Saturday, July 17, 2010

Beli! Beli! Beli!!!

Lalalala~~~~

Seronok gila weh!! Sebab hari ni hari Jumaat!! So besok tak de kelas!! Yuhuuu!!.. Saya sangat sayang dengan hari Sabtu dan Ahad!!. <<<< Ayat hipokrit gila!!!

Masa cuti hari tu siap komplen bagai dekat Twitter kata hari Sabtu dengan Ahad ialah hari yang paling bosan sekali dekat Malaysia. Kalau boleh nak cepat2 je dua hari tu berlalu. Boring lah weh!! Lagi2 bagi rumah aku yang tak de piring ajaib. Kalau Sabtu cerita Carekarama. Kalau Ahad cerita Mentor. Mengantuk aku tengok eh. Lepas tu dunia blogging macam tak de orang. Sebab semua dok meronggeng kat luar tengok movie, melantak kat restoran, jalan2 shopping tak hingat dunia. T T

Yelah2!! Aku dah tak nak kutuk dah hari2 weekends!! Aku akan lebih menghargai hari Sabtu dan Ahad. (Tak payah bangun awal2 pagi macam orang gila nak berebut tandas lepas tu tunggu bas macam badut tapi rupa2nya dah terlepas. - -").  


Memandangkan besok hari Sabtu. So malam ni boleh aku ada masa nak tulis entry lama2 sikit. Selalunya kalau buat entry laju semacam sampai ejaan pun dah tunggang terbalik. Haiiih!!. So kali ni aku nak cerita dekat korang semua apa yang berlaku kat aku selepas kejadian aku kena makan Gelusil, Tagamet & Buscopan  oleh doktor hari tu.

Finally selepas merana selama dua hari akhirnya aku dah sembuh 90% daripada sakit perut. Fuhh!! Lega!! Syukur banyak2. Dah tak sanggup dah sakit perut tiba2 malam buta sampai tak boleh tido. Last2 ko pergi kelas dengan muka dah macam zombie nak makan otak.

So apa inisiatif aku supaya tak nak berlaku benda2 nih daripada terjadi lagi? Jeng2. Solution nya adalah dengan membeli stok makanan banyak2 lah. Hahaha. Serious!! Memang lepas sakit tu selera nak membeli makanan naik mendadak secara tiba2.(Pelik.. Sepatutnya selera nak makan yang meningkat!!). Semua jenis makanan dalam kedai tu aku nak hangkut. Tak kisah lah roti, biskut, coklat, keropok, meggi, air kotak semua nak beli. (Weh! Dah seminggu tak minum soya!!. T T)

So kat bawah ni aku ada sertakan satu map baik punya(edisi tadika) untuk korang tengok perjalanan aku dari asrama aku ke kedai tersebut.



Kalau still rabun tak nampak. Klik  untuk tumbesaran secara melampau

Seperti yang korang nampak kat dalam peta aku yang comel tu. Ada 3 bulatan purple yang bertanda cafe kan. Tiap2 cafe tu ada kedai makan and kedai runcit dia sendiri. Bangunan warna merah tu pulak adalah blok asrama aku. Jadi korang tengok lah anak panah kuning tu. Sebab tu lah kawasan aku nak kena lalu kalau nak pergi ke Cafe#3.

Korang tak pelik ke? Kenapa aku tak pergi Cafe#1 or Cafe#2 je. Lagi dekat. Tapi aku mengada2 nak pergi jauh bagai macam nak merentas desa pergi Cafe#3 dekat hujung dunia tuh. Lain kali lah aku cerita pasal2 Cafe#1 dengan Cafe#2 tu. Yang lagi details punya!! So watch out for that!!. Apa yang apa yang pasti dekat Cafe#3 tu lebih banyak choice and kedai runcit dia sangat lah banyak pilihan produk makanan. Memang kalau pergi nak je aku rembat Kinder Bueno yang RM 3 setengah sebungkus tu. Tapi nasib baik iman masih kuat. Tak lah jadi amik.

Anggaran Temph Perjalanan Ke Cafe#3

Tempoh Pergi = 10 minit. (Kalau jalan terhegeh2 boleh amik masa 15 minit)
Tempoh Tunggu Order = 10 minit (Kalau pergi awal. Kalau lambat sempat goreng ikan 3 ekor)
Tempoh Pulang = 10 minit++ 

TOTAL = 30 Minit!!!!

Tengok!! Tak ke rajin aku pergi Cafe tu!! 20 minit kut berjalan. Memang cantik gila ar kaki aku lepas ni. So siapa yang ada jual insurance kaki sila hubungi aku. Aku cadang nak beli pelan premium punya.

Nak tengok tak apa yang aku beli? Ni barang ni siap aku pusing satu kedai ualng alik. Belek punya belek sampai tak sedar dah penuh tangan pegang makanan. Tak sengaja~~~~ T T

Tengok!!! Macam nak buat hamper sukan bagi tempat pertama!!!

Tapi aku rasa barang2 yang aku beli tu still macam tak cukup lagi. Milo? Horlicks? Tuna? <<< Yang ni tamak!!. 

Tengok lah macam mana nanti kalau aku singgah kedai tu lagi. Borong lah apa patut. Nanti senang malam 2 aku nak buat lapik perut.  Miahahaha.

P/s : Memang dari semester lepas aku dok aim Kinder Bueno tu. Apa lah agaknya rasa? Tapi siyes mahal!!!

Nota tambahan : Pulis hanya pergi ke Cafe#3 pada waktu tertentu sahaja. Bukan pada setiap hari. Mungkin dalam 5 kali seminggu. Ok hampir setiap hari..

12 comments:

Syahira Mansor said...

hahaha sengal la ko nih. siap peta segala. macam jauh giler cafe ketiga tuh sbb perlu melalui sungai padang (ak ingatkan sawah padi) dan pelbagai lagi. tapi sangat tabah ye. bagus2

apepun biskut tiger yg ada xtra memang terbaekkkk! cayalah lu!

Ken Wooi said...

we all need our daily necessities =)

velasrizal said...

sape yg lukis map tu.. mcm kaki org lak..

Ben Nyah Popular Sekelip Mata !

Kancilbiru said...

tak sengaja ke beli tu? hahahaha

juMa said...

wah..ader peta..nak rompak mknn ley..huhu.

WZulhilmi said...

@Syira ITIK KEJ♥M
Sawah padi!!! Penat aku lukis rumput tuh.. Hahaha.. Memang macam hutan kan tempat aku nih.. Mcm alice in the wonderland plak semata2 nk pergi cafe..

@ken
Yup!! i agree with u. But how about tamak???? :P

@ velasrizal
Kaki??!! Memang sah aku tak reti melukis.. - -"

@Kancilbiru
betul kak! memang tak sengaja nak beli.. Hahaha.. tengok2 dah terbayar..

@ juMa
Bukan satu amalan yg mulia kalau rompak2 nih. lain kali CURI je!! Miahaahah.. tapi curi kat kedai lah.. =P

@

Sha Wbunny said...

jgn ltk gmbar kucin.waaa.bak pos sini megi cup tu.aku mcm xtahan je tgk megi ni.uwaa lgi

pelukis peta said...

map tu lawa..serius ni..serius aku tipu..

star said...

ni betul ke demi nk mengelakkn gastrik?ade megi,nescafe segala tuh??hahaha duit abes tang mknn la nmpknye...
comelnye kucing tuh!

WZulhilmi said...

@cracked bunny
A'ah.. teringat pulak aku kt Bee..T T
Kat sana tak jual megi kah?? Biar betik!!

@pelukis peta
Cis!! Hahaha..

@star
Bukan. ni semua beli secara tak sengaja.. T T.. Hahaha

suzie rahman said...

hihi..mner nk dpt cover album yg der muka mr wz tu erk? kt psr mlm xder pon..kui3

-Incek Fik- said...



Hakhakhakk...

Hang punyer barang makan cam nak pi camping seminggu jer aku tengok..

Tapi nak wat camner...

Dah dudok kat IPT..

Memang perut terasa lapar je la kan?!

Kalo aku pon 2x5 jer hakhakhakk..

Tapi memang heaven kalo dudok kat umah... bukak jer peti ais,

Memang cam gudang makanan leyh jumpa..

Cakap jer nak cekik aper...

Nak nugget, nak aiskrim Wall's, nak kek coklat, semua lengkap.

Hahahaa... cukop le aku membebel nie~~~

Jumaat nie aku balik Malaysia.

Doakan aku selamat sampai ke tanah air ekk! Insya-Allah

Amiin...

(=