Monday, July 19, 2010

Bila Tingkap Bilik Dibuka |Hello Sunshine!! (Tak Boleh Blah Title)

Lalalala~~~

Bertemu kita lagi di dalam Rancangan Di Mana Joe Jambul!!! - -".. Intro yang sangat loser. Weh korang aku serius bagai tak dah de idea nak update blog kali nih. Jenuh lah pikir macam2. Tak kan pulak aku nak buat tutorial cara2 nak buat origami bentuk kapal ataupun cara2 nak gosok gigi dengan betul menggunakan berus gigi Colgate 360 degree??? BORINGGGG!!!! 

Last2 aku dapat idea baik punya.. Hahaha *Tiba2 gelak*. Kali ni aku nak tunjukkan kan kat korang semua apa yang aku nampak kalau bukak tingkap bilik aku nih. Kalau dulu aku segan gak nak tunjuk sebab dulu aku duduk aras 1. So kalau bukak tingkap tu ko memang confirm tak boleh keluarkan kepala!! Sebab dia buat berjeriji untuk menggelakkan kes pencurian. T T. So aku hidup di dalam sangkar emas time tu. Lepas tu pemandangan dia ko nampak batang pokok besar je.  So memang agak bosan disitu.... Fine.. Kadang2 aku nampak mak cik cleaner tengah sapu sampah. Thats all!!

Namun semua itu telah berubah setelah aku dianugerahkan bilik single oleh pihak kolej, lepas tu duduk pulak kat aras 2. Memang double happiness betul!!! (Selamat tinggal tingkap berjeriji!!). So kali ni aku tak segan silu nak tunjuk apa yang bijik mata aku nampak kalau aku selak langsir yang agak lusuh nih. - -""


Sudut Pandangan Sebelah Kiri


Tengok!!! Aman permai sungguh!! Ni lah dikatakan konsep Go Green!!! Semua benda hijau kat sini. Kalau hirup udara kat sini memang segar sebab korbon monoksida ada 5% je.. Miahahaha.<<< Sejak bila buat kajian nih??

Lepas tu tengok!! Siap ada pokok kelapa lagi. Kalau dahaga boleh kait sebijik satu. (Mana lah nak cari galah bagai!!). Kalau ada orang panjat pokok kelapa tu malam2 memang aku assume orang minyak!!!

Lepas tu korang nampak tak sungai kat situ. Kalau macam ada masa free boleh pergi ke tepian sungai tu sambil menyanyi lagu ikan kekek mak iloi iloi. (Nyanyi dalam keadaan bersimpuh sambil main2 air dengan tangan)  <<<< Kalau korang nak kena cirit korang pergi lah situ!! Kotor weh!! Segala toxic bagai ada kat situ. Tapi still ada lah ikan yang berjaya survive dalam sungai tuh.


Sudut Pandangan Bahagian Kanan


Sekali lagi aku hidangkan kan korang dengan pemandangan hijau. Memang harmoni!!.

Serius weh!! Baru aku perasan. Apsal ada banyak sangat pokok kelapa nih!!! Lepas tu kalau korang nampak bangunan tu jangan mengada2 ingat tu adalah Supermarket Billion. Tu lah sebenarnya Cafe#1. Kalau tak ingat atau tak tau boleh rujuk semula dekat entry aku sebelum ni dengan klik kat SINI

Kalau nak main sembunyi2 pun boleh kat sini. Banyak tempat tersorok weh!! Haha. Tapi tak boleh lah main waktu senja2 nanti hantu datang sorok pulak. - -"""


Sudut Pandangan Bawah (Ada jugak!!)


Kalau korang nak mati. Sila terjun dari sini. Eh!! Ada orang ke kat bawah aku nih!! Selalunya tingkap tutup!!Kalau orang kat bawah ni baca entry ni harap maafkan saya kalau saya buat bising atau gelak kuat2 macam hantu pada waktu malam masa tengok anime. Lagi satu jangan marah kalau saya selalu campak air yang tidak digunakan dari tingkat atas. Tak sengaja!!! 


Sudut Pendangan Atas

Korang cuba tengok syiling bumbung korang sekarang~~~~~~~~

Macam tu lah bumbung aku kat sini. Miahahahaha. Ok lah aku tak tunjuk sebab-buruk-sangat-sampai-aku- malu-nak-tayang. Hahaha.

Ok thats all for today. Memang bosan betul entry kali ni. - -""""

P/s : WEH!!! AKU DUDUK DALAM HUTAN!!! :(

10 comments:

Liyana Lunia said...

cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tapi awak tak takut ke? GR GR ( bunyi hantU)

Syahira Mansor said...

wehhhhhh apebende yang ko buat nehhhh???

Fay said...

hijau hijau sedap mata memandang tak penuh pencemaran macam kat tempat aku ni. huhu! nyaman je rase memang sayang bumi betul. nanti aku tunjuk pemandangan dari tingkap bilik aku pulak.

Artzlizan said...

haha...buat la lagi...pemandangan dalam bilik...

DEODORANT

Umie Nadhirah said...

HAHA..
Ni U ke ?
Nape macam Kpg Pinang je ni?

chris federick said...

Nice blog, good intro.

wanie said...

miahaha..dlm bilik plak mcm mn? tnjuklahhh bilik single ituuu :P

star said...

wah bilik sorg,patutla bole putaq lagu sama beribu kali.Weh ade mkck jual karipap@nasi lemak ketuk tingkap ko x?hehehe

ishiko said...

uhuhuu.. aku da bape sem nta .. still duk lam sangkar emas neh..

HerNameIsWZ said...

nak nengowk keadaan bilik plak leyh??
pokok kelapa da selalu nengowk dahh..
=))