Memandangkan bulan Febuari gila esok aje!! Maka jatuhlah hukum wajib untuk aku mempembaharui wish list untuk senarai "Makanan/Minuman Yang Perlu Dirasa Oleh Tuntas Lidah Sebelum Februari Beredar". List ini adalah sangat penting ya bagi mewujudkan kesedaran diri bahawa dekat luar sana ada berlambak2 lagi makanan yang luar biasa dan super sedap selain daripada Karipap Kentang Cik Gayah depan rumah ataupun Dadih Aneka Rasa buatan pelajar dalam kotak polistrin.
And the list are...
1. Macarons
Benda ni aku tahu bulan December lepas. Daripada blogger2 lain jugak. Mula2 aku ingatkan benda ni tanah liat brand Playdoh tu. Maybe ada some loser yang tak de kerja gentel2 tanah liat tu buat bentuk burger mini ni dalam amount yang banyak lepas tu buat photoshoot. Kemudian upload dekat Flikr konon2 nanti boleh lah dapat banyak pujian melambung2.
But yet I'm totally wrong. This thing is real and edible ! Tapi korang jangan lah tanya aku macam mana rasa dia. Sebab tu lah aku letak dalam wish list ni. Mengerti? Tapi aku dok baca review benda ni ramai kata manis gila. Maka kalau yang ada kencing manis tu boleh lah bawak mengucap banyak2 sebelum nak makan. Esok sah2 pergi ICU.
Plus benda ni bukan ada satu perasa aje. Tapi banyak. T_____T
2. Cool Blog
Ya, ya. Benda ni aku dah mention last entry. Lepas dah ramai bagi respon postif. Bertambah excited lagi perasaan nak rasa benda ni. Pelik lah kan. How can this cheap drink (assumed from the picture below) can be soo tasty. Ke korang memang dahaga time tu so benda apa2 yang korang minum automatik jadi sedap?
Only time will tell then..
3. Pizza Hut Crunchy Cheesy Bites
Benda alah ni baru je tau tadi. Time tengah tengok tv dengan mata pun macam bukak tak bukak. Siyes program TV sangat membosankan akhir2 ni. Last2, Pang!! Amik ko iklan ni keluar. Siap terus terbuntang mata tengok. Astaga apakah ini?? Makanan dari kayangan kah??
Apa yang menarik perhatian dalam menu ni ialah dia letak cornflakes weh!! Lepas tu ada udang goreng tepung lagi. Wakakah *gelak tamak haloba*. Kenyang weh kenyang.
4. McDonald McFlurry Cornetto
Maybe I'm late on this one. Tapi peduli apa aku nak masuk kan jugak dalam senarai. Disebabkan Mcflurry dulu yang ada letak Orea tu adalah sangat sedap sampai ko rasa macam nak kerja part time dekat bahagian dessert center lepas tu time nak tutup boleh lah ko curik2 makan sampai kenyang. wahahaha! So aku rasa benda ni pun sedap jugak kot. Tapi maybe orea lagi sedap?
Korang tak rasa macam sengaja je papan iklan ni nak tarik rakyat Malaysia supaya beli banyak2 lepas tu menggalakkan Obesiti? Sh*t!
So that's it! Kalau kut2 tiba2 ada benda baru muncul tengah2 bulan aku bawak lah ke bulan Mac atau pun masuk dalam senarai KIV. Maknanya aku ada lebih kurang 28 hari untuk menyempurnakan misi ni. Yosh!! Tapi last2 dalam seminggu je dah habis rasa semua nih. Bukan boleh percaya sangat aku nih. T___T
So ada tak antara korang yang pernah rasa benda2 nih? Macam mana rasa dia? So please spam the comment below!!