Monday, December 31, 2012

The Best of 2012: Blog Edition

Finally, entry yang paling ditunggu-tunggu telah tiba!(?). Kali ni untuk Edisi Blog aku akan senaraikan 3 kategori untuk semua entry-entry blog ini sepanjang tahun 2012. Bukan lah nak senaraikan semua 110 entry. Aku cuma high lite kan mana yang bersesuaian mengikut kategori masing-masing. So here they are!

Kategori Entry Paling Dipandang Sepi
Kategori ini untuk entry yang aku pernah publish tapi malangnya langsung tak dapat sebarang komen. Zero!! I am sad. Why? Why?



Entry ni aku tulis bersempena menghadiri satu short course pasal finance management  Dan aku kongsikan beberapa tips yang aku ingat. I think this is the most ilmiah entry yang pernah dipublish. EVER! Tapi sayangnya response tiada. Nada. By the way thanks to this entry aku boleh track balik tarikh aku pergi talk ni. Sebab dalam sistem fakulti kata aku tak pergi. =O!



Entry paling serius (hampir) pernah dipublish. Entry ni ditulis untuk menjelaskan sebab kenapa trend penurunan entry blog WZ:StarStruck untuk tahun demi tahun semakin menurun. Mungkin pendekatan berbemtuk karangan menyebabkan ramai merasakan entry ini bosan dan mengingatkan mereka kepada format menjawab Paper BM.


Nope! Ini bukan entry berkaitan dengan apa-apa novel bertajuk Versus. Tapi lebih kepada dilemma semasa  menghadapi test week. Ah! Aku ingat lagi buat gambar tu. Sanggup tinggal kerja sekejap lepas tu edit dalam 1 jam macam tu.


A clear sign that shows nobody is giving a tuuut about this guy. Kah kah.

Berdasarkan dengan entry-entry diatas aku dapat rasakan yang pembaca blog ni macam tak berkenan dengan benda ilmiah atau serius?. Or maybe they just malas nak komen atau tak tau apa nak dikomen.

Kategori Kbai
Entry views paling rendah.

Great Escape - 17 Views



Entry pertama untuk 2012 dan dia ada peluang lebih kurang 12 bulan untuk improve kan rating tapi... Is this a some kind of sign to make me stop writing? Dan cantik apa susun nota macam tu. Ala-ala Instagaram macam tu. Kenapa rating rendah sampai begitu rupa? Kenapa!

Kategori Entry Paling Glamer

Kategori ini pula adalah entry yang paling banyak views.




Surprisingly ia adalah entry pasal my trip to Melaka. Ah! berbaloi tahu tulis panjang-panjang macam esok tiada lagi tambahan pula dengan proses meng'compressed' gambar yang macam tak habis-habis. Tapi as a result dia jadi the most viewed entry for 2012. Walaupun 281 tu takde lah banyak sangat tapi berharga untuk blogger picisan macam saya. =')

Jadi dengan ini berakhirlah edisi special The Best of 2012. Sudah baca baca 3 part lain? Kalau belum klik sahaja link-link dibawah ini.

Part I   - Music Edition
Part II  - Food Edition
Part III - Book Edition

And tell me. Kalau ada, entry mana yang menjadi feveret anda untuk tahun ini?

*******************
Sedikit kata-kata penulis

I have passion of writing. I don't know. Dia macam kalau tak menulis untuk certain amount of time rasa macam something is wrong dan walaupun bilangan followers macam tak bergerak dari tahun lepas, I don't really give that a big deal. Macam hipokrit pula tulis sebegitu. Of course aku akan menjerit 'Yay!' kalau bilangan tu bertambah walaupun 1. It is like a bonus for a blogger. Tapi ia bukan lagi masuk dalam top reasons on why I'm blogging.

But to be honest, this year was a bless. Banyak betul benda-benda terjadi and its like a crime kalau aku tak catit mana benda-benda yang aku rasakan penting. Jadi blog inilah selalunya menjadi medium untuk menulis, untuk meluahkan perasaan atau pendapat. Dan thanks to you guys yang sanggup luangkan sedikit masa untuk baca ataupun tinggalkan komen dekat blog yang seberapa ni. Giving me a hope that there is actually someone out there that is reading my blog. ="). Terima kasih banyak-banyak

Dan mari bersama-sama menempuh tahun 2013 dengan jayanya. Kejar apa yang kita mahu dan tidak hanya duduk diam merungut kenapa ini? dan kenapa itu? Sedangkan kita boleh berusaha keras sendiri untuk mencapainya. 

Happy 2013! 

WZ.

Friday, December 28, 2012

The Best of 2012: Book Edition

Kalau hari Jumaat memang tak sah kalau tak cerita pasal buku. Sejak beberapa minggu lepas dah official jadikan setiap Jumaat mesti khas untuk entry Book Review [BR]. Tapi setakat ni, hanya dalam 2 saja buku sempat review. Bukan apa I busy hadiri event buku-buku ok tu yang kadang-kadang ada certain Jumaat kena kacau buat entry lain. Tapi intipati masih lagi berkait dengan buku. Boleh check kalau tak percaya. 

Bersempena dengan The Best of 2012. Maka, aku nak buat entry khas untuk edisi buku. Walaupun aku tahu selalunya entry buku paling tak popular dan paling tak banyak komen dikalangan pembaca blog ni (depa suka tang makanan je lol!). Tapi peduli apa aku! Nak buat juga. Kah kah kah.

Tapi aku nak buat 10 buah buku sebenarnya tapi aku rasa aku macam tak cukup stok buku plus tak de masa nak tulis panjang-panjang.  = ="  But still, here they are! Senarai 3 buah buku yang aku enjoy baca untuk tahun ini.

Tidak mengikut turutan:

# Versus - Hlovate 



Sejujurnya ini adalah buku novel melayu yang pertama aku baca sejak tinggal beberapa tahun yang lepas (comeback). Sebab utama aku tinggal novel melayu dulu sebab pilihan tak banyak. Mostly pasaran semua dimonopoli oleh buku-buku cinta lagi-lagi dari Alaf 21. Since aku agak alah dengan genre macam ni terus aku beralih ke arah novel inggeris yang lagi banyak offer genre lain yang lagi menarik. Unlike nowadays, agak banyak pilihan dah.

Ironinya buku ni actually buku pasal cinta jugak. Hahaha. Tapi not that mainstream type of cinta lah. Which is plot biasa novel-novel seperti semua hero mesti hensem, kaya raya atau direbut 3-4 lelaki pada satu-satu masa etc. zzzzzz. Tapi lepas google dan bertanya pendapat beberapa orang baru berani nak beli buku ni. And you know what? Its worth it! I love it. Plot yang menarik, jalan cerita yang tak cheesy dan paling penting on how the author suntik unsur islamik dalam cerita ni.



# Bersyukur Saat Diuji - Muhd Kamil Ibrahim



Ah!! I just love this book. Basically buku ni menceritakan tentang pengalaman author tu sendiri dalam menempuh dugaan-dugaan dalam hidup beliau. Dan bagaimana dia melihat ' Ujian/Dugaan' dari sudut perspektif yang lain. Ujian dari Tuhan bukan bermakna ujian yang negatif sahaja macam ditimpa bencana, kekecewaan dan lain-lain tapi ujian juga datang semasa kita gembira. Cuma sedar tak sedar saja kita berdepan dengan benda tu. Tambahan pula dengan cara penulis yang begitu rendah diri membuatkan aku berasa lebih dekat dengan pembacaan tersebut. Betul lah apa yang dikata berkongsi dari hati maka akan sampai jua ke hati.


# The Lost Symbol - Dan Brown



Bagi yang follow novel genre mesti tahu pasal novel ni. Sejak dia diterbitkan pada awal tahun ni. I've been like waiting forever for the paperback version. Sebab selalunya dia akan jual versi hardcover pada beberapa minggu/bulan pertama. Since I'm just your average student. RM100 untuk satu buku adalah sangat tidak berbaloi walapun cerita dia best. Aku ada perut untuk diisi. Lepas keluar sahaja edisi paperback terus beli. Ah! Professor Robert Langdon kembali untuk menyelesaikan kes misteri berkaitan pertubuhan Freemason. Sungguh juicy I tell you. lol. Yang paling best time dia jumpa tangan. TANGAN sahaja! Ak macam eh! *baca cepat-cepat*


[BONUS]

# Can You Keep A Secret? - Sophie Kinsella



Kah kah! Jangan gelak! Aku pun macam lawak juga pikir how come seseorang yang only layan buku-buku genre mystery/thriller/fantasy boleh end up baca buku macam ni. Maybe lepas aku syok tengok movie Confession of a Shopaholic aku tertarik nak tengok koleksi buku dari author ni. Dan entah macam mana buku ni pulak aku pilih baca. To my surprise. It actually worth to read it. Banyak kali jugaklah aku gelak masa dalam proses nak menghabiskan buku ni (ok, baca senyap-senyap). 

Sinopsis dia berkisar pasal sorang perempuan (Emma) ni. Masa dia naik kapal terbang ke satu tempat, then suddenly ada scene plane tu bergegar. Disebabkan nervous, si Emma ni terbagitahu semua rahsia dia dekat penumpang sebelah dia ni. SEMUA! Even the private one. Lepas tu banyak lah scene yang kelakar bagai. 
--------

Semua buku yang disenarai hanya berdasarkan citarasa aku sahaja. Lain orang lain pulak kan. So, bagaimana dengan anda pula? Buku apa yang menjadi kegemaran anda untuk tahun ini?

Wednesday, December 26, 2012

The Best of 2012 : Food Edition

Walaupun tahun ini untuk kategori makanan tidak begitu memberangsangkan. Sebab penulis blog ni jenis suka betul duduk aje dalam bilik pemalas nak explore semua restoran bagai lepas tu kalau makan asyik-asyik makan menu dekat cafe saja which is sungguh tidak worth it untuk dijadikan sebagai entry. Lepas tu end up dapat makan Domino's Pizza pun dah boleh jadi makanan agung untuk bulan itu. T_T.

Tapi itu bukan penghalang untuk tidak publish entry berkaitan dengan topik ini ye. Tidak sama sekali.  *goyang-goyang jari telunjuk* Makanan ialah umpama tulang vertebrata untuk blog ini. Tanpanya nescaya blog ini akan lumpuh. (lumpuh = isu-isu harian wz yang tak menarik langsung)

Jadi dipersilakan untuk membaca list-list untuk 2 jenis kategori makanan yang dok dikepochi WZ sepanjang 2012!! (Versi budget rendah).

Note: Boleh klik pada tajuk yang panjang gila dekat setiap nombor dan ia akan terus membawa anda ke entry asal tersebut. Feeling macam time travel lah.

Kategori Makanan Kedai


Teringat lagi pasal entry ni. Time tu baru balik dari UTHM doing some lab work. Lepas tu my friend beriya-iya nak stop by dekat satu kedai ni. Siap Google jalan lagi. Depa kata sedap. So bila dah sampai kedai tersebut kau menangis tengok harga satu kek. Bukan mahal tapi time tu nak akhir-akhir sem, so budget tight sikit. But I'm lucky enough dia ada jual versi 'jimat'. And it was worth it! Memang sedap, walaupun rupa macam not really flattering. Tapi memang asyik kunyah-kunyah saja malam tu tanpa henti.




Oh mai! Sampai sekarang masih terlekat-lekat rasa Dominos dekat tunas lidah ni weh. Sejak lepas makan benda ni terus mengidam nak lagi. Tapi sampai sudah tak beli-beli. Let see, dah berapa total time aku dok craving. Entry ni dipublish pada Oktober 27 lepas. So, dalam 2 bulan. 2 bulan merana!

Normal tak kalau print gambar ni lepas tu kunyah?  T-T


Jyeah!! This is my ultimate experience kalau melibatkan pergi ke kedai-kedai ni. Double the happiness tahu. Bukan aje melantak dapat rasa sushi yang real bukan sushi seringgt Tesco/Jusco malah boleh pulak merasa yougurt ice cream yang dok diperkatakan orang masa tu.

First time praktikal guna chopstik dikalayak ramai. Memang terbelit-belit jari.  
Kah kah. Tapi memang nampak benar jakunnya disini sebab makanan yang dah mainstream orang dah makan 60 juta kali pun masuk list. Nombor satu pulak tu! But overall this was an amazing experience for me. Trying something new. Dia punya perasaan sangat best. 

Huwaaa!! I want this! Like now.
What? do you expect me to put something fancy? Macam Risotto with Black Truffle. atuapun Caviar? No no I'm just normal average yet. Menu macam tu tak mampu... lagi. HAHAHA. 
Kategori Makanan Home Made


Ada satu entry aku tanya kepada readers apa resepi nak buat kek batik? Please provide me some links. Tapi lepas tu tiada siapa pun bagi jawapan yang positif. Malah ada juga yang suruh beli di Bazar Ramadhan saje. I am sad. Tapi disebabkan berkat kesungguhan dan keyakinan diri yang mendalam aku tolak semua itu ke tepi dan berjaya membuat satu kek batik. *libas jaket winter* 

But unfortunately aku tak buat pun sebarang entry result pasal kek tu. Maybe sebab teskstur dia agak keras sikit (malu nak kepochi). Tapi, tapi hahaha mujur aku upload gambar tu dekat fan page. =)




Yang ni paling best sekali sebab antara resepi yang aku buat menjadi. Paling best buat 3 kali dalam tempoh 2 minggu. Bukan sebab ramai yang mintak suruh buat. Tapi kau yang sorang yang perut hantu pelahap makan ketiga-tiga dulang puding roti tu.


Harap-harap 2013 akan dapat rasa banyak lagi makanan yang pelbagai dan enak-enak diluar sana. dan juga membuat dessert sendiri dengan flawless sehingga menjadi perbualan dikalangan sanak saudara. lol.

P/s : Perhatian semua! *tepuk-tepuk tangan* Sekarang blog ni dah ada account tuider sendiri! Maka sesiapa yang tak berapa on Facebook pun still boleh dapat the latest info tentang entry-entry terbaru daripada blog ni. Jangan ketinggalan!

Klik untuk follow.

Monday, December 24, 2012

The Best of 2012 : Music Edition

Bersempena dengan The Best of 2012 of WZ. Aku nak buat something special minggu ini iaitu dengan mempublishkan entry-entry yang akan mengimbau kembali saat-saat untuk tahun 2012. Untuk entry yang pertama ni ia dikhaskan untuk music. Yay!

Tanpa membuang masa lagi aku persembahkan kan dekat kamu semua. Ye, kamu, kamu, dan kamu!. List Top 12 lagu yang dikeluarkan pada tahun 2012 yang aku sering rewind tanpa henti (kalau zaman CD gamak dah calar balar sebab dok pusing-pusing tanpa henti mujur sekarang dah MP3) atau yang dok berkenan dekat hati.

Mengikut turutan:

#12 Hall of Fame - The Script feat Will.I.Am


This is such an inspirational song. Aku memang suka lagu-lagu jenis macam ni. Sebab American tau-taulah gemar betul buat lagu-lagu lucah. Memang jarang ada lagu genre lift up your spirit macam ni. Kalau ada pun underrated kecuali Fireworks = =". Walaupun ada sesetengah lirik yang macam aku tak berapa nak setuju. Tapi macam biasalah perspektif barat ni tanpa batasan sikit. But at least this song have a good intention.

#11 P!nk - Try
Cuma 2 sebab:

i) Amazing live performance at The AMA 2012. 

ii) dan lirik yang gramatis ini;

"Where there is desire there is gonna be a flame. Where there is a flame someone's bound to get burned. But just because it's burns, doesn't mean you're gonna die. You've gotta get up and try, try, try" 

#10 Chasing The Sun - The Wanted


Hahaha! *tetiba*. Lagu ni senanya lagu tema aku balik dari kerja time praktikal dulu. Setiap kali balik mesti wajib ada lagu ni. Jadi secara tak langsung jadi lagu kegemaran pula. Tambahan pulak hook line dia 'Oh oh oh oh oh' tu sangat catchy dan mengingatkan aku pada lagu Till The World Ends by Britney Spears. Dan aku tak tau kenapa aku suka intro music dia. Rasa nak ulang-ulang intro dia saja. 

#9 One Last Night - Maroon 5

I've been trying to avoid for liking this song, you know. This is mainly because of the nasty lyrics. Talking about ehem-ehem! But trying really hard is just not good enough. I terpikat juga akhirnya. lol! The beats is catchy! Part 'uh~~ u u u u" especially. Uwarghh! Stress. Nak avoid sangat nombor 9 terus!. 

#8 Brokenhearted - Karmin

Lagu ni sah-sah akan jadi pilihan aku kalau pergi karok! Kah kah. The rapping part is flawless. Macam versi Nicki Minaj berkulit putih. Tau tak perasaan dia bila kau dah mastered part rapping tu. Perghh bangga gila.  Tak sabar nak tayang dekat rakan-rakan semua.

#7 Primadonna - Marina And The Diamonds


Lagu guilty pleasure aku. Walaupun macam tak sesuai seorang lelaki nak menyanyi lagu ni dikhayalak ramai itu bukan penghalang untuk menyukainya. Mula-mula irama dia start macam biasa-biasa, menggunakan vokal yang rendah lepas tu tetiba selepas sahaja Marina menghabiskan ayat 'Primadonna Girl~" Pap! Beat dia terus bertukar menjadi rancak! Perghh! Eargasm betul.

Jejaga!! Dah nak masuk top 6 ni! Get yourself a second cup of tea. Bahagian kedua dah nak bermula selepas sahaja garisan ini. Lepas tu tak sempat dah nak buat apa-apa. Jangan kata aku tak bagi warning.

********************************************************************************************************************


#6 Give Your Heart A Break - Demi Lovato 


Kalau aku macam nak take a break daripada perhubungan yang sungguh rumit dan kompleks pastinya lagu ini menjadi pilihan lagi-lagi semasa sesi meluahkan perasaan tersebut di sebuah coffee shop. Bertepatan dengan tema 'Let me finish this coffee first while you trying to digest the meaning of the song'. 

Actually intro dia yang menggunakan violin sungguh menarik perhatian.  Kalau dengar betul-betul beat violin tu hampir sama dengan beat lagu Coldplay Viva la Vida. =O! I love Viva la Vida. Plus suara Demi sangat bertenaga. Asyik-asyik jerit saja.  

#5 Dark Side - Kelly Clarkson


Selain daripada vokal Kelly yang mantap dalam lagu ini. Lirik yang boleh dikatakan gramatis menjadikan dia faktor dalam menjadi salah satu Top 5 dalam list lagu aku. Kata Kelly ' Everybody's got a dark side'. Dan aku sangat lah bersetuju dengan pendapat itu. Dan kadang-kadang ai membuatkan aku terpikir adakah kita (secara amanya) masih akan setia dengan seseorang selepas sudah mengetahui bahagian sisi gelapnya? Atau mula menjauhkan diri? 

#4 Diamonds - Rihanna


Walaupun sesetengah orang kata lagu ni annoying sebab asyik ulang-ulang part 'Shine bright like a diamond' sebanyak 70 puluh juta kali, bagi aku tidak pula. Ia seolah-olah menunjukkan satu peringatan mengatakan 'Yes! This relationship gonna work! We just need to believe it!'. And thanks to Sia (composer) Rihanna once again grab her 11 number one single on Billboard 100 dengan lagu ini. Siapa Sia? Sia ialah penyanyi lagu 'Aiyem Titanium~~' itu. Kenal sekarang? Kalau perasan Rihanna macam imitate vokal Sia dalam lagu ni. Ini mungkin disebabkan vokal Sia sangat awesome dan-dan Rihanna pun tiru terinspirasi sekali.  

#3 No Light, No Light - Florence + The Machine 


I looove Florence. Her amazing vocal blew me away when I first watched her live performance at The Voice. Of course she chose to sang this song. Bahagian yang paling epic sekali adalah semasa dia mengeluarkan suara  jeritan yang panjang seolah-olah esok tiada lagi dan selepas tu itu dengan selamba saja meneruskan part nyanyian yang lain seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku. Tiada kesan mengah langsung! Plus the song composition is just flawless. The drums, the piano, the harp are just amazing.

#2 Lights - Ellie Goulding 



First time dengar lagu ni memang dah dapat rasa ia akan jadi among my favorite. Suara Ellie adalah unik. Kalau dengar sekali dah tahu suara dia. And do I need to mention about the song? The song is uh-mazing. Intro lagu seolah-olah membawa anda ke dalam satu dimensi yang gelap sambil dikeliling oleh cahaya bintang-bintang didada langit. And it makes you wanna dance in a dark. Not in a provocative way ok.

#1 Blue Jeans - Lana Del Rey 


The ultimate song of 2012. Lagu dikala kesedihan mahupun semasa meroyan. That deep guitar strum at the beginning of the song is just mesmerizing. Sangat bersesuaian dengan tema lagu yang emosional. And did I need to tell you for a million times? Kalau dikutikan betul-betul lirik lagu ini ia macam sebuah cerita, of course dengan menggunakan ayat-ayat yang puitis. Sungguh kreatif!

"I still remember the day we meet in the December"

Dan bila ingatkan strucktur lagu yang akan sentiasa mellow, sedih sepanjang masa sehingga tamat lagu, tapi rupa-rupanya tidak! Ia dikejutkan dengan kemunculan sedikit unsur hip hop with Lana rapping in it. Just amazing!

And how about you guys? Apa lagu ultimate anda pada tahun 2012?

Friday, December 21, 2012

Tips-Tips Memilih Buku

Seperti biasa hari ni sepatutnya Book Review [BR]. Tapi dengan kuasa veto yang dimiliki, aku enggan! ye enggan untuk membuat sebarang BR hari ni. *libas mantel diraja*

Sebenarnya hari ni aku bercadang nak jawab pertanyaan sorang reader ini. Nanti kalau biar lama-lama karang terlupa pula. Lepas tu nanti bila tak buat mula lah semua buat spekulasi bebukan, kata blogger ni sombong lah apa lah. Padahal sebenarnya blogger tu baik hati dan peramah pula. Ehem! 

So the question is:


Baiklah Cik Star, aku akan cuba menjawab soalan tersebut sebaik mungkin. Tapi ingat! ini hanya berdasarkan permerhatian dan ujikaji trial and error aku saja. Maknanya takde lah 100% berkesan untuk semua orang. Tapi at least dapat lah bagi rough idea nak buat apa semua. 

Believe me, benda ni adalah perkara biasa, ulat-ulat buku pun kadang-kadang hadapi masalah yang sama. Macam mana nak pilih satu buku yang really worth it? 'Worth' disini bermaksud wang yang kita bayar tidak menjadi sia-sia dan isi kandungan buku tersebut bertepatan dengan citarasa kita. Tak mau lah kan bayar RM30++ but end up bila dah masuk muka surat 5 dah rasa bosan dan menyesal beli buku tersebut. RM30 is a lot you know. Lagi-lagu buku yang berbahasa Inggeris. 

Jadi, ini yang selalu aku buat. Ada 2 kaedah yang boleh diguna pakai.

Kaedah 1: WZ Scarch Process  

#1 Scanning

Bila aku dah mula bosan dan dah desperate gila untuk mendapatkan bahan bacaan tapi tak ada clue apa yang tengah hot sekarang, aku akan pergi ke kedai-kedai buku. Bukan untuk membeli buku tapi survey dulu. First stop 'New Arrival' punya section. Lepas tu beralih pulak ke 'Best Seller' punya section. Kalau macam MPH dia ada tampal senarai weekly/monthly best seller untuk kedua buku Melayu dan Inggeris. Tak perasan pula untuk kedai buku lain. Tapi rasanya ada. 

Check mana tajuk-tajuk yang interesting dan take a note. 'Interesting' dekat sini tak kisah lah dari segi sinopsis ke atau isi dalam dia. Janji kau rasa tertarik. Tapi kalau banyak sangat selalunya aku tangkap gambar saja senang.

#2 Research

Balik rumah, connect Internet and start doing you're research. Mostly aku refer dekat GoodReads saja. Situ banyak review-review berguna. Even ada untuk novel melayu pun. Tapi macam aku ni choosy sikit. Lepas check dekat GoodReads aku akan search pulak dekat Google. Taip 'Review (masukkan tajuk buku, nama pengarang atau apa yang berkaitan)'. Kalau lucky memang berderet keluar. 

So kalau sinopsis yang dah dibaca pun best dan review-review dari pembaca yang lain pun macam menyokong apa yang kau rasa. Maka buku tu memang berbaloi untuk dibeli. 

Boleh juga pergi ke laman web rasmi publisher-publisher buku. Macam contoh kalau macam dekat website Amazon.com  dia akan bagi sedikit sneak peek untuk baca sesetengah buku. Jadi senang lah nak tau buku tu best atau pun tidak. Tapi ni mostly buku-buku english. 

Kalau nak baca tekan dekat kotak merah oren tu.


Kalau buku melayu pulak., jarang ada. Tapi setahu aku Fixi akan bagi kita download 1-2 chapter untuk kita buat test reading.    

Klik di kotak putih untuk download.
Tapi, tapi, macam mana pula kalau saya jenis yang pemalas nak buat research-research ni? Ataupun time dekat buku tu saya rasa nak beli terus. Sebab lepas ni takde nak keluar-keluar dah. I'm busy liddat.

So use this method instead

Kaedah 2: WZ Go Thru Method

#Scanning

Macam step dekat atas juga. Cari mana yang rasa berkenan. First based on the sinopsis. Lepas tu start baca the first page. Keep on reading sampai halaman 6-7 pages pun tak apa. Kalau kau tak rasa mengantuk, atau bila orang lalu kau langsung tak perasan, haaa! ok sangat lah buku tu. Kalau cukup budget, beli. 

Yang paling penting kau jangan kisah apa kata orang, ataupun fikir nanti cashier nampak mesti depa marah. IDOK LER. Aku pernah baca satu chapter kut. Takde sapa pun tegur. Kalau ada sapa jeling kau jeling balik. Bukan sempat baca satu buku pun! Kepochi betei. Sebab benda yang kau nak beli ni bukan kangkung bayam semua timbang kati RM1-2 boleh dapat. Jadi ada hak anda disitu. Tapi janganlah buat macam ni time baca suratkhabar atau majalah. Tu sah-sah lah orang marah.

Lagi satu kalau jenis yang macam buku yang balut dalam plastik konon tak nak kasi orang baca tu, korang boleh pergi kaunter mintak depa bukak. Memang boleh macam tu. Aku pernah buat jangan tanya banyak-banyak lagi. Tapi make sure kau macam 50-50 lah nak beli buku tu. Jangan saja-saja 20 buku hempas dekat kaunter suruh depa bukak. Pada-pada lah ye. 

So lepas buat semua ni anda still tak dapat lagi buku-buku menarik yang untuk dibaca? Aku ada 3 jawapan untuk persoalan itu:

1. Kedai buku budget rendah
2. Pemilih ya amat!
3. Jenis yang baca apa-apa buku pun automatik mengantuk.

Jadi itulah serba sedikit tips-tips yang boleh dipakai. harap boleh dimanfaat bersama. Tapi kalau rasa nak tambah tips-tips sendiri boleh luahkannya di kotak komen.

Wednesday, December 19, 2012

Shodate #1

Sebenarnya ikut hati nak buat list 'Top 10 Movie Paling Best 2012' ataupun 'Top 5 Dessert Paling Enak 2012'. Tapi aku tak cukup modal nak buat semua entry macam tu. Not really a good year for movies and foods categories to be honest. But have no worries, aku akan buat satu list top-top entry untuk semua entry yang pernah dipublish dekat blog ini sepanjang tahun 2012. Ada pelbagai kategori-kategori yang berlainan akan diwujudkan seperti 'Top 3 Entry Paling Dipandang Sepi' atau 'Top 3 Entry Paling Overrated' dan lain-lain lagi. Tapi, tapi itu semua untuk minggu depan. Minggu ni rilek-rilek dulu goyang kaki (I wish).

Banner Rasmi! *potong reben* Pelis puji lawa. 
That it for now. Dah nama pun shodate. Kena tulis pendek-pendek. Nanti ada yang komplen kata ko ni nama saje shodate tapi panjang. Hahaha. *terasa*

Monday, December 17, 2012

Review atau Sinopsis?

Sekarang ni kalau tengok kebanyakkan blog-blog suka benar buat review. Termasuklah lah jugak blog ni. Ehem! Tapi bergantung lah blog tu nak review pasal apa. Ada yang fokus kandungan blog dia memang 100%  review semata-mata. Terpulang lah kan? Blog masing-masing. Macam blog ni mostly memang ke arah makanan dan buku [Segmen BR setiap hari Jumaat]. Dulu ada sekali termasuk lagu, tapi bab review-review lagu dah dibuat dekat blog berasingan; Pour Me Music. *promosi*

Tapi sebenarnya bila aku baca entry-entry berkaitan review ni (tidak merujuk kepada mana-mana blog),  yang paling ketara sekali review tentang movie atau novel, rasa macam something is wrong. Betul ke style depa ni dok review-review? Untuk makluman semua, entry ni bukan lah nak bagitau cara-cara yang betul untuk menulis review, tapi lebih kepada pendapat peribadi tentang apa review tu sebenarnya. 


Jadi berdasarkan definisi diatas, review atau ulasan didalam BM adalah sesuatu perkara yang kita periksa atau kaji tentang sesuatu perkara. Kalau contoh untuk handphone; macam mana perasaan semasa menggunakannya, adakah ia user-friendly? bagaimana kesan dia terhadap diri sendiri, ada sebarang cadangan untuk improve kan dia ataupun untuk contoh lain macam lagu pula; jenis genre muzik apa yang digunakan? electropop, rnb, 80's? apa perasaan semasa mendengarnya? kenapa suka lagu tersebut? Itu baru review.

Tapi kebanyakkan aku baca (termasuk entry diri sendiri especially yang lama-lama) lebih kepada review benda yang nampak, yang tersurat. Yang tersirat tiada. Kalau ada pun dalam kuantiti yang minimum. 

Contoh lain kalau buat review movie, bukan main cerita dari awal sampai akhir, siapa watak dia, apa plot dia, klimaks dia semua! Kalau lagi dahsyat ending pun cerita sekali. Well, to be honest that is not a review. It is more towards to synopsis.



Sedangkan perkataan 'ulasan' tu sendiri dah tunjuk makna sebenar. Mengulas satu persatu-satu. Senang cerita aku buat dalam bentuk contoh yang mudah. 

Jadi, ini adalah pengalaman aku semasa mengulas bawang kecil.

Synopsis/Sinopsis
  • Ambil pisau
  • Tukar pisau lain sebab terambil pisau daging
  • Kupas kulit sehelai demi sehelai dengan berhati-hati
  • Basuh dengan air paip yang perlahan.
  • Siap untuk digunakan.


Review/Ulasan
  • Ambil pisau. Rasanya macam salah ambil ni. Haha. Nampak sangat jarang ke dapur
  • Tukar pisau lain sebab terambil pisau daging. Yang lebih kecil semestinya.
  • Kupas kulit sehelai demi sehelai dengan berhati-hati. Susah betul! Macam nak keluar air mata pun ada. Patutnya pakai cermin mata ke apa untuk elak pedih mata.
  • Basuh dengan air paip yang perlahan. Sebab nak jimat air. Lagi satu nak bagi bawang tu bersih. Kebersihan itu penting kan?
  • Siap untuk digunakan. Lain kali suruh bibik aje buat. Menyusahkan betul. 

See the differences? 

Tapi ini adalah pendapat semata-mata. Tak ada nak tegur sesiapa pun. Lebih kepada mengingatkan diri sendiri supaya dapat bezakan mana satu review dan mana satu sinopsis untuk kegunaan masa depan. So sekarang mana sampel-sampel makanan untuk dibuat review?!   

Friday, December 14, 2012

[BR] Pecah - Khairulnizam Bakeri

Book Review [BR] kembali lagi! Selepas seminggu hilang tiba-tiba akibat perasaan yang melonjak gembira sebab nak pergi ke BBW. Jangan salahkan perasan gembira itu. Jadi, minggu ni aku rasa nak buat review daripada salah satu publisher yang menghasilkan karya-karya urban dan masakini (according to the description from their website). Buku Fixi dengan novel Pecah.


Details 
Penulis : Khairulnizam Bakeri
Publisher : Buku Fixi
Bahasa : Melayu
Bilangan Muka Surat : 335 
Harga : RM 20 (kedai). Beli online dapat 15% diskaun. 

Ilustrasi
Pertama kali tengok kulit muka buku ni kau macam terkaget sekejap. Ni cerita  macam 'Ninja Assassin' ke? Kalau berkisar pasal ninja kenapa pakai pistol. Bukan ke ninja lebih kepada Shuriken? Katana? Oh maybe ada twist dalam cerita ni? Ninja moden mungkin. Tetapi bila aku baca sipnopsis dia, ia berkaitan satu rompakan berkumpulan dekat Bank CIMB. Tiba-tiba jadi macam tak masuk akal. Oh, mungkin mereka merompak sambil memakai kostum! 

Dan apabila baca cerita dia dengan lebih lanjut. Barulah kau mengerti yang tu bukan kostum ninja. Itu adalah purdah. T____________T. Purdah wanita yang siap dengan niqab. Tetapi dalam kes ni bukan wanita yang memakainya tetapi lelaki sebab ada janggut kalau perati betul-betul dekat cover dia. Maka aku rasa cara penyampain untuk menunujukkan purdah tersbut macam tak sampai. Boleh menimbulkan salah faham pembaca. Mungkin boleh cuba letak model tu dari sisi depan? Atau terangkan sedikit contrast dia bagi betul-betul nampak pattern purdah. Just my 2 cents.

Plus, aku sebenarnya agak suka dengan style Fixi buat dengan setiap tajuk novel yang ditulis diatas satu stripe ataupun menggunakan font tulisan yang hampir sama. Dia macam membangkitkan semangat nak kumpul semua buku keluaran mereka tanpa mengira jalan cerita meraka best atau pun tak. Nanti kalau susun dekat rak buku macam lawa gila. This is a good sign actually. For their business.(ehem).

Dan aku macam agak kagum sedikit dengan tajuk Pecah tu. Maksud aku dia ada "double entendre" kalau perati betul-betul. Satu tentang kejadian pecah masuk ke dalam bank dan satu lagi pasal melibatkan struktur jalan cerita dia yang membongkar rahsia watak satu persatu. Dalam ayat yang lain, bongkar = pecah. 

Isi Kandungan
Sebab utama aku baca buku ni sebab plot dia. Rompakan ke atas bank dan bagaimana mereka yang terlibat buat rancangan untuk lepas dengan jenayah ini tanpa ditangkap pihak polis. Jarang rasanya (setahu aku) ada novel yang buat cerita-cerita macam ni lagi-lagi dalam BM. So I'm taking the bite and bought this novel.

Mula-mula macam biasa, aku ada masalah untuk mengenal watak. Lagi-lagi bila nama watak agak banyak. Jadi kadang-kadang kena belek balik muka surat sebelum ni untuk kenal pasti balik siapa si polan si polan ni. Lagi-lagi apabila watak dalam ni agak ramai. Tapi bila dah nama-nama tu diulang-ulang jadi biasa lah. Mungkin ni problem aku kut. Haha. Saya manusia yang lemah.

Secara amnya. dia macam ada 2 team dekat dalam buku ni:

#TeamPurdah = Herman, Radi, Bakar, Don dan Lidya
#TeamPolis = Inspektor Alan dan dua lagi sidekicks yang aku tak ingat namanya. 

Of course, penulis macam seolah-olah menyuruh kita memihak kepada #TeamPurdah lagi-lagi dengan mendedahkan kisah silam hitam mereka yang pilu satu persatu. Dan sejujurmya aku dah terperangkap dengan helah  tersebut lantas menyokong #TeamPurdah supaya menang di akhir cerita. Lagi-lagi ada part bila salah sorang #TeamPolis menghina Britney Spears.

Jalan cerita agak menarik since aku baca dengan agak rakus, nak tau apa yang terjadi. Lagi-lagi bila #TeamPolis cuba nak merungkai apa rancangan #TeamPurdah. Tapi malangnya sebelum cerita nak tamat, aku dah boleh agak siapa si polan ni. Apa kaitan dia dengan si dia. Mungkin disebabkan aku banyak terdedah dengan drama/buku berunsur thriller tu yang boleh agak kut. Dan bagi aku lah unsur twist dalam ni ok-ok saja. Sebab aku dah banyak tonton/baca twist yang lagi macam gempak dan memang kadang-kadang tak terfikir pun. 

Tapi tak bermakna novel tak layak diberi peluang untuk dibaca. Give it a try. Maybe you will like it.

Thursday, December 13, 2012

Berjinak-Jinak Dengan Sudoku (すうどく)

To be honest, aku tak pernah main Sudoku. Not my type of game kut. Maybe sebab dia involve nombor-nombor, tu kurang berkenan sikit. Lepas tu mula lah misconception Soduku ni main dia payah sebab kena tolak tambah bahagi darab semua sebelum nak masuk kan nombor ke dalam kotak dia. Padahal tak payah pun. Cakap je lah kau malas nak fikir kan? kan?. Alasan tu semua.

So time pergi BBW hari tu ada ternampak satu buku pasal Sudoku ni. Bukan nampak satu tapi sebenarnya satu meja tu penuh buku pasal Sudoku. Pilih aje mana yang berkenan. Tapi time boleh pulak hati memberontak mengatakan 'Beli satu! Beli Satu!'. Apa lagi garb ler senaskah. My intuition was soo strong. Tak boleh halang.

Since I'm a cheapskate like that. Beli yang RM3 punya. 
Tapi sebenarnya time tengok buku-buku Sudoku ni teringat satu artikel mana tah baca katanya kalau kerap main nanti masa tua keberangkalian nak nyanyuk tu rendah. Haaa! Ko nak nyanyuk ke tak nak? Nyanyuk? Tak nyanyuk? Nyanyuk *amik satu masuk kotak*. Apalah sangat RM3 dengan kadar kenyanyukkan yang tinggi bukan?

Since I'm not an expert with this stuff. Especially numbers *rolling eyes*. Baca instruction dia dengan teliti betul-betul sebelum nak mula. Dan ye lah weh! Confirm! Tak de tambah darab bahagi semua! Even pengamiran atau pembezaan pun takde! *letup confetti*. Just letak nombor-nombor ikut logik saja. 

Dan inilah hasilnya ye selepas mencuba puzzle nya yang pertama.  

Dan tiba-tiba terselak description dia dekat depan.

Puzzle 1-4 Level = Easy

Time required for me to finish this puzzle = 22 minutes


Tapi tapi, baru first time main kan. Not exactly that bad. Bukan amik masa sejam pun. Lama-lama nanti dah biasa mau seminit dah siap. *libas jaket winter*. So I guess Sudoku ni not bad juga ye. 

Tuesday, December 11, 2012

December's Craving?


Tak payah nak jeling-jeling. Semua orang ada hak untuk mengidam tahu. Bukan wanita mengandung sahaja. So basically I have sooo much masa terluang to make some kind of list for almost all my craves for this month. Ni baru separuh ni tak termasuk lagi yang tetiba datang macam kau dapat intuition/flashback yang instead nampak future event atau lokasi mayat, kau nampak makanan. = _________=

Jadi apa yang perlu anda buat adalah untuk meneka 6 jenis makanan diatas. Teka! teka! This is just for fun ok. Takde hadiah-hadiah. I know, I know sedihnya blog buat some kind of contest tapi takde hadiah *lari ke sudut bilik, meratap*.

Kalau boleh bagilah tekaan tu se'spesifik' yang boleh. Contah yang nombor 4 tu perisa apa? Kalau setakat sebut nama am je tak mencabar minda ler. Jawapan akan didedahkan (aurat ke jawapan ni boleh pulak main dedah-dedah. kah kah) pada malam ini jam 12 tengah malam. Good luck!

P/s: kalau takde siapa2 jawab memang aku pura-pura buat macam entry ni tak wujud.

~ UPDATE ~

Hai! Seperti yang dijanjikan. Ini adalah jawapan-jawapannya. Tapi sebelum tu izinkan aku berucap sepatah dua kata dulu.

Hoi! Korang makan supplimen apa hah? Jawapan semua hampir betul. Something fishy is going on! I can smell it. Korang guna Google Images eh? Terus terang sajalah. Kemain. Licik betul. Ke skema jawapan dah bocor?.

*kembali tenang*

Baiklah ini lah jawapan-jawapannya. ^-^. Sila semak jawapan masing-masing.

#1 Domino's Pizza Half Pepperoni with Half Mushroom
mostly semua macam blur kata pepperoni saja. Yay!

#2 Udang masak Kicap
Yang ni macam susah sikit. Sebab maybe warna dia macam merah-merah. Semua kata sambal. Tapi ingat! Kalau sambal takde letak cili-cili tu seketul-ketul. Especially cili burung. So udang masak pedas boleh lagi diterima. Tapi bukan sambal. Takde kata rumah aku buat je macam tu. No no no. No udang masak sambal. Tiada kompromi. 

#3 Nugget Tempura Ramly. (Ramly is optional. Yang penting ada tempura)
Hoi! yang jawab Ramly sekali tu kan suspicious gila tahu. KAH KAH.

#4 Ais Krim Baskin Robbins Cookies n Cream dan Mango Tango
I just can't with anyone who get this correct. Kah kah. Tahniah!

#5 Sagun/Sagon
Haaaa. Ni epic sekali. Siapa dapat jawab sah-sah pernah beli dekat kedai.

#6 Mashed Potato.
Semua betul!. Nampak sangat semua kaki KFC. kbai.

Thanks guys for participating dalam teka-teki murahan ini. Kelakar nengok jawapan memasing. Tapi kalau aku Oprah dah lama aku kata semua akan membawa pulang makanan-makanan diatas. Amazing gila kan? Tapi marilah kita berpijak pada bumi yang nyata. So thats it. See you again dalam next teka-teki. (kalau rajin) 

Monday, December 10, 2012

Trip to BBW 2012. Oh Yeah!

Amboi, sejak dua menjak ni kemain asyik cerita BBW saja. Mesti yang macam bukan ulat buku tu dah start muak. Wakakah. But have no worries, this will be the last entry about it (maybe. hehehe).

So awal-awal pagi Sabtu dah siap-siap nak bertolak, then terus beli tiket. Jenis beli tiket on time ni bahaya jugak kadang-kadang. Kalau time tu semua seat penuh mau rosak plan ko semua. Gamble sajalah. Tapi lepas pergi beberapa kaunter, dapat yang pukul 10.30 pagi. Time tu beli tu dalam around 10.28 pagi.  Dan- dan auntie tu kabo lekas pegi naik. Bas tu dah tunggu kat depan. Apa lagi lari lah kejar. KAH KAH.

So around 1 lebih dah sampai dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ye TBS. Aku ingatkan berenti dekat Puduraya. *mini heart attack*.  But you know what? Ada hikmahnya turun dkt TBS ni. Since dekat situ boleh saja terus ke stesen KTM Bandar Tasik Selatan dan terus pergi ke Serdang. 1 stesen sahaja dari TBS. Dekat gila. Tak payah lah tunggu dekat KL Sentral. 

Sampai dekat Stesen Serdang. jalan-jalan sikit nampak signboard ni.

Ada perkhidmatan naik bot ke The Mines ke? 
Disebabkan time tu celah mana bangunan The Mines pun tak nampak terus decide nak naik ni. Kah kah. So gedik like that lah habiskan duit buat benda-benda macam ni.

Tiba-tiba teringat Melaka River Cruise
Bayar RM2 (sehala) untuk masuk terus ke The Mines. Tak payah susah-susah nak cari thru map bagai.  Tapi, tapi naik dalam around 5 minit aje macam tu. zzzzzz

Bila masuk dalm The Mines, terus rasa macam nak nanges, sebab banyak gila, BANYAK!!! Kedai makanan. Huwaaaaa! Bestnya The Mines ni semua complete. Oh, I wish ada shopping complex macam ni dekat my own hometown. 

Oh about the BBW, boleh je terus saja access dari dalam The Mines. Macam pergi ke tingkat 4 dan cari papan tanda ke MIECC. Then Voila, sampai ke BBW. Tapi aku pula sebab first timer kan tak tau apa-apa terus pergi keluar The Mines lepas tu pergi ke belakang MIECC. kah kah.

Naik lif ke tingkat 3A terus sampai ke foodcourt dia. Elok lah, elok lah nak suruh makan dulu ke macam mana? Licik betul. Boleh pulak terus skip entrance dia kan.

Tapi kalau lalu ke tempat yang betul nampak lah entrance dia macam ni.
Dekat entrance dia jugak Kereta Lombourghini hitam. MELAMPAU! kah kah.

Oh ye. Here is a map untuk kedudukan buku-buku dalam dewan tu. Boleh print untuk kemudahan semua. =P

Bahagian children kemain beso dia. 

Ini adalah rupa keadaan dia dari pandangan seekor burung. ecewah. Tiba-tiba boleh teRbang. 

Keaadaan disebelah kanan
Keadaan di sebelah kiri

This place is freaking huge lah wei!!! Memang rasa nak meroyan tetiba sebab tak pernah seumur hidup  nampak buku sebanyak ini. Tu belum start pilih lagi.

Disebabkan aku decided untuk over night dekat situ. *gelak golojoh*. So memang amik masa lah round satu-satu meja tengok mana satu. PERATI SATU-SATU. Mula-mula amik semua buku yang berkenan lepas tu duduk dekat satu sudut. Start buat screening process iaitu memilih buku-buku yang betul-betul nak.

Lokasi merempat. Selalunya orang merempat tepi jalan takde rumah kan. Ni versi ilmiah punya. Time ni pagi-pagi. Memang tak ramai orang. 
So this is my overall experiences:

# Staff-staff dia very friendly you know. Siap kata 'goodbye, have a safe journey' masa lepas bayar. *terharu*. Padahal waktu tu pukul 6 setengah pagi kut.

# Ada kemudahan seperti toilet, temporary food court (ada gerai KFC, Pizza, Sushi King, The Chicken Rice Shop, Baskin Robbins etc) dan kerusi urut. Which is sangat memudahkan.

# Ada tempat storage buku. Maknanya buku yang korang dah pilih (belum bayar) boleh bagi dekat staff kat sana tolong simpankan. Mana tau time tu nak tengok movie sekejap ke dekat The Mines. *wink*

# Try avoid waktu perdana around 11am - 3pm. Time tu agak sesak lah. Tapi waktu aku memang tak sesak sangat siap boleh lari-lari lagi dari hujung ke hujung sambil jerit 'This is all mine!!!'. Kah kah suka imiginasi bebukan.

# Book selection dia especially dari author terkenal tak banyak sangat. Konon macam aku nak cari trilogy The Hunger Games takde pun. Tapi aku dengar tetiap hari dia akan stok kan buku-buku yang lain. Tengok luck masing-masing lah ye.

So overall aku rasa puas dapat pergi, cuma terkilan sebab tak dapat beli banyak sangat. Yelah budget pun kurang. Next year memang aku nak simpan hoi dalam RM400-500! Lantak lah. kah kah. By the way budget aku still dalam range ok. *libas jaket*

Oh ye aku ada snap satu tips dekat satu buku aku sempat baca. Tak tau berguna ke tak untuk korang. 

Friday, December 7, 2012

Pre-BBW

Sepatutnya hari ni entry pasal untuk BR (Book Review). Tapi since I am powerful person like that, I chose to update pasal entry lain. *gelak diktator*. Seperti yang dinyatakan minggu lepas, kalau aku jadi pergi ke Big Bad Wolf (BBW) minggu ini maka sehari sebelum pemergian tersebut haruslah dikepochi kan di alam blog. So urmm.. I'm going! Yay!. 

*krik krik krik*

Since takde siapa-siapa pun akan peduli kalau bagitau di alam nyata. *kuis-kuis simen*

Ok, now. Disebabkan BBW macam agak jauh. Nun di area Selangor sana. Kena naik bas around 4 jam dari sini. Maka aku ingin membuat perjalanan ala-ala Bagpackers!. Maksudnya travel yang sebolehnya-bolehnya cuba target kan minuman kos perjalanan tapi pada waktu yang sama dapat mengaut semaksima pengalaman yang boleh.

So this is what I plan to do. Kalau korang nak pergi juga, boleh lah kalau nak anggap ni sebagai guide. Tapi macam biasa guide ni more to WZ's taste ok. You can freely adjust a bit here and there. Tak paksa pun.

#1 Peta/Map (Crucial)

Ingin pergi kesana tanpa peta? Tanpa perancangan rapi?. You dead! Not literally. Maksud aku, perjalanan kau akan messy gila. So don't worry. Di website BBW ada sediakan peta. Snap this maps using your handphone or camera and then voila! You are saved!


But I will first try to use this red guide thingy. Bila dah sampai dekat Komuter Serdang baru guna peta dekat atas.


To be honest, dah lama gila aku tak perg KL. And I expect dah banyak perubahan. But well, I'm up for the challenge ok. *libas jaket*


#2 Budget (Crucial)

Tetapkan budget anda unless kalau datang daripada keluarga kaya-raya. Bagi yang biasa-biasa atau pelajar yang mengharapkan bantuan kewangan daripada pelbagai badan-badan berkuasa haruslah mempunyai nilai budget yang jelas tepat dan rasional.

Mine? Around RM50 since I'm a ulat buku like that. For sure tak boleh lebih! Tapi kalau dapat kurangkan lagi bagus. But I doubt that will happen. 

#3 Extra Bags

Disebabkan rege-rege buku disana nanti kepalang murahnya. Maka pasti banyak buku-buku yang akan dibeli. So beg-beg extra adalah sangat penting. Dan idakler kalau kau nak angkut buku-buku tu macam puak nomad berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. 

Sampai dua! lol
Lagi elok kalau bawak kotak atau troli sebenarnya. Tapi kau naik bas so pelis tolong sedar diri jangan pikir extreme sangat.

#4 Pakaian yang selesa

Ni bukan event parti pelancaran produk terbaru kena lawa-lawa bagai. This is more like a war. Pasti ada adegan berebut buku yang diidami (kalau perlu) ataupun aksi kejar mengejar. Confirm kau tak akan menang kalau kau berlawan dengan auntie perengus yang berpayung besi kalau ko pakai baju ala-ala Kpop (extreme accessories,  harem pants etc) ataupun turban Yuna bukan? So pastikan pakai baju yang simple dan selesa. 

Disebabkan ada BBW kata ada jualan 63 jam tanpa henti. Maka bawa lah sweater supaya tidak matilah cramp kesejukkan semasa memilih buku pada pukul 4 pagi.
Tapi tak confrm pun nak bermalam ke idak. Tapi sebagai persediaan lah, bawalah sekali mana lah tau kut-kut.

#5 Have Fun!

Pilih buku betul-betul. Belek sampai puas. Buat keputusan yang betul. Dan balik dengan perasan puas. Kalau siapa-siapa yang terjumpa aku, tegur-tegur lah ye. kah kah. Budget ada orang kenal kau. Entah-entah kau lari dulu tak nak jumpa orang. Zzzzzz.

So maybe around Monday aku akan cuba update kan my whole (amboi!) experiences semasa disana! Insya'Allah.

Konon-konon nak bawa sabagai bekal. Tapi masing-masing dah tinggal separuh.  Hampeh betul.