Showing posts with label tiket raya. Show all posts
Showing posts with label tiket raya. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Kempen Beli Lah Tiket Raya Sekarang

Lalalala~~~~

Lepas dikejutkan tiba2 ada kuiz dekat kelas tadi. (Nasib baik kuiz boleh bincang!!) Terus je bertolak menuju ke Cafe. Masa tu dalam pukul 1 tengah hari lah. Weh!! Korang jangan salah paham pulak aku nak pegi Cafe. Bukan aku nak pergi lunch!! Ish2!! Macam mana korang boleh pikir macam tu. Aku puasa ye. Cuma just tak sahur je pagi tadi. (- -"). Sebenarnya aku nak pergi kedai kat dalam cafe tu nak beli TIKET BALIK RAYA!!!

Efektif tak aku? Baru 2 hari puasa dah serang kaunter tiket. So bila dah sampai depan tiket tu, dari jauh.. Mak aih!! Lampu lip-lap dah pasang sekeliling kedai!! Dengan ketupat palsu tu lagi. Gila teruja ko bertambah nak balik raya!!

So aku nak buat dalam bentuk point antara kronologi time aku beli tiket tu. 

1. Pergi terus depan kaunter check jadual perjalanan. Mana lah tau kan kalau nama tempat kita tak ada, tak payah lah kita nak memalukan diri dekat pakcik tu beli tiket yang sebnarnya tak wujud. Time tengah nak check tempat tu. Pak cik tu jerit dari dalam.  'Dik!! Nak beli tiket raya???'. Sabo lah pak cik oi!! bagi lah time aku nak semak semua tempat dulu. Dia pulak excited.

2. Bincang dengan kawan bila nak balik sama ada 3hb atau 4hb. (Padahal tempat lain2!!). And sekali lagi time bincang tu.. Muncul suara sayup2 dari belakang. 'Dik!! Tiket raya dik???' <<< Pak cik!!! Sabar!!!

3. Lepas semua dah decided baru masuk dalam beli tiket. And apa yang bestnya!! Untuk setiap hari tiket raya. Start dari 2hb hingga 4hb ada fail warna dia masing2!!! Sistematik betul!!. And my file is Yellow.. =P

4. Lepas dah isi semua details macam nama, alamat kolej, no telephone semua bagai nasib baik tak tanya artis kegemaran siapa. Bermula sesi pembayaran. And my ticket prize is RM75!!!!. Tak boleh nak cakap apa2. Redha aje dengan ticket prize macam tu. T T

5. Pakcik tu mengucapakan terima kasih kerana berurusan dengan dia. And i got my own official tiket raya aku sendiri! Lega weh!! Kalau dah habis. Ko raya lah sorang2 dalam bilik sambil termenung menyesali perbuatan korang tak nak beli tiket awal2. Lepas tu orang lain makan rendang ko makan megi!! HARU!!

So this is my ticket~~ :))


Kena simpan ticket ni elok2 dalam safety box. Hahaha.

P/s : Serius weh!! Masa aku nak beli ticket ni dah ada at least 10-12 nama dah dekat fail tu. Maknanya dah ramai beli lebih awal daripada aku. So kalau siapa2 yang tak beli lagi tiket raya. Baik beli cepat. Karang menyesal karang!! Baru ko nak panik tiket raya dah habis. Jangan tak kata aku tak ingatkan!!

So dengan ini aku merasmikan bermula lah 'Kempen Beli Lah Tiket Raya Sekarang'. Dengan slogan 'Tak menyesal beli awal2'. Hahahaha

Yang balik naik kereta tu sila diam!!! =P