Friday, July 15, 2011

Mooovie Time | Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2

This review is my personal opinion. Not valid for some people.


So this time around moovie Harry Potter (HP) pulak keluar lepas seminggu dua orang asyik dok meroyan pasal Transformer. Tapi kali ni aku pelik gila lah kan. Sebab tak ramai yang macam excited nak tengok mooovie ni. Beza gila kalau Transformers hari tu which is hari pertama memang FULL HOUSE. Sampaikan aku dapat tengok pun pada hari kedua. Yang cerita ni pulak ko bilang dengan jari orang lah yang datang tengok. Maybe there is no such thing as wizard boy at my place.

Tapi takpe lah HP, aku nak ko tau aku akan pilih ko kalau diberi peluang pilih anatara HP dengan Twilight. *tiba2*

So let's begin the review!


Finally after like 7 mooovie lepas dok berperang dengan manusia berhidung rata, Voldermort. So this is the ending. Kalau korang kipas-susah-meninggal Harry Potter wajib tengok sebab ini adalah the final battle between good and evil.

Jadi cerita ni adalah sambungan Part 1 yang lepas (Tahun lepas yo! Gila lama). Dimana Voldermort Raja segala kejahatan still lagi mengganas. Yang HP and the gang pun still lagi on misi mencari Horcrux2( nyawa hidung rata yang dibahagi2kan dan disimpan pada objek2 tertentu. Tapi tak ler letak kat peti ais ke hapa). So blah, blah, blah.. finally hidung rata nak serang Hogwarts (sekolah HP) dengan bawak satu team yang maigod gila ramai. Plus dengan haiwan mistik macam Orc debab dengan labah2 besooo. Memang macam perang saudara dah.

And at the same time HP and the gang ada dalam Hogwarts tu tengah kelam kabut cari Horcrux tu disamping semua lecturer2 berganding bahu mempertahankan Hogwarts tu. Konon nak bagi time ler kat diorg cari benda alah tu. Then hidung rata cabar HP lawan dengan dia one on one. Konon cara yang lebih bermaruah lah. Cis. Time bunuh orang bermaruah pulak ye? Lepas tu.... ok tengok sendiri. Baca spoiler lah kalau tak sabo sangat.

Jadi konklusinya:

  • Bagi aku lah Action is 65% Drama is 35%. Patutnya kalau aku lah kasi Action 80%. Sebab ni final mooovie weh. Should be mind blowing!
  • Kali ni dapat juga dengar suara hidung rata yang sengau tuh dengan lebih kerap. Kalau tidak asyik bisik2 aje.
  • Ramai yang mati. Tapi tak ditonjolkan sangat. Kalau korang jenis yang susah nak ingat muka mesti tak terasa sadis sangat.
  • Banyak rahsia terbongkar weh yang terkumpul dalam moovie2 HP yang lepas and there is this one shocking truth!!! 
  • Satu tepukan gemuruh kepada mak Ron*.
  • Sepatutnya dunia Muggle (dunia kita) pun terima kesan jugak dengan kekejaman Voldermort. But somehow dalam mooovie ni tak tunjuk langsung. Maybe kalau dia letak lagi panjang kut. Sebab mooovie ni pun dah 2 jam macam tu.
  • Ending macam nicely made. Hahaha.
  • Do your homework by watching previous mooovie ok kalau tak nak "Eh ni siapa?" "Apa benda nih?" "Maigod aku tak paham!" masa tengah tengok moovie ni.

Maka aku bagi..

4 Bintang.


WARNING: SPOILER. (Highlite kalau nak tengok)

1. Tau tak aku sebenarnya dari dulu lagi nak je cakap dekat orang ramai kata Professor Snape tu baik!! Lagi2 time orang dok mencemuh dia. Nak je kata "Hahaha ko dah tertipu. Loser!". Sebab aku respect people rights. Sebab tu aku pendam aje. Tapi last2 Snape nih mati. 


2. Oh ya. Meh aku jelaskan rupa2nya Si Snape tu still in good side. Dia cuma berpura2 je jadi jahat. Nanti dalam tu korang tengoklah ada scene2 flashback yang tunjuk betapa baiknya dia nak protect HP. 


3. Bellatrix Lestrange iaitu ibu kepada kejahatan (lol) yang aku rasa nak lempang2 sampai lebam akhirnya mati secara sadis! Aku happy. Credit to mak Ron.


4. Part semua lecturer berganding bahu buat jampi benteng nak lindungi Hogwarts tu memang terasa weh! Rasa nak join sekali!


5. At the end Voldermort mati, Harry menang. Predictable right? Tapi dalam novel tak predictable weh!


6.  Ada macam bonus scene lah last sekali, lepas 19 tahun. HP dah kahwin dengan Ginny (adik Ron), Hermione kahwin dengan Ron. Masing2 hantar anak2 diorang naik kereta api nak pergi Hogwarts lah. Kemain! Hahaha.  

13 comments:

napeace said...

HP7 part 1 pun aku belum tengok lagi. Gila ketinggalan aku T_____T

*yay kali ni aku tak tengok spoiler. haha belajar dari kesilapan.

wanie said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku rasa aku wajib tengok dr siri pertama dedulu! nak kena suruh adik aku donload ni! (sembangat gila)


ehhhh lembu itu comel!!! hahahah! aku baca prkataan mooo tu tlinga aku trngiang2 bunyi lembu :P

Elie Lily said...

kalau kua kat wayang cite ni, harus yg no 1 dalam carta!
argh stress! nk tgk jugak! T_T

amal said...

sygnya saya bukan peminat wayang..hehe

cEro said...

walaupun aku tak layan HP, tp aku pun menjangkakan sambutan deebooom kat wayang, tp wayang aku pon hambar (pergh! wayang aku tu, mcam wayang tu aku yg punya..haha)

WZulhilmi said...

@ napeace™
hahaha. tp rasa nk higlite kan? ekekek

@wanie
pjngnya "a". weh tengok lah. lagi best drpd Twilight! =P

@ Elie Lily
cepat tengok nanti tak sempat!

@ cik ina
ruginya.. =P eh boleh je dwld tgk kt lappy.

@ cEro
wayang ko pun. sama lah wayang kita. hahaha. mcm taukeh wayang berinteraksi satu sama lain.

Unknown said...

Blom tgk lagi nih T___T

Novel pun sama lom baca lagi... T___T

Tak puas kalau tgk movie je....huhu

YouSOF said...

Aku baca kat paper yang wartawan kata ending movie kali ni boleh tahan mantap dan tak terfikir dek akal normal.. chewah.. ;D

WZulhilmi said...

@ Yui_Wani
betul2. klu baca novel lagi thrill woo.

@YOUsoF
ko baca lah kt spoiler aku ada bagi tau ending dia. ekekek.

Scha Nazri said...

huwaaa. nak tengokkkk!!!!!

10 mitos tentang rambut. tahu?

Abu Bagi said...

aku sngt suka HP arghhh!! best bercampur baur sedih...huk huk

ayumiyoshida said...

tak lari sgt dari yang novel kan? aku pun benci gila bellatrix.

kesian gilerkan aku, transformer tak tgk agi, hp lagi ah jauh, kedai cd depan kedai aku kerja tak ada transformer yang terang, kalo tak boleh aku tumpang tengok hari2 dari kedai aku. wkakaka.

Iji said...

hahahha. ak baca spoiler. pastu ak nak p kat telinga adik aku kasi pecah rahsia.. ahha biar dia berbisa. kahkahkah.

anyway, nak tengok jugak. tapi aku dah ponteng HP yang part 1 ni. maka ak rasa mcm aku akan lost nanti kut? hurm..