Friday, July 1, 2011

Mooovie Time | Transformers : Dark of The Moon

This review is my personal opinion. Not valid for some people. 


Semalam konon2 post lah dekat Facebook Page nak tanya ada ke yang nak baca kalau aku buat review pasal mooovie Transformer nih. Well to my surprise, ramai yang bagi respon. Bukan apa kan selalunya kalau aku post something kat sana memang rakde respon langsung! Yelek. Lepas tu baru aku perasan diorang ni jenis pemalu orangnya.

Thanks for the comment guys!^^ walaupun kalau dikira satu komen sepoloh sen, satu like 5 sen. So total 70 sen. Tapi  masih bermakna.
So lets the review begin!

TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON


Seperti biasa, kalau kat tempat aku cerita ni kalau tak Full House memang tak sah. Jadi memang kena beli tiket 2-3 jam lebih awal kalau betul2 nak tengok cerita nih. Memang macam awesome lah cerita ni mampu tarik ramai orang tengok. Sebab hari tu tengok X-Men boleh kira dengan jari orang yang menonton. Bak kata buat group main aci kejar pun tak lepas. 

So this time around dia punya cerita pasal robot2 nih which is Autobot (yang baik punya) dah bersekutu dengan pihak manusia (kita lah tu) untuk menjaga keamanan dunia. But well, well, well tau lah kan manusia, suka beno buat masalah ada simpan satu rahsia (rahsia pasal dekat bulan) yang sebabkan autobots especially Optimus Prime (Lori treler) marah! Then berlaku kejadian gaduh2, robek2 anggota badan antara Autobots dengan Decepticons sebab rahsia tu. Gaduhnya dasyat tul sampai runtuh2 lah bangunan kat Chicago tuh. Lagi tau tak Megatron  bawak satu alat penggerudi gigantic yang astaga ko rasa macam "eh ko ni  kalau tak rosakkan harta benda masyarakat tak boleh ke?".  At the end si Optimus..... ok tengok sendiri kalau nak tau.

Konklusinya :

  • Aku pelik lah sebab senang2 aje lah si hero cerita ni Sam boleh clash dengan Megan Fox! Which is sanggup bergolak gadai nyawa dari 2 MOOOVIE yang lepas. Grrrr. Lain kali Megan sila jaga mulut tu sikit kan dah kena buang. 
  • Bontot Alert!!! at the begining of the moovie and Smooching Alert! at the end. Pastikan anak anda tidak terdedah dengan perkara2 begini.
  • Apa yang aku suka pasal transformer ialah director dia berjaya buktikan that there is this special connection/relationship between human and machine. Dan mooovie ketiga still ada unsur tersebut. =)
  • Tau tak lepas kena kejo dengan robot, aksi letup2, jatuh bangunan. Si Carly tu punya baju dengan makeup still tak terjejas!!
  • Real people get killed in this one. Contoh lah kan orang awam tengah lari2 kepanikan last2 kena tembak kena laser. Baru lah real! *Rasa macam pyscopath pulak cakap macam nih* 
  • Tak sangka Patrick Damsey (Grey's Anatomy) ada dalam cerita nih. Sama macam aku tak sangka Blake Lively (Gossip Girl) jadi heroin dalam Green Lantern.
  • The 3D was superb! Kalau ada peluang tengok lah yang jenis pakai spek tu lah ye.
  • Kali ni macam lebih banyak drama antara manusia dengan manusia. Tapi part aksi2 still ada banyak. don't worry.
  • The ending was too rush for me. Macam "Eh, eh kita dah lebih masa ni. Cepat2 warp it up!". FYI, moovie ni 2 jam setengah. 
Rating : 4.4/5.0

SPOILER!!! (Highlite for details)

1) Carly tu model Victoria Secret rupa2nya in real life. That explain the Bontot part. 
2) Patrick Damsey jadi jahat oooo sebenarnya. Tak sangka betul! Kereta yang dia hadiahkan kat Carly pun sebenarnya Decepticon! Creepy right?
3) Waktu Bumblebee nak kena tembak tu kan sebenarnya sedih patutnya. Tapi time tu ada budak cakap2. Hilang mood. Hummph! Tapi Bumblee tak mati pun. Aku dah agak dah. Mana boleh hero feveret orang mati!
4) Ending dia Megatron boleh pulak tiba2 meroyan berlari nak tuntut hak dia lepas kena pyscho dengan Carly. Apa kebenda ntah. lol. Lepas tu Optimus Prime yang cacat sebelah tangan tu boleh pulak bunuh Sentinel dengan Megatron dalam waktu yang singkat. Patutnya battle nih jadi fokus lah dalam cerita nih. Buat lama2 sikit. 
5) Rahsia tu sebenarnya ada satu kapal yang lari dari Cybertron terhempas kat bulan. Dalam tu ada alat which is can transfer Cybertron dekat bumi nih. Tu yang masing2 rebut nak.
6) Sam ni dari dulu lagi suka betul cakap sampai tersembur air liur. Hahaha.

11 comments:

Raji and Yeen said...

taknak bce konklusi skang boleh tak? hahaha nk tnggu ak tgk dlu T,T

WZulhilmi said...

@ Raji and Yeen
konkulsi baca takpe. Aku langsung tak mention apa2 yg akan menjejaskan cerita. Tapi Spoiler jangan. haru baca. lol!

Anonymous said...

STAR said;

Yes!Ada spoiler hehe..

Aku xsuka laki yg jadi hero tuh haha,dia dr dulu sampai sekarang berlakon sama je (- -")

Umie Nadhirah said...

best la dapat tgok transformer.akuh? bz ngan exam.



2 je gambo?hurmmm

Amirah Rashid said...

haha. bontot part tu mmg -___-" ape daa. mule2 tgk scene tu. mmg spoil. haha :D and suke spoiler last tu :p

Nesa Wazir said...

hehe..nk tgkkkk~~ >.<

Syahira Mansor said...

perghh cool gila spoiler kau, maksud aku,,, kalau nak bace kena highlight. menarik2... syabas betta.

ayumiyoshida said...

bunyi macam best je. nak pi tgk bawak adik pun best gak. tapi bilakah? cuti kerja lgsung tadak ni. *pengsan*

p/s: rasanya macam da lama giler aku lost entry kau. fuhh

Fay said...

aku cuti weekdays harapan nak tengok macam tipis jer. gaji pun tak masuk lagi. huwaaaaa! *stress sambil gigit roti bakar, eh?*



btw, thanks for the spoiler. :D aku suka baca spoiler baru tengok cerita sebenarnya. ;P

napeace said...

Oleh sebab terlalu curious aku terrr- baca pulak spoiler tu T____T *ketuk kepala sendiri supaya hilang ingatan*

Ahhh banyaknye movie baru yang tak tgk lagi !! *nanges*

WZulhilmi said...

@STAR
jgn kata benci nanti sayang. LOL!

@Umie Nadhirah
lepas exam ko pergi lah tgk. tapi jgn lama2 nanti melepas. 2 cukup lah kang lmbt loading. =P

@ Amirah Rashid
the bontot part mmg terkejut gila. bygkan masa tu ramai budak2 ada. T__T

@Nesa Wazir
tgk yg 3D punya lagi afdal. +D

@ Syira ITIK KEJ♥M
Kreatif tak kreatif tak?lol

@ ayumiyoshida
berenti lah keje tu sampai cuti x de. dh melanggar hak asasi manusia *hasutan*

@ Fay
amboi sejak keje kat situ main gigit roti aje yek. =P. weekdays lah senang tgk weekends mmg lagi penuh!

@napeace™
bak kata pepatah curiosity can kill the cat. lol