Wednesday, August 4, 2010

Sepatutnya Akan Menjadi Hari Yang Sempurna!!!

Lalalala~~~~

Apa korang nak buat kalau korang ada 3 jam masa free sebelum next class start?? Hah?!! Tido dekat masjid!!!! Tak senonoh!! Hahaha. Ok2 aku cerita plan aku untuk 3 jam tu ye. Aku siap pikir lagi sebelum nak tidur apa yang aku nak buat dalam masa 3 jam tu. Tak kan nak melangut sorang dekat cafe? Loser gila. 

Memandangkan sebelum gap 3 jam tu ada Lab. So aku decided nak buat lab report tu dekat library. So senang siap awal2, nanti balik bilik terus boleh buat benda lain. By the way tempoh nak siapkan report tu cuma SEHARI SAHAJA!!!  Gila sekejap!!!  Dah lah banyak nak kena buat!! T T

 Antara persiapan yang aku bawak untuk menyiapkan report tersebut :

1. Laptop (Siap ada beg khas lagi aku beli kat PC fair =P)
2. Kertas graf (Satu buku aku bawak!! Padahal guna 2-3 helai je)
3. Kertas kosong A4 ( Ni lagi satu aku bawak semua sekali. Malas nk amik sikit2 )
4. Kalkulator  Penting ni!!! Kalau tak de nak kira guna apa? Sempoa? itu pun kalau ada!!)
5. Brodband (Senang nak cari maklumat nanti. Padahal senang nak check blog!!) 

See!! Complete tak peralatan yang aku bawak. Bagus betul!!. Selain benda2 alah tu. Aku ada bawak satu buku teks TEBAL and satu fail plastik yang sederhana tebalnya. So korang boleh bayangkan lah betapa beratnya beg aku macam bawak batu bata angkut ke sana ke sini. Dah macam nak pergi jungle trekking dah. Tapi dengan gaya yang stylo lah.

Korang mesti ingat semuanya akan berjalan lancar kan?? Siap startegi semua bagai. Tapi sebenarnya TAK LANGSUNG!!! Aku buat dalam bentuk pint kah ye. Karang ada yang keluar air liur basi karang kalau buat dalam bentuk perenggan.

1. Pembaris tak bawak
- Time ni pulak Lab nak guna pembaris sebab nak tanda macam2. Perasaan sangat lah geram+menyesal. Lepas tu buat muka tak malu pinjam pembaris dekat budak yang tak dikenali. (- -")

2. Langsung tak guna kertas graf dan kertas A4
- Arggh!!! Penat aku bawak bertimbun2. Lepas tu langsung tak guna!. Haissh!! Sebelum ni bukan main banyak nak guna. Nak je aku buat lapik nasi lemak aje kertas2 yang aku bawa nih.

3. Broadband tak dapat coverage
- Astaga!! @#&%*%##E$!. Tak tau nak cakap apa dah. Dah lah laptop aku ni tak boleh nak Wifi sebab ada software problem. Lepas tu berukband buat hal. Memang karma betul!! 

4. Kalkulator lesap secara misteri
- Masa time hampa tak dapat coverage, teruskan lah jugak usaha nak buat report. Konon2 semangat waja lah tapi tiba2 perasan mesin kira tu dah hilang. Gila weh!! Dah lah benda tu penting nak total semua data. 

Uwaaa.... Hilang terus mood aku nak buat lab report.  Semua benda tak kena aje... T T. Last semua plan yang dirancang dengan baik punya tak jadi. Bak kata pepatah 'Manusia merancang, tapi Tuhan yang akan menentukannya'. LOL!! Sejak bila aku pandai berfalsafah bagai nih. 

Last2 terpaksa beli kalkulator yang baru. Seronok ye ko makcik kedai buku! Untung 36 ringgit hari ni.


Berbungkus lagik!! Lepas ni kalau dah abis pakai nak letak balik dalam plastik balik. Supaya ia tidak tercalar. 
(Tak pernah dibuat orang!!)


P/s : Duit poket semakin kering!! T T. Nuffnang please give me money!! And more BE!! I love you Nuffnang !! *Tiba2*

9 comments:

Syahira Mansor said...

erm...... aku pun slalu gak kena bad-day. kalau nak tulis dekat blog mmg tak abes lah...


weh, gimana kau letak ad nuff secara berselang seli di celah-celah entri?

aku buat x dpt2 pon....?

Liyana Lunia said...

kesiannyaa T___________T

saya yang ambil kalkulator awak, saya pinjam sebenarnya tapi tiba tiba awak sudah hilang lesap :(

(eeww takutnya)

hoi, ko mesti mcm nerd kan? pakai spek, bawak beg sekolah besar gila sampai lendut2 kebwh LOL HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAA

swingoflife said...

OMG OMG OMG. sampai mcm tu skali?
satu plan pn xmenjadi =/
and the worst part is that you lost your calculator! OMG.
But luckily you, err, buy new one. Huhu (not to mention the 36 bucks gone)

cEro said...

malangnye...
adus...
aku pon slalu berhari malang camni...

WZulhilmi said...

@ Syira ITIK KEJ♥M
sama lah kita kalau macm tu.. T T
Eh ko dah buat arahan nuffnan tu betul2 ke?? Kot2 ko salah letak code tu?

@ Liyanaa.
oo.. ko lah amik eh.. baru je nk jumpa bomoh suruh sapa buncitkan perut org yang amik kalkulator aku tuh..

@ swingoflife
Tak lucky lah.. abis duit melayang mcm tu aje.. Haissh.. Cuai betul!!

@cEro
Haha.. cero2.. :)

Kancilbiru said...

memang pun...penah gak kena. seharian pulak tu badi malangnya...

star said...

Hahaha kesiannye,tp kn..mmg slalu jd time tu,ble time rajin bwk sume benda,xguna...ble xbwk time tulah nk pki berlambak2..
pembaris ak pn slalu hilang saat2 genting,dh bese dh tebalkn muke pinjam kt org huhu

ps:nk tgk bp lama ko leh bthn nk simpan kalkulator dlm plastik tu hehehe

star said...

lupe lk nk tulis td:hahaha tbe2 mengaku syg kt nuffnang tu,ble waktu senang,kau lupakan dirinye hahahaha

Nur Hazimah said...

hehehe...sabar saje la..berukband memang mcm tue..