Wednesday, July 7, 2010

Header Baru!!!!

Lalalala~~~

Tadah!!! Ni lah header baru blog ni. Apa macam? Ok tak?? (sila hangguk kepala sekarang). Ok fine.. Memang nampak amatur giler header tu lagi2 dengan bintang entah tiba2 terkeluar dari perkataan Startstruck dari empat sudut yang berbeza.  What is that for!!??. Tapi aku still bangga gila dengan header aku tu. Buat sendiri tuh!!! Tanpa sebarang wang diperlukan untuk upah orang suruh buat. Hihihi

Sempena ada header dengan baru ni. Aku nak lah recap balik header2 yang pernah aku gunakan dulu. Tapi tak banyak lah. Memandangkan baru 2 bulan lebih aku start blogging.

So jom2 tengok balik header yang first time aku guna!! Jangan gelak!! Jeng2!!


Klik untuk tumbesaran melampau

Tengok pun tau amatur gila. Ingat lagi masa first2 time buat blog. Tak tau apa2 pun. Masa tu kewujudan HTML pun aku tak tau. Photoshop apa lagi. Harap je software tu ada dalam lappy tapi tak reti guna. Even nak buat garis lurus pun aku tak reti. Gila naif. Hahaha. So mesti korang tertanya2. Macam mana aku buat header ni? Udah lah apa pun tak tau. Tapi header still nampak bukan macam hasil daripada software Paint semata2. Hahaha. (Kelakar giler tengok background awan2!!)

Ni lah rahsianya. Ok sebenarnya ramai dah tau. Tapi yang tak tau tu korang pergi je dekat Scrapblog  . Kat situ korang boleh buat header sendiri secara online dengan menggunakan materials yang diberikan. Memang mudah!! (Tapi ada yang materials yang kena bayar. So cari yang free ek). Korang godek2 lah sendiri lah ye. Nak explain nanti jadi panjang sangat. T T

Now to the next header!!



Hah! Yang ni header kedua aku a.k.a header sebelum yang baru ni. Yang ni first time aku memberanikan diri try guna photoshop. Dah lah tak tau apa2. Bila dah buka photoshop. Terus blur~~~. Lepas tu tiba2 komplen sorang2. "Kenapa lain gila dengan Paint!!", "Banyaknya butang!!, "Simbol apa nih!!". So bermula adegan sesi bertanya kepada Encik Google, Puan Youtube, Adik Yahoo danmacam2 bagai lagi lah. So daripada zero sekarang aku dah kuasai photoshop 10% je. Hahaha. Banyak gila kut aplikasi photoshop. Aku rasa sampai ke tua pun tak sempat nak master.

Info Tambahan
Sepatutnya spaceship alien tu tak de dalam perancangan asal masa nak buat header ni. Tapi bila aku tanya kawan aku. Dia kata nampak macam kosong je header. Bak kata orang, meriah lagi kenduri kahwin makcik Senah daripada header aku. <<< Ok part ni aku tipu. So alang2 aku bubuh lah alien. Nasib baik alien kalau lembu?? Logik ke tidak??

Oh tidak dilupa jugak my special edition header!! Sempena air soya!!!


Ok!! header ni sebenarnya agak melampau. Kerana nampak ke-'obsess'-san aku terhadap soya. Siap buat poll lagi. Last air soya dapat second place je. Yang menang Tau Fu Fa. Pelik giler kenapa boleh menang!!. Lagi satu aku perasan ramai giler dok cakap maskot soya tu cute giler. Cute ke weh?? Aku pun tak perasan. Yang aku tau dia lah satu2nya maskot yang menyerupai kacang soya. So no choice aku terpaksa amik dia. (Btw kalau tengok lama2 cute jugak maskot tu. Haha)

So, itu sahaja lah header yang pernah aku guna. Header yang terbaru sekarang adalah header yang korang nampak kat atas tu. Walaupun ringkas. Tapi aku still proud of it. Sebab ia adalah hasil usaha aku sendiri. :)

Hope you guys like it!!. Kalau tak suka pun aku tak nak ubah. Penat weh buat!! Boleh juling mata aku dok mengadap skrin lappy.

P/s : Sorry weh!! Akibat terlampau sibuk ubah ini ubah sana. Sampai aku tak sempat nak tengok entry baru blog korang. Aku sedar korang buat entry baru. Tapi tak sempat nak tengok. Sekarang baru ada masa nak pergi check. Miahahahaha..


12 comments:

Syira ITIK KEJ♥M said...

huyoh huyoh pakai photoshop woh!!!
cantik. bintang yang macam muncul tu macam efek 3D je kan... hehe pasni mesti rindu dah ngan ufo tu tsk. tsk.

ps: ceh salut ah, betul2 tepat 1230 takdek delay pon! haha

sELipAr_biRu said...

cantek... pandai design..

The Crow Empire said...

Buat sendiri lah da best. heheh. Cun Header tu. Aku 2,3 kali tenung tulisan Starstruck tu. Cantik. Lg 1 aku asek pk. Mcm mane kau ltk Header tu bg full? haha

From : The Raven

swingoflife said...

Not bad dude.
*thumbs up*

WZulhilmi said...

Thanks ppl for the comments!! Ingatkan korang tak perasan header tu.. (Padahal siap buat entry lagi tu. Sapa yang tak perasan!!)

Fay Nana (Cik Fana) said...

sebenarnya aku nak komen awal lagi. kalau x tgn aku sakit. :DD

header tu memberi kesan IMPAK MAKSIMA kau tau x? good job! :Db

AiZ said...

^_^ gud job memang starstruck ^_^

cracked bunny said...

asl ko tak buat pink2 sket.baru maskulin. ;P

ishiko said...

xhabes2x dgan soya dye tuh..
*dtg jenguj3x...

-fickryhisham- said...



Perghhh!!!

Kagum aku dengan bakat hang nie~~~

Memang terserlah dlam edit Photoshop nie..

Blog hang nie dah memang cun-melecun dier punyer layout sama header!

Tapikan...

Aku maseh rindukan Alien hang!

It's look COMEL !!!

Ahaks ~~~

neno said...

dah kiut sangatlah header ko tuh ade efek bintang2..ahaha..jpe kat fkm mgu dpan :)

AiZ said...

kalau tambah glitter star mesti cun ^_^.. pastu tukar tajuk twinkle little star ^__^





Aiz latest entry
How to be profesional blogger
babysitter attacked by a cat brutally! must watch!
Idea untuk susun wayar komputer