Monday, December 24, 2012

The Best of 2012 : Music Edition

Bersempena dengan The Best of 2012 of WZ. Aku nak buat something special minggu ini iaitu dengan mempublishkan entry-entry yang akan mengimbau kembali saat-saat untuk tahun 2012. Untuk entry yang pertama ni ia dikhaskan untuk music. Yay!

Tanpa membuang masa lagi aku persembahkan kan dekat kamu semua. Ye, kamu, kamu, dan kamu!. List Top 12 lagu yang dikeluarkan pada tahun 2012 yang aku sering rewind tanpa henti (kalau zaman CD gamak dah calar balar sebab dok pusing-pusing tanpa henti mujur sekarang dah MP3) atau yang dok berkenan dekat hati.

Mengikut turutan:

#12 Hall of Fame - The Script feat Will.I.Am


This is such an inspirational song. Aku memang suka lagu-lagu jenis macam ni. Sebab American tau-taulah gemar betul buat lagu-lagu lucah. Memang jarang ada lagu genre lift up your spirit macam ni. Kalau ada pun underrated kecuali Fireworks = =". Walaupun ada sesetengah lirik yang macam aku tak berapa nak setuju. Tapi macam biasalah perspektif barat ni tanpa batasan sikit. But at least this song have a good intention.

#11 P!nk - Try
Cuma 2 sebab:

i) Amazing live performance at The AMA 2012. 

ii) dan lirik yang gramatis ini;

"Where there is desire there is gonna be a flame. Where there is a flame someone's bound to get burned. But just because it's burns, doesn't mean you're gonna die. You've gotta get up and try, try, try" 

#10 Chasing The Sun - The Wanted


Hahaha! *tetiba*. Lagu ni senanya lagu tema aku balik dari kerja time praktikal dulu. Setiap kali balik mesti wajib ada lagu ni. Jadi secara tak langsung jadi lagu kegemaran pula. Tambahan pulak hook line dia 'Oh oh oh oh oh' tu sangat catchy dan mengingatkan aku pada lagu Till The World Ends by Britney Spears. Dan aku tak tau kenapa aku suka intro music dia. Rasa nak ulang-ulang intro dia saja. 

#9 One Last Night - Maroon 5

I've been trying to avoid for liking this song, you know. This is mainly because of the nasty lyrics. Talking about ehem-ehem! But trying really hard is just not good enough. I terpikat juga akhirnya. lol! The beats is catchy! Part 'uh~~ u u u u" especially. Uwarghh! Stress. Nak avoid sangat nombor 9 terus!. 

#8 Brokenhearted - Karmin

Lagu ni sah-sah akan jadi pilihan aku kalau pergi karok! Kah kah. The rapping part is flawless. Macam versi Nicki Minaj berkulit putih. Tau tak perasaan dia bila kau dah mastered part rapping tu. Perghh bangga gila.  Tak sabar nak tayang dekat rakan-rakan semua.

#7 Primadonna - Marina And The Diamonds


Lagu guilty pleasure aku. Walaupun macam tak sesuai seorang lelaki nak menyanyi lagu ni dikhayalak ramai itu bukan penghalang untuk menyukainya. Mula-mula irama dia start macam biasa-biasa, menggunakan vokal yang rendah lepas tu tetiba selepas sahaja Marina menghabiskan ayat 'Primadonna Girl~" Pap! Beat dia terus bertukar menjadi rancak! Perghh! Eargasm betul.

Jejaga!! Dah nak masuk top 6 ni! Get yourself a second cup of tea. Bahagian kedua dah nak bermula selepas sahaja garisan ini. Lepas tu tak sempat dah nak buat apa-apa. Jangan kata aku tak bagi warning.

********************************************************************************************************************


#6 Give Your Heart A Break - Demi Lovato 


Kalau aku macam nak take a break daripada perhubungan yang sungguh rumit dan kompleks pastinya lagu ini menjadi pilihan lagi-lagi semasa sesi meluahkan perasaan tersebut di sebuah coffee shop. Bertepatan dengan tema 'Let me finish this coffee first while you trying to digest the meaning of the song'. 

Actually intro dia yang menggunakan violin sungguh menarik perhatian.  Kalau dengar betul-betul beat violin tu hampir sama dengan beat lagu Coldplay Viva la Vida. =O! I love Viva la Vida. Plus suara Demi sangat bertenaga. Asyik-asyik jerit saja.  

#5 Dark Side - Kelly Clarkson


Selain daripada vokal Kelly yang mantap dalam lagu ini. Lirik yang boleh dikatakan gramatis menjadikan dia faktor dalam menjadi salah satu Top 5 dalam list lagu aku. Kata Kelly ' Everybody's got a dark side'. Dan aku sangat lah bersetuju dengan pendapat itu. Dan kadang-kadang ai membuatkan aku terpikir adakah kita (secara amanya) masih akan setia dengan seseorang selepas sudah mengetahui bahagian sisi gelapnya? Atau mula menjauhkan diri? 

#4 Diamonds - Rihanna


Walaupun sesetengah orang kata lagu ni annoying sebab asyik ulang-ulang part 'Shine bright like a diamond' sebanyak 70 puluh juta kali, bagi aku tidak pula. Ia seolah-olah menunjukkan satu peringatan mengatakan 'Yes! This relationship gonna work! We just need to believe it!'. And thanks to Sia (composer) Rihanna once again grab her 11 number one single on Billboard 100 dengan lagu ini. Siapa Sia? Sia ialah penyanyi lagu 'Aiyem Titanium~~' itu. Kenal sekarang? Kalau perasan Rihanna macam imitate vokal Sia dalam lagu ni. Ini mungkin disebabkan vokal Sia sangat awesome dan-dan Rihanna pun tiru terinspirasi sekali.  

#3 No Light, No Light - Florence + The Machine 


I looove Florence. Her amazing vocal blew me away when I first watched her live performance at The Voice. Of course she chose to sang this song. Bahagian yang paling epic sekali adalah semasa dia mengeluarkan suara  jeritan yang panjang seolah-olah esok tiada lagi dan selepas tu itu dengan selamba saja meneruskan part nyanyian yang lain seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku. Tiada kesan mengah langsung! Plus the song composition is just flawless. The drums, the piano, the harp are just amazing.

#2 Lights - Ellie Goulding 



First time dengar lagu ni memang dah dapat rasa ia akan jadi among my favorite. Suara Ellie adalah unik. Kalau dengar sekali dah tahu suara dia. And do I need to mention about the song? The song is uh-mazing. Intro lagu seolah-olah membawa anda ke dalam satu dimensi yang gelap sambil dikeliling oleh cahaya bintang-bintang didada langit. And it makes you wanna dance in a dark. Not in a provocative way ok.

#1 Blue Jeans - Lana Del Rey 


The ultimate song of 2012. Lagu dikala kesedihan mahupun semasa meroyan. That deep guitar strum at the beginning of the song is just mesmerizing. Sangat bersesuaian dengan tema lagu yang emosional. And did I need to tell you for a million times? Kalau dikutikan betul-betul lirik lagu ini ia macam sebuah cerita, of course dengan menggunakan ayat-ayat yang puitis. Sungguh kreatif!

"I still remember the day we meet in the December"

Dan bila ingatkan strucktur lagu yang akan sentiasa mellow, sedih sepanjang masa sehingga tamat lagu, tapi rupa-rupanya tidak! Ia dikejutkan dengan kemunculan sedikit unsur hip hop with Lana rapping in it. Just amazing!

And how about you guys? Apa lagu ultimate anda pada tahun 2012?

8 comments:

fay said...

Lagu no #6 tu aku selalu dgr. Haha... my ultimate song in 2012? I would say super delicate-hey say jump, the chaser-infinite etc etc. Haha! XD

LynnAiza said...

vote for ; hall of fame. diamond. give your heart a break. primadona. lights.

ps, "Tau tak perasaan dia bila kau dah mastered part rapping tu. Perghh bangga gila. Tak sabar nak tayang dekat rakan-rakan semua." <--- sila tayang pls. hahaha

Iji said...

Apa lagu ultimate anda pada tahun 2012?

Disebabkan ko tanya meh aku jawab. Haha.

1. J-Rabbit - If You Love Me

Tak sangka sungguh! 500++ played dalam playlist aku. Haha.

star said...

Give your heart a break made it on my list haha,in fact my 2012 list consists of some songs from the album Unbroken by Demi Lovato.Selain itu,Thank You Camellia by Kris Allen.tu yg new songs yg aku ingat buat masa skg,tp ada lagu lama yg baru aku minat n tahu,like Falling Slowly,1st n 2nd album of Andrea Corrs,dan tak lupa Zikir Terapi Hafiz Hamidun,tho tumpang dgr org punya je =P

star said...

ah,lupa.Wide Awake by Katy Perry that lead me to her other songs.

cEro said...

Sejak henset aku asyik cepat sgt habis bateri n suka restart suka2 mak bapak dia je smpai buat aku marah,
aku dah berenti layan lagu..

Hasilnya, playlist aku tak berupdate dekat setahun setgh dah...

Maka, aku tak ada lagu baru...hehehhe

cinderella besar sikit je said...

Errr... il divo-la vida sin amor?? Hehehe..

WZulhilmi said...

fay
ratu infinite betei. kah kah.

lynnaiza
maknanya nak suruh uplaod cover dkt youtube ke mcm mana ni? Itew segan lah. lol!

kiheee
J-Rabbit?? sapa tu. Indie act ke?

star
Aku terbyg yg reason ko suka lagu I'm wide wake tu sbb ko suka berjaga malam?

cero
pelis beli handphone baru. jgn kata alasan xde duit. beli yg paling murah sekali yg samsung RM70 tu. jimat. plus tak pyh lah ko dok restart mcm esok tiada lagi.

cinderella besar sikit je
Il divo? terbyg2 depa dok nyanyi suara besar2. sungguh powerful. boleh gego bangunan.