Tuesday, July 13, 2010

Bungkusan Apa Nih!!!

Lalalala~~~

Hari ni hari pertama kelas. Satu perkataan je yang sesuai digambarkan untuk hari ni. 'Penat'. Zzzzz. Tapi sekarang ni kita lupakan pasal tu semua. Aku ada cerita yang hot nak bagi tau ni!!<<<<< Idea licik nak bagi korang baca. Padahal tak lah hot mana pun (- -")

Macam ni sebenarnya. Lepas aku dah habis kelas dalam pukul 3 aku pun bertolak lah pulang ke bilik. Tapi kena naik bas lah. Jenuh menunggu bas for about half an hour. BAZIR MASA!!! 30 minit tu boleh aku take a nap sekejap kat bilik!! 

So bila dah nampak pintu bilik. Wajah yang penat bertukar jadi hepi giler muka. Terbayang2 katil dengan laptop. Hahaha. Tapi hari ni lain sikit. Sebab apa korang tau?? Tiba2 aku ternampak satu bungkusan plastik kuning tergantung dekat tombol pintu aku!! Dari jauh boleh nampak kut. Sebab kontra sangat warna plastik dengan warna pintu aku yang warna biru laut tuh.

Sebelum aku pegi kat bungkusan tu, aku dah siap pikir bukan2 buat hipotesis apa lah agaknya kandungan plastik tu. Sebab tak pernah berlaku benda2 nih dalam hidup aku ni.

 Lakonan semula. Sebab baru tadi ambik gambar. Tapi ni benda yang sama lah.

Antara Hipotesis Yang Telah Dibuat Apa Benda Yang Ada Dalam Plastik Tu :
1) Pampers yang dah ada najis!!! 
2) Serbuk Antrax!! (Serius. Aku betul2 pikir benda nih)
3) Sampah-sarap.(Maybe kawan aku nak mengenakan aku) Diaorang isi dalam plastik. Konon aku akan tertipu dengan trik bodoh nih

So aku pun pegi lah kat pintu tu. Sempat lagi pikir patut tak aku pakai sarung tangan?? or maybe tutup hidung?? Mana tau ada virus apa jadah dalam tu.<<< akibat terlampau banyak menonton Criminal Minds

Last2 aku amik je plastik tu bawak masuk bilik. Nak cari sarung tangan celah mana?? Bila kat dalam bilik aku terus tengok apa lah inti dalam dia.

Kruk krak kruk krak *Bunyi plastik dibuka* <<< Padahal macam bunyi papan kena ketuk.. - -"


Burger rupanya!!! Siapa lah yang baik hati bagi burger2 di petang hari nih. Terkejut pulak tiba2 aku rasa. Tapi pelik lah kan. Sapa lah yang sanggup bagi burger bagai nih.Lepas tu aku tengok kat dalam plastik tu macam ada satu cebisan kertas. Nota ke???!!! Misteri betul bungkusan nih!! Korang tengok apa lah yang ditulis. 


Apa nota nih???!!! Siap ada kod lagi. Pening2!! Cuba tulis nota yang lengkap sikit. Ni tidak. Makin suspicious lagi adalah. Ni antara assumptions aku buat :

a) Burger-1 (Burger Kambing)
b) Bilik- 1   (Bilik Ketua)
c) Burger-1 (Blok K???)<< Padahal blok aku blok L

Ok fine.. Tak payah pening kepala. Aku rasa ada orang salah letak. So tak payah nak pikir bukan. So aku decide baik aku buang je. Kejam kan??. Tapi kalau dah dok tergantung kat luar bilik aku sampai benda tu naik basi. Apa kes?? Buat semak adalah. So bye2 burger What-so-ever.. (baca dengan nada gedik) 

P/s : Antara assumption liar lain yang aku pikir. >> Kalau burger jampi  macam mana??!!! Jadi Zombie hidup aku kang!! Ikut je perintah orang yang lepas dah makan burger jampi tu. Tak mau!!.... <<< nampak sangat lah tengok TV banyak sangat.

14 comments:

AiZ said...

bagus buang.. ni mesti ade nenek tua nak kenakan bro macam snow white kene waktu makan epal.. haha



Aiz latest entry
Original waka waka bukan shakira laaa
Negara millionaire yang miskin
Trik iklan mangga Ad yang aiz guna
Kenapa blogger nak bersaing? haishh



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

velasrizal said...

klo bnda free blh la belasah..

Stadium Yang Bakal Di Gunakan Pada Piala Dunia 2018

ken said...

long time no eat ramlee burger edy! =)

xazryx said...

aku tgk da mcm ox org .hhah .

Nieylicio Kerolicio said...

wah.. ruginyer...

cracked bunny said...

hehe.seyes time mula2 tengok aku igt otak manusia ke ape.mebi aku terlalu byk tgk operation belah2 kepala la kot.asl ko buang,asl ko xpg jual je?hahha.

Umie Nadhirah said...

HAHA..
Baru 1st time tgok kejadian camni..
Awak makan tak burger tu?HAHAHA

swingoflife said...

OMG scary. Suddenly got food hanging outside your door. =/

AiZ said...

banyaknya komen suruh makan... yelaa.. nape tak makan?.. haha ^__^





Aiz latest entry
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
Original waka waka bukan shakira la
Negara millionaire yang miskin



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

WZulhilmi said...

Semua macam suruh makan je.. hahaha.. weh korang tu burger orang la.. Haram makan!! tak berkat aku study kang.. wkakaka (jadi baik jap)

Fay Nana (Cik Fana) said...

kalau aku pun fikir 2-3 kalinak makan. yelah kan sape la BAIK HATI sangat nak letak burger free kat depan pintu bilik kan. First2 aku fikir mesti burger tu dah kene jampi atau dah letak racun haha! aku suke sgt tgk citer mistik tu yg jadi camni kot

Syira ITIK KEJ♥M said...

magik gile tibe-tibe boleh ada burger seketol dekat depan pintu. lepasni baik kau berhati-hati, mana tahu rupanya makcik cleaner kolej yang letak situ?

WZulhilmi said...

@Fay Nana (Cik Fana)
a'ah. betul kan. siapa lah baik hati sgt letak burger bagai. Ni mesti dok jampi apa nih.. hahaha

@Syira ITIK KEJ♥M
Tu lah pasal!! Haha.. tak kan makcik cleaner nak mop lantai lepas tu sangkut kat pintu aku.. lepas tu lupa.. LOL!!

me said...

hahaha budak soya....nasib baek tak air soya, aku rase kalo soya konpem tk pikir pape dah trus je ko tibai...