Thursday, December 6, 2012

Shodate (Edisi Makanan)

Hari-hari kalau masuk saje blok sendiri mesti nampak benda ni dekat meja blok. Psiko sangat.


Kalau tengah-tengah malam ko nak masak air untuk buat air teh ataupun nak masa nak pergi sinki basuh pinggan mangkuk atau pun masa nak pergi toilet, mesti kena lalu tepi benda ni. WAJIB. Tapi setakat ni tak pernah lah tergoda nak beli (Yay!). I mean, bila hati membuak-buak suruh beli, selalu ulang-ulang ayat ni dekat hati. Konon macam trick lah. 

"Ish ish ish! Baik ko makan burger daging special lah daripada hadap benda ni. Kalori pun lebih kurang sama, Plus dengan tak kenyangnya lagi. Jangan musnahkan kehidupan sihat mu itu!"

Luckily, selalu terlepas daripada nak beli. Tapi lepas tu tak de lah ko berlari anak pergi cafe nak beli burger tu pulak. Pelahap betul!. Cuma mainan psychology je. Ecewah.


Tapi sedangkan lagu yang tak sedap kalau hari-hari pasang boleh jadi sedap apatah lagi dengan benda-benda snacks gini. I'm scared. Kah kah. Tapi benda ni laku woi! Padahal blok ni takde lah ramai sangat duduk. Lepas tu kalau macam dah sikit jajan tu fyuhh~ lepas beberapa minit tu penuh balik. Sistematiknya!!!! But but I'm not going to spend my RM1 ok? ok? *jeling dari jauh, dari tepi dinding*

Selain daripada itu aku ada hobi baru. Tiap-tiap pagi mesti check fan page Domino's. 

10 sen woi! 10 sen!



Bila giliran store kawasan aku ni weh? I'm losing my patience now. *ketuk-ketuk meja* Licik betul nak suruh orang  log in tetiap hari.

7 comments:

star said...

jajan2 cmtu aku kurang sikit.kalo dia letak kerepek konfem aku dh tergoda =L

haish,western sgt.

Nesa Wazir said...

hahah..klu blok nesa dulu dorang jual kerepek.

harus la licik sikit, bukan senang nak bg piza seposen yek..hehe

Iji said...

Aku lagi banyak. Sosej, nuggets, jambu, nasi lemak, sandwich. Tayah dah turun cafe beli breakfast. Ahhhaaha.

WZulhilmi said...

Star
kau kata ak western ke? pizza bukan western ek. tapi italian. eh? btw kau hantu kerepek ke?

Nesa
10 sen pizza sanggup beratur panjang! takpe. #tetiba

kiheee
amboi ruang legar blok ko bazaar ke macam mana tu.

star said...

kerepekla puas lagi haha makan smpy sakit gusi sume = =" lagi best klo ada kuih tiram,slurp,sedapnye! (> <)

WZulhilmi said...

RATU TIRAM.

cEro said...

Mende jual atas meje tu slalu ada kat u aku dulu..
Tp yg kelakar, tmpat isi duit dia siap mangga sgala bagai tanak bagi org curi...
Almaklumlah...hahahha