Sunday, December 19, 2010

Aktiviti Pada Hari Minggu : Membuat Kraft Tangan

Disebabkan aku ni seorang ulat buku. (ulat lah sangat). Maka hari ni tergerak hati aku nak buat sejenis kraft tangan. Ya! Hasil seni ini amat berguna bagi semua book maniacs diluar sana. Yang baca magazine pun boleh kut. Seperti korang tahu kalau kita tengah baca buku atau novel yang ketebalan dia mengalahkan buku contoh karangan SPM maka wajiblah kita akan melipat dibahagian kertas yang kita nak stop tu. Nak bagi tanda lah tu kononnya. Kalau tidak jenuh nak mencari bila nak sambung balik baca. 

Tapi ada juga yang guna cara lain. Ya! Iaitu dengan menggunakan...

Bookmarks!


Aku tak guna bookmarks sebab BUAT APA KO NAK BELI BENDA ALAH TU KALAU KO BOLEH BUAT SENDIRI??!!! Bazir 2 hinggit setengah just for a printed paper?? Tapi adatlah manusia. Cakap aje lebih tapi tak buat pun. Last2 ko kelepet je kertas buku tuh. - -"

Memandang mostly buku aku beli sejak akhir2 ni ehem! ehem! mencecah berpuluhan hinggit. Agak sayang lah nak kelepet2 kertas buku tu. (Sejak bila aku menghargai barang nih?). Maka marilah kita bersama2 membuat bookmarks sendiri!!!

Aku ada jumpa satu bookmarks ni kat satu blog. Smart gila!!! Berbeza dengan tipikal bookmarks yang kita tengok sekarang nih.

Bookmarks 'Kucing The Cat'
Oh ya ni aku amik dari blog Conteng-Conteng. Sepatutnya bookmark ni diberi percuma kepada siapa2 yang  beli "Conteng-Conteng Edisi Buku". Memang smart lah buku dia. Kreatif betul! Tapi malangnya dah habis dijual!! Tapi kalau korang still nak tengok2 buku tu macam mana boleh klik SINI.

Lepas ter"inspired" tengok bookmark macam tu. Terus rasa membuak2 nak buat sama macam tu satu! Terus pergi kedai beli barang2 yang diperlukan.

Nampak tak gam warna biru tuh! Still ada jual lagi weh!! Gila! Teringat masa kecik2 buat pendidikan seni guna gam macam tu lah. Mana ada guna gam dalam botol2 macam sekarang. Btw tak payah lah aku kenalkan benda2 tu satu2. Korang mesti tau kan. Bukan ada rempah apa bagai pun.
Mula2 potong 3-4 kertas yang sama saiz ya. Aku potong2 banyak2 ni supaya nak bagi bookmarks tu tebal. Tak de lah bila ko letak dalam bag ganas2 last2 kepala dia hilang!

Lepas tu lukis lah gambar haiwan apa2 yg korang nak.  Aku lukis kucing je lah. Sebab yang lain tak reti aku nak buat. Ni pun amik setengah jam nak buat - -"
  
Lepas tu pekatkan garisan2 yang dilukis dengan menggunakan pen berwarna. Kalau korang kreatif gila boleh lah kaler apa2 yang patut. Bagi nampak cun sikit. Aku punya kosong je. Sebab takde stok warna.

Ok! Lepas dah siap proses mewarna! Gam lah ketiga2 kertas yang dipotong tadi. Bagi tebal! Lepas dah siap. Gunting ikut garisan2 gambar tu. AMARAN: Dapatkan pertolongan ibubapa sebab gunting adalah tajam!
Tada! Setelah selesai dipotong. Fuyooo! Smart gila!! Miahaha. 
Tengok! Jimat beberapa hinggit kalau buat sendiri. Udalah lah cantik lagi kreatif pulak tu. Siyes akan menimbulkan persaan hasad dengki kalau baca depan public! Kalau dah siap apa lagi. Jom2 try.


Cara lama iatu mengepek kertas. Sungguh membosankan disamping merossakkan kualiti kertas! LOL!

Fuyoo! Unik dan bergaya!!

Ni Martha Stewart tengok ni sah2 menangis!! Siap jemput jadi tetamu kat show dia. Wakakaka.

11 comments:

Fay said...

Fuyyo! comel la. hoho memang thumbs up! :Db

adakah anda mengambil tempahan? :D

Yellow LEOpard said...

aku mmg tak suke kelepet2 buku nih..pantang betol..so, selalunya aku guna ape2 ketas yg berhampiran sebagai tanda..hahaa

btw..rajin betol ko buat..buat untuk aku satu laa..huhu

star said...

Nak oinjam buku??Bestnye baca buku...haha fokus kelain

WZulhilmi said...

@ Fay
LOL! tak terpikir pun aku nak amik tempahan. Buat je Fay senang sgt ni.. :D

@Yellow LEOpard
Biasalh hujung minggu kena rajin2 kekeke.. Senang je nih buat seklip mata je dh siap.. (ok tipu - -")

@star
Ak x abis baca lagik ni. Hahaha

cEro said...

aku dgn bangganya nk bgtau, aku sempat beli buku conteng2 tu..
yeee...

hidayah azman said...

cool,now i got the idea for my whole novels yg sememangnye perlu penanda buku:p

WZulhilmi said...

@ cEro
bagi lah ak tgk sikit!!

@ nur hidayah azman
hahaha.. dan-dan je kan.. buat2 lepas tu boleh bagi satu.. =P

Kiera Qaira said...

wow...creative..;p
nice2=)

cinderella besar sikit je said...

hahaha.. comel je... mesti mcm nak nanges time gunting tu.. especially bila da tebal.. Gunting kau kecik je aku tgok.. :P

Fifteen Pril said...

Hi~ Jewelry Making Supplies here =)

Fifteen Pril said...

Hi~ Jewelry Making Supplies here =)
fifteen.pril.blogspot.com