Thursday, July 1, 2010

KFC Pocket Penuh Bakar??

Lalalala~~~~

I'm sorry guys!! Again aku nak jugak buat post pasal makanan lagi!!! Tak boleh nak tahan ni. Gatal je tangan ni nak mereview semua jenis makanan yang aku dah try. Atau lebih tepat lagi aku nak kongsi kegembiraan aku menikmati sesuatu makanan dengan korang. (ok2 nak bagi jealous pun ada. Tapi sikit je). Haissh!! Seriously, aku kena considered tukar nama blog ni. Dah lari konsep ni dah nie. Asyik2 cakap pasal food je.
T T

Jom tengok apa jenis makanan yang aku try kali ini?? Italian food kah? Chinese food kah? Indian food kah?. Kalau korang tengok pun mesti korang tau apa benda dia. So aku bagi lah teaser yang pertama.

Tada~~~

Sebenarnya Fast food je. Miahaha

Teruja kan!! Korang ada tengok tak iklan dia ni kat TV. Serius macam nak lempang je bila aku tengok. Suka buat iklan merepek merapan (Bagi aku lah.) Tapi masa iklan dalam hati aku tiba2 berbunga riang!! Korang tau tak kenapa?? Sebab sebelum ni aku nak beli Twister. Tapi time tu season dia dah habis. So dah tak jual dah. Kena tunggu next year!! T T. So ni pun jadilah.

Walaupun rupa dia beza giler dengan Twister. Tapi bagi aku sama je. Cuma ia versi kontot je (First impression, padahal belum rasa lagi dah pikir macam2). Meh2 aku tunjuk gambar promo dia pulak. Tengok pun rasa excited weh. Jeng2!!


Fergielicious kan!! Sama tak dengan Twister?? Sama kan. So that why aku terus pergi KFC beli benda alah ni. Cuba baca dia punya tagline "Taste the Unexpected". Mesti lagi sedap dari Twister nih!! :).

So aku beli satu set combo. Dalam dia ada seketul ayam, benda alah tu, fries dengan air Mountain Dew. (In my case dia tukar air dengan Pepsi. Sebab dah habis. Like WTH!!. Aku pun nak rasa juga air Dew gunung tu!!).

Setibanya dirumah terus rakus bukak plastik macam tak pernah jumpa makanan. Then aku bukak  penutup dia seolah2 macam ada emas dalam dia. Tada~~ ni rupa dia


APASAL BEZA GILER DENGAN GAMBAR PROMO NIE!!!!!!! T T...

MySpace

Kenapa macam nak tak nak je bagi aku makan ni. Aku tengok macam layu tak layu je roti tu. Tambahan pulak sayur kobis pergi entah kemana. ~Sigh~. Tapi tak pe lah. Demi rindu nak makan Twister aku pura2 buat tak nampak je. Sekarang meh aku tunjuk untuk pandangan sisi pulak. Supaya lebih senang korang nak tengok isi dalam dia.


Meh sini aku terangkan dengan lebih details apa benda yang ada dalam Tosted Pocketful ni.(Payah betul nak menyebut namanya. Kalau orang tua tak reti english nak sebut apa bila order? Poket Penuh Bakar??) 

Antara ingredients yang ada ialah kobis, jagung(no!! aku tak suka jagung!!), keropok, sekeping ayam KFC tanpa tulang dengan satu keping halusssss ayam rangup(yang warna merah tu). Dan bahan2 tersebut dilimpahi dengan jalapeno cheese sos. (Bergaya sungguh bila aku sebut nama sos ni. Haha)

Kesimpulannya aku amat bersedih hati sebab Poket Bakar ni  rasa dia langsung tak sama dengan Twister. Sebab ada jagung (Dan aku sangat terkejut bila ada jagung dalam dia. Bertepatan sungguh dengan tagline dia. Totally Unexpected). Bagi yang suka jagung maybe korang akan suka kot. Tapi bila aku tergigit jagung tu. Boleh pulak terpikir. "apam balik ke ni". Hahaha. Memang stereotype betul kalau jagung mesti dengan apam balik.

Lagi satu rasa dia langsung tak pedas. Dan bagi aku yang dah biasa makan pedas2. Agak plain dan hambar bila aku makan. Macam tak de spark ar. Tapi overall OK lah.  So apa lagi serbu lah KFC di kawasan masing2.

P/S : Cara sebutan yang tepat bagi Jalapeno ialah (Haa-la-pi-nio). Lebih afdal lagi kalau ditambah sedikit loghat latin.

12 comments:

NabiLLa NaSir said...

hahaha
beli dah beli semua jadi kontot. ayam potong dua, jagung potong dua, salad potong dua. :p

Liyanaa. said...

nyaaaaammmmy nmpk sdp gilaaa (YG DKT GMBR LOL)

little cart00n said...

boleh kata standard la kalo jagung ada dlm poket pe jadah nme bndalah tu..tp kalo apam balik ada isi ayam ke..jalapeno cheese..lagi TOTALLY UNEXPECTED kot..hehe..:D

saya; AISA. said...

advertising. kenalah gempak untuk menarik pelanggan kan? haha.

*apesal kau taksuka jagung?*

Syira ITIK KEJ♥M said...

semalam baru makan mende ni, macam keras gile dia punye kepingan yang merah tu. T__T

ps: rm9.85 utk satu set combo sngat mahal tsk. tsk.

MrNamie said...

hadeh... aku masih ingat peristiwa beli shrimp dari kepsi nih..dlm gambar besar semacam, padahal bila da dpat macam kurang saiz jari aku je..LOL

Lean said...

Dropping by ere. =)

tim said...

ada jagung..??????
cam pelik je rasa

Fay Nana (Cik Fana) said...

macam x sedap je. tengok promo aku pun kecur liur. hishh. KFC makin mahal lah.

Abu Ubaidah said...

ha la pi nio~ mmg begaye lah!

WZulhilmi said...

@NabiLLa NaSir
tulah pasal.. semua jadi kontot. tp harga tak kontot pun.. T T

@Liyanaa.
haha.. tu dia dah edit baik punya..

@little cart00n
klu mcm tu sy pun terkejut.. tiba2 ada ayam.. hahaha

@ Syira ITIK KEJ♥M
A'ah.. aku ingat kerepek apa benda ntah. rupa2nya spesies ayam gak..

@saya; AISA.
entah lah.. sejak dulu aku tak berapa suka. api klu dlm apam balik aku makan pulak.. (- -")

@MrNamie
Hahaha.. tu dia save budget tu..

@Lean
Thanks.. do visit again... :)

@ tim
Betul2!! pelik kan..

@Fay Nana (Cik Fana)
Mahal ke?? aku rasa ok lah price dia. Myabe sbb aku dh biasa mkn McD?? tu yg tak perasan harga dia naik..

@ Abu Ubaidah
Hahaha.. Ko ckp pun dh bergaya.. =P

Kie-yu said...

agagaga
meh bce my review psl ni kat belog ai plaks..