Monday, December 17, 2012

Review atau Sinopsis?

Sekarang ni kalau tengok kebanyakkan blog-blog suka benar buat review. Termasuklah lah jugak blog ni. Ehem! Tapi bergantung lah blog tu nak review pasal apa. Ada yang fokus kandungan blog dia memang 100%  review semata-mata. Terpulang lah kan? Blog masing-masing. Macam blog ni mostly memang ke arah makanan dan buku [Segmen BR setiap hari Jumaat]. Dulu ada sekali termasuk lagu, tapi bab review-review lagu dah dibuat dekat blog berasingan; Pour Me Music. *promosi*

Tapi sebenarnya bila aku baca entry-entry berkaitan review ni (tidak merujuk kepada mana-mana blog),  yang paling ketara sekali review tentang movie atau novel, rasa macam something is wrong. Betul ke style depa ni dok review-review? Untuk makluman semua, entry ni bukan lah nak bagitau cara-cara yang betul untuk menulis review, tapi lebih kepada pendapat peribadi tentang apa review tu sebenarnya. 


Jadi berdasarkan definisi diatas, review atau ulasan didalam BM adalah sesuatu perkara yang kita periksa atau kaji tentang sesuatu perkara. Kalau contoh untuk handphone; macam mana perasaan semasa menggunakannya, adakah ia user-friendly? bagaimana kesan dia terhadap diri sendiri, ada sebarang cadangan untuk improve kan dia ataupun untuk contoh lain macam lagu pula; jenis genre muzik apa yang digunakan? electropop, rnb, 80's? apa perasaan semasa mendengarnya? kenapa suka lagu tersebut? Itu baru review.

Tapi kebanyakkan aku baca (termasuk entry diri sendiri especially yang lama-lama) lebih kepada review benda yang nampak, yang tersurat. Yang tersirat tiada. Kalau ada pun dalam kuantiti yang minimum. 

Contoh lain kalau buat review movie, bukan main cerita dari awal sampai akhir, siapa watak dia, apa plot dia, klimaks dia semua! Kalau lagi dahsyat ending pun cerita sekali. Well, to be honest that is not a review. It is more towards to synopsis.



Sedangkan perkataan 'ulasan' tu sendiri dah tunjuk makna sebenar. Mengulas satu persatu-satu. Senang cerita aku buat dalam bentuk contoh yang mudah. 

Jadi, ini adalah pengalaman aku semasa mengulas bawang kecil.

Synopsis/Sinopsis
  • Ambil pisau
  • Tukar pisau lain sebab terambil pisau daging
  • Kupas kulit sehelai demi sehelai dengan berhati-hati
  • Basuh dengan air paip yang perlahan.
  • Siap untuk digunakan.


Review/Ulasan
  • Ambil pisau. Rasanya macam salah ambil ni. Haha. Nampak sangat jarang ke dapur
  • Tukar pisau lain sebab terambil pisau daging. Yang lebih kecil semestinya.
  • Kupas kulit sehelai demi sehelai dengan berhati-hati. Susah betul! Macam nak keluar air mata pun ada. Patutnya pakai cermin mata ke apa untuk elak pedih mata.
  • Basuh dengan air paip yang perlahan. Sebab nak jimat air. Lagi satu nak bagi bawang tu bersih. Kebersihan itu penting kan?
  • Siap untuk digunakan. Lain kali suruh bibik aje buat. Menyusahkan betul. 

See the differences? 

Tapi ini adalah pendapat semata-mata. Tak ada nak tegur sesiapa pun. Lebih kepada mengingatkan diri sendiri supaya dapat bezakan mana satu review dan mana satu sinopsis untuk kegunaan masa depan. So sekarang mana sampel-sampel makanan untuk dibuat review?!   

6 comments:

Iji said...

Dulu masa lecturer aku suruh buat review pasal buku. Aku tanya dia, sir can I do a novel review?

Pastu dia cakap review is something you get from what you read, something underneath, tersirat dan kalau buat review novel, dia takut aku salah.

And then I realised, budak-budak yang buat review dari buku cerita, they ended up with telling the stories whats all.

Hihihi.

It's hard though to do a review. Aku rasalah.

WZulhilmi said...

Couldn't agree more. review mmg agak sukar nk ditulis lagi2 klu kita bukan expert dlm benda yg nak direview tu. Even ak pun mengaku yang some of my reviews ada flaw dia sendiri. lagi2 yg lama punya. (masih lagi mentah).
Tapi mujur dh tersedar. Boleh lah perbaiki entry review lepas ni.

Tapi tu lah mostly aku baca review org kdg2 tu kecewa lah. ssb i'm hoping I gained some information yg ak tak boleh dpt dr wikipedia, google etc. tapi mostly byk cerita pasal sinopsis padahal tajuk ada review. yang hanya membantu pun bila ending entry yang kata cerita tu best/tidak atau pembahagian bintang. for me bagi tau berapa bintang or rasa cerita tu best or tidak adalah salah satu form review. tapi tak dikembangkan dengan baik. end up itu aje informatioan yang diinginkan.

cEro said...

review, pd aku, lebih peribadi.
Mcam ko ckap, kupasan dia lebih terperinci dan byk melibatkan si pe'review'. Kalo ada 7 org review, semua 7-7 review adalah bebeza walaupun subjek sama, sedangkan sinopsis adalah lbih kurang sama kalo ada sinopsis dr 7-8 org pun..

WZulhilmi said...

betul, betul. dia mcm personal. Tapi kebanyakkanya aku tgk ada sikit saja element personal itu. hanya sinopsis saja yg lebih. of course benda ni tak jadi isu kalau tajuk dia takde perkataan review. tapi masalahnya ada.

star said...

owh,same thing as literature review,instead of telling what the previous papers/journals did,kena bgtau konklusi n how it'll benefit you/relate to your research,sort of. (saintifiknya penerangan!)

WZulhilmi said...

komen mcm sainstis. lol

ak senanya tak suka literature review. kah kah. mengingatkn aku pada FYP.