Sunday, August 29, 2010

Kisah Baju Dengan Matahari



August 23

NARRATOR : Pada seminggu yang lepas keadaan cuaca secara puratanya sangat lembap. Kalau dilihatkan pada langit pastinya akan hanya ada awan gelap sahaja yang berarak. Kesimpulannya pada bila2 masa sahaja pasti  hujan akan turun. Memang jarang sekali peluang untuk melihat Encik Matahari pada minggu tersebut. 

Faktor ini telah menyebabkan WZ telah berputus asa dalam melaksanakan tanggunjawabnya yang paling penting sekali iaitu 'membasuh baju'. WZ berfikir bahawa jikalau membasuh baju sekalipun tidak ada gunanya memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Jikalau hendak menyidai pakaian2 tersebut didalam bilik nanti pastinya tidak akan kering2 jua walaupun selepas 3-4 hari. Lantas pakaian tersebut akan berbau hapak dan busuk. 

Namun begitu WZ tidak tahu. Pada hari ini, sesuatu yang tak diduga telah berlaku... (Memang betul2 TIDAK DIDUGA!!)

Kringgg~~~ (Bunyi serbuk magic)

8.00 AM
"Uwaaa!!" (bunyi menguap selepas bangun dari tidur). "Haissh. Macam mana ni?? Baldi tu dah penuh dah dengan baju2 semua. Sampai nak terkeluar2 dah. Stok baju pun semua nak habis. Esok nak pakai apa ni?", rungut WZ selepas memerhatikan baldi didalam almari yang tidak terusik langsung sejak seminggu yang lalu. WZ terus ke tingkap untuk menyelak langsir supaya udara pagi dapat masuk ke dalam bilik. WZ  seorang yang kurang gemar membuka tingkap secara terbuka di waktu malam tanpa sebarang apa2 menutupi. 

~Syringgg~ (Bunyi langsir diselak)




"Wah!!! Biar betul!! Cerah gila hari nih!!! Boleh basuh baju nih!!", kata WZ sambil terus berlari ke arah almari untuk mengambil baldi yang sarat berisi pakaian menuju ke bilik membasuh yang dilengkapi dengan mesin basuh automatik. (RM 2 per charge!)

9.00 AM
"Kena cepat sidai baju2 ni!! Kelas start kul 10 nanti!!", kata WZ sambil tergesa2 menyangkut semua pakaian di ampaian.

10.00 AM- 3.00PM
(Proses pembelajaran berlangsung)

3.05 PM
"Yes!! Dah boleh balik. Lepas ni boleh terus amik baju!!" Bisik hati WZ sambil membuka pintu kelas untuk menuju ke stesen bas. Namun begitu... 

*bunyi petir* 

Hujan telah turun sejak sejam yang lalu..


6 comments:

CPFZ said...

alahai..ciannye..
amk iktibar..
len kali cuci je baju slua tu,jgn tgguh2...hee~~~
;)

WZulhilmi said...

bukan suka tangguh2.. mmg tak boleh basuh pun.. seminggu tu asyik hujan je.. mmg nak sidai pun rasa hampeh.. :(

CPFZ said...

kalo cuci gne mesin auto msuk duet 2,kn dh kering cket..
make sure pkai pncuci top, pas2 tuang downy atau softlan mgikut ksukaan..
dh abes mesin auto 2 mncuci,kn dh kering pkaian 2..
sidai dlm blik,smbur ngn febreeze..
tada...mst xde yg busyuk...ngee...
(pjgnye komen..ish3..)

WZulhilmi said...

WOW!! Thanks ayaz for the tips!! betul2 membantu.. :).. Jgn risau aku suka komen panjang2 nih.. =P

wanie said...

aku brsimpati dgn ko..kikiki..haaa aku pn nk skong komen ayaz..ko sidai dlm blik je..kt jhr skg ni mmg cuaca weng2 sikit..eh knapa aku ckp jhr? ko kt jhr ke skg ni? *srba slh sbb trbocor kan rhsia d mana ko sdg brada*

WZulhilmi said...

ko ni sengaja apa nk membocor lokasi aku.. nanti semua orang kejar aku kat bazar nanti!!