Saturday, October 29, 2011

5 Random Things #9

Boleh tak kalau aku letak gambar je lepas tu korang teka sendiri apa yang aku buat? Tak tau lah semangat pemalas mana datang merasuk sampai taip pun jadi malas sungguh. Bukan taip je malas. Even study, pergi cafe,  mandi, berak semua jadi rasa maleh. MALEH MALEH! *self slap* 

#1
Menonton ceramah secara live dekat monitor. Pasal pengurusan economi apa ntah . Lawak betul letak lampu meja dekat sebelah kengkonon tak nak nampak awkward sangat lah.
Ceramah live lah sangaaaaat!!! Ko ingat nak sangat lah aku dengar ceramah-ceramah waktu hujung minggu ni. NAK KE? NAK KE! In your dream!

Wanita Misteri. You know who.
Lucky ke tak lucky bila ko bayar duit karok untuk sejam lepas tu dapat free pulak untuk jam kedua? Maknanya total 2 jam ko melalak dalam tu. Bila dah penat duduk nak karok sambil baring pun boleh sebab ada sofa empuk disediakan. Jadi apa lagi gunalah semua perkhidmatan yang ada. "Excuse me can I have a cup of tea please?" 

Baru perasan suara tetiba macam tersama vokal range dengan bruno mars. So repeat lagu Grenade macam esok tiada lagi. 

Don't ever look back guys don't ever! Maju ke depan! Lepas tu vocal range tersama pulak dengan Katy Perry? Astaga. Tak ke flexible vokal range aku nih? Rebecca Black meet your new rival.

#2 Lepas habis studio rakaman, merayau-rayau sekejap and jumpa satu gerai jual takoyaki. Konon tak puas hati sebab semua orang kata sedap tapi ko makan dekat Jusco hari tu tak sedap langsung so try beli yang ni pulak. And you know what? Lepas beberapa gigitan terus rasa macam nak cium tempat masak takoyaki banyak-banyak kali. SEDAP WEH SEDAP! 


Inti dia dalam ni memang pure sotong sebab boleh nampak kaki(?) sotong terkeluar masa tengah gigit. Dengan kuah dia pulak baik punya meresap masuk sekali dekat tepung tu. HAHAHA I'm sooo happy.

#3 After that 'happy incident' terus ke panggung wayang tengok Real Steel. *gegas-gegas bergerak sebab macam hai jadual ketat betul. LOL*


And the mooovie was UH-MA-ZING. Punya lah berdebor-debor rasanya time tengok robot-robot tu bergusti. Feeling dia macam nak bangkit dari kerusi lepas tu nak menjerit kuat-kuat dari tepi bagi semangat dekat atom si robot tu konon macam dia dengar lah kan. Lepas tu ada part yang bukan sedih tapi macam lebih kepada part bangga something ke hapa sampai ko rasa eh eh habuk masuk dalam mata. T___T. Conclusion this moovie is a must watch. MUST WATCH! Rasa macam nak buat entry special review pasal moovie ni lah. Memang really deserved it. Tapi well aku malas nak buat. 

#4 Tanpa menghiraukan lemak tepu yang sedia banyak dalam badan. Hati ni berdegil suruh beli fast food. Tapi akal kata jangan! Jadi macam biasa hati mesti menang. Walau sekukuh mana pun akal bagi 10 alasan kenapa tak elok makan fast food mesti jugak tak berjaya. And tadah!!! Tiba-tiba muncul benda ni dalam beg. 

From left Classic Chicken McDeluxe follow by Chicken Mcbites
Classic Chicken McDeluxe tu rasa dia sama macm Spicy Chicken Mcdeluxe tapi tak pedas. While yang Chicken McBites tu ketulan ayam dia buat macam popcorn ada jual dalam 10 dengan 20 ketul. Sedap memang sedap tapi yang kelakarnya saiz dia.

Korang rasa yang mana lagi besar?!! Grrrr
Ingat orang berperut 3 cukup ke 10 ketul dengan saiz macam tu?? Sekali hadap je weh! Where is you manager?

#5 Then I found out dekat salah satu cafe uni ada jual this thing. 

Apple Cheese Tart!!

Heaven on earth
Sekarang diumumkan secara rasmi makanan rasmi WZ untuk semester 2011/2012 telah dijumpai.


Thursday, October 27, 2011

In Memories



#RIP iPolaris.

Sunday, October 23, 2011

5 Random Things #8

#1 It was a sad day. Jalan balik dari cafe pun tak semangat. Budget kengkonon feel dia macam video klip 'Someone Like You' lah kan jalan-jalan dekat pejalan kaki. Lepas tu tetiba flashback satu gambar


Gelak sensorang macam esok tiada lagi. Thanks to Si Itik kerana membuatkan aku kelihatan macam student yang putus harapan nak study dengan gelak sensorang tepi jalan.

#2 **Avoid this point kalau anda seorang yang tidak gemar dengan angybirds or you just rather jealous with other people who succeed in getting complete 3 star level. Just admit it lah!! Pfft~~** 


Kali ni main versi Mooncake Festival!!




Macam biasa. Dapat markah cemerlang sekali. Nampak tak? nampak tak? 3 bintang atas mooncake tu? Perghhh! Rasa nk print tampal dekat plannerboard.  Muahahaha. 


#3 Remember last week aku ada cerita pasal singgah kedai kerepek? Well to be honest terkejut betul masa bukak goodies bag dia. Tau tak banyak gila kerepek free dapat!! 



 "Dinner With Your Kerepek Week Campaign (Kunyah Sampai Lebam Edition) "


#4 Makin lama makin susah pulak nak isi sampai lima benda. A sign that my life is getting sucks?


#5 Tiket balik raya baru beli oi! And I'm gonna skip one class for that. Tu lah beli lambat-lambat lagi. = ="

Nak tunjuk kerepek pedas sebenarnya. kbai.


Tuesday, October 18, 2011

Bungkusan Kertas Minyak

HAHAHAHAHA *gelak rakus sorang-sorang tepi koridor*

Rondom sungguh lah intro macam tu. Sebenarnya nak tunjuk ekspresi hari ni yang bukan kepalang eksaited sebab bungkusan yang dinanti-nati sudah sampai! Lepas kelas cecepat pergi office tanya "Excuse me? Got any packages for me?" Perghhh! budget ko tu duduk dekat kondo mewah lah tanya dalam omputih. Walhal, 
"Kak! Kak, macam mana ek nak check surat dah sampai ke belum?" *muka blur*

So tadaa!
Ahhh. Set perfume from Dolce & Gabbana dah sampai. Pang! *ketuk kepala dengan siku*
Secara rakusnya koyakkan bungkusan tapi part setem tu koyak slow-slow konon-konon budget nak simpan dalam buku setem = =". And I got myself a brand new.


Hlovate's novel yang ko tengok tapi tak duit masa singgah MPH hari tu.

Perghh! Tau tak novel ni adalah percuma! PERCUMA! Mari eja bersama-sama P.E.R per, C.U.M.A ma. Percuma. Ini semua hasil courtsey dari Yui Light . Sebab hari tu dia terbeli sampai 2 buah buku ni sebab confius ingat dua buah buku yang lain sebab cover depan belakang lain. Lepas tu aku try lah mintak dengan muka tembok 20 inchi. And as a result

Muka tembok + 12 inchi = Buku Hvolate.

Memang berbaloi! Muahaha. Thanks again Yui Light sanggup bagi kat aku. Siap belanja posting lagi. Terharu~~. Semoga rezeki makin bertambah-tambah lagi lepas ni. =))

Akhir sekali terima lah serangkap pantun,

Terima kasih daun keladi, 
Lepas ni boleh lah beri lagi.

*kena baling dengan tong gas*

Sunday, October 16, 2011

Takoyaki たこやき

Finally aku managed jugak dapat beli takoyaki semalam. Tu pun berkira-kira kalau dah beli takoyaki ni jangan beli potata twist dengan blueberry cheese tart. Jangan! Nanti tak habis. Konon-konon macam exchange value lah. Padahal dekat dalam beg dah ada set lunch Double Quarter Pound with Cheese. Itu pun mujur akak cashier cakap GCB takde. Kalau tak dgn GCB-GCB sekali hangkut. Dasar 3 perut betul.

Macam biasa kalau nampak stall dengan bendera-bendera petak dengan tulisan hiragana, HIRAGANA!  *konon-konon nak emphasize boleh baca hiragana lah. hakptuih* memang sah-sah lah tu stall Jepun. Sampai-sampai je terus order satu set. Tak sempat lah nak rehat sekejap amik nafas sebab lari dari jauh. Wakakakah. = =".  Satu set RM4 which is dalam dia ada lah 5 biji. (Dalam hati mula terdetik 'Ok.Ini tak cukup."). Dia ada 3 perisa ketam, sotong dengan udang(?). Ok yang udang tu aku tak sure. Pelis betulkan kalau salah. So disebabkan aku buat muka blur nak pilih yang mana satu dan-dan terus dia kata campur pun boleh. OK CAMPUR SATU!

Pandora Box. Kalau bukak nescaya segala kejahatan akan keluar. So nak bukak ke tak nak? Bukak lah peduli apa aku kejahatan apa bagai dah bayo 4 hinggit.

Oh lagi satu dia agak berbau sikit sebab seafood maybe? 

Some sort of gumpalan seaweed dengan unknown brown substance dekat atas bebola takoyaki tuh.

To be honest lah kan, ke lidah aku mengong time tu. Rasa dia plain gila macam makan tepung. Tapi ada sos. Sos dia pulak pun macam tak membantu langsung. And I was eating like "bila nak habis nih?". See no passion at all. Ke stall tu yang buat tak sedap??? Ataupun wajib kena makan time panas-panas??

Dear Takoyaki,

I'm really sad with you.

Yours Sincerely,
WZ   

Friday, October 14, 2011

Kerepek! Kerepek!

Hari ni seperti yang dirancang kena pergi ke main outlet Perusahaan Zainab Jaya (PZJ) untuk kena interview oleh group aku untuk subjek keusahawaan. Oh yea PZJ ni ada dekat area Simpang Renggam. Orang Johor mesti tau lah. Aku tak tahu sebab aku main ikut je mana kereta pergi. Kalau singgah ke Melaka pun tak perasan. So the interview went well walaupun time masa soalan ko tergagap padahal cakap bahasa melayu je pun. Kesan pembawakan antisosial gamaknya. Tapi mujur lah wakil dia tu ramah kalau tidak memang nahas lah.

Senang nak cerita kedai dia ni macam dealer lah macam orang-orang yang buat kerepek ke kuih ke semua hanta kat dia. Tapi PZJ ni ada buat biskut dia sendiri lah. Sempat tengok katalog jenis kuih dia. Memang banyak giler sampai boleh buat buku scrap kajian tempatan jenis-jenis dedaun! Ada yang tak pernah tanya puna ada. Konon nak tanya nama kuih kan tapi keluar "Kak? Sampel takde rasa nak taste?" rakus gila. = ="

Malas lah nk cakap banyak-banyak kang kata syok sendiri. MEH AKU TUNJUK GAMBOO!

Bahagian kerepek.  Yang bungkus-bungkus tu saiz dia macam beras sekampit konon kalau ko tu jenis hari-hari wajib ngadap kerepek tak boleh tinggal haa memang sesuai lah beli.

Yang ni kampit kecik sikit lah. Nampak tak nampak tak yang merah menyala itu. Yang tu my fave. 2 guni bagi pun takpe. ok nampak noo nipunya 2 guni nak telan.
Biskut tart sepit bintang. sepit bintang?? for real. = =" Tapi sebenanya kuih dia memang banyak gila lah tapi aku tunjuk yg tart punya aje lah. kang tunjuk semua  baik aku buat entry mari mengenal biskut.

Frozen food. Which masa interview aku sebut frozen fruit. Gigil much?? P/s: VADAY TU!
COKELAT.

Cupcakes!! Agak-agaknya lah kan korang rasa aku beli yang mana satu?

Betul! *konon korang menjawab* Yang ni wei. 2 hinggit aje. Terus beli.

Selepas sejam perjalanan pulang...


So after meround satu kedai dengan merasa semua sampel yang ada finally waktu berpisah sudah tiba. And we all got our own Goody Bag. *goyanag-goyang goody bag konon eksaited dapat* Dalam dia ada 3 jenis kerepek tau tak. *Padahal time kakak tu tengah bungkus goodie beg tu memang dah syak dah untuk kitorang tapi muka semua palsu macam "Eh apa tu?".* 

Ok that it for today. It's a wrap!

BONUS PIC!!

Muka tengah nak loya. I do get mabuk darat sometimes.

Thursday, October 13, 2011

Bagi Ulat Buku Yang Tempat Dia Dekat Dengan Big Bad Wolf Books Tapi Tak Pergi Korang Memang ________

Hari ini lepas bukak twitter terus nampak beberapa orang mention pasal Big Bad Wolf Books. Sebenarnya dari last week dah dengar dah pasal Big Bad Wolf Books ni tapi tak lah amik tahu sangat. Ingatkan some pesta buku murahan yang orang jual buku lama yang kualiti kertas dia yang dah kuning atau pun dah berlubang dimamah anai-anai ataupun mostly peniaga dia dari golongon makcik-makcik bercermin mata kanta tebal dengan rambut putih pendek berkerinting.

Tapi hari ni tiba-tiba terdetik nak like fanpage dia dekat facebook. Ok this link to be honest I got from Blog Itik Kejam. Bila dah load page fan dia nampak gambar serigala muka gangster berboot bola sepak kena sedut dengan UFO. THIS IS AIN'T SOME RANDOM PESTA BUKU WITH OLD GRANNY!! 

Secara rakus bukak bahagian photo. *First time mata membulat selain daripada tengok makanan*

Hidangan buku yang melambak macam infiniti.
Darren Shan!!!! *menggeletar lutut* 

Mangga!!! *mata melilau*

Nancy Drew! Hahaha. Tiba-tiba teringat Siri Salma

Twilight series....... *sebut sambil lewa*

pasal photography.

Food stuff!! *drooling*
Ok dah dah lah aku letak gambar banyak tu. Ni pun jenuh lah nak upload. Bila nak upload dia naik keatas. upload je naik ke atas entry. Apa kes?? 

So kalau korang rasa yang aku tunjuk ni sikit and you want more!!!


They give you mooooore!!

Makcik baju putih sampai lenguh-lenguh badan dah. Punya besoo!

Dan semua buku ni dah lepas kena diskaun 75-95% tahu tak! Which means average buku tu RM8 sebuah yang bersamaan selalu beli dekat MPH puluh-puluh ringgit tu! I'm gonna bring my own troley okeh. T__T

More details go to their

Website       : http://www.bigbadwolfbooks.com

All pictures are taken from BBWB page fan.

P/s: Bertuahlah budak UPM tempat dia dekat aje. Pfft~~

Wednesday, October 12, 2011

Nasi Ayam Penyet (Beserta Penjelasan)

Daripada entry-entry sebelum ni aku ada perasan ada yang diantara korang ye korang lah yang still ada tak kenal dengan menu Nasi Ayam Penyet. This is really a sad story. Ok-ok part ejaan Penyet ni aku tak confirm sangat. Either Penyet or Penyek? Tapi lantak lah janji sebutan dia lebih kurang sama. 

*Clap Clap* Ok perhatian! hari ni saya WZ Pegawai dari Kementerian Makanan Johor akan memperkenalkan kepada anda apa itu Nasi Ayam Penyet.

*Bukak tudung saji* Tadaaaa!

Labelling is only for reference purposes. Tidak terdapat pada hidangan sebenar.

1) Nasi obviously. Kalau tak kenal pelis gunting IC anda sekarang!

2) Ayam. Ni yang paling pentiiiing sekali. Nampak tak ayam tu macam kena lenyek dengan kereta? Well tu lah nama penyek diambil. In this case ayam tu diketuk-ketuk sampai penyet. Oh selalunya ayam memang dapat segedabak pang! besar macam tu. Kalau tak, tahniah anda dapat restoran yang kedekut.

3) Ahhhh! *bunyi kelegaan* This is must! Sambal belacan. Ini wajib ada. Dalam sesuap nasi kena letak benda ni sikit. Oh yes! lagi pedas lagi best. Caution: Sesiapa  yang berlidah western please avoid this menu.

4) Sup! sup sup! Yang ni memang sesuai lah ada dalam hidangan ni. Tak kan kering macam tu je makan ye dak? At least bila ada sup ni basah lah sikit lidah tu. Lagipun kurang sikit rasa pedas kalau letak sup. Sikit je lah sikit.

5) Sayuran. Selalunya ada kobis dengan kacang panjang. Tapi yang ni ada timun sekali. Tapi sebenarnya nak letak sayur apa pun boleh janji sayur. Lebih afdal sayur itu mentah ya. 

Kalau korang lucky enough korang akan dapat tempe. Tapi yang ni takde. =(. Maybe sebab tu ganti dengan timun kut. Ok thats it from now. Harap-harap dengan penjelasan ni semua tak akan lagi wujud komen-komen macam  

"Tak pernah tengak Nasi Ayam Penyet... =("  atau 

"Ayam Penyet tu apa?. Losernya diri ini". << Hell yeah you are a loser if you don't know this! Ehem.. Excuse me.

Tuesday, October 11, 2011

Past 2 Days

This past 2 days was a day where my health state decreasing for no reason. Stomach pain, headache, vomiting then followed by high fever. Can't sleep for the whole night. Suffering is just you new best friend. 

Pagi-pagi terus ke Pusat Kesihatan. But then have to wait like 10 person before my number is called out. Watching Malaysia Hari Ini (in mute mode) tanpa sebarang perasaan. One Nations Emcee was performing. And I just keep annoyed by their dance moves (kesan sakit, I guess). The doctor there suspected me having either having kencing kotor(?) or appendix. Kena blood and urine test for more confirmation. Meanwhile kena IV drip 2 botol. The jarum is scarier than you thought (lepas tengok patient sebelah kena but this time around dapat tengok secara live).

Then after a while the doctor suspected me having appendix then immediately sent me to the Hospital Sultanah Aminah using ambulans van. Dalam perjalanan the siren is turned on and the van is vrooming like speed of light macam memang betul-betul ada kes penyakit yang serius. = =". The journey was rough. Yes bonggol-bonggol semua terus tidak dipedulikan. 

Sampai-sampai terus naik wheelchair then daftar dekat wad kecemasan. Dekat situ there is a lot I mean a lot of young generation of doctors/nurses. Takde orang tua with big spectacles and white coat running around here and there. Maybe their expertise digunakan di bilik bedah. Didaftarkan dengan nombor 1062 and left out dekat tempat menunggu for a couple of minutes. Dekat situ ramai gila patients boleh tengok. Either patah kaki, kepala berdarah etc. I'm starting to get nervous.

Kena blood dengan urine test sekali lagi. Then kena interviewed by this muka peramah male Indian doctor. I didn't catch his name. Then kena some inspection. After that doctor tu panik sekejap sebab handphone dia hilang. = =". After some discussion it is not appendix maybe some gastric problem. Boleh balik serta merta.

Dengan tangan bertampal pergi amik ubat dekat kaunter then terus pergi ke kedai berdekatan. TERKEJUT. TERDIAM. KAGUM. Banyak gila makanan! Terus rambang mata. Sempat beli Nasi Ayam Penyet, Roti Jala dengan Puding Custard. Balik ke Uni dengan teksi.  

Saturday, October 8, 2011

Spontaneous Sketch

Klik untuk tumbesaran melampau. Duhh!!

Friday, October 7, 2011

Wau!

Jadi hari ni for the first time dapat jugak buat entry outstation. Kalau tak asyik bebel pasal benda yang lebih kurang sama je. At least now boleh refresh mata tu sikit! Idak ler asyik cerita pasal PEN! LAGU! *Cough* Cough*. So this time around dekat library (Pergh!! tak boleh jauh lagi ke outstation nya pun) ada buat satu pameran. Pasal wau slash layang-layang. So I managed  to take some pictures for you guys. Pelis give me an round of applause. = ="

Boleh tak kalau korang tengok gambar je? Aku malas nak explain. Lagipun korang bukan baca pun kan? Tau sangat. Muahaha. Tapi memandangkan entry bisu itu bukan aku except entry #WW (wordless wednesday). So I will talk, ok write.

*tepuk-tepuk tangan* >> Attention semua. Hari ni Saya WZ sebagai kurator muzium akan menerangkan kepada anda semua item-item yang berada di sini.

Edisi Tempatan/Local

Yang ni Wau Bulan from Kelate. Nampak tak ekor dia macam bulan sabit? Sebab tu lah dia dipanggil Wau  Bulan. Logik kan? I love Keropok Lekor. 

Haa. Yang Ni wau Kenyalang. Of course dari Sarawak. Actually kepala burung tu bukan terkeluar dari wau tu cuma the angle of this photo yang buat dia jadi macam tu. Gila hapa kalau terkelur. Tak balance nanti.

Wau yang bling bling lagi magnificent ni berasal dari Perak. Wau Seri Bulan. Memang berseri betul berbanding dengan yang lain-lain #bias

This one is from Pahang if I not mistaken. Nama dia tak ingat lah pulak. Very bad memory I guess. =( Jadi aku nak namakannya sebagai Wau Biru Corak Lawa. 

Haa. Yang ni cer teka dari mana? Aku sekali tengok pun dah tau. Ni dari Perlis Indera Kayangan. Alaa, negeri yang ada Padang Besar tu!
Dia ada lagi negeri-negeri yang lain tapi well I don't have much enough time. Need to rush here and there. Hahahaha.  = ="


Bonus : Edisi Internasional 

Yang ni from Indonesia. Boleh gantung di pintu untuk mengelak pencuri atau rakan yang tidak ikhlas.

Layang-layang USA aka kelawar terencat. ok fine aku yang tak reti amik gambar. Dah tinggi sangat kut!

Yang macam pelik-pelik sikit ni datang dari France aka Perancis. Unik kan? 

Flying mantis. Ni pun dari France. Boleh digunakan untuk menakutkan kanak-kanak yang nakal. Just fly it over to their house. Honestly yang ni pun kretip.

Ada jugak dari Korea dengan Jepun. Tapi tak sempat hamik. Tapi believe me yang Korea punya bosan gila, Petak macam tu je. Mana Unsur KPopnya? LOL. Yang Jepun pulak ada gambar perempuan opera. Memang cantik. Wish to show you guys tapi tak dapat the right shot.

So that it. Harap korang have fun like I do. 

Thursday, October 6, 2011

Just My 2 Cents

For a student like me, pen is like a top on the list things to have. So basically tiap-tiap semester wajib beli yang baru. So sebagai student yang cukup-cukup makan membeli pen pilot berharga 4 hingga 5 ringgit sebatang is just insane. Lagi-lagi macam aku. Mana nak cukup sebatang! At least kena ada 2 warna biru, sebatang hitam dan merah. Ehem! ehem! Hint: Nota colourful.

Jadi untuk nak menyelesaikan masalah ni kena lah beli economi pack yang ada 5 batang sekaligus cukup-cukup ada warna yang aku mentionkan tadi. FYI, Faber-Castell always do this and cheap also.  

So after a while using it, mestilah wajib ada sebatang dua yang malfunction. Dakwat tak keluar lah apa lah. Dan macam biasa kita, in my case aku mula hypertensi sebab dakwat tak keluar. Ketuk-ketuk nonstop. Lepas tu cursing tak akan beli lagi brand ni untuk semester depan. Tapi last-last ko beli jugak sebab itu je pilihan yang ada. ~Sigh~

Then I start to realized, dah lah ko beli dengan harga murah, lepas tu ko expect dia 100% fully work? It's normal lah kalau ada yang tak functioning. Unless lah kalau ko beli pen yang mahal 6-9 ringgit sebatang tapi tak functioning, that is deserve to be complaint. 

Maybe memang human nature kot selalu mengharapkan hasil yang terbaik walaupun in real life you know you pay less for it.

Wednesday, October 5, 2011

WZ Art Gallery : Luffy 'One Piece'

So it's been while since I start drawing something serious. Kalau ada pun yang jenis tahap budak tadika pun boleh buat seperti entry angry birds yang lepas. I bet you guys can draw it much better than me. The last time aku lukis yang betul-betul lukis lah is about 3-4 years yang lepas. Aku lukis gambar Naruto, Sasuke dengan Sakura. Tapi lukisan tu dah pegi mana ntah sekarang. Sayang sangat sebab tak simpan elok-elok. Buat dengan penuh berdedikasi tahu tak! LOL.

Jadi bila dah ada masa lapang ni (buat-buat lapang) tiba-tiba rasa teringiiiiiin sangat nak lukis balik. Datang mood pulak dekat otak kanan pulak kan. Pikir punya pikir last-last nak lukis salah satu watak dalam anime 'One Piece' Luffy.


Conclusionnya aku kena lah 'tiru' balik lukisan dekat atas ni. Kalau ko suruh guna daya imiginasi memang aku tak reti. Even the simplest one. Kena ada panduan!! Ye panduan! Tiada panduan boleh sesat jalan.

So after like 2 hours and half mengeluh, memadam, urat tangan terseliuh, hampir tercarut. Ini adalah hasilnya!!


I want to hear you honest comment please. Kut-kut ada cacat cela ke? At least I can improve myself. =)