Saturday, July 31, 2010

Random Pictures | Sesi Keluar Berjalan-Jalan

Lalalala~~~~~

Sorry guys. Sebab lambat update blog ni. Aku tau ramai yang kecewa dan ternanti2 entry yang baru kan. APASAL KO PERASAN NI ZULHILMI OI!!!!. Mari kita kembali ke alam yang nyata. So aku dah decide entry kali ni aku tak nak buat review pasal makanan or movie lagi. Kita pause dulu ek pasal bab2 tu. Aku tau ramai yang marah kat aku sebab telah membangkitkan perasan cemburu dan marah diorang sebab aku dah makan certain makanan tu dulu. Aku bukan kata korang ye. Orang lain.!! Miahahaha. (Padahal tangan aku ni gatal je nak buat entry review movie yang baru aku tengok nih!! Sabar Sabar).

So kali ni aku nak tunjukkan kan kat korang beberapa gambar random yang aku amik dalam minggu ni.

Jenis Kamera : LG Lollipop 3.0 Megapixel
Sekarang dah tau kan jenis kamera yang aku guna. So jangan mengada2 nak expect gambar yang berunsur HD (High Definition) kat sini ye. Dah nama pun handphone murah. Time ni lah aku rasa macam nak berkenalan dengan anak pemilik kedai Sony. Mana tau suatu hari 'kawan baru' aku tu cakap :

Kawan Baru : 'Hey Zulhilmi!! You know what! My father give me this camera SONY TX5 just yesterday. But unfortunetly I already got one. Similar type you know!. What a coincidence!! Hahahaha. So I decided to give you this camera instead.'
Me               : 'Oh my!!!' (Buat muka terkejut + tamak) Thanks!! Can you take my picture please!!. Only me ye!!' Kat-cha *Bunyi flash kamera*

KAU ZULHILMI BERANGAN NO 1!!!! Mana lah wujud benda2 macam tu. Haissh.. ( = ="). Korang tengok dah berapa kali unsur berangan dalam entry nih. Dah 2 kali!!!. So jom kita move on terus ke picture pertama!!

1. Hai! Saya Kura-Kura Comel. And I'm Cheap.


Lokasi : Kedai Pet Pasaraya Giant

Macam2 ada kat kedai pet tu. Landak putih, arnab, burung tapi aku amik gambar kura2 ni sebab dia tergedik2 berenang time tu. Serious!! Kaki tangan dia, dia kibas laju2 mengalahkan enjin motobot. Memang kalau tengok dari jauh macam turtle yang dah kena overdosed dah. Harga dia pulak seekor RM 6 hinggit!! Murah kan???. KFC pun lagi mahal dari binatang nih!!!

2. Kapal Bling2 + Mahal = Tak De Sapa Pun Nak Naik!!!


Lokasi = Danga Bay

Gambar ni aku amik masa kul 2 pagi. See!! Malam2 buta tak de kerja pegi tangkap gambar kapal loser. Baik tido lah. By the way harga dia aku rasa aku rasa RM15-20 per ride. So bagi aku terlampau mahal lah. Dah lah kecik. Lepas tu charge mahal. Baik aku naik kapal jenis macam ni kat Genting je. Lagi puas hati. Kalau korang perasan ada couple tengah tangkap gambar dekat kapal tu mata korang memang mantap!!. 

3. Trend Baru Jambangan Bunga. Uuuuuu *Bunyi Kagum*


Lokasi : Kedai Bunga Pasaraya Jaya Jusco

Tengok!! Banyak gila choice bunga2 sekarang ni. Siap tempek patung bagai lagi. Meriah betul!. Motif aku amik gambar ni sebab terlampau excited dapat keluar selepas terkurung dalam U selama 2 minggu. Lepas dapat keluar tiba2 jadi jakun semua gambar kedai nak amik. ( = =""). So kedai ni lah jadi mangsa pertama aku. Eh2!! Bunga biru tu ada patung Vavi!!!! Hahaha. Hidung vavi tu memang tak boleh blah. Tiba2 teringat aku satu hidangan goreng tepung hidung vavi. Gulp!! Lari ~~~~!!!

So which flower bouquet is ur favourite?? :) . 

Kali ni aku tunjuk 3 je gambar sebab takut korang bosan pulak kang kata aku ni melalut tak tentu pasal. So kalau ada rezeki lagi, entry gambar random ni akan dibuat lagi. Kalau ada sambutan lah. Miahahaha. So see you next time.!!

Tuesday, July 27, 2010

Review McDonald's GCB | Burger Ayam Di Grill!!

Lalalala~~~~

Alahai!!! Dah bersawang gila dah blog nih!! Tengok!! Segala jenis labah2 dah bersarang kat sini!! Tarantula, Hobo Spiders, Ground Spider, Jumping Spiders.. Siap bertelur lagik!! Ni lah akibatnya kalau tinggalkan blog lama sangat. T T. Takpe2. Nasib baik ada Ridsect!!

Syruuuhhhhh!!! Syruuuhhhh!!! *Bunyi spray* <<< Jijik gila bunyi (- -")  

Seperti biasa entry aku lately nih asyik berkisar pasal makanan je. Cuma last post je pasal movie. So kali ni aku nak review pasal makanan lagi. So kali ni menu pilihan aku ialah~~~~

Tada!!!

Mcdonalds GCB!!! a.k.a (Gulai Campur Bab*)

Miahahaha~~ Ok2 tak lawak..

Grilled Chicken Burger!!!

Mula2 tunjuk gambar promo dulu. bagi kecur sikit air liur korang dulu.

Untuk makluman korang aku baru tau benda alah ni wujud kat Mcd. Mungkin sebab kat bilik aku ni tak de TV, so semua perkembangan makanan semasa aku tak tau. Bila dah sampai kat Mcd nampak je benda baru terus order, sebab nak try benda baru. (last2 duit pokai!)

Teng teng teng!! Bila dah order terus dapat satu kotak special design punya untuk burger ni. Kagum sekejap. Ye lah, kalau burger biasa versi rakyat bawahan (burger Rm7-+ hinggit) McD ni selalu bungkus pakai plastik je.  Yang ni guna kotak pulak. Kena lah weh!! Dah bayar mahal!! 

Tringg!!! Ni lah kotaknya.. Maaf!! Kualiti gambar tidak seberapa. (Time ni lah wish ada camera DSLR!!)

So tak payah bebel banyak2. Meh aku cerita apa ada dalam kotak nih!! Sebelum tu tengok gambar burgernya dulu. Baru senang korang nak bayang.


Yummy!!!. *sebut dalam nada excited*. Aku cukup puas hati betul dengan roti atas dia. Cantik je keadaan dia dengan biji bijan tuh. Selalunya kalau dapat hampeh. Bijan ntah ke mana roti ntah ke mana. Lepas tu roti penyek!! Tapi yang ini tidak!! (Pernyataan ini tidak sah untuk cawangan McD yang lain.)

So dalam dia ada ayam yang telah dipanggang, bukan digoreng ye. Special punya. Ayam pulak dia amik thigh je atau dalam bahasa melayunya PEHA!!! Bahagian macam bontot, dada, kepak dia tak amik. Lepas tu dia tabur dengan kobis yang ranggup disaluti dengan char-grilled sauce. YUMMY!!!

Apa yang aku boleh cakap kat sini. Bagi aku lah. Tak tau lah rasa korang macam mana. Memang rasa dia sedap. Plus boleh kenyang woo makan ni (Kalau combo set ye). Sebab saiz dia agak panjang lah. Lepas tu rasa dia agak istimewa sikit maybe sebab ayam dia di'grilled' kan bukan macam cara biasa kita tengok kalau burger mesti guna ayam yang telah digoreng atau dikukus (setahu aku lah). So this is MUST TRY!!.

P/s : McD siap buat slogan lagi kata burger ni Great Tasting, Grilled, Glorious, Georgous!!. Bapak banyak G!! Nasib baik tak letak GaGa.. T T 

Saturday, July 24, 2010

Sesi Review Movie | The Sorcerer's Apprentice

ALERT : Review ini adalah 100% berdasarkan pendapat penulis tanpa sebarang unsur hipokrit(konon2 mengaku cerita tu best padahal boring gila sebab nak jaga hati orang yang suka movie tu). Dan review ini bersifat subjektif dimana ia bermaksud lain orang lain lah citarasanya. Kalau aku kata best mungkin ada diantara korang kata tak best. So lepas ni jangan nak serang aku kalau aku kutuk movie feveret korang. << (Gila alert panjang sangat macam nak masuk lab nuclear!!)

Movie Title : The Sorcerer's Apprentice

Sinopsis


Aku ada confession nak buat, aku lupa nak tutup kipas masa nak pergi kelas semalam. =X . Oopss!! Silap confession. Aku sebenarnya memang tak tau movie ni wujud. Dan aku hanya tau kewujudan dia masa aku nak beli tiket dekat cinema tu. Itu pun selepas member aku bagi cadangan nak tengok cerita Mantra (Uwekkk!!). Aku terus cepat2 cari cerita lain konon2 nak elak dari tengok cerita tu. Last2 jumpa cerita nih kat monitor. Sebab tajuk dia macam menarik. (Sekali pandang aku ingat ni reality show Donald Trump "The Apprentice" versi movie). <<< tengok review movie tak start lagi, dok bebel pasal benda lain. = ="

Bukti pembelian. 

Cerita ni sebenarnya macam ni, kita rewind balik ke zaman lampau masa magic still digunakan untuk menentang kuasa jahat. Time tu ahli sihir terhebat Merlin (kononnya) still hidup and dia ada 3 orang apprentice. 2 lelaki, Balthazar(Nicolas Cage. Aku kenal dia sorang je dalam movie ni), Maxim dan seorang perempuan Veronica. Last2 si Maxim ni jadi pengkhianat bergabung dengan kuasa jahat Morgana menentang si Merlin ni. Last2 si Veronica ni sedut Morgana punya soul masuk dalam body dia. Lepas tu si Balthazar perangkap si Veronica dengan si Maxim ni dalam satu tabung berbentuk patung. Merlin pulak mati sebab kena attack dengan si pengkhianat Maxim. Sebelum mati dia ada bagi satu cincin berbentuk dragon dekat Balthazar and suruh dia cari 'Prime Merlinian' dengan mengunakan cincin tu. 'Prime Merlinian" tu lah yang hanya mampu bunuh si Morgana buat selama2nya. Tragik gila introduction!!.

Kembali ke zaman sekarang tapi jangan lebih2 sampai tahun 2000 je, si Balthazar dah jumpa sorang budak yang berpontensi jadi "Prime Merlinian" nih (Payah betul nak sebut!!). Tapi malangnya ada satu insiden berlaku (korang tengok sendiri insiden tu, kalau aku explain kang jadi berjela2 panjangnya). Si Baltazar ni terperangkap masuk dalam satu pasu besar sebab nak selamatkan budak tu dari Maxim. (Budak ni gedik gila pergi bukak tabung patung tu last2 si Maxim tu keluar balik!)

Baltazar tengah buat teknik sihir. Manakala Maxim kat belakang dok buat muka pelik kat belakang.

Masa ni Balthazar dengan Dave kat Chinatown tengah lawan Naga. Yes real Dragon. Tapi CGI effect lah.

Sekarang kita kembali ke waktu sekarang. Gila! Banyak betul peralihan masa. Time ni budak tu dah besar. Nama budak tu Dave. Dia ni kan memang nerd gila lah. Lagi2 dalam bidang Fizik. Aiyooo.. Subjek paling aku tak gemar.. So masa time ni si Maxim dan Balthazar berjaya melepaskan diri dalam pasu tu selepas terperangkap selama 10 tahun. Masing2 berebut2 nak cari si Dave ni. Last2 Si Balthazar jumpa dulu and ajar si Dave ni cara2 nak jadi ahli sihir yang berjaya. So berlaku lah macam2 adegan time tu. But at the same time si Maxim dapat keluarkan si Morgana keparat itu keluar dari tabung patung tersebut. 


Veronica yang tengah dirasuk Morgana tengah buat aksi pemujaan. "Bangun lah wahai pengikut2 ku!!.Rarrr!" (menipu gila ayat!!)

Alamak!!. So berjaya kah si Dave menyelamatkan dunia ini dari kecaman kejahatan? Berjaya kah Si Morgana mengedik menguasai dunia? So korang tengok lah sendiri kalau nak tau. Aku dah cerita intro pun dah macam buat esei. - -"

Review

Overall cerita ni banyak adegan2 aksi CGI dia. Lagi2 time masa si Balthazar lawan si Maxim. Macam2 teknik keluar, ada satu part tu aku suka. Si Maxim tukarkan kereta biasa ke kereta Sport semata2 nak lari dari Balthazor. Gila smart!! Si Balthazor pun tak mengalah tukarkan kereta dia jadi kereta Mercedes berkelajuan tinggi. Haha. Masing2 nak tunjuk terror lah tu. (Kalau aku ada power macam tu. aku tukarkan handphone aku kepada iPhone. -_ -")

Lepas tu cerita ni banyak lah adegan sengal si Dave ni. Tau2 lah Nerd kan. So action dia kadang2 agak rasa macam nak lempang sekali. But still entertaining. Member2 aku siap gelak terkekek2 time tengok cerita nih. Aku pulak hanya gelak cool dan sopan je masa tu. =P. So dengan ini aku menganugerahkan movie ini..

Tiga bintang setengah!!


By the way. Cerita ni adalah produksi dari Company Disney. So korang boleh lah expect ending dia macam mana. T T.

Nota: Dalam movie ni memang banyak kali jugak lah dia pasang lagu One Republic 'Secrets' yang pada waktu dulu aku hanya memandang hina lagu ni. Last2 aku download lagu ni lepas balik bilik sebab dari perasaan hina menjadi suka pulak. Hahaha. Serius tengok cerita ni akan mengubah presepsi korang terhadap lagu tuh. :) .

So bagi nak rasa teruja korang nak tengok movie ni bertambah. Aku sediakan trailer kat bawah ni. Korang tengok trailer ni macam serius je semacam. Tapi sebenarnya kelakar cerita nih.



P/s : Panjang gila Review!! Tak sengaja...

Wednesday, July 21, 2010

Review Makanan Muncul Kembali!!

Lalalala~~~~~

Balik je dari kelas terus lari pergi ke bilik untuk dapatkan laptop sebab nak tengok berapa comment yang perlu aku moderatekan hari ni... Konon2 happy lah bila bukak ada 30 comments yang ada.. Tapi bila tengok kat Dashborad ada Satu je.. T T

Ye2.. Aku paham. Blog ni bukan lah best sangat pun. Yang ko demand sampai 30 comments apasal??. Hahaha. Jadi marilah kita sama2 berpijak di bumi yang nyata. (Korang pun tiba2 terlibat sekali. - -"). So kita tinggalkan topik rintihan hati aku tu sekejap. Sekarang kita fokus kepada benda yang aku lately ni jarang cerita. Jeng2!! Pasal makanan!!! <<<< (baca guna nada happy sambil tepuk tangan sekali.)

So semalam or kelmarin. Sori malas nak ingat balik bila. Hahaha. Member2 aku ajak untuk makan dekat kolej asrama diorang. So lari lah sikit jenis rutin makanan aku untuk minggu tu. Kalau tak asyik sama aja!! tak percaya?? tengok listt kat bawah

Recap semula list makanan yang aku makan untuk last week . (For dinner only!!)

Isnin : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Selasa :  Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Rabu : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Khamis : Nasi Goreng Cili Padi + Air Soya (Finally!! dapat jugak minum air soya!!)
Jumaat : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai
Sabtu : Nasi Goreng USA + Ayam Berempah + Air Tembikai
Ahad : Kueh Tiow Goreng Basah + Ayam Berempah + Air Tembikai 

See!! Asyik ulang2 makan makanan yang sama je!!! Sampai taukeh tu pun dah cam aku. Tengok muka aku siap terus cakap. "nak kueh tiow goreng ke?".. Miahahaha. Pernah sekali dia pernah cakap. "Adik, Tak bosan ke asyik makan Kueh Tiow je. Kesian akak tengok. Order lah lain". << Akak ni dah salah faham aku ni pelajar miskin tegar!!! Noooo!! ;'( 

So back to our topic. Mari kita lihat menu apa yang aku pilih masa pergi cafe kolej kawan aku tu. (Bukan Kueh Tiow Goreng ye. Aku pun boleh muntah kalau makan hari2)

Tada!!

Nasi Ambang!!! (Bukan Ambang di Aidilfitri..)



Kalau orang Johor mesti tau makanan ni. Tak tau kenapa. Maybe sebab berasal dari sana kut. Aku bab2 history nih lemah sikit.. T T. By the way tak perlu lah aku nak ceritakan apa yang ada dalam makanan tu sebab aku dah labelkan sekali. So senang nk refer.

Sori bentuk nasi tu dah cacat. Sebab tengah aku dok kuis2 nasi tu tiba2 teringat "Gambar lupa nak amik!!".

Conclusion nya nasi tu memang sedap sampai habis licin aku makan semuanya tinggal lapik daun pisang tu je!!  (Ok2.. Ikan kecik tu aku tak makan sebab kecik sangat sampai nak amik isi dia pun susah. <<< DASAR PEMALAS!!!). Lepas tu siap boleh ugut lagi member2 aku yang lain bagi sambal lebih dengan kelapa tu kat aku. Tak cukup weh!! =P. Mee goreng di sedap kut!!! Aku rasa nak order lagi satu pinggan untuk mee goreng je. So brove makcik resepi ni. And atelah memperdayakan saya untuk membeli lagi. (Aku rasa ni mesti jampi2 nih bagi laris.. Miahahahha)

Meh2 lihat minuman aku pulak.

Cola Fizz!! (Versi duplicate + murah A&W Float Rootbeer)


One word je boleh describe minuman ini. YUMMY!!!! << Memang lah yummy dah banyak gula!!!
Tapi aku ada conffession nak buat. Korang nampak tak gelas air lagi satu kat belakang tu. Itu baru gelas aku - -". (Dah separuh ko telan baru teringat belum amik gambar!!!). So terpaksa curi gelas member aku punya.

P/s : Aku rasa aku patut makan kismis sebab asyik lupa je lately nih.. 

P/s : Aku baru sedar yang review aku kali i tak semantap dulu2. Patutnya aku lebih fokus pada tesktur makanan, rasanya, bau aromanya. Tapi ni tak bebel je sorang2.. - -"

Monday, July 19, 2010

Bila Tingkap Bilik Dibuka |Hello Sunshine!! (Tak Boleh Blah Title)

Lalalala~~~

Bertemu kita lagi di dalam Rancangan Di Mana Joe Jambul!!! - -".. Intro yang sangat loser. Weh korang aku serius bagai tak dah de idea nak update blog kali nih. Jenuh lah pikir macam2. Tak kan pulak aku nak buat tutorial cara2 nak buat origami bentuk kapal ataupun cara2 nak gosok gigi dengan betul menggunakan berus gigi Colgate 360 degree??? BORINGGGG!!!! 

Last2 aku dapat idea baik punya.. Hahaha *Tiba2 gelak*. Kali ni aku nak tunjukkan kan kat korang semua apa yang aku nampak kalau bukak tingkap bilik aku nih. Kalau dulu aku segan gak nak tunjuk sebab dulu aku duduk aras 1. So kalau bukak tingkap tu ko memang confirm tak boleh keluarkan kepala!! Sebab dia buat berjeriji untuk menggelakkan kes pencurian. T T. So aku hidup di dalam sangkar emas time tu. Lepas tu pemandangan dia ko nampak batang pokok besar je.  So memang agak bosan disitu.... Fine.. Kadang2 aku nampak mak cik cleaner tengah sapu sampah. Thats all!!

Namun semua itu telah berubah setelah aku dianugerahkan bilik single oleh pihak kolej, lepas tu duduk pulak kat aras 2. Memang double happiness betul!!! (Selamat tinggal tingkap berjeriji!!). So kali ni aku tak segan silu nak tunjuk apa yang bijik mata aku nampak kalau aku selak langsir yang agak lusuh nih. - -""


Sudut Pandangan Sebelah Kiri


Tengok!!! Aman permai sungguh!! Ni lah dikatakan konsep Go Green!!! Semua benda hijau kat sini. Kalau hirup udara kat sini memang segar sebab korbon monoksida ada 5% je.. Miahahaha.<<< Sejak bila buat kajian nih??

Lepas tu tengok!! Siap ada pokok kelapa lagi. Kalau dahaga boleh kait sebijik satu. (Mana lah nak cari galah bagai!!). Kalau ada orang panjat pokok kelapa tu malam2 memang aku assume orang minyak!!!

Lepas tu korang nampak tak sungai kat situ. Kalau macam ada masa free boleh pergi ke tepian sungai tu sambil menyanyi lagu ikan kekek mak iloi iloi. (Nyanyi dalam keadaan bersimpuh sambil main2 air dengan tangan)  <<<< Kalau korang nak kena cirit korang pergi lah situ!! Kotor weh!! Segala toxic bagai ada kat situ. Tapi still ada lah ikan yang berjaya survive dalam sungai tuh.


Sudut Pandangan Bahagian Kanan


Sekali lagi aku hidangkan kan korang dengan pemandangan hijau. Memang harmoni!!.

Serius weh!! Baru aku perasan. Apsal ada banyak sangat pokok kelapa nih!!! Lepas tu kalau korang nampak bangunan tu jangan mengada2 ingat tu adalah Supermarket Billion. Tu lah sebenarnya Cafe#1. Kalau tak ingat atau tak tau boleh rujuk semula dekat entry aku sebelum ni dengan klik kat SINI

Kalau nak main sembunyi2 pun boleh kat sini. Banyak tempat tersorok weh!! Haha. Tapi tak boleh lah main waktu senja2 nanti hantu datang sorok pulak. - -"""


Sudut Pandangan Bawah (Ada jugak!!)


Kalau korang nak mati. Sila terjun dari sini. Eh!! Ada orang ke kat bawah aku nih!! Selalunya tingkap tutup!!Kalau orang kat bawah ni baca entry ni harap maafkan saya kalau saya buat bising atau gelak kuat2 macam hantu pada waktu malam masa tengok anime. Lagi satu jangan marah kalau saya selalu campak air yang tidak digunakan dari tingkat atas. Tak sengaja!!! 


Sudut Pendangan Atas

Korang cuba tengok syiling bumbung korang sekarang~~~~~~~~

Macam tu lah bumbung aku kat sini. Miahahahaha. Ok lah aku tak tunjuk sebab-buruk-sangat-sampai-aku- malu-nak-tayang. Hahaha.

Ok thats all for today. Memang bosan betul entry kali ni. - -""""

P/s : WEH!!! AKU DUDUK DALAM HUTAN!!! :(

Sunday, July 18, 2010

Tak Muntah Ke Dengar Banyak Kali??

Lalalala~~~~

So macam mana dengan hari Sabtu korang? Enjoy tak??!! Mesti enjoy sakan buat aktiviti2 masing2. Berbeza dengan aku, hari ni adalah hari yang paling tak produktif rasanya. Tak buat kerja langsung!! Tido,online, makan, tido, online, makan. Itu je kerja yang aku buat hari ni. Padahal assignment dah ada next week nak hantar. Tapi malas gila lah jari nak menekan kalkulator bagai. - -". Takpe2 malam sikit lagi aku buat lah ye.. Hopefully!!

Kali ni aku nak cerita kat korang nih pasal satu lagu yang aku agak obses dengar sekarang. Tahap keobsessan nya tu macam kalau korang jadi rommate aku korang boleh muntah kuning dengar aku asyik ulang2 macam takde lagu lain kat dunia ni. Sebab dah lebih 2 minggu aku asyik dengar lagu ni!! Kalau sehari ulang 20 kali kalau 2 minggu??? 280 kali++!!! Gila banyak.. 

So, tanpa perlu aku nak berdolak dalih, meh aku kenalkan lagu apa yang aku dok gila dengar tanpa sebarang unsur jemu pun sampai sekarang. Tada!!!


Seperti yang korang nampak dengan jelas kat dalam gambar tu. Lagu tersebut ialah 'Bad Girl Good Girl' from group Miss A!!(Bukan ciplak lagu Rihanna!!). Jangan tanya aku kenapa nama group diorang macam tu. Sebab aku pun tak tau. By the way group ni berasal dari Korea ye. Bukan dari Malaysia. - -" << Obvious gile!!

Sekarang mari kita mulakan sesi kenal mengenal. Sebab part ni penting. Kalau korang tak tau nama diorang nanti kalau jumpa diorang ni kat pasar malam ke, Giant ke tak kan nak jerit 'Woi!!!' ataupun 'Yuhuuu!!'. Sungguh tidak sopan!. Last2 korang melepas peluang nak tangkap gambar dengan artis.


Mari kita mulakan dari bahagian kiri ye adik2.. Start dari wanita (ce.. wanita!! hahaha)  berambut pink ye. Jia, Fei, Min, Suzy. See!!! Mudah bukan nak ingat nama diorang ni!! Lagi senang daripada nak hafal 150 nama2 pokemon.

Serious!! Bila aku tengok perempuan rambut pink tu teringat satu karakter cartoon dalam cerita Sailormoon.

  Sama kan? Sama kan? Especially warna rambut!!

Ok! Lupakan perbandingan yang nonsense tu. Kali ni aku nak buktikan kat korang group ni memang elastik gila!!! Se elastik getah pengikat rambut!! 

Bukti Keelastikan #1


Amik ko!! Ni kalau buat pembaris pun boleh nih!!. Kalau lupa bawak pembaris masa exam. Boleh guna kaki ukur. Hahaha. Kalau ni pun korang still tak impress tengok next bukti pulak.

Bukti Keelastikan #2


Gila!! Ni serius elastik tahap extereme. Aku kalau try buat macam ni. Mau masuk hospital sebulan. Sebab bontot beralih ke depan. - -"

Bukti Keelastikan #3


Tengok!! Pakai kasut tumit tinggi lagi boleh buat gaya alah macam ni. Aku rasa renungan mata dia seolah2 mengatakan  'Boleh ke korang buat macam ni??'*Baca dengan nada keji*. 

Bukti Keelastikan #4

Teknik lengkukan kaki bentuk 'V'. Lagi satu korang tengok! Tebal gila tumit kasut tu. Kalau tonyoh sekali kat muka korang. Mau bisu!!!! Trauma tak nak cakap setahun.


Cukup2 lah aku tunjuk 4 bukti je. Nanti aku letak banyak2 kang. Ada pulak yang nak try!! Jangan sesekali mencuba aksi tersebut di rumah. Nanti ada yang lumpuh dari pusat ke kaki kang.

Memandangkan aku suka sangat lagu ni. Aku teringin sangat nak nyanyi sama2 dengan diorang. Yang versi remix punya. Bangga kut rakyat Malaysia kalau aku berjaya rakamkan lagu remix 'Bad Girl Good Girl' ni. First Malaysain tuh!!. Hahaha. So atas tujuan tersebut, aku dah siap2 design cover album versi tempatan untuk diedarkan di Malaysia nanti. 

Tada!!!



Smart tak aku buat concept warna rambut biru.??
Miahahahahahaahahaha~~~~~~

P/s :
Kalau nak tengok video lagu tu boleh klik kat SINI
Kalau nak download lagu tersebut boleh klik kat SINI
Kalau nak dengar lagu tersbut secara live boleh dengar dekat sidebar blog ini

Harap maklum.

Saturday, July 17, 2010

Beli! Beli! Beli!!!

Lalalala~~~~

Seronok gila weh!! Sebab hari ni hari Jumaat!! So besok tak de kelas!! Yuhuuu!!.. Saya sangat sayang dengan hari Sabtu dan Ahad!!. <<<< Ayat hipokrit gila!!!

Masa cuti hari tu siap komplen bagai dekat Twitter kata hari Sabtu dengan Ahad ialah hari yang paling bosan sekali dekat Malaysia. Kalau boleh nak cepat2 je dua hari tu berlalu. Boring lah weh!! Lagi2 bagi rumah aku yang tak de piring ajaib. Kalau Sabtu cerita Carekarama. Kalau Ahad cerita Mentor. Mengantuk aku tengok eh. Lepas tu dunia blogging macam tak de orang. Sebab semua dok meronggeng kat luar tengok movie, melantak kat restoran, jalan2 shopping tak hingat dunia. T T

Yelah2!! Aku dah tak nak kutuk dah hari2 weekends!! Aku akan lebih menghargai hari Sabtu dan Ahad. (Tak payah bangun awal2 pagi macam orang gila nak berebut tandas lepas tu tunggu bas macam badut tapi rupa2nya dah terlepas. - -").  


Memandangkan besok hari Sabtu. So malam ni boleh aku ada masa nak tulis entry lama2 sikit. Selalunya kalau buat entry laju semacam sampai ejaan pun dah tunggang terbalik. Haiiih!!. So kali ni aku nak cerita dekat korang semua apa yang berlaku kat aku selepas kejadian aku kena makan Gelusil, Tagamet & Buscopan  oleh doktor hari tu.

Finally selepas merana selama dua hari akhirnya aku dah sembuh 90% daripada sakit perut. Fuhh!! Lega!! Syukur banyak2. Dah tak sanggup dah sakit perut tiba2 malam buta sampai tak boleh tido. Last2 ko pergi kelas dengan muka dah macam zombie nak makan otak.

So apa inisiatif aku supaya tak nak berlaku benda2 nih daripada terjadi lagi? Jeng2. Solution nya adalah dengan membeli stok makanan banyak2 lah. Hahaha. Serious!! Memang lepas sakit tu selera nak membeli makanan naik mendadak secara tiba2.(Pelik.. Sepatutnya selera nak makan yang meningkat!!). Semua jenis makanan dalam kedai tu aku nak hangkut. Tak kisah lah roti, biskut, coklat, keropok, meggi, air kotak semua nak beli. (Weh! Dah seminggu tak minum soya!!. T T)

So kat bawah ni aku ada sertakan satu map baik punya(edisi tadika) untuk korang tengok perjalanan aku dari asrama aku ke kedai tersebut.



Kalau still rabun tak nampak. Klik  untuk tumbesaran secara melampau

Seperti yang korang nampak kat dalam peta aku yang comel tu. Ada 3 bulatan purple yang bertanda cafe kan. Tiap2 cafe tu ada kedai makan and kedai runcit dia sendiri. Bangunan warna merah tu pulak adalah blok asrama aku. Jadi korang tengok lah anak panah kuning tu. Sebab tu lah kawasan aku nak kena lalu kalau nak pergi ke Cafe#3.

Korang tak pelik ke? Kenapa aku tak pergi Cafe#1 or Cafe#2 je. Lagi dekat. Tapi aku mengada2 nak pergi jauh bagai macam nak merentas desa pergi Cafe#3 dekat hujung dunia tuh. Lain kali lah aku cerita pasal2 Cafe#1 dengan Cafe#2 tu. Yang lagi details punya!! So watch out for that!!. Apa yang apa yang pasti dekat Cafe#3 tu lebih banyak choice and kedai runcit dia sangat lah banyak pilihan produk makanan. Memang kalau pergi nak je aku rembat Kinder Bueno yang RM 3 setengah sebungkus tu. Tapi nasib baik iman masih kuat. Tak lah jadi amik.

Anggaran Temph Perjalanan Ke Cafe#3

Tempoh Pergi = 10 minit. (Kalau jalan terhegeh2 boleh amik masa 15 minit)
Tempoh Tunggu Order = 10 minit (Kalau pergi awal. Kalau lambat sempat goreng ikan 3 ekor)
Tempoh Pulang = 10 minit++ 

TOTAL = 30 Minit!!!!

Tengok!! Tak ke rajin aku pergi Cafe tu!! 20 minit kut berjalan. Memang cantik gila ar kaki aku lepas ni. So siapa yang ada jual insurance kaki sila hubungi aku. Aku cadang nak beli pelan premium punya.

Nak tengok tak apa yang aku beli? Ni barang ni siap aku pusing satu kedai ualng alik. Belek punya belek sampai tak sedar dah penuh tangan pegang makanan. Tak sengaja~~~~ T T

Tengok!!! Macam nak buat hamper sukan bagi tempat pertama!!!

Tapi aku rasa barang2 yang aku beli tu still macam tak cukup lagi. Milo? Horlicks? Tuna? <<< Yang ni tamak!!. 

Tengok lah macam mana nanti kalau aku singgah kedai tu lagi. Borong lah apa patut. Nanti senang malam 2 aku nak buat lapik perut.  Miahahaha.

P/s : Memang dari semester lepas aku dok aim Kinder Bueno tu. Apa lah agaknya rasa? Tapi siyes mahal!!!

Nota tambahan : Pulis hanya pergi ke Cafe#3 pada waktu tertentu sahaja. Bukan pada setiap hari. Mungkin dalam 5 kali seminggu. Ok hampir setiap hari..

Wednesday, July 14, 2010

Gelusil, Tagamet & Buscapon

Lalala~~~~

Seperti yang korang tau Isnin lepas aku dah start mula semester baru. Bagi korang yang ikuti entry2 lama aku, korang mesti perasan aku selalu dok mengeluh bagai sebab tak nak start semester baru sampai korang pun naik letih nak dengar. Tau2 lah dengan masalah macam2 yang aku kena selesai untuk first day tu. So aku bersiap sedia lah nak expect worst things to happen. At the same time dalam hati punya lah banyak doa + berpikiran positif supaya semua berjalan lancar. :'S

Ajaibnya aku rasa semua doa aku dah dimakbulkan Tuhan sebab hari Isnin tu semua nya berjalan dengan lancar. I mean sangat2 lah lancar sampai aku tak expect everything will be ok. This is too good to be true!! So semua masalah tu dapat disettlekan jugak pada hari tu jugak. I'm soo damn happy!! :). Alhamdulilah!!

Tengok gambar pun macam happy+tenang. Macam tu lah perasan aku. :)

Tapi based from my experience. Bukan setiap masa benda happy akan berlaku. Aku aware sangat tu. Dah nama pun lumrah hidup kan. Bila dah balik bilik. Terjadi lah kejadian Bungkusan Apa Nih!! Aku tak tau nak anggap peristiwa ni sebagai i'm getting luckier or petanda something worse will happen. But you know me. I wil try to think positive dekat semua yang berlaku dalam hidup aku. :)

*Bayangkan bunyi petir sekarang*

Tepat pukul 3 pagi aku tiba2 terbangun weh!!! Sakit perut!!! Ni bukan sakit perut biasa nak pergi toilet. Tapi yang lagi dasyat punya!! (jangan mengada2 pikir aku kena sengugut!!). Aku kena angin+gastrik!! Astaga sakit dia sampai memulas2 perut aku. Bayangkan kain baju korang berputar2 dalam washing machine. Macam tu lah keadaan perut aku. Lagi best lagi bila aku rasa nak muntah. 

Uwek uwek uwek *bunyi muntah*<<< dekat toilet lah!!

MySpace

Amik ko pagi2 buta ko sorang2 buat aksi bunyi muntah bagai. Nasib baik tak de orang masuk toilet time tu. Kalau tak terpaksa aku muntah dengan gaya cool + macho. Last sekali aku terdampar kat katil sampai pukul 7 tak tido menahan sakit perut. Nasib baik time kul 7 tu dia kurang sikit. So boleh pergi kelas (Bersemangat waja betul nak ke kelas!!)

Lepas habis kelas. Aku terus pergi klinik and dapat cenderahati ni.

Tengok!! Siap dapat ubat terkawal lagi!!

Gelusil, Tagamet dan Buscopan. Tu lah nama ubat2 yang aku kena makan sekarang. Macam nama pokemon aku rasa!!. So wish me well ok. :). Aku tak suka betul ubat pink bulat2 tu sebab dia kena kunyah.. Haissh!!

P/s : Kena marah dengan doktor sebab makan tak ikut masa - -".

First photo by: Eâ„“izaCate

Tuesday, July 13, 2010

BE Ke-2 | Nescafe Kick-Start

Korang pernah dengar tak pasal Rancangan Nescafe Kick-Start . Alah!! Yang cerita pasal sekumpulan anak2 muda masuk game show ni sebab nak jadikan Dreams Job diorang sebagai kenyataan disamping dapat duit beribu2 lemon. Aku ingat lagi masa dulu aku tengok cerita ni kat TV3. Ada pasal seorang girl chinese ni nak jadikan impian dia membuka sebuah kedai kek sendiri. Tapi aku rasa dia kalah kut. So ingat tak??? Tak??!! Ni mesti kes korang asyik layan piring ajaib kat rumah tu sampai TV3 pun tak bukak kan!! (- -")

Bagi yang dah ingat.(Yang tak ingat sila makan kismis). Ada berita baik!!. Pihak Nescafe ni nak buat Season baru untuk reality show !! Korang ingat Gossip Girls je ada season2 bagai.

See!! ada belambak bintang dekat main page diorang!! Kena betul dengan konsep blog nih. Miahahaha

Tapi kali ni diorang twist sikit konsep rancangan ni. Sebab dulu job2 diorang just lebih bersifat keusahawanan. So konsep ini sungguh tak sesuai bagi yang orang tak reti nak pujuk customer. So kali ni diorang sediakan 15 dreams job yang korang boleh pilih sendiri yang aku sendiri tak tau yang job tu wujud di dunia yang nyata nih!! Tak percaya?? Tada!!

Klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat

Weh!! macam2 job pelik bagai ada. Aku pun teruja baca setiap description dia. Ni antara jobs yang menarik perhatian aku. Miahahaha. Konon2 pilihan jobs yang aku pilih lah kalau nak isi borang nanti. 

1) Mystery Shopper


Weh! sapa yang tak nak kerja ni weh. Aku nak!!.Siapa yang tak nak kalau kerja diorang bukan sekadar kat office je dok mengadap computer. Tapi kerja ni korang boleh kuar pegi mana2 mall sambil membeli belah sesuka hati sampai patah riuk tulang korang pun tak de orang nak marah. Dah kerja korang kan. Lepas tu kalau service kedai tu macam HAREMM!!. Dengan salesgirl yang buat muka macam baru lepas hidu taik. Or kurang ajo dengan korang. Korang boleh balas dendam balik dengan tulis bad review pasal kedai tu. Amik ko!! Padan muka. Lepas ni ko kena pecat!! << tiba2 Emo.

2) Gadget Reviewer


Ni lagi satu!! Kerja ni korang boleh review pasal the latest latest latest gadgets sebelum dia dikeluarkan di pasaran nanti. Maknanya nanti kalau iphone 5g ke nak keluar lepas ni. Korang lah akan test dulu. So nanti boleh bersikap riak dan bangga dekat jiran tetangga, sahabat handai or dekat orang ramai. Sebab diorang tak de benda alah tu!! Miahahaha. Bukan handphone aje yang akan diriview malah laptop, game console, camera akan korang try dulu sebelum orang lain beli. Best weh!! Kalau aku dapat Laptop MacBook baru, aku bawak pergi kelas lepas tu on masa tengah lecturer tengah nak bebel kat depan. Konon nak salin nota lah guna laptop!!. Miahaha *gelak keji*

Selain daripada 2 kerja tu ada lagi 13 yang lain macam Travel Writer, Photo Journalist, Celebrity PA, Party Planner, Talent Scout and lain2 lagi.<<< (Idea licik guna lain2 lagi padahal malas nak taip.. - -")

So kalau korang berminat nak join korang boleh isi borang secara online or korang boleh daftar masa Pihak Nescafe buat Rodshow terjah Universiti korang masing2!!

Gila!! U aku pun ada tersenarai!! Hahaha. Lah!! lagi beberapa hari lagi!!  

P/s : Teringat weh masa aku study Diploma dulu. Aku pernah isi borang Nescafe nih sebab nak dapatkan File percuma warna merah menyala. Cantik weh fail tu.. Hahaha. Lepas tu aku tulis dream job aku

= Want to be the first Malaysian Popstar. <<< KELAKAR!! Tak sangka aku boleh tulis macam tuh. Last2 diorang tak call aku pun. Mungkin sebab cita2 aku ni tinggi sangat. 

P/s : Ingat lagi tak aku pernah cakap yang aku tak kan buat pasal entry BE lagi. Konon2 tak nak riak bagai. Haha. Well aku tarik balik those words. Sebab nanti aku tak lah kekeringan idea nak update blog nanti. Harap maklum.



Bungkusan Apa Nih!!!

Lalalala~~~

Hari ni hari pertama kelas. Satu perkataan je yang sesuai digambarkan untuk hari ni. 'Penat'. Zzzzz. Tapi sekarang ni kita lupakan pasal tu semua. Aku ada cerita yang hot nak bagi tau ni!!<<<<< Idea licik nak bagi korang baca. Padahal tak lah hot mana pun (- -")

Macam ni sebenarnya. Lepas aku dah habis kelas dalam pukul 3 aku pun bertolak lah pulang ke bilik. Tapi kena naik bas lah. Jenuh menunggu bas for about half an hour. BAZIR MASA!!! 30 minit tu boleh aku take a nap sekejap kat bilik!! 

So bila dah nampak pintu bilik. Wajah yang penat bertukar jadi hepi giler muka. Terbayang2 katil dengan laptop. Hahaha. Tapi hari ni lain sikit. Sebab apa korang tau?? Tiba2 aku ternampak satu bungkusan plastik kuning tergantung dekat tombol pintu aku!! Dari jauh boleh nampak kut. Sebab kontra sangat warna plastik dengan warna pintu aku yang warna biru laut tuh.

Sebelum aku pegi kat bungkusan tu, aku dah siap pikir bukan2 buat hipotesis apa lah agaknya kandungan plastik tu. Sebab tak pernah berlaku benda2 nih dalam hidup aku ni.

 Lakonan semula. Sebab baru tadi ambik gambar. Tapi ni benda yang sama lah.

Antara Hipotesis Yang Telah Dibuat Apa Benda Yang Ada Dalam Plastik Tu :
1) Pampers yang dah ada najis!!! 
2) Serbuk Antrax!! (Serius. Aku betul2 pikir benda nih)
3) Sampah-sarap.(Maybe kawan aku nak mengenakan aku) Diaorang isi dalam plastik. Konon aku akan tertipu dengan trik bodoh nih

So aku pun pegi lah kat pintu tu. Sempat lagi pikir patut tak aku pakai sarung tangan?? or maybe tutup hidung?? Mana tau ada virus apa jadah dalam tu.<<< akibat terlampau banyak menonton Criminal Minds

Last2 aku amik je plastik tu bawak masuk bilik. Nak cari sarung tangan celah mana?? Bila kat dalam bilik aku terus tengok apa lah inti dalam dia.

Kruk krak kruk krak *Bunyi plastik dibuka* <<< Padahal macam bunyi papan kena ketuk.. - -"


Burger rupanya!!! Siapa lah yang baik hati bagi burger2 di petang hari nih. Terkejut pulak tiba2 aku rasa. Tapi pelik lah kan. Sapa lah yang sanggup bagi burger bagai nih.Lepas tu aku tengok kat dalam plastik tu macam ada satu cebisan kertas. Nota ke???!!! Misteri betul bungkusan nih!! Korang tengok apa lah yang ditulis. 


Apa nota nih???!!! Siap ada kod lagi. Pening2!! Cuba tulis nota yang lengkap sikit. Ni tidak. Makin suspicious lagi adalah. Ni antara assumptions aku buat :

a) Burger-1 (Burger Kambing)
b) Bilik- 1   (Bilik Ketua)
c) Burger-1 (Blok K???)<< Padahal blok aku blok L

Ok fine.. Tak payah pening kepala. Aku rasa ada orang salah letak. So tak payah nak pikir bukan. So aku decide baik aku buang je. Kejam kan??. Tapi kalau dah dok tergantung kat luar bilik aku sampai benda tu naik basi. Apa kes?? Buat semak adalah. So bye2 burger What-so-ever.. (baca dengan nada gedik) 

P/s : Antara assumption liar lain yang aku pikir. >> Kalau burger jampi  macam mana??!!! Jadi Zombie hidup aku kang!! Ikut je perintah orang yang lepas dah makan burger jampi tu. Tak mau!!.... <<< nampak sangat lah tengok TV banyak sangat.

Monday, July 12, 2010

Tips Menghilangkan Double Chin

Lalalala~~~

Walaupun dah sehari tinggal blog macam dah seminggu rasanya. Lagi2 bila dah tinggal tak berupdate. Rasa macam tak bernyawa blog. Rindu gila!! T T

Btw aku dah selamat sampai ke Kolej Kediaman aku. Alhamdulilah!!. Akhirnya 9++ jam berakhir semalam. Menderita wei bontot aku. Kebas gila tambahan pulak dengan alunan Minnal FM sepanjang perjalanan.  Ye Minnal weh!! Kalau tak tau sila Google sekarang. Kesimpulannya aku telah diseksa secara fizikal dan juga mental. Nasib baik daya ketahanan aku tinggi. Kalau tak... HARU!!!

Aku nak bagi tau kat korang ni. *tiba2* Dalam beberapa minggu lepas aku perasan yang muka aku dah ada perubahan yang negatif!!. AKU DAH ADA DOUBLE CHIN!!!! Ok2 dalam bahasa melayunya dagu berlapis!!! Tapi tak de lah serius sangat sampai boleh terjuih sampai ke lantai. Dia comel2 je bentuknya.Tapi still kalau dibiarkan akan jadi teruk!!

Nampak tak kat bawah dagu tu. Ada lemak berlebihan sikit. Tu lah namanya double chin!! 

Creepy gila weh bila aku tundukkan kepala. Muncul double chin tu!! Aiyooo!!! Ni mesti akibat aku makan banyak sangat nih. So mulai sekarang aku nak exercise dengan lebih dasyat untuk mengemiskan balik dagu aku yang tak berdosa itu. Weh!! nak jadi artis weh mana boleh ada benda2 alah nie!! Hahaha.

Then aku terpikir.... Exercise jenis apa yang boleh aku cuba?? Tak kan nak pumping guna dagu?? Or lompat bintang sambil geleng2 kepala 180 darjah secara extreme??!!.

Ataupun ikut cara Beyonce exercise??

Exercise Beyonce Cara Pertama

beyonce2

Hentakan dagu secara dasyat sambil sampai dagu berpeluh

Atau

Exercise Beyonce Cara Kedua

beyonce

Hentakan dagu secara berirama dengan bahu dengan kadar kelajuan yang extreme.


Mana satu nak try ek??? Gila ko!! Dua2 tak pratikal kut!! Buang tebiat apa kalau orang tengok!! Lagi2 tak mampu aku nak buat laju2 macam tu. Cuba korang try? Tak boleh kan. Dah2.. Jom kita tengok exercise yang lebih berkesan dan yang paling penting masuk akal!!


So ada beberapa exercise yang boleh aku tengok boleh kita try sama2 . Antaranya :



1) Korang hanya perlu donggakkan kepala memandang keatas selama beberapa minit. Mudah gila kan!! Tapi kena amalkan lah setiap hari. Baru nampak kesannya.

2) Kaedah yang ni aku belajar dari Rancangan Rachel Ray. And aku dah amalkan dah cara ni beberapa hari yang lepas. Caranya sama dengan yang atas tapi advance sikit. Sambil dongak tu korang kena jelirkan lidah. Nampak macam jijik kan bila org lain tengok. Macam lucah pun ada. So buat dalam bilik sorang2.  Supaya tak menimbulkan syak wasangka.  



3) Cara ni paling sesuai bagi orang yang pemalas nak buat kedua2 cara dekat atas. Korang cuma perlu makan chewing gum!! Kunyah sampai lebam. mesti hilang terus lemak berlebihan tu. Tapi aku tak guna kut cara ni. Sebab aku tak gemar chewing gum sangat. Kadang2 je makan. 

So apa lagi!! bagi yang ada masalah lemak dagu berlebihan booleh try mana2 tiga cara kat atas. Bagi aku. aku akan try cara kedua (Sebab artis buat kan!!! - -"). Gud luck!! :)

P/s : Naik lenguh mulut aku buat senaman ni. 

Info Tambahan : Penulis hanya mengalami sedikiiiiiiiit sahaja double chin. So jangan pikir bukan2. Harap maklum.

Friday, July 9, 2010

1 Malam Lagi

Lalalala~~~~

Mood nak mengupdate blog semakin pudar hari ni. Sebab malam ni adalah malam terakhir aku tido dekat my lovely hometown nih. Ala~~~ T T. Benci gila bila balik kepada kehidupan yang sungguh stressful and tiap2 hari mesti paranoid nak tau markah test lepas ke tak. This is soo annoying!! Tambahan pulak perjalanan 9 jam dalam bas sungguh aku tak gemar. Selain rasa nak muntah + bontot rasa macam nak meletup akibat duduk statik for the whole journey akan menyebabkan aku rasa nak baring aje kat lantai bas. (- -"). Ditambah pulak dengan masalah2 jadual yang akan dihadapi. Crap!!. Ni yang aku nak menyanyi tiba2 nih.

Apakah motif nyanyi lagu nih!!!???

*Tiba2 tukar mood* Ok2. Be positive Zulhilmi. You can make it. I must be open minded to all things that will happen to me. Nyah engkau semua negativity!! Ganbatte yo!!

So lepas ni tak dapat lah aku nak blogging untuk setiap hari. Maybe aku update dalam 2 kali sehari.(Gila ko!!).. Maksud aku 2 hari sekali or 3 hari sekali. Bak kata orang kualiti lebih penting daripada kuantiti kan??Tapi tolong lah jangan percaya cakap aku nih. Bila dah datang buang tebiat+mengada2 mula lah hari2 nak update blog tak kira lah ada test ke tidak esok. T T

So beware lah makcik2 cafe, cleaner, lecturers, students. Kalau korang buat dajal kat aku. Aku post muka korang kat sini. Biar malu satu kampung. Miahahaha *gelak keji*. Btw guys thanks kat korang yang baca blog aku selama 2 bulan lebih ni tanpa perasan jemu and drop your precious comments dekat setiap entry aku. Keep on supporting me ok!! And i will try to make the best entry ever.*Tiba2 terharu * 

Bagi korang blogger yang nak masuk sem baru tu. Korang jangan lupa plak nak update blog masing2. Jangan lah biar bersawang or berkulat apa. Aku pun nak dengar cerita korang gak. Mana tau ada mak cik cafe korang ada skandal dengan abang penjual buku ke. Aku nak jugak dengar. Wakakaka. 

Alamak!! Bag tak kemas lagi. Banyak woo kena packing. Maklumlah nak buat realiti show kena lah packing barang banyak2.<<<<<  Huh???!!

P/s : Dengan secara rasminya hari ni aku nak confess. I love Nuffnang  You are the best!!! :)


Thursday, July 8, 2010

Patutlah Harga Murah!!

Lalalala~~

Weh!! Lagi beberapa hari je lagi kebebasan aku akan hilang!!! NO!!!! Setelah 2 bulan bersenang lenang macam putera raja di rumah. Akhirnya aku kena jadi rakyat kebanyakkan for next week!!. Tak mau tak mau. 'Ayahanda tolong jangan perintahkan anakanda bergaul bersama dengan rakyat2 jelata. Anakanda tidak mahu!!'. (sambil duduk bersimpuh memeluk kaki ayahanda) <<<  Boleh pulak aku tulis macam nih!! - -"

Ok fine!! Tak payah aku nak buat drama sebabak kat sini. Meh sini aku terus terang. Next week dah bukak sem baru. So nak tak nak aku kena tinggal kan kampung aku yang harmoni lagi nyaman ni. Seriously banyak masalah besar yang akan aku hadapi for this sem. Tak tau lah boleh harunginya ke tidak. Sebab tu aku dok merungut tak tentu pasal. 



Lupakan masalah besar tersebut. Tapi yang pastinya aku dah ~~~

a) Tak boleh tengok TV!!! T T (abis semua tv series yang aku ikut tersekat tengah jalan) 
b) Tak boleh tido lewat sambil bermalas-malasan di kerusi yang mempunyai kusyen yang empuk.
c) Tak boleh bangun lambat tanpa perlu memikirkan apa perlu dibuat petang karang. 
d) Tak boleh beli frozen food dah. (bye2 nugget,fish fillet,fries,burger,hash browns, sosej) 
e) Tak boleh minum soya dengan gelas jumbo with lot of ice setiap hari.
f) Tak boleh pergi pasar malam setiap Isnin,Selasa,Rabu dan Sabtu.
g) Tak boleh blogging macam orang jakon tak pernah jumpa Internet.

Bapak banyak list aku senaraikan. Memang tak sedor diri. (Sebenarnya ada banyak lagi!! T T). Dah lupakan list2 tu. Now move on to this penemuan yang menakjubkan!!.

Seperti yang korang tau. Bila dah nak bukak semester baru.  Mula lah semua student tak kira lelaki ke pompuan tergedik2 nak pergi kedai atau market nak beli barang. Contoh barang korang nak rembat macam barang2 toiletries, stationary , cadar, bantal, selimut, baldi blah blah blah.... 

Rasa macam palsu gila bila aku tak sebut benda ni dalam shopping list students kat atas tu. Ye. Clothes!! Atau dalam bahasa melayunya pakaian (ayat skema dikesan!!). Jangan nak tipu lah semua students tak kira jantina mesti akan beli baju baru. Wajib!!. Konon2 alasan nanti kalau pergi kelas baru lah semangat sikit atau nanti takut orang hina kita kata kita ni kedekut tak de duit nak beli baju baru. 

Iye2. Aku pun masuk dalam kategori tu. Tapi bukan jenis extereme shoppaholic sampai 9-10 beg plastik kat tangan tapi still nafsu membeli still membuak2 dalam diri. Siapa yang perangai macam ni sila mengaku cepat!! For me, aku ni jenis biasa2 sahaja. Dah nama pun tak de duit.  T T

So beberapa hari lepas (Idea licik tulis beberapa hari padahal dah tak ingat dah hari apa.).  My oldest sister dengan 2 orang anak2nya ajak aku keluar shopping beli barang for this upcoming sem. For your information usia anak2 sedara aku ni tak de lah beza jauh sangat. So jangan buat muka pelik kenapa diorang ikut sekali sebab diorang pun nak masuk sem baru.

Bila dah sampai dekat pasaraya tu mula kita orang serang bahagian pakaian dekat tingkat 2. Seriously time tu aku tak de mood nak beli baju2 nih. Sebab sebenarnya aku lebih tertarik dengan gerai2 makanan kat tingkat bawah. Weh!! Ada Kaya Ball, Waffel, Sosej versi debab, Cendol, Mexican Bread.. Kenapa aku dikelilingi makanan yang enak2 nih!! T T

Ok back to the second floor. Aku hanya tengok je baju2 kat situ sambil tengok anak2 sedara aku begitu rakus mencari pakaian baru. (Ok2.. aku ada jugak belek sikit2. Tapi dalam hati still nak beli Kaya Ball).. Bila kitaorang dah selesai shooping untuk anak sedara aku yang laki ni. Kitaorang pergilah Girl Section plak untuk anak sedara aku yang pompuan nih.

Kitaorang ternampak satu bahagian ni. Ala ada satu bahagian tu dia longgok2 kan baju macam ikan tu lepas tu tulis RM8 - RM13 only. Semua market mesti ada lah. So kitaorang pergi lah kat sana dengan harapan dapat lah jumpa baju murah tapi still cantik. Lepas tu aku jumpa baju nih. Jom2 tengok2

Tengok baju ni. Siap ada jacket lagi tu. Tambah2 lagi dengan warna pink. Sungguh innocent. Jangan tertipu!! 

Meh2 kta zoom in lebih dekat lagi dekat bahagian perkataan tuh.

Klik untuk tumbesaran yang lebih extereme

Walaupun english aku ni tak sehebat mana. Tapi at least aku pun boleh sedar apa yang tak kena dengan baju tu dengan sekali pandang. Sekarang korang cuba terangkan kan kat aku apa yang cuba baju ni sampaikan.  Even kalau kau betulkan balik ejaan dia ."We have a spirit foreverly". Apakah???!!!

No wonder lah baju ni dilonggok2 macam tu je dengan harga yang murah giler. Lepas tu lagi satu. "DONLNO". Berputar belit lidah aku nak sebut. (Don-El-NO). Brand apakah itu? Hahaha. Siapa yang dah beli baju ni. Tolonglah jangan pakai. Sedih aku tengok. Membuatkan aku rasa nak beli baju baru untuk korang. T T.

So kalau korang nak beli baju check lah ejaan kat baju tu. Aku pun mesti berhati2 selepas ini kalau nak beli apa2 baju. Lagi2 kalau beli brand FCUK. Kalau tak check betul2. Lepas tu ada salah ejaan. Haru.. T T 

P/s : Last2 masa nak balik aku beli jugak 2 bungkus Kaya Ball!! Yum2!!