Wednesday, January 5, 2011

Diantara Ferrero Rocher Dan Kinder Bueno

Memandangkan kehidupan aku dekat sini semakin hari semakin membosankan memang tak wajar lah aku nak cerita untuk entry kali ni. Kang balik2, "Hari ini aku beli dadih perisa strawberry. Tapi perut terasa lapar lagi maka wajarlah aku membeli dadih buat kali kedua. Tapi kali ni aku beli perisa vanilla." Astaga bosan gilaaaa! Kenapa Uni aku ni tak ada event2 yang menarik macam Tayangan Perdana "The Tourist" ke? Pembukaan Cawangan Strabucks di dalam kawasan campus ke? Anugerah Blogger Universiti Terbaik ke? Wakakaka. 

Tinggalkan semua fantasi mengarut tu. Sekarang meh aku nak cerita sikit nih pasal entry hari ni. Korang pernah tak rasa ni Ferrero Rocher dengan Kinder Bueno? Ni lah dua jenis coklat yang mak aih menceqik darah harganya mengalahkan harga gula sekilo! Bagi aku, Yes! Dah complete tanggungjawab aku sebagai seorang Profesional Tester untuk  merasai 2 benda alah ni. So nak dengar result tak aku tak? Jom jom! aku suka betul komen2 nih. Wakakaka

Kita mulakan dulu dengan...

Ferrero Rocher


Nampak je kecik tapi harga!! Bukan main lagi. Dulu lah dulu lebih kurang 8 tahun lepas. Benda ni mana ada jual dalam kuantiti sikit! Dalam kotak beso2 dalam dia ada berapa entah aku pun tak tau. Tak pernah beli pun. So agak sukar bagi golongan bawahan untuk membelinya. Harga dia boleh beli beras sekampit oi! So between beras dengan coklat, mana lagi penting? Beras lah! And that time bila ko dapat makan ni walaupun sebijik seolah2 status ko dah naik satu tingkat! Lagi2 kalau ko cerita dekat kawan yang tak pernah rasa. Terbelalak mata sorang2 mendengo. See! The power of food!

Terharu betul siapa bagi hadiah birthday macam ni. 

Ingat lagi time tu aku dapat sebijik dah rasa macam sayang gila nak makan. Lagi2 tengok pembalut dia. Siap ada sticker nama Ferrero lagi letak. Tak ke macam mewah! But now dah ada jual 3 bijik sebungkus. Mampu lah beli kan lagi2 student yang suka beno makan! Ehem! Akibat terlalu sangat beli dah bosan pulak aku makan. Pandang pun dah enteng je sekarang. Bukak pun rakus gila. Tiada lagi sifat menghargai. Dasar manusia! - -"

Bagi aku rasa dia rasa coklat yang ada serpihan kacang hazelnut. Itu je. Kenapa harga dia mahal aku pun tak tau. Duti import kot? Or maybe pemilihan coklat yang terbaik diantara coklat2 di dunia? Pufff~ Selain daripada Ferrero Rocher ada lagi perasa yang lain. Macam Ferrero Rondnair, Ferrero Garden blah blah blah. alaa yang packaging dia yang warna putih or hitam tu. Yang tu aku tak rasa lagi. Tunggu sample dari orang je. (Sampai ke tua lah ko menunggu)

Tips Berjimat
Nak makan benda ni dengan banyak tapi tak de duit?? Have no worries. Beli je Apollo Roka. Lebih kurang sama  aje rasanya. Cuma Hazelnut tukar kepada peanut yang digandingkan dengan coklat yang lebih ehem! tak berkualiti.


Info Tambahan : Coklat ini berasal dari Syarikat Ferrero SpA di Itali. Dan "Rocher" berasal daripada bahasa French yang bermaksud "batu". Baguslah selama ni ko makan batu! Mahal pulak tu.



Kinder Bueno 


Yang ni coklat aku baru dengar beberapa tahun lepas. Itu pun aku tau melalui iklan dekat tv yang ada sorang pompuan hyper aktif tengah chatting dengan kawan dia sambil tulis. "Saya tengah BerBueno". Perggghh! What so special about this thing sampai boleh jadi kata kerja? I will find it out! Tapi bila pergi kedai. Satu pek yang ada 2 bar kecik coklat nih dah cost you about RM4++!! Wow!! Kalah Kit Kat! Ni lagi satu coklat berstatus tinggi bukan main lagi! Terus terbantut nak beli. Sejak dari hari tu asyik usha je dari jauh. Nak beli boleh cuma ko bagi note duit hijau ko dapat balik satu note duit biru. Nampak macam wow! Sekejap je duit dah habis! 



Last2 beli jugak lah satu sebab rasa punya pasal. Lepas ni jangan harap nak beli dah. Tunggu yang percuma je datang.Rasanya?? Ok lah. Rasa coklat. Tapi boleh lah dapat bezakan rasa coklat between the cheap and the finest one. Tapi overall rasa coklat je. Oh ya! aku beli version coklat putih. Macam dalam gambar atas. Attempting right? Makan pun satu bar satu hari. Mahal oi! Kena makan slow2. 
Tips Berjimat
Nak makan Kinder Bueno tapi duit tak ada jugak? Asyik tak berduit aje! Senang aje. Beli Apollo Roka Peanut Bar banyak2. Lebih kurang aje rasanya. Tapi as usual. Bila dah murah. Dapatlah rasa coklat tak berkualiti dan struktur bar yang buruk.


Info Tambahan : Kinder Bueno juga berasal dari Italy. Ehem! Adik beradik Ferrero pun. Satu company. And "Kinder" is German "Word" for Children and "Bueno" is Spanish word for "Good". Good Children? Hah??

UPDATE : Bila baca balik entry ni tiba2 rasa nak makan Roka. Mana nak cari?? Kat uni aku mana ada jual. *Stress*

10 comments:

joonie-girl said...

datang pagi-pagi nak terus jawab title tu, KINDER BUENO !!! (walaupun mahal dan tak mampu nak makan harihari T______T)

Tak suka ferrero rocher sebab kalau birthday ke tukar2 hadiah ke semua berebut2 nak bagi itu (ceh2)

joonie-girl said...

satu lagi, shoutbox rendah sgt r takleh nak tinggal tapak kaki T_______T

Liyana Lunia said...

i like u ilike u, nampak sgt apolla pun boleh bersaing ah baru doploh sen dh boleh dpt sama mcm yg mhl tu tapi rasa dia, hancur sikit HAHAHAHAH :(

cEro said...

hahaha, ko mmg pandai berjimat!!!

aku suka kinder bueno dr ferrero tu...
tp aku lg suka apollo roka nk banding semua..
aku dulu siap beli satu balang besar tu punya apollo roka..

WZulhilmi said...

@ si pendek dan moody
yes! aku pun lebih suka kinder. sbb dia lagi lazat. hahaha. btw ni guna IE ke Mozilla tak leh tinggalkan pesanan? Blog ni best viewed in Chrome. Tapi aku dh naikan sikit dh. Klu x dpt gak tak tau lah nak buat apa.

@Liyana Lunia.
Betul apollo pun boleh bersaing tapi dlm keluaran tempatan lah. hahaha. Tapi pelik ke tak apolla tak tanda halal tapi Kinder dgn ferrero ada. hurmm..

@cEro
Ko telah memberikan aku idea utk cuti sem ni iaitu beli balang roka besar. hahaha

Raji and Yeen said...

gahahahah lain la weh ;P
adeh ad ker compare cmtuh
=D tapi lebih kurang kan rupa dorg
aku suka kinder bueno
tiap2 kali nk exam ak makan tu jer
sbb byk cekelat ngn sedap ;P

err bkn tiap2 kali kot
mcm la ak ni berduit sgt T_T

Fay said...

aku ingat dulu aku selalu makan kinder bueno dlm kelas. sampai sanggup aku keluar pergi carik dekat 7-11. masa tu duit tengah banyakkk. sekarang takde maknanya lah. -.-

niesh™ said...

saya lebih suka ferero la. sbb taste bud saya tak dpat nak kesan rasa sedap kinder bueno. hihi

WZulhilmi said...

@Raji berkata
selalu beli! Gila taukeh balak! Hahaha.. aku nak beli lagi lah! T__T

@Fay
Selalu beli gak? Taukeh kosmetik apa! uwawawawa!

@ niesh™
Ko adalah org yg first kata suka ferrero. yg lain semua suka bueno.

naz xyzrine said...

saya dah makan dua2 benda ni . setakat ni da mcm2 coklat makan da . for me, kinder bueno lagi lembut, cepat cair dlm mulut compare to ferrero rocher . cuba makan kinder bueno dgn penuh nikmat . ehekss . cuba try test dulu la .