Thursday, December 13, 2012

Berjinak-Jinak Dengan Sudoku (すうどく)

To be honest, aku tak pernah main Sudoku. Not my type of game kut. Maybe sebab dia involve nombor-nombor, tu kurang berkenan sikit. Lepas tu mula lah misconception Soduku ni main dia payah sebab kena tolak tambah bahagi darab semua sebelum nak masuk kan nombor ke dalam kotak dia. Padahal tak payah pun. Cakap je lah kau malas nak fikir kan? kan?. Alasan tu semua.

So time pergi BBW hari tu ada ternampak satu buku pasal Sudoku ni. Bukan nampak satu tapi sebenarnya satu meja tu penuh buku pasal Sudoku. Pilih aje mana yang berkenan. Tapi time boleh pulak hati memberontak mengatakan 'Beli satu! Beli Satu!'. Apa lagi garb ler senaskah. My intuition was soo strong. Tak boleh halang.

Since I'm a cheapskate like that. Beli yang RM3 punya. 
Tapi sebenarnya time tengok buku-buku Sudoku ni teringat satu artikel mana tah baca katanya kalau kerap main nanti masa tua keberangkalian nak nyanyuk tu rendah. Haaa! Ko nak nyanyuk ke tak nak? Nyanyuk? Tak nyanyuk? Nyanyuk *amik satu masuk kotak*. Apalah sangat RM3 dengan kadar kenyanyukkan yang tinggi bukan?

Since I'm not an expert with this stuff. Especially numbers *rolling eyes*. Baca instruction dia dengan teliti betul-betul sebelum nak mula. Dan ye lah weh! Confirm! Tak de tambah darab bahagi semua! Even pengamiran atau pembezaan pun takde! *letup confetti*. Just letak nombor-nombor ikut logik saja. 

Dan inilah hasilnya ye selepas mencuba puzzle nya yang pertama.  

Dan tiba-tiba terselak description dia dekat depan.

Puzzle 1-4 Level = Easy

Time required for me to finish this puzzle = 22 minutes


Tapi tapi, baru first time main kan. Not exactly that bad. Bukan amik masa sejam pun. Lama-lama nanti dah biasa mau seminit dah siap. *libas jaket winter*. So I guess Sudoku ni not bad juga ye. 

7 comments:

Iji said...

Cepat aku tahu ko update dengan hanya mengikuti twidder blog ko. Hahaha.

Btw, tahniah, kuranglah risiko ko nak dementia nanti. Hihihi.

Tapi kalo xsuka numbers, boleh try word search. Aku punya favorite tuh. Haha harap2 nanti tua, tidaklah nyanyuk.

WZulhilmi said...

haha. I'm soo glad tht twidder thingy tu ada manfaatnya. lol.

word search? maksud ko teka silang kata ke?

Merok said...

Main dam haji lagi seronok..

star said...

dulu pernah main sudoku kt handphone ayah,earliest puzzles ok,dpt selesaikan.masuk puzzle yg makin mencabar mmg tak mampu nk buat,i give up =___=

WZulhilmi said...

Watercolour
bagi aku sudoku dan dam 2 benda yg berbeza tp beri kenikmatan yg sama. contoh mcm kita makan 2 benda yang berasingan tp at the end tujuannya sama iaitu nak bagi kenyang. tapi sebelum nak bagi kenyang tu ada macam2 cara. you prefer watermelon while me mango. =). But of course you are entitled to your opinion

star
curlassnya main sudoke dkt handphone. ak kat paper aje. lol.

cEro said...

Welcome to the sudoku world!!
Paling kurang satu aku main setiap hari...

cinderella besar sikit je said...

Membe aku kata kalau nak anak dlm kandungan pandai boleh suh mak yg tgh pregnant tu main sudoku... simpan la buku tu utk bini kau nanti~ :D