Lalalala~~
Finally!! Selepas lebih kurang seminggu tak update baru sekarang ada masa nak tulis. (not including entry sebelum ni, sebab tu orang lain yang tulis. Thanks to penghantar surat yang comel!! =P). Lepas tu baru aku sedar yang this month aku only posted 6 entry je!!!! Like what!! Berbeza gila kalau dibandingkan dengan bulan2 lain semuanya average 20-30 entry. Kali ni 6 je!! (- -").
Takpe2 tinggalkan semua statistik yang menyusahkan hidup tu sebab lepas ni aku akan try update sekerap yang mungkin. Hooray to myself!! :). Memandangkan sekarang ni kita di bulan puasa yang mulia ni, aku rasa agak macam berdosa lah kalau tak cerita pasal benda nih. Agak memalukan kalau sebelum ni aku asyik buat entry pasal ni. Tapi dalam bulan puasa ni aku tak buat pulak. Strange right!!
So tak lain tak bukan aku nak cerita pasal juadah berbuka puasa!!! Hahaha... So macam ni!! Meh sini rapat2. Nak cerita ni. Semalam seperti biasa lah aku pergi bazar ramadhan. Jalan kaki tu!! 15 minit perjalanan. Orang lain semua naik motor, aku loser jalan kaki kat tepi jalan. Dengan harapan konon2 ada lah orang tumpangkan. Tapi haram!! Where is the spirit of fasting!!! (- -")
Korang tau lah kan bila dah sampai bazar, nafsu tamak terus datang membuak2. Kalau boleh nak beli semua sekali. Siyes!! Aku hampir terpedaya. Especially kalau bab2 dessert and kuih muih ni. Memang tak boleh kawal sikit. So bila dah selesai membeli belah + cuci2 mata. Start lah perjalanan balik ke bilik. (walking again!! tak de sape2 nak tumpangkan).
And then ada lah 2 orang pompuan kat depan ni. Diaorang pun baru je nak pergi ke bazar. So memandangkan aku ni celebrity, kena lah tunduk2 sikit. Nanti diorang cam kang!!. Bila tengah melepasi diaorang aku dengar diorang cakap
"Eh2!! Muka dia macam Lee Min Ho lah!! Wow!!"
Ok! Fine aku tipu. Diaorang cakap macam ni sebenarnya
"Banyaknya nya makanan!!"
Like what the heck!!! Sempat lagi nak menganjing aku!! Panggil anjing kang!! Kuang asam. Sabo je lah. Sekali lagi aku pelik where is the spirit of ramadhan!! Sepatutnya semua orang kena sopan santun pada bulan ni!! Dan tak lupa juga tumpangkan orang yang tengah jalan kaki especially yang nak pergi ke bazar!! (- -"")
Weh aku bawak 3 beg plastik je weh!! Apa yang banyak nye!! Cuba korang tengok gambar ni
3 bungkus je!! So what the big fuss!!
Kita abaikan kata2 kurang sopan dari perempuan tu tadi. sekarang kita tengok lebih terperinci apa yang aku beli. We start with...
1) Drinks : Jus Tembikai
Minuman yang lazat lagi menyedapkan. Baik untuk perut!!
2) Main Course : Nasi Lemak Dengan Sambal Ayam
Tiba2 teringin nak makan benda. Sebab waktu puasa tak de breakfast. Tapi memang yummy gila!! Sampai aku rasa nak upah makcik tu jadi chef aku.
3. Dessert : Puding Kastard?
Ahh!!! Tengok pun dah boleh meleleh saliva!! Apatah lagi kalu dah makan. Tiba2 mulut boleh kata 'Sedapnya!!'
See!! Tu je aku beli. Tak delah banyak sangat kan. Ermm~~~ Sebenarnya aku nak buat confession kat sini. Aku ada beli lagi sebenarnya. Tapi sorok kat dalam plastik nasi lemak. Konon2 nya idea licik beli sikit je. Padahal ko beli macam nak prepare puasa 2 hari!!
Dessert Tambahan :
3b) Keropok Lekor
Keropok lekor ni lembut sangat. Sesuai kalau korang punya gigi ada 28 batang je instead of 32.
3c) Puding Roti
Benda ni aku dok mengidam dari first day puasa lagi. So bila dah jumpa terus beli padahal dessert dah beli berlambak2 dah. (- -"")
So betul lah kata2 budak2 perempuan tu tadi. Aku beli banyak makanan. Tak sengaja weh!! Tapi the good thing is aku habiskan semuanya ye. LICIN!!. So unsur bazir2 tak muncul dalam topik ni. Tapi baru aku sedar yang kos nak beli benda ni terlampau banyak. Sampaikan duit aku pun boleh jadi kering kalau teruskan macam ni. So mulai hari ni, aku nak kurangkan budget untuk berbuka puasa. Harap2 berjaya lah. Wish me luck!!.
P/s : Amik ko!! Bila dah lama tak update. Berjela2 panjang aku tulis!! Puas hati. Miahahaha~~~