Thursday, August 12, 2010

Kempen Beli Lah Tiket Raya Sekarang

Lalalala~~~~

Lepas dikejutkan tiba2 ada kuiz dekat kelas tadi. (Nasib baik kuiz boleh bincang!!) Terus je bertolak menuju ke Cafe. Masa tu dalam pukul 1 tengah hari lah. Weh!! Korang jangan salah paham pulak aku nak pegi Cafe. Bukan aku nak pergi lunch!! Ish2!! Macam mana korang boleh pikir macam tu. Aku puasa ye. Cuma just tak sahur je pagi tadi. (- -"). Sebenarnya aku nak pergi kedai kat dalam cafe tu nak beli TIKET BALIK RAYA!!!

Efektif tak aku? Baru 2 hari puasa dah serang kaunter tiket. So bila dah sampai depan tiket tu, dari jauh.. Mak aih!! Lampu lip-lap dah pasang sekeliling kedai!! Dengan ketupat palsu tu lagi. Gila teruja ko bertambah nak balik raya!!

So aku nak buat dalam bentuk point antara kronologi time aku beli tiket tu. 

1. Pergi terus depan kaunter check jadual perjalanan. Mana lah tau kan kalau nama tempat kita tak ada, tak payah lah kita nak memalukan diri dekat pakcik tu beli tiket yang sebnarnya tak wujud. Time tengah nak check tempat tu. Pak cik tu jerit dari dalam.  'Dik!! Nak beli tiket raya???'. Sabo lah pak cik oi!! bagi lah time aku nak semak semua tempat dulu. Dia pulak excited.

2. Bincang dengan kawan bila nak balik sama ada 3hb atau 4hb. (Padahal tempat lain2!!). And sekali lagi time bincang tu.. Muncul suara sayup2 dari belakang. 'Dik!! Tiket raya dik???' <<< Pak cik!!! Sabar!!!

3. Lepas semua dah decided baru masuk dalam beli tiket. And apa yang bestnya!! Untuk setiap hari tiket raya. Start dari 2hb hingga 4hb ada fail warna dia masing2!!! Sistematik betul!!. And my file is Yellow.. =P

4. Lepas dah isi semua details macam nama, alamat kolej, no telephone semua bagai nasib baik tak tanya artis kegemaran siapa. Bermula sesi pembayaran. And my ticket prize is RM75!!!!. Tak boleh nak cakap apa2. Redha aje dengan ticket prize macam tu. T T

5. Pakcik tu mengucapakan terima kasih kerana berurusan dengan dia. And i got my own official tiket raya aku sendiri! Lega weh!! Kalau dah habis. Ko raya lah sorang2 dalam bilik sambil termenung menyesali perbuatan korang tak nak beli tiket awal2. Lepas tu orang lain makan rendang ko makan megi!! HARU!!

So this is my ticket~~ :))


Kena simpan ticket ni elok2 dalam safety box. Hahaha.

P/s : Serius weh!! Masa aku nak beli ticket ni dah ada at least 10-12 nama dah dekat fail tu. Maknanya dah ramai beli lebih awal daripada aku. So kalau siapa2 yang tak beli lagi tiket raya. Baik beli cepat. Karang menyesal karang!! Baru ko nak panik tiket raya dah habis. Jangan tak kata aku tak ingatkan!!

So dengan ini aku merasmikan bermula lah 'Kempen Beli Lah Tiket Raya Sekarang'. Dengan slogan 'Tak menyesal beli awal2'. Hahahaha

Yang balik naik kereta tu sila diam!!! =P

14 comments:

wanie said...

hoho..balik perak ke yeop! kikiki..smgt ko ye..xpe2..nnt kang kne sdiakn stok megi byk2 lak kan..baik beli tket awl..hehe :P

Syahira Mansor said...

aku lom bli agi... aku pun taktahu ade tiket lagi ke tak...


btw mahal gilerrr tiket kau! sama harga ngan tiket flight kot?

star said...

Wah seronoknye hehe ni mesti dok menghitung hari nak balik...bersedialah utk perjalanan dlm bas 12jam...huhu besnye cuti panjang :)
ps:padahal baru 3hari puasa...

-Incek Fik- said...


Weyh! Aku rase arr.. pakcik tue tak sabar nak kire duit kau tak kui kui kui...

Yea laa.. dah berapa kali tak sabar laung slogan :

" 'Dik!! Tiket raya dik??? "

Hahahaa..

Naseb baek hang dah beli awal-awal.. kalo tak mencekik megi la alamatnyer hang di pagi raya hakhakhakk...


Kancilbiru said...

kancilbiru balik kedah naik kancilbiru so takyah buking tiket...Peace!

qimie budak hensem said...

75 ringgit gila mahal betoi....

hamzah ian said...

tiket dah abisss!!!!

WZulhilmi said...

@ wanie
kantoi lokasi aku.. Hahaha

@Syira ITIK KEJ♥M
baik ko beli weh.. karang beraya lah ko dalm bilik tu.. Tiket masa raya mmg akan melambung tinggi.. so aku dh biasa dh.. jgn sampai 100 sudah..

@ star
dulu selalu gak lah buat countdown tapi skrg tak nak buat dah.. sbb jadi makin lama.. hahaha

@F.I.C.K.R.Y
pak cik tu tak sabar nak dapat duit lah tu. kalau ko dgr sendiri mmg mcm rakus gila suruh aku beli tiket..

@Kancilbiru
Kak niza berdoa lah agar kancil biru itu tidak rosak pada waktu akak nk balik kampung.. :X

@ qimie budak hensem
mmg mahal. klu tak beli maknanya tak boleh balik raya.. idea licik kan peniaga bas nih.. =P

@Hamzah Ian
tiket pergi mana dh habis nih?? hahaha

hamzah ian said...

Salleh Gregor cakap, "Kepada Yang Berpuasa: Fuck You Off"

May Maisarah said...

hahaha...bagus2..langkah awal itu seharusnya diambil..aku pon dh beli dh minggu lepas.selamat.xyah mkn megi sensorang dlm bilik raye 6t kan.hihi.

Fay said...

sheeshhh aku x beli tiket raya lagi. demn

Sha Wbunny said...

aku xraya pon.uwaaa

zety said...

mahal gile tiket balik kampung tapi ni dari mana ke jb ek?

gile seronok nk balik raya..

amirahsamat said...

haha .baik naik flight je camni .
mentang nak raya .bas pun amek kesempatan ekk .