Tuesday, July 13, 2010

BE Ke-2 | Nescafe Kick-Start

Korang pernah dengar tak pasal Rancangan Nescafe Kick-Start . Alah!! Yang cerita pasal sekumpulan anak2 muda masuk game show ni sebab nak jadikan Dreams Job diorang sebagai kenyataan disamping dapat duit beribu2 lemon. Aku ingat lagi masa dulu aku tengok cerita ni kat TV3. Ada pasal seorang girl chinese ni nak jadikan impian dia membuka sebuah kedai kek sendiri. Tapi aku rasa dia kalah kut. So ingat tak??? Tak??!! Ni mesti kes korang asyik layan piring ajaib kat rumah tu sampai TV3 pun tak bukak kan!! (- -")

Bagi yang dah ingat.(Yang tak ingat sila makan kismis). Ada berita baik!!. Pihak Nescafe ni nak buat Season baru untuk reality show !! Korang ingat Gossip Girls je ada season2 bagai.

See!! ada belambak bintang dekat main page diorang!! Kena betul dengan konsep blog nih. Miahahaha

Tapi kali ni diorang twist sikit konsep rancangan ni. Sebab dulu job2 diorang just lebih bersifat keusahawanan. So konsep ini sungguh tak sesuai bagi yang orang tak reti nak pujuk customer. So kali ni diorang sediakan 15 dreams job yang korang boleh pilih sendiri yang aku sendiri tak tau yang job tu wujud di dunia yang nyata nih!! Tak percaya?? Tada!!

Klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat

Weh!! macam2 job pelik bagai ada. Aku pun teruja baca setiap description dia. Ni antara jobs yang menarik perhatian aku. Miahahaha. Konon2 pilihan jobs yang aku pilih lah kalau nak isi borang nanti. 

1) Mystery Shopper


Weh! sapa yang tak nak kerja ni weh. Aku nak!!.Siapa yang tak nak kalau kerja diorang bukan sekadar kat office je dok mengadap computer. Tapi kerja ni korang boleh kuar pegi mana2 mall sambil membeli belah sesuka hati sampai patah riuk tulang korang pun tak de orang nak marah. Dah kerja korang kan. Lepas tu kalau service kedai tu macam HAREMM!!. Dengan salesgirl yang buat muka macam baru lepas hidu taik. Or kurang ajo dengan korang. Korang boleh balas dendam balik dengan tulis bad review pasal kedai tu. Amik ko!! Padan muka. Lepas ni ko kena pecat!! << tiba2 Emo.

2) Gadget Reviewer


Ni lagi satu!! Kerja ni korang boleh review pasal the latest latest latest gadgets sebelum dia dikeluarkan di pasaran nanti. Maknanya nanti kalau iphone 5g ke nak keluar lepas ni. Korang lah akan test dulu. So nanti boleh bersikap riak dan bangga dekat jiran tetangga, sahabat handai or dekat orang ramai. Sebab diorang tak de benda alah tu!! Miahahaha. Bukan handphone aje yang akan diriview malah laptop, game console, camera akan korang try dulu sebelum orang lain beli. Best weh!! Kalau aku dapat Laptop MacBook baru, aku bawak pergi kelas lepas tu on masa tengah lecturer tengah nak bebel kat depan. Konon nak salin nota lah guna laptop!!. Miahaha *gelak keji*

Selain daripada 2 kerja tu ada lagi 13 yang lain macam Travel Writer, Photo Journalist, Celebrity PA, Party Planner, Talent Scout and lain2 lagi.<<< (Idea licik guna lain2 lagi padahal malas nak taip.. - -")

So kalau korang berminat nak join korang boleh isi borang secara online or korang boleh daftar masa Pihak Nescafe buat Rodshow terjah Universiti korang masing2!!

Gila!! U aku pun ada tersenarai!! Hahaha. Lah!! lagi beberapa hari lagi!!  

P/s : Teringat weh masa aku study Diploma dulu. Aku pernah isi borang Nescafe nih sebab nak dapatkan File percuma warna merah menyala. Cantik weh fail tu.. Hahaha. Lepas tu aku tulis dream job aku

= Want to be the first Malaysian Popstar. <<< KELAKAR!! Tak sangka aku boleh tulis macam tuh. Last2 diorang tak call aku pun. Mungkin sebab cita2 aku ni tinggi sangat. 

P/s : Ingat lagi tak aku pernah cakap yang aku tak kan buat pasal entry BE lagi. Konon2 tak nak riak bagai. Haha. Well aku tarik balik those words. Sebab nanti aku tak lah kekeringan idea nak update blog nanti. Harap maklum.



7 comments:

Fay Nana (Cik Fana) said...

haha entri BE wajib ade weih bagi bloggers. :D

ishiko said...

uihh.. bervariasi da kali ni ehh..

WZulhilmi said...

@Fay Nana (Cik Fana)
haha.. ya ke?? aku sebenarnya malas nk buat entry pasal BE ni. Mcm menunjuk2 pulak. Tapi aku nk jugak appreciate company yg sudi letak iklan kat aku. Nanti kata aku tak sedar diri pulak.. hahah

@ishiko
a'ah.. Kali ni lagi mcm2 kerja ada. rasa nk juga pulak. Tapi macam tak layak je.. T T

diraja22 said...

apa2 pun boleh..

DaHLia said...

dulu sis memang suka MS, last task, memang rasa susah, xsanggup nak buat.. bayar ciput, tapi dokumen banyak gile kena submit...huhuh

AiZ said...

cool.. baru tahu tentang reality show ni.. sejak jadi blogger memang tak sempat nak ketuk ketuk remote tv.. ^__^

smart gak eh diorang punya show.. ^__^



Aiz latest entry
Aiz suka anonymous macam ni
Blogger sekarang masak tak sedap tapi paksa orang makan?
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

WZulhilmi said...

@diraja22
ehh bukan semu aboleh. 15 jobs yang ditawarkan je yang boleh.. hahaha

@DaHLia
betul ke sis?? ni yang macam tak jadi ni nak jadi MS!! tukar lain lah.. hahah

@AiZ
ni full time blogger lah nie. busy ye Aiz nih.. haha