tak pasal2 tambah lagi penyakit baru.

Done!! Itu aje perkara2 yang perlu kita buat in case kalau kita terpaksa berhadapan dengan situasi ni. Simple dimple aje kan. Tak lah susah mana pun. Buat CPR lagi susah rasanya sebab kena kira bagai.

Sebelum tu korang pernah dengar tak benda ni?

Cik A : "Uit! Tau tak orang2 tua kata kalau orang kena sawan kita kena letak something dekat dalam mulut dia tau. Kala tak nanti dia gigit lidah tu sampai putus!!!!!! Scary nya!!"

- Aku pun pernah dengar jugak benda2 macam ni. Tapi sebenarnya kita TAK BOLEH langsung letak apa2 dalam mulut mangsa. Tak kira lah ubat ke apa2 jenis cecair ke. Sebab nanti ia akan menyebabkan mangsa tercekik atau lebih serius lagi menyebabkan kecederaan pada rahang, lidah dan gigi. So kepada Cik A apa yang awak dengar tu adalah mitos sebenar.

Diharap info2 ini dapat membantu anda semua. Sekarang aku tahu nak buat apa! =D

11 comments:

Fay said...

ok sekarang saya pun dah tau nak buat apa! XD

aku pernah jugak jumpa org kene seizure masa baru balik dr shopping complex. kesian + takut tengok sebab takde org nak tlg. (termasuk aku la tu =.=)

yg penting sekali bawak dia gi hospital untuk pemeriksaan.

Unknown said...

Owg kata letak sudu dlm mulut takot tergigit lidah.. TT
ada juga sawan sampai terberak2, sian kan..

WZulhilmi said...

@ Fay
good! Lepas ni boleh praktikan pulak.
aku pun mcm tu tak tau nk buat apa. nk tolong takut pulak.. - -"

@Shaheila Malek
uit jangan! mau patah gigi dia bubuh susu! T__T. terberak2? ni mest kes serius nih.

cEro said...

aku pon dgr org letak sudu sbb taknak bg gigit lidah n in da same time takkan tertelan...
sbb tak pernah lalui, aku tak tau sejauh mane kebenarannya..

Raji and Yeen said...

letak tangan kau supaya nnti org tuh ad bnder nk gigit
huahua

kalau respon aku cuma lari jauh2 jer =.="

wanie said...

aku x pernah lg jumpa org sawan dpn mata. mesti aku akan lari jugak kan kalo nmpk org sawan kat shpping complex? (-.-")

WZulhilmi said...

@cEro
setakat yg aku baca semua sumber kata jgn bubuh apa2 dlm mulut masa seizure tgh berlaku.. :)

@Raji berkata
kudung lah aku jawabnya nanti.. - -"

@ wanie
Wanie!!! Jgn lari.. pegi lah tolong! Kesian dia.. Hahaha

Anonymous said...

nanti klau kau sawan mase tenga beli serbuk dadih kt giant aku da tau la nk tlg camne kn! yeah!!

zety said...

oh tak pernah jumpe orang kene sawan lagi.ni dah tau boleh la praktik.thanks for the info

WZulhilmi said...

@Ilham Thursday
sengal! apsal pulak time masa beli daih pulak???? =P

@ zety
welcome! :D

Yellow LEOpard said...

setakat ni belom pernah jumpe org sawan..

bagos la buat entry nih..dpt info sikit