Friday, December 28, 2012

The Best of 2012: Book Edition

Kalau hari Jumaat memang tak sah kalau tak cerita pasal buku. Sejak beberapa minggu lepas dah official jadikan setiap Jumaat mesti khas untuk entry Book Review [BR]. Tapi setakat ni, hanya dalam 2 saja buku sempat review. Bukan apa I busy hadiri event buku-buku ok tu yang kadang-kadang ada certain Jumaat kena kacau buat entry lain. Tapi intipati masih lagi berkait dengan buku. Boleh check kalau tak percaya. 

Bersempena dengan The Best of 2012. Maka, aku nak buat entry khas untuk edisi buku. Walaupun aku tahu selalunya entry buku paling tak popular dan paling tak banyak komen dikalangan pembaca blog ni (depa suka tang makanan je lol!). Tapi peduli apa aku! Nak buat juga. Kah kah kah.

Tapi aku nak buat 10 buah buku sebenarnya tapi aku rasa aku macam tak cukup stok buku plus tak de masa nak tulis panjang-panjang.  = ="  But still, here they are! Senarai 3 buah buku yang aku enjoy baca untuk tahun ini.

Tidak mengikut turutan:

# Versus - Hlovate 



Sejujurnya ini adalah buku novel melayu yang pertama aku baca sejak tinggal beberapa tahun yang lepas (comeback). Sebab utama aku tinggal novel melayu dulu sebab pilihan tak banyak. Mostly pasaran semua dimonopoli oleh buku-buku cinta lagi-lagi dari Alaf 21. Since aku agak alah dengan genre macam ni terus aku beralih ke arah novel inggeris yang lagi banyak offer genre lain yang lagi menarik. Unlike nowadays, agak banyak pilihan dah.

Ironinya buku ni actually buku pasal cinta jugak. Hahaha. Tapi not that mainstream type of cinta lah. Which is plot biasa novel-novel seperti semua hero mesti hensem, kaya raya atau direbut 3-4 lelaki pada satu-satu masa etc. zzzzzz. Tapi lepas google dan bertanya pendapat beberapa orang baru berani nak beli buku ni. And you know what? Its worth it! I love it. Plot yang menarik, jalan cerita yang tak cheesy dan paling penting on how the author suntik unsur islamik dalam cerita ni.



# Bersyukur Saat Diuji - Muhd Kamil Ibrahim



Ah!! I just love this book. Basically buku ni menceritakan tentang pengalaman author tu sendiri dalam menempuh dugaan-dugaan dalam hidup beliau. Dan bagaimana dia melihat ' Ujian/Dugaan' dari sudut perspektif yang lain. Ujian dari Tuhan bukan bermakna ujian yang negatif sahaja macam ditimpa bencana, kekecewaan dan lain-lain tapi ujian juga datang semasa kita gembira. Cuma sedar tak sedar saja kita berdepan dengan benda tu. Tambahan pula dengan cara penulis yang begitu rendah diri membuatkan aku berasa lebih dekat dengan pembacaan tersebut. Betul lah apa yang dikata berkongsi dari hati maka akan sampai jua ke hati.


# The Lost Symbol - Dan Brown



Bagi yang follow novel genre mesti tahu pasal novel ni. Sejak dia diterbitkan pada awal tahun ni. I've been like waiting forever for the paperback version. Sebab selalunya dia akan jual versi hardcover pada beberapa minggu/bulan pertama. Since I'm just your average student. RM100 untuk satu buku adalah sangat tidak berbaloi walapun cerita dia best. Aku ada perut untuk diisi. Lepas keluar sahaja edisi paperback terus beli. Ah! Professor Robert Langdon kembali untuk menyelesaikan kes misteri berkaitan pertubuhan Freemason. Sungguh juicy I tell you. lol. Yang paling best time dia jumpa tangan. TANGAN sahaja! Ak macam eh! *baca cepat-cepat*


[BONUS]

# Can You Keep A Secret? - Sophie Kinsella



Kah kah! Jangan gelak! Aku pun macam lawak juga pikir how come seseorang yang only layan buku-buku genre mystery/thriller/fantasy boleh end up baca buku macam ni. Maybe lepas aku syok tengok movie Confession of a Shopaholic aku tertarik nak tengok koleksi buku dari author ni. Dan entah macam mana buku ni pulak aku pilih baca. To my surprise. It actually worth to read it. Banyak kali jugaklah aku gelak masa dalam proses nak menghabiskan buku ni (ok, baca senyap-senyap). 

Sinopsis dia berkisar pasal sorang perempuan (Emma) ni. Masa dia naik kapal terbang ke satu tempat, then suddenly ada scene plane tu bergegar. Disebabkan nervous, si Emma ni terbagitahu semua rahsia dia dekat penumpang sebelah dia ni. SEMUA! Even the private one. Lepas tu banyak lah scene yang kelakar bagai. 
--------

Semua buku yang disenarai hanya berdasarkan citarasa aku sahaja. Lain orang lain pulak kan. So, bagaimana dengan anda pula? Buku apa yang menjadi kegemaran anda untuk tahun ini?

5 comments:

Unknown said...

most of karya hlovete mmg gempak habis... seriously, kmu akan jatuh cinta dgn buku2 melayu dgn karya die... especially, versus,tunas, contengan jalananan.. mmg xkan rugi klau beli... (tbe2 excited ble ckp psal hlovate!!!)
^_______^

Iji said...

Tanak cakap pasal hlovate sebab aku rasa ko tahu aku kan bias. Haha.

Pasal ujian tu. Setuju. Aku rasa dia punya intipati lebih kurang dengan buku yang aku baca. Tajuk dia terapi patah hati kut.

Dalam tu dia cakap bahagia itu juga ujian. So yeah. Saja ja nak cakap. Hahaha.

Dan brown? Aku pernah cuba baca masa aku 17 kut. Tapi kan otak aku xleh digest. Bahasa dia hebat sangat atau aku masih xmatang masa tu. Haha. Best sangat ka dia ni?

Okay macam biasa aku eksaited sikit bila bab macam ni.

cEro said...

Selaku orang yang bukan pembaca tegar,
aku rasa aku tak layak nak komen ape2...

Tapi, suka membaca mmg best..
Kenapalah aku tak suka membaca...
KENAPA!!!

cinderella besar sikit je said...

ak suka buku karya jemari seni... tak sume tp hlovate diutamakn... Buku paling aku suka ramlee awang murshid. aku berjaya beli koleksi lengkap laksamana sunan dia.. :D yang latest, aku tgh kumpul takdir by hilal ashraf.. Utk pertama kali digalakkan buku hero by hilal jugak. Cerita dia mcm batman versi malaysia.. Awesome! Sila cuba~ ;)

WZulhilmi said...

afiqah hanif
Hvolate is good a writer kebanyyakkan jalan cerita dia tak terlalu drama dan over to top. Wlpun biasa but still intipati dia menarik utk dibaca. I managed to read his/her 2 novels this year. Versus dgn Contengan Jalanan(CJ). And I think Versus is far superior than CJ tapi aku still like the concept 'A man that decides to change on the 12th hour dies on the 11th'.

Kiheee
Dan Brown bagi aku ayat dia advanced. Senang nak follow cuma bila dia jadi susah nak hadam bila time dia nak describe struktur satu2 bangunan atau nak terangkan satu2 gambar. aku kdg2 google images dulu baru paham. lol. Tapi cerita sgt juicy nak sgt cepat. I mean overall kes2 dia semua around 1 hari saje.

Cero
ruginya tak suka membaca! haha

cinderella besar sikit je
Ah! Ak asyik ternampak saje nama Awang2 ni. Dia ni mcm top novelist genre thriller dkt malaysia kan? Tak pernah baca lagi mana2 karya dia. I should give it a try. Thanks for the suggestion.