Tuesday, October 19, 2010

Review : Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe







Amik ko! Start2 entry je terus letak gambar besar gabak burger Mcd nih. Rakus betul!. Memandangkan lusa nak test aku taip ringkas je lah yek. Ke ke ke~~~. Bagi yang belum tahu. Mcd dah keluar promotion makanan baru selepas GBC hari tu.

Mati2 aku ingat burger ni sebelah kiri lain sebelah kanan lain. Rupa2nya dua burger yang berbeza dicantumkan jadi satu. Menipu ek!! Ke aku yang tak peka?? So sama seperti manusia yang lain. Keinginan nak mencuba datang secara drastik. Kalau boleh time lepas tengok poster tu terus nak pergi beli. Tapi tak jadi sebab ko nak pergi sana naik apa? So terpaksa tunggu hari Sabtu baru dapat naik bas percuma. Then baru boleh pergi Mcd.


Ya! Aku Jaya Jusco semata2 nak beli burger alah ni. (Selain Starbucks yang hari2 dok termimpi2 nak minum). Lepas beli 2 benda tu terus balik. Dah tak pandang kedai2 lain dah. Karang tak pasal2 pergi cucuk duit buat kali kedua. - -"

So bila dah sampai kaunter terus dilemma nak beli yang mana satu. Kalu beli dua2 jenis karang takut orang kata “Ko bela hantu raya ke?”. So kena choose satu je. Last2 beli yang black pepper punya. Sebab terpedaya dengan background dia yang ala2 mysterious + macam creepy2  sikit.

P09-10-10_23.00


Bila dah sampai bilik terus excited nak bukak kotak tu. Siyes! aku memang suka packaging kotak2 Mcd ni. Kalau lain burger lain patternnya. Perasan tak??
Tada!!
P09-10-10_23.02


Geram betul aku tengok roti atas dia tu. Mau je aku picit2 bagi hancur. Perfect beno!! So sekarang meh aku tunjuk inti dia pulak..


P09-10-10_23.03


Adalah dalam 8-10 hiris salad yang ada.. Itupun potong halus2 beno. Macam ko nak bagi arnab makan. - -" Ok2. Abaikan pasal sald tu, yang penting rasa dia dak? So meh aku bagi tau rasa dia macam mana. Ni pendapat aku je ye. Lain orang lain tunas(?) deria rasa dia.
“Tak de lah special mana pun. Typical black pepper punya rasa. Even pedas dia pun ala2 amatur macam tu. Pedas lagik ayam goreng spicy dia. Overall amat mengecewakan betul sebab mengharapkan rasa yang baru macam GCB. Burger King boleh gelak rakus disini.”
- Editor Starstruck


Disebalik kekecewaan itu semua. Ada satu je yang aku puas hati. McShaker dia.

P09-10-10_20.29


Rasa dia macam letak perencah Mamee Monster dekat fries!! Nice!

6 comments:

liyana lunia said...

Gagaga mcm sedap sgt.pdhal :p spicy chick lg sdp. And prospety lg mengasik kan :p

star said...

Buat aku terliur je pagi2 nih...weh nak jugak!!!hehe nasib baik semalam baru makan kfc,takla kempunan fast food sgt...
ko ni suke sgt mcd kn?

Unknown said...

ni apsal keje wat org laen terliur?



har har har......
:p

-Incek Fik- said...

Woww! Memang cantik bebeno roti burger tue hehehee...
Kalo aku di pihak hang, aku pon tak sanggup nak gigit roti tue. Sayang!
Hahahaaa...

Wehh! Memang tak sedap ker burger tu sampai ko sanggup nak bubuh serbuk Mamee Monster?!

Lain masa, setiap kali ko nak pi McD sebab nak cuba resepi baru, baik ko standby siap² serbuk perencah kari BABAS atau pon sebotol ajinamoto sebagai penyedap rasa...

InsyaAllah hang takkan kecewa~

Rina Rossoneri said...

keluarlah burger apa2 pun kat McD nih,cheeseburger je den suka

ftrhd said...

memang burger baru tu rasa biasa je..baik tambah sendiri je black pepper tu..kan ada paket balck pepper yang free tu..sama je rasa dia..