Friday, January 7, 2011

Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang.


Wakakaka! Tajuk entry bukan kemain lagi macam menagih simpati apa bagai. Konon nak menguatkan tajuk bubuh lah gambar roti. Walhal sebelum tu ko dah telan nasi goreng ayam dengan teh ais kow kow punya. Bukan apa. Saja lah nak tunjuk apa bakal hidangan aku untuk supper setiap hari. Sebab mostly dulu suka sangat lah makan jajan diwaktu malam. Tak menyihatkan langsung.  Sekarang aku gantikan dengan roti pulak. Roti bukan sebarang roti. Tapi roti yang mempunyai 14 essentials vitamins and minerals. Wakakakaka. Padahal sapu Nutella lepas tu. Apa kes??

Btw apsal Nutella mahal sangat. Adoi! Sekali beli melayang 10 hinggit. Ceqik darah betul. Ni dah menyekat hak asasi manusia untuk mengambil pemakanan yang sihat! - -" Oh, patutlah mahal. Satu company dengan Ferrero Rocher dengan Kinder Bueno rupanya.  Cis!

Siyes! Aku bukan lah saje nak buat entry bosan, "lame" gila macam ni. Aku tak tahu nak cerita pasal apa sebab satu hari ni kelas takde. Batal. So free for the whole day. Apa pun tarak buat. Dalam hati berharap lah ada kawan mesej ajak tengok "The Tourist" ke apa ke. Tapi sms iklan pulak yang banyak muncul. Haissh. And my life getting less interesting nowadays. Maybe dalam beberapa hari nanti The Nerd WZulhilmi akan muncul. Tajuk entry pulak jadi skema macam "Tips2 Menjadi Pelajar Dekan", "Doa2 Mujarab Untuk Menghadapi Exam" atau "Langkah2 Membuat Peta Minda Yang Efektif (Beserta Ilustrasi)". Ada korang nak baca???   


11 comments:

Raji berkata said...

hohohoh ptot ada Ferrero Nutella nama dier kan?
kais pagi mkn pagi ap cmtuh
kira mewah juga lah nih
hohohoh

IMANSHAH said...

Saya kalau duit gaji dah nak habis, sellau je makan loti lorgh

shah said...

kah3..ko shat gak mkan rto mhal pon..

Yellow LEOpard said...

nutella memang la mahal..padehal kecik je.tapi sedap kan..huhu..

jom tengok the tourist jom..muahahaa

Fay said...

amboii sihat betul makanan. mahal pulak tu. keh keh keh. kesiann. kebosanan lah ek?

ishiko said...

nutella sedap!!!!
ohohoo... bole jugak..jd belog ilmiah sket.. ngee~

Umie Nadhirah said...

Tipu..ko kaya giler do..

WZ,aku akan baca pape je entry kau :D HAHA! even skema skalipun XD

WZulhilmi said...

@ Raji berkata
a'ah! aku pun baru perasan. Wakaka. mewah lah skrg . Cuna tunggu akhir sem.. terus jadi jem berperisa strawberry. - -"

@ IMANSHAH
Simpati..

@shah
sgt tidak sihat mkn itu coklat.

@ Yellow LEOpard
saja bagi aku jeles kan tgk The taurist. Aku nk tgk angleina jolie lah. T__T

@ Fay
Mewah ke makanan ni? biasa2 je. kalau nak mewah kena tambah kaviar. LOL!

@ishiko
Ok2 aku tgh buat rangka entry ilmiah tu. wakakaka

@Umie Nadhirah
perghh. terharu aku baca komen ko. LOL!. Ok nak apa sebenarnya?

EZATUL HANI said...

aku makan nutella pakai jari
celup dan jilat
serious
lagi nikmat!

star said...

hehe ak xmampu beli nutella,aku beli lady's choice choc strip tu je,pastu mkn cm EZATUL HANI tuh,fuhhh nikmat!

sihatla sgt mkn roti+coklat = supper
bp kepng ko mkn????

ooh buat entri teknik2 karut menghadapi exam LOL

WZulhilmi said...

@EZATUL HANI
Ni lagi extereme!

@star
adakah style menjilat jem adalah trend skrg?