Monday, January 24, 2011

Coffee Prince. | Padahal Nak Cerita Pasal Bakery Shop Je.

Wow! Aku memang tak sangka ramai rupa2nya yang dah rasa CoolBlog nih! Dah rasa macam bukan a part of community pulak bila ko je sorang2 je sombong gila tak pernah rasa benda alah nih. T__T *Mencangkung di sudut bilik sambil memusing2kan jari dilantai*. Dan mostly semua pengkomen lepas bagi respon yang positif pasal beverage nih. So this product is must a try. Korang tunggu je lah special review aku buat lepas aku dah try nanti yang pastinya akan membuka mata2 diluar sana yang membuktikan minuman murah pun boleh masuk list "10 makanan/minuman yang sering dipandang enteng tetapi wajib dirasa"

Dan Yes!! Entry kali ni bukan fokus pasal Coolblog. Sebab aku aku tak terima pun sebarang bayaran suruh promote benda ni. Kali ni aku nak tunjukkan beberapa gambar, beberapa je lah. I should take more. Tapi adat manusia. Sering alpa bila berhadapan dengan nikmat yang datang sekaligus, terus lupa nak amik gambar lagi.

So dengan menempekan gambar2 ini. Jelas lah kenapa aku suka betul pergi Bakery Shop. Wahahahaha!

Masuk2 je dah disambut dengan semeja kek span, bebola coklat dengan kek roll. Apakah maksud semua ini? Strategi yang licik untuk menjerat customer yang naif macam aku!

Lepas tu bila masauk dalam sikit. Ya Allah! Pizza berlonggakan sambil menari seolah2 suruh aku membeli satu. Gilak!! Tengok topping dia memang boleh terpedaya tau tak! Nasib baik iman tidak senipis kulit bawang. = ="

Bila tengok tepi. Wah! Seleksi donut bergelimpangan! Maksud aku disajikan! Siapa manager kat sini? Sungguh biadap membuatkan customer didalam keadaan dilemma. = =" 

Siyes aku boleh habiskan 4 bijik blueberry cheese tart ni tanpa perasan ragu2. 
Owh ya! Aku nak bagi tau yang selalunya lah kan. Kalau pergi kedai bakery ni. Aku selalu ada problem sikit. Iaitu nak carik dulang dengan pengepit. Diorang (siapa?) suka betul letak merata2 tempat. Maksud aku ada yang letak dekat ceruk2 roti lah, dekat kaunter kek lah. Lepas tu melilau2 lah sorang2 kat dalam kedai tu cari benda nih. Tak boleh ke kerajaan atau Persatuan Bakery Sedunia buat satu undang2 khas bagi menyelaraskan penempatan dulang2 nih? = =". Ke aku je yang bermasalah pasal benda nih?

Ok, ok gambar seterusnya lari tajuk sikit. Tapi aku nak tunjuk jugak. Bagi yang following my TWITTER mesti ada terperasan aku ada tweet something ada tak jual buku Dummies For Microsoft Excel 2007? Siyes weh aku tak reti nak guna. Dah sem ni kena guna banyak benda nih. Ni dengan beribu2 kotak beratur depan mata. Apa kes?

And I found this at MPH!

Dalam versi Melayu pulak tu!  Wahahaha!
Beriya cari tapi tak beli pun sebab sebelum tu aku dah dapat buat pun assignment tu dengan bantuan HELP! dekat Excel tu. Talk about the power of determination!!

8 comments:

ayumiyoshida said...

aishh, ko ni,, saja je buat aku kebulur tengah2 malam ni.. ><

-Incek Fik- said...

Hahgahaaaa.. lawak dowhh ayat blog ko ni. "sungguh biadap membuatkan customer didalam keadaan dilemma" paling tak boleh blahh..

Tapi serius memang rambang mata aku tengok donut dengan blueberry cheesecake tue huhuhu...

Oryte... iman aku berjaya mengawal nafsu!

Kamu hebat Fikk!

Fay said...

kita boleh geng macam ni. aku kalau masuk bakery shop emang rambang mata melihat kek-kek, roti etc etc yg ada dalam kedai tu. lepastu bil nak memilih mula melilau mana pergi nya dulang-dulang dgn pengepit. huhu.

star said...

Bakery shop tuh satu francais ke???Maaf saya tak tau huhu..kt tpt aku nih,sokmo g king's jela..yg plg dkt..
Imanku tergoda melihat gambar2 tersebut...
ps:aku pn xpnh try coolblog,nmpk pn xpnh LOL

cEro said...

tgk tart tu buat nafsu aku bergelora!

WZulhilmi said...

@ ayumiyoshida
oppsss!!

@F.I.C.K.R.Y
you didn't see everything yet! Klu ak tunjuk semua sah2 iman terus hilang entah kemana.. wakaka

@ Fay
Lega ada jugak yg sependapat dgn ak. ingatkn syok sendiri tadi

@star
yup satu kedai. hihihi. Eh sama lah ak baru tau kewujudan coolblog. ak boleh rasakan dia mesti ada dekat tesco yg akan dibuka dekat kg tempat kita nanti

@cEro
Bukan ko je. ak pun sama!

ishiko said...

ouh.. blueberry cheese tart sgt menggoda okey..


http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/119-mari-manjakan-diri-dengan-mary-kay.html

Raji and Yeen said...

doughnut bnder wajib yg kena beli bila di bakery xD

err ap function kau cri bku tu kalau xnk bli
hahahah