Saturday, October 2, 2010

Entry dah Kembali Normal!! So Cerita Pasal Makanan Lah!

Iye! Iye! Aku tau. Semua mesti dah muak kan sebab aku asyik buat entry pasal iPhone 4 je memanjang. Aku rasa ada yang nak komplen cakap "Eh! Bosan lah asyik entry yang ni je memanjang! Kalau ko sorang je yang buat tak pe gak. Ni aku buka blog lain pun semua buat benda yang sama. Muak, weh muak!!" <<< Kenapa macam luahan hati aku je nih?. - -" Tapi semua macam ragu2 nak bagi tau sebab tahu aku ni garang. (LOL!)

So sekarang ni aku nak bagi tau something kat korang nih!! Lately ni aku dah ketagih makan Sandwich!! Hari2 wajib beli!! Kalau tak meroyan tengah2 hari buta teringat pasal roti tuh. Meh2 aku tunjuk sandwich yang selalu aku pergi beli ni.

Siyes! Rasa nak beli 3!! Dah lah balut cantik2!

Korang jangan ingat huruf2 dekat plastik tu hanya hiasan luaran semata2 untuk melatih kita mengingati abjad. Ataupun pikir yang E tu Cik Eton yang buat, T pulak Cik Tamil Selvi buat atau C Cik Cho Cho yang buat.  Lepas dah habis jual, duit untung sandwich bahagi tiga sama rata. KO INGAT JUAL SANDWICH PUN NAK 1 MALAYSIA!. Setiap huruf tu ada maksudnya tersirat. 

Even untuk aku yang first time datang pun beli pun boleh salah tekaan aku. Sampai kena marah balik dengan makcik yang jual tu. Garang sungguh!! Jaga lah ko makcik! Kalau gerai ko tu tak laku. Aku gelak kuat2!! HAHAHA.. Padahal hari2 singgah. - -"

Aku tunjuk terus lah ye apa maksud huruf tu. Senang. Malas aku nak taip "Korang cuba teka apa dia maksud huruf2 tu? Tak tahu???? Alaaa~~~ Teka lah, teka lah." Siyes memang aku pun rasa nak lempang diri sendiri kalau tulis macam tu. - -". So this is the answer..

Aku baru sedar kadbod ni wujud bila datang buat kali keberapa belas kali ntah. Padahal tampal depan gerai je. - -"


Me         : Makcik! Yang T ni telur ek?
Makcik  :  Bukan T tu Tuna << Cakap slow sangat sampai aku tak dengar.
Me         : Owh! (Pura2 paham). So yang ni E ni apa?
Makcik  : Telur.. (Muka tak de emosi)
Me         : Eh? So yang E dengan T ni dua2 telur lah ye??
Makcik   : Kan aku dah kata tadi!! T tu Tuna!!

Amik ko! Kena maki sekali.. 

11 comments:

aYaz said...

sengal duh..
makcik tu pun satu hal,
garang benor..
bertempiaran lari customer2 dia..
hak hak hak..


Wanita dan handbag

wanie said...

how dare mkcik tu mrh ko..kikiki..tp ko x nangis kan bile smpai kt bilik kannn? hahaha...

yay! entri mknan dh kmbali smula^^

WZulhilmi said...

@ aYaz
Nasib baik aku tak lari.. hahaha.. betul! makcik tu garang.. tapi dia selalu bagi keropok lekor extra satu.. pelik kan?

@wanie
jauh kut nak balik bilik utk menangis.. tapi how dare dia marah aku kn. customer weh!! Nasib baik aku ni berhati mulia.. tak simpan dendam..klu tak hilang gerai dia tu esok.. Muahaha

aYaz said...

"Nasib baik aku ni berhati mulia.. tak simpan dendam..klu tak hilang gerai dia tu esok.."

har har har..
ayat cam syial jek..

:p

chris federick said...

LOL haha, amik ko kena sound by makcik tu. Belikan sandwhich cheese satu leh?

WZulhilmi said...

@aYaz
hahaha.. betul lah kan apa ak ckp?..

@chris federick
Sandwich cheese dia sedap.. i dh rasa.. haha.. Boleh tak u jeles skrg!! - -"

ishiko said...

da lame ta kn sandwich..tingin plk..

WZulhilmi said...

@ ishiko
buat lah sendiri.. kalau nak beli mahal.. LOL!

F.I.C.K.R.Y said...

Hahahaaa... ambikmu dari jawapan makcik tue...

Padat, ringkas, padu jitu dan menusuk kalbu~

*ngeeehehehee...

lea said...

hahaha...speaking dowh mak cik tu

T-Tuna

E- egg...

hehe

Kancilbiru said...

hahahaaha...tula makcik tu cakap omputih slang mana tu sampai tak paham...