Monday, November 29, 2010

Sesi Review Movie | Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1

Orang lain dah berkurun rasanya buat review pasal movie nie. Ko baru e'eleh baru nak buat! Tapi peduli apa kan. Sebagai seorang profesional talented reviewer, I have to do this!! Huhahuha!!

Btw aku tau kan mesti ramai yang pelik <<< (ayat berbasa-basi). Eh ko kan tengah FINAL EXAM, sempat pulak ko tengoh MooooVie!! Owh! Ini semua tak dirancang. Petang tu udahlah baru lepas habis exam kelima. Bukan kah ini semua dinamakan takdir!!! Lepas tu ye lah kan for the first in my life aku tengok midnight MoooVie!! Sungguh liar kurasakan!! Muahahaha!! Maklum lah sebagai sorang yang berpegang teguh pada  pada prinsip Rukun Negara yang kelima mana pernah buat benda2 macam ni. LOL! Padahal yang ko pergi overnight melantak kat Mcd apa kes??? 

Dah, dah. Jom start review movie sebelum aku lebih banyak lagi membuka pekung di dada. - -". Sebelum tu apa lagi kan. Nak bagi teruja sikit. Kenalah letak official poster dulu. Memandangkan ramai sangat yang asyik letak poster gambar Harry Potter tu je. Padahal watak lain pun penting jugak. Aku ingin menzahirkan sokongan moral aku terhadap Dobby. Maka aku pilih le poster dia. 

Dobby si Elf ni kalau tengok betul2 dekat dalam movie sangat comel. Kalau kat poster urmmmm,. NO!!
Poster diatas adalah diambil daripada lensa seorang profesional ya. Meh2 kita lihat poster dari lensa seorang amatur.


Sekali tengok macam, "Eh James Bond kah??" Oh Harry Potter rupanya. Dah besar ye. LOL!

Lepas tu bila ko dah datang lambat macam 15 minit lagi cerita nak start. Natijahnya....

Banyak le yang penuh, so tinggal yg depan aje. Kalau dua orang tak pe lah nk selit mana2, ni 5 orang! Kalau kirakan keselesaan memang tak tengok time ni. Tapi tu je time ko free, bedal aje lah.
Eh! Aku belum start review lagi. Ko tengok lah mukadimah cerita, panjang berjela! - -"

Cerita dia macam ni, lepas orang tua ganyut Dumbledore tu dah mati kena bunuh dek Snape tu, maka haru birulah seluruh alam magic mahupun alam Muggle. Valdermort yang berhidung rata tu pulak makin menjadi2 buasnya. Main dok bunuh2 je lah siapa2 yang disuka. Lagi2 siapa2 yang berdarah Muggle macam korang! Harry Potter (HP) pulak berduka lara bagai sebab semua orang disayangi dah ke rahmatu-- eh mati. Siapa punya angkara? Si hidung rata dan puak2 dia punya angkara. So jalan terbaik nak bunuh dia hanyalah dengan mencari dan memusnahkan kesemua keenam2 Horocrux (nyawa hidung rata yang dibahagikan kepada 6) tu. So ekspedisi mencari Horcrux2 tu lah mostly agenda dalam movie ni. Paling seronok bila cerita tu habis separuh jalan. So kena tunggu tahun depan untuk Part 2. Haruuu!! Tamat~~~

LOL! Tak kan aku nak cerita semua kot. Kang sah2 ada yang skip!!

{Spoiler Alert}

Sebagai seorang insan yang telah khatam membaca ketujuh2 buku HP, aku sudah sedia maklum Dobby akan mati dalm cerita ni. So aku tak terkejut langsung. Tapi aku terkejut bila ada orang yang jerit dalam panggung "Alaaa Dobby mati pulak!!!". Wow!! reaksi yang err... spontan! LOL! Ye2 aku paham betapa frustnya Dobby mati. Apsal ek J.K Rowling matikan watak dia! Sengaja! Bunuh lah HP ke? - -"

Btw this movie ok lah, cuma just a little bit slow. Ni kalau Part 2 tak de dasyat2 memang aku serang director movie ni. Dalam buku punya lah best. Overall movie HP kali ni banyak unsur humor, suspens pun ada, tapi mostly banyak bebel2 lah. Hermione pun nampak cantik! So aku kasi

3 setengah bintang!! 
Dan akhir sekali dari aku untuk semua...


Stupefy!!!

Muahahahah!


Thursday, November 25, 2010

Dan Akhirnya Part Yang Ditunggu Telah Tiba : The Tasting Part!

I'm back!! Sila standing ovation sekarang diiringi dengan tepukan gemuruh! LOL! Disebabkan aku ada sikit masa free ni untuk my next paper. Aku nak buat entry baru. Tak mau buat entry kompilasi dah. Macam previous entry. Semua orang tak sedar aku ada republish entry lama. Sebab dia tak update dekat blogger list. Pelik betul! Kenapa ek? Ada momok apa?

Tapi sekarang aku nak cerita pasal perkembangan terbaru yang dinanti-natikan oleh semua lapisan masyarakat! Boleh buat reality show ni. LOL! Pasal apa lagi kan. Pasal dadih lah! Sebab kan aku ada promise hari tu nak update pasal proses dalam membuat my own dadih. Kalau tak publish kang mula ada timbul isu 'Melayu mudah lupa lah' atau 'WZulhilmi gemar memberi harapan palsu lah'. Sebelum perkara2 itu terjadi, aku dengan sukarelanya nak update pasal hal ni.

Sebelum ni kalau korang ingat, kita stop bahagian dimana aku akhirnya berjaya menjumpai serbuk dadih yang yang wow! pelbagai perisa yang boleh ditemui di pasaraya Giant! Untuk untuk siapa2 yang ada masalah short term memory boleh refresh kembali dengan klik link dibawah ni.


So bila serbuk dah jumpa. Apa lagi! Marilah kita mulakan kelas memasak!!

Akibat terlampau senang nak mampus step dia iaitu dengan hanya mencurahkan air panas dekat serbuk dadih lepas tu just kacau and simpan dalam fridge for about 15-20 minutes, kita batalkan aje lah kelas memasak tu. Just skip to the result part. And the final product will be like 

Tada!!!

This!!!

Macam ada something wrong kan?
Dah 'penat-penat' buat mestilah kena tunjuk kat orang kan? So kakak aku menjadi 'sukarelawan' pertama..

Me       : Akak! Akak! Meh lah tengok ni. Penat buat ni!
Big Sis  : Apa benda tu?? Puding ke? Ko buat ke? *Muka takjub*
Me       : Ni lah orang panggil dadih! 
Big Sis  : Macam tak sebati aje kacau! *Sambil berlalu pergi*

I knew it!!!! Dari awal2 lagi aku perasan memang tak sebati. Aku patut kacau lagi 2-3 minit baru lah nampak keseriannya tanpa sebarang tompok2 loser tu. Ishhh.

Rupa dah failed! Tapi rasa belum lagi! Bagi mengelakkan perasaan berat sebelah terhadap masakan sendiri. Hehe. Maka diperlukan sukarelawan yang kedua!!! And that will be my own little naughty niece! *Evil smile*

Boleh lihat ye response tersebut dalam bentuk VIDEO!!! Wow! Semakin advanced aku nih. Dah pandai letak2 video sekarang! LOL!


Eh! Eh! Ramah sungguh  budak ni! LOL! See!! Dia cakap sedap!! Amazing right? Ok nah amik gula2 ni main jauh2. LOL!

Ok ok. Meh aku bagi tau the reality sebenarnya. Disebabkan my niece tu masih lagi kanak-kanak yang naif lagi periang. So for her dadih tu agak so-so lah rasa dia. But for me! As a professional qualified food and beverage tester mengesahkan bahawa dadih ini tidak sedap sama sekali. Aku hanya bertahan untuk suapan kedua sahaja. Lepas tu dah tak mau makan dah. Rasa dia begitu "buatan kilang" sekali. LOL! Tak tau lah aku nak describe macam mana. Tapi yang pastinya aku quit dengan serbuk dadih segera!

Now my mission is to find the real recipe cara2 nak buat dadih sendiri! I will!! Tapi buat masa sekarang this are still my favourite dadih.


Seringgit mari! Serinngit mari!

So enough with this dadih2 things. Next entry there will be no more updates about them. Tapi ini bukan bermakna mereka pergi tak akan kembali lagi. Believe me. They will be back soon!! =D

Monday, November 22, 2010

Aku Sebagai Wartawan Amatur (Siaran Ulangan)

Wahahaha!!! Lama gila tak update. Bila tengok blog terbiar macam ni je. Kesian pulak rasanya. Kalau nak tulis entry pulak nanti berjam2 jadinya. Last2 aku pun tak study. So jalan penyelesaianya adalah dengan... publish entry yang lama!! Bijak betul! Lagi satu ni bukan sebarang entry nih. Bak kata orang Kompilasi Best of the Best entry termantap tahun ini. LOL! Aku yang tulis ni pun boleh gelak baca balik. (Tak ke buang tebiat gelakkan entry sendiri??). Lantak lah! So happy reading!

________________


Tadi masa aku tengok Buletin Utama. Teringat pulak aku pasal satu peristiwa ni. Tergelak sorang2 bila  terkenangkan balik. Benda nie jadi masa tahun lepas. Masa nie kat Uni aku nie diwajibkan amik satu subjek Ko-Q (Kokurikulum). Aku rasa semua U ada subjek nie kan? kan? Nak tak nak kena amik. Kalau tak, tak grad le jawabnya. Dah nama pun wajib.

So masa pendaftaran subjek ni, aku nak lah cari kod subjek yang orang kata agak mudah nak score. So check punya check dekat board tu tengok2, SEMUA subjek yang tersenarai dalam kepala otak aku nie dah penuh. What!!!! Yang tinggal subjek yang tak pernah aku dengar dan terpikir nak masuk. Macam Etika Pemakaian (Elooo apa benda nie??), Scuba (Kena bayar 100 dulu. So bye2), Teater T__T. Dilemma2!! 

Lepas dalam sejam jugak lah aku berdiri macam badut dekat board tu. Last2 aku submit borang tu. Korang tau tak subjek apa yang aku daftar?? Aku sendiri tak percaya apa yang aku tulis. 

Kod Subjek: UHB 1***6
Nama Subjek : Asas Kewartawan/ Basic Journalism
Kredit : 1


Tak de lah beriya macam dalam gambar ni. Reporter amatur sahaja.

Amik kau!! Tak pasal2 aku jadi reporter dah. Akibat dah desperate sangat, subjek nie yang aku pilih. Ish2. Buat karangan pun tak lepas berangan nak jadi wartawan. Hahaha. So nak dipendekkan cerita korang nak tau tak apa assignment pertama aku? Ingat lagi apa lecturer aku cakap

"Korang kena cover satu news pasal apa2 event yang berlaku dalam U nie. Saya mahu ada gambar. Gambar tu wajib original. Saya tak nak copy paste dari internet. Kalau saya tau saya bagi kosong!"

*Pitam!*.

Kejutan budaya terus. Dah lah bapak susah assignment!! Apa nie!! Jangan panik jangan panik. Last2 aku discovered satu event nie. Nama event nie aku tak ingat lah pulak.(Tak popular!!). Tapi yang pastinya ada gerai2 dibuka untuk majlis nie. This is perfect for the assignment!. So bila petang menjelma aku pun gerak lah ke event tu. Konon2nya nak tangkap gambar kemeriahan event tu lah. 

Dalam hati punya lah excited nak buat assignment pertama nie. Ye lah nk bagi first impression yang baik kan. Bila aku dah sampai dekat tapak event...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bunyi Cengkerik ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pang!! Event yang paling bosan dalam abad ini. Loser giler!! Korang bayangkan lah. Kalau dah nama pesta  mesti lah havoc, riuh rendah orang ramai datang. Yang ni aku rasa macam dalam morgue! Alahai!!! Rosak berita aku!! Muka makcik2 yang berniaga tu pun dah nampak kebosanan yang amat sangat. Sebab customer tak ramai. Korang tengok gambar nie kalau tak percaya

Sekarang perhatikan betul2 kedudukan makcik di kerusi merah tersebut. Hafal ye! 

Makcik tu siap baca majalah lagi sebab tak de orang datang!! Punya lah hambar. (Majalah apakah itu? Mangga perhaps?? =P). Misi aku nak buat report yang bertajukkan " Pesta Dot Dot Dot Meriah" terkubur. Apa la aku nak tulis dalam report tu. Kalau ayat2 boleh lah aku goreng2. Nie gambar nie. Mana nak cari??? 

Lepas tu tiba2 aku rasa macam ada satu miracle berlaku. Triingg!!! (bunyi serbuk magic). Tiba2 datang satu angin puting beliung datang. Ok2 angin kencang datang. Bukan angin kentut makcik tu. Tapi angin yang real punya. Korang bayangkan lah tengah kau dok tangkap gambar makcik tu tiba2 datang angin dari mana ntah. Serius kuat. Sampai terangkat2 khemah tu. Semua orang macam panik time tu takut khemah runtuh. Berlari2 semua orang keluar dari gerai masing2 pergi ke kawasan lapang. Ye lah korang nak kena hempap!! Tak pasal2 mati sia2.

Lain pulak dengan aku. Dalam pikiran aku dah tak pikir apa2 dah. Fikir nie je "This is it!! Hot News! Hot News!!" Yang penting dapat gambar yang mantap. Gila pscho. Hahaha. Dan ini hasilnya..



Haaaaaa!! Tengok!! Tak ke berbaloi aku mengadai kan nyawa semata2 nak dapatkan gambar yang priceless ini. Hahaha. Abis semua segala baju bagai dengan tudung makcik tu bertaburan. This is what I called breaking news!! Confirm dapat A subjek ni. Muahaha *Gelak kejam*

This is the funny part. Kan masa gambar kat atas aku suruh korang hafal kedudukan makcik tu kan. Sekarang tengok balik gambar nie. Dekat kerusi merah tu. Mana mak cik tu?? Dah diterbangkan angin kah?? Hahaha. Tak lah makcik tu dah cabut dulu dah. Berlari bagai nak rak aku tengok. KELAKAR!! Makcik tu lari keluar aku pulak lari ke dalam. Haha. Punya lah semangat!!. Siap pikir lagi aku akan popular lepas dapat publish story ribut taufan nie. =P

Last2 aku tak submit pun gambar kat atas. Aku guna gambar lain. Macam hampeh je kan aku nie. Penat je bertarung nyawa nak dapatkan gambar tu. Last2 tak guna. Daripada tajuk "Kemusnahan Tragik Pesta Dot Dot Dot" kepada "Pesta Dot Dot Dot Meriah". Bapak menipu!! Wakakaka. Janji assignment aku siap.

Tuesday, November 16, 2010

Ekspedisi Mencari Serbuk Dadih

Akhirnya selepas duduk dalam bas selama 9++ jam sampaikan boleh tiba2 panik "Eh bontot mana? bontot mana?? Owh! Kebas rupanya.. Fyuhh!!" aku selamat sampai ke kampung halaman. Wahahaha!! Dah lama tak balik. Semua dah berubah ye. Siap Tesco pun dah nak siap dah! LOL! Macam baru balik dari overseas! Tapi cuti sekejap je. Sebab lepas ni ada exam lagi. - -"

Ingat tak lagi masa entry lepas yang aku cakap masa cuti ni bila aku dah sampai rumah aku nak try buat Dadih sendiri? Owh! Itu bukan omong2 kosong ya! Tetapi berisi. 

Bila petang dah menjelma, dengan berbekalkan semangat berkobar2 terus bergerak pergi ke lokasi yang dikatakan ada menjual serbuk segera dadih tersebut! LOL! Ayat bukan main konon macam lokasi rahsia bagai padahal pergi Giant aje.

Maka bermula lah Ekspedisi Mencari Barang Tersembunyi!!

Lokasi : Hypermarket Giant
Masa   : Pukul 5++ petang. Macam nak hujan sikit2 LOL! 

Misi     :  
1. Mencari dan Membeli SERBUK DADIH PERISA STRAWBERRY SAHAJA!!
2. Pembelian hanya DIBAWAH RM5.00 SAHAJA.

Mula sekarang!!!

Akibat terlalu teruja mencari serbuk dadih macam konon2 masuk Amazing Race sampai bergegor2 gambar jadinya.
Besar betul lah Giant ni kan. Sampai aku clueless nak start cari kat mana. Haissh. Dadih ni dekat bahagian mana pulak?? Terpaksalah masuk rondomly mana2 section dulu lah in case kut2 terjumpa ke tiba2. 

*Selepas beberapa minit~~*

Ya Allah!! Sedapnya kalau dapat makan ni. Tak pernah rasa lagi ni. Siap ada banana dengan nut ni. Mesti cuba!!..... Jangan harap aku akan terpedaya!! Aku hanya datang sini hanya nak beli dadih sahaja. Bye2! T__T
Dekat section Cereal confirm tak ada (memang lah takde LOL!). So kita try masuk section air berperisa pulak. Mana tau kut2 ada kan? Jom2 masuk...

*Pitam!!!!*

SELEKSI MINUMAN SOYA PELBAGAI JENAMA!!!! T________T

Banyaknya pilihan!! Mana nak pilih ni!

Wah!! Feveret aku ni! Lantak lah ko misi apa pun. Aku nak beli jugak! Miahahaha *gelak keji* 

Memandangkan misi dah pun gagal!! Sekarang mari kita fokus ke dadih pulak. Fokus! Fokus! Issh! Memang payah betul pergi tempat2 yang banyak makanan ni. Banyak betul godaan. - -"

Finally selepas mundar mandir dekat setiap pelusuk Giant sampaikan staff kat situ pun pelik apsal budak ni berenti kat satu tempat lepas tu tangkap gambar aje kejenya? Akhirnya jumpa jugak benda yang dicari.

Pasal apa berterabur ni?? Semua orang dok beli dadih untuk hidangan sempena raya haji ke?? LOL!
Sini pun ada lagi!!

Macam2 perisa ada!!! Sebut je. Cappuchino, Laici, Jambu air, Mango, Tembikai susu. Wow! Tak sangka pulak aku industri dadih ni dah bergerak maju sekarang. 
And my choice would be!

Strawberry Flavour lar. Simple and Tasty. You better be it!!

Tak sabar aku nak melantak benda alah ni. Lagi2 buatan sendiri. Ni kalau nak bubuh dekat gayung mandi pun boleh ni. Puas sikit makan. LOL! So korang nak tengok dadih aku ni menjadi ke tak?? Kena tunggu untuk next entry ya! Kalau tak de tu tak jadi lah.  ={

Monday, November 15, 2010

Surprise! Surprise! Surprise!

Wahahaha!!! Tajuk entry bukan kemain lagi macam ko tu Oprah nak bagi kereta sorang sebijik. Instead aku yang nak Oprah bagi aku kereta tu! Huh!

Korang ingat tak lagi entry pasal ni??

Ingat tak? Ingat tak?? Dimana dulu Starstruck ada mengumumkan nak bagi freebies dekat readers2 dia yang bertuah? Tapi time tu still tak decide cara apa yang aku nak buat supaya nak bagi kat korang2 ni sama ada dalam bentuk lucky draw ke buat slogan paling kreatif ke tapi yang pasti bukan contest. Kenapa bukan contest? Sebab this blog is too 'young' for that. Tapi maybe someday aku akan jugak buat contest. Maybe someday.  ^ ^ 


So what happened too StarStruck Freebies setelah SEBULAN (Lamanya!!) menghilangkan diri? Tak jadi ke?? postpone ke? Or ni just propaganda terbaru dari blog ni ke? LOL! Tak de lah. It's just matter of time. Sekarang dah ada sedikit time ni meh kita selesaikan benda ni right now jugak!! Wahahaha.

Lawa betul poster ni! =P

So remember the prizes???? Tak? Sah tak klik link yang aku bagi kat atas. Kantoi~~. Tak pelah, tak pelah supaya tak nampak muka ke'kantoi'an korang tu meh aku tunjuk lagi sekali.

Tada!!

Key chain beruk yang comel!!
You know what?? There will be no lucky draw, slogan kreatif and blah, blah, blah. Aku akan bagi terus je. And those lucky 3 winners are... 

Lalalalalala (excited tak??)

Tada!!

This print screen was taken on 14 November at 10.30PM.
So kepada tiga orang diatas, sila email kan your details seperti:

a) Nama
b) Alamat Kediaman

Dan hantarkan nya ke mycahana@yahoo.com

Tapi jangan ingat bila dah hantar semua details. Esok terus sampai! LOL! Btw thanks guys sebab rajin drop your komen dekat blog ni. Ni je lah mampu aku beri.

Siapa2 yang tak dapat Freebies ni jangan lah bermuram durja ye. Because there will be a second season of StarStruck Freebies!! LOL! Ingat drama apa. Maybe time tu kita buat ala2 lucky draw ok tak?? Just wait and see. Owh hadiah mesti kena lagi mantap dari yang ni. Adalah naik seringgit dua nilai dia. ^ ^

Saturday, November 13, 2010

Wow!! This is Epic!! [The Contest]

Dimulakan dengan Bismillah. Di sudahi dengan Alhamdullilah. 

Cewah!! First time entry dimulakan dengan begitu sopan dan tertib sekali. Miahaha. Korang ingat aku tak reti ke nyanyi lagu nasyid ke? Aku reti lah! Btw lirik lagu kat atas tu Raihan kan yang nyanyi??? - -"

Ok ok.. Straight to the point! Ni ada satu blogger terkenal ni!! Wow! Memang terkenal especially dikalangan para2 gadis. Dah lah follower ramai comment pulak berlambak macam air mencurah2!  Segan aku kalau dia datang blog aku yang tak seberapa ni. Owh ya lupa. Nama blog dia Null & Alternate. Tuan punya bernama Cero.

Kalau ingat nama dia aku selalu teringin nak sambung mengira dalam Spanish Cero, Uno, Thos, Tress, Cuatro, Sienco, Sieis, Siete, Ocho, Nueve, Diez... Omaigod!! Aku boleh mengira dalam Spanish!! Siyes ni tak tipu ni! Aku tak refer mana2 website! Tu lah siapa kata tengok telenovela semasa kecil adalah suatu perbuatan yang membuang masa?? - -"

Ehem! Straight to the point balik!! Blog terkenal ini sedang mengadakan suatu contest!! Wahahaha!! Sebenarnya aku tak de hati untuk join apa2 jua jenis contest sekarang ni. Sebab apa?? Sebab asyik kalah aje memanjang!!!! Tensi tensi! LOL! Tapi memandangkan you're are among the closet blogger friends (ke aku yang syok sendiri?? LOL!)  dan contest ni tak perlu tempek sebarang muka sebenar! (lately ni gambar asyik huduh je. Kenapa ek?) So aku akan join!!!  *tepukan gemuruh*

So apa yang perlu saya buat???

  • Nampak gambar di atas? Gambar cEro dengan bubble talk yang kosong tu   /Kantoi aku copy!
  • Anda hanya perlu isi perkataan dalam bubble itu seberapa kreatif yang boleh.  /Baik!! ^ ^
  • Klik gambar di atas, save dan letaklah kata-kata kreatif anda. /Kata2 kretip?? Payah ni?? Tape cuba dulu! Otak kanan berkerja sekarang!
  • Tema BEBAS! Jumlah perkataan BEBAS!
    Asalkan bila aku baca, aku akan terdetik "WoW! This is EPIC!!" /Bebas!!! *Mata bersinar2*


So kalau macam tu lah syarat2 nya. Ini lah hasilnya!!! Penat buat ni~~
Tada!!!





Wakakakaka!!! Menangis!!! T___T.. Kata tema bebas kan??

Yelah yelah aku tunjuk yang betul punya. Kalau aku letak yang atas tu confirm lah kalah. Tiba2 ko tukarkan jantina dia. Kesian.. So Cero!! Ni yang sebenarnya :



So macam mana ok tak? Cukup epik ke tak??? Aku bak2 mengubahsuai ayat2 gramatis ni memang tak reti betul. So this is the best that I can do. T__T

Owh lagi satu! Hadiah dia lupa nak bagi tau. 2 pemenang yang paling kreatif akan menerima!!!

2 album Aizat Amdan!!




So siapa2 yang kipas-susah-mati Aizat tu masuk lah ye. Orang nak bagi CD free. Ori pulak tu!!! Kalau nak masuk boleh klik banner contest ni dekat sidebar aku yang kemas tu. Ada blog ke tak de blog ke semua boleh join. ^-^

P/s : CD Katy Perry tak de ke?? =P

Friday, November 12, 2010

Kisah Budak Hodoh.

Pada zaman dahulu kala, ada seorang budak hodoh. Dia bukan sahaja hodoh malah langsung tidak mempunyai apa2 jawatan yang penting semasa disekolah. Akibat daripada faktor2 ini lah yang menyebabkan dia menjadi kurang popular disekolah. Owh! Bukan kurang popular tetapi langsung TIDAK popular.

Selalunya dia hanya akan membeli makanan seperti keropok lekor atau pisang goreng dan makan senyap2 di dalam kelas walaupun dia tahu bahawa pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat.  Dia juga gemar kekedai koperasi untuk membeli air kotak. Perisa kegemarannya pada waktu itu ialah susu coklat!

Selain itu dia juga gemar meminjam buku di perpustakaan seperti buku Siri Salma ataupun Kisah2 Dogeng dari Nepal, Tibet, Indonesi, Myanmar dan lain2. Buktinya? Secara amnya seorang pelajar mempunyai sekeping kad perpustakaan bernilai 50 sen tapi dia mempunyai 3 keping!!

Ingin mengenali budak hodoh ini? Mudah sahaja. Dia mmpunyai ciri2 seperti berikut :
  • Menyisir rambut ke tepi seperti gaya 80an (tiada unsur spike mahupun style belah tengah yang amat popular pada waktu tersebut)
  • Tidak memakai tali pinggang. Baginya belt is troublesome 
  • Kurus. Urat di tangan jelas kelihatan
  • Tidak pandai bergambar. Kebanyakkan gambar2nya boleh dikategorikan sebagai "Disastrous" 


Can You Spot The 'Budak Hodoh'?

P/s : Form 3A1

Is he still the same person until he is in Form 5???

To be continued... (Ada lagi ke??)

Tuesday, November 9, 2010

Contact Lens For Free!!!

Hoot! Hoot!! I'm back! LOL! Semalam beriya lah buat pengumuman rasmi konon akan JARANG mengupdate blog. Tapi almaklum lah bila dah datang meroyan nak menaip. Aku peduli apa!! Tapi siyes. Rasa macam something je bila tak update blog. Walaupun tak de benda nak cerita tapi.. Ishh susah lah nak cerita. Siapa2 yang ada blog tu paham kut maksud aku. Yang tak de blog boleh nganga sorang2 kalau tak paham.

Owh! Sebelum tu nak recap. Korang ingat tak lagi entry2 sebelum ni berkaitan dengan keterujaan aku tentang contact lens?? Kalau tak ingat meh aku letak link bagi ingat balik. Ni tak makan kismis apa asyik lupa memanjang.
Lepas tu tiba2 muncul pulak iklan Acuvue dekat sidebar blog ni. Sebelum ni aku tak pernah lah pulak dengar Acuvue tu menatang apa kan. Sebab aku ni pengguna tetap spectacles. Mana lah tahu menahu jenis2 brand contact lense ni. So disebabkan baru berjinak2 nak pakai lens ni tambahan ulak ada tulis perkataan FREE 3-Day Trial. Bagai  pucuk dicita ulam mendatang aku klik lah iklan tu apa lagi!!!

And you know what!! This is what I get!!


Lalalala~~~ Dapat contact lens free weh!! Date expired dia 31 January 2011. Maknanya lepas habis semua exam boleh lah aku redeem kat kedai tu!! Korang dibenarkan jeles sekarang. Wakakaka.

Ye ye. Korang boleh dapat percuma jugak. Aku tak busuk hati nya! Korang just boleh klik iklan Acuvue yang sedang menari2 dekat blog ni. Kalau ada lah. Kalau tak de refresh sampai lebam. Or kalau malas nak refersh boleh je klik kat Acuvue ni. Tapi langkah pertama hukumnya adalah sunat.

So aku dah pergi website dia. Banyak gila informasi yang berguna dekat sana. Sampai macam dah library untuk contact lense aku rasa. Yang paling terasa sekali bila tengok video orang pakai benda alah ni. CEPAT NAK MAMPUS! Sekelip mata aku rasa. Yang aku ni terkial2 nak pakai. Satu jam untuk sebelah mata! - -" Ke contact lens aku ni loser?? 

Btw sempat aku buat Quiz sekejap untuk tahu yang mana contact lens yang sesuai dengan aku.

Tada!!


LOL!! Memang beginner pun. Ce ce siap tunjuk contoh produk lagi yang mana sesuai. Strategi perniagaan betul. =P
Lepas ni tunggu lah aku tunjuk kat korang sample yang aku dapat nih.



P/s : Entry ni tak de langsung berkaitan dengan BE. Sebab aku tak dapat pun untuk Acuveu ni. Tapi kalau Nuffnang nak bagi apa salahnya. ^ ^
P/ss : Brand ni mahal ke??

Monday, November 8, 2010

Just Random Stuff

Eh.. eh korang tak sedar ke semalam iaitu Hari Matahari (SUNDAY) aku tak publish satu entry pun??? Tapi aku tak nampak pun sebarang kemunculan *ehem* pertanyaan atau *ehem* kemusykilan dekat Shoutboux tu ataupun dekat fan page dekat Facebook. Ternanti2 lah jugak (LOL!) ada orang yang tulis..

WZ!! Mana ko? Tak sihat ke? Kenapa tak update blog hari ni?? T__T

ataupun

Bro! Mana ko ni? Risau aku dibuatnya. Sorry lah kalau aku tersilap komen. Tapi please lah update blog.

mahupun

Yuhuuu. I nk entry baru! Mana dia? Mana dia?? Mana diiiiaaaaaaaa?

Ok2. Aku tau ada dah yang macam "Eh eh! Aku pangkah kang blog ni. Mengada! Budget konon blogger popular. Entry udahlah tak seberapa. Nak lebih. Bagaikan melukut di tepi gantang! Pigidah!". 

Ouch!! - -"

Pengakuan sebenar : Semua ayat2 diatas dibina adalah idea licik untuk memanjangkan entry semata2. Ko tak nampak sikit punya berlambak enter kat atas tu! Sikit2 enter. Sikit2 enter. Baru dua baris ko dah enter. Mana tak jadi panjang?

Sebenarnya aku nak bagi tau. Tak lah penting mana pun. Tapi sebagai pengetahuan awam korang lah. Starting this week aku tak boleh nak update tiap2 hari dah. Akibat kekangan Final Exam yang memerlukan kosentrasi yang padu dari aku. Tapi jangan risau!! More juicer and happening stuff akan aku tulis untuk entry seterusnya (Oh! I wish! Kang balik2 cerita pasal dadih)

Owh ya! Lupa pulak. I have a good news!! Good news bagi aku lah secara specifiknya. Tapi apa salahnya jikalau kita pun turut sama2 berkongsi kegembiraan tersebut?? Tak salah bukan? LOL! Ok. Dah merapu. 

(Sekali lagi ayat2 yang dibina diatas adalah idea licik semata2 untuk memanjangkan entry).


Teng teng teng teng te ne te ne ne neng (Bunyi muzik Buletin Utama)

Anchor : "Salam sejahtera. Sebentar tadi kami telah menerima berita dari wartawan kami dari P*r*k berkaitan tentang status kewujudan serbuk dadih segera di negeri tersebut. Dipersilakan Star untuk melaporkan".


                  Kembali ke Sri Pentas..


Anchor   : "Miahahahaha!!! Korang dengar tak serbuk dadih ada jual dekat sana! Happy betul!"
Penerbit  : "Psstt!! Kita tengah ON AIR sekarang. Tak dengar ke cue bagi tadi??"
Anchor   : "Hah??"  sambil berpura2 menyusun kertas. "Ehem! Ehem". "Terima Kasih Star diatas laporan tadi. Sungguh berinformasi sekali. Ini secara tidak langsung akan meredakan kerisauan penduduk di kawasan tersebut tentang status kewujudan bekalan serbuk dadih segera disana. Sekian sahaja berita untuk kali ini. Jumpa lagi di Nightline"


Anchor  : "Hey! Kenapa tak bagi tau tadi kita dah ON AIR tadi?? Malu lah I macam gini. Mana nak letak muka ni. Semua orang dah dengar I menjoreng tadi! U sengaja kan nak kenakan I tadi kan. Huh!"
Penerbit : "Kita still ON AIR LAGI!!!!"

Saturday, November 6, 2010

Semuanya Pasal Makanan!!! | Versi Pelahap

Aishhh~~~ Bila time bertungkus-lumus tengah study ni asyik teringat pasal makan aje. Apa nak jadi dengan ko ni Wzulhilmi oi!! Siap boleh lagi tengah dok pikir2. "Hurmm... Kalau kamirkan Cosine dapat apa ek???" Lepas beberapa ketika terus jadi. "Sedapnya kalau dapat makan Kek Span Pandan." or " Kan bagus kalau ada branch Mr. Cendol dekat dalam Uni ni. Senang aku nak tapau tiap2 hari". - -""

Bukan apa kan. Kalau kita tengah study sambil makan. Orang kata nanti minda kita akan cerdas sebab kita tengah buat dua perkara sekaligus. Kan bagus tu! Ok aku menipu. Itu semua idea licik untuk menghilangkan rasa bersalah makan kudap-kudapan semasa study.

Lepas tu kalau dah tension2 sangat study. (Padahal baru je start). Memang tahap nak makan tu makin membuak2 sampaikan siap berdoa ada lah member yang call cakap. "Eh jom keluar makan McD. Ko siap2 nanti aku amik ko ok?". Gila bersinar2 mata aku kalau betul jadi macam gini. YES! I MEAN IT!. Malangnya ni time study week. Kebanyakkan nya dah balik kampung. Ko sorang aje tersadai kat bilik. Blok aku punya lah sunyinya sampaikan kalau 'suster ngesot' mengesot2 kat luar bilik pun boleh dengar. Ok. Mulut dah celupar. - -"

Tak pe lah. Takpe lah. Kalau gitu kita just bayang2 kan je lah makanan tu je ye. Ingat Barney aje yang boleh kuasa imagine2 ni. Aku pun boleh! Ok2. Mari mulakan!! 

Kringgg!! (Bunyi serbuk magic)


1. Barisan Kek2 Yang Lazat Lagi Kaya Dengan Cheesee!!

Uit! Uit!! Boleh colek sikit kek tu??? - -" Ni kat mana ko amik gambar ni?? Owh! Yang ni tak lain tak bukan kat Secret Recipe ye.  Siyes!! kalau boleh aku nak setiap satu slice untuk setiap kek yang berbeza. Kat dalam gambar tu ada 2 kek yang aku suka. Tengok kat para yang atas sekali tu. Tu lah New York Cheese dengan Baked Cheese. Damn it!! Delicioso!! Owh! yang para bawah tu tiga2 aku tak gemar sangat. Chocolate Banana, Tiramisu dengan Pecan Butterscotch. Tapi kalau bagi free boleh je aku rasa. ^ ^. Omgeee!! Aku baru sedar aku tahu setiap nama kek dalam gambar tu!! - -"

2. Aneka Muffins dan Pastries yang Menggiurkan!  


Uuuuuu!! Ni aku tangkap kat Starbucks ni. Siyes tak pernah rasa lagi. Sebab harga dia a little bit pricey bagi student yang tak dapat tajaan dari mana2 pihak. - -". Tak pe lah.. Aku just tunggu kut2 kalau ada orang belanja aku makan benda alah ni. So masuk dalam wish list tahun depan. 

3. Pelbagai Hidangan Bergoreng yang Melazatkan

Wow!! Kalau makan saje2 Fish Fillet ni memang happy betul!! Siap boleh kuatkan memori kita untuk menghafal alphabet! Kut2 ada yang lupa kan. Korang ada nampak tak something yang spoiler kat gambar tu?? It's Kid's Meal. Blamed it at my friend. Konon2 just sebagai dessert selepas makan lah. MALU WEH! Waitress tu pun siap senyum sinis lagi.  No wonder ada alphabets!! - -"


Apa ni? Apa ni?? Ni lah product baru dari KFC. KFC Snack Box. Ni ratah2 saje sesuai leh. Kalau nk makan for dinner or lunch memang tak cukup. Owh! siapa2 yang macam tergoda and nak sejibik macam dalam gambar tu boleh mintak kat kaunter kata. "Bagi saya KFC Snack Box Set B!" sambil mata berkelip2 comel. Gerenti dapat extra. LOL! Jangan lupa Set B ye!! SET B! Remember that!

Snap!!! *Bunyi petikan jari*

~Kembali ke dunia realiti~

Apa macam? Best tak berangan dengan aku. Macam real bukan???  Lepas ni kita berangan lagi dasyat lagi sampai kan ke tahap korang boleh lulus paper kulinari. Muahahaha. - -".

Ok lah ok lah I need to stop now. Seriously! Banyak nak study nih! Haissh. Kang paper tanya pasal senaraikan jenis2 Force yang terlibat. Ko pulak tulis jenis2 pastri. Gud luck for me ok!!! ^ ^

P/s : Hurmmmm.. Supper nak makan apa ek??  :-x

Friday, November 5, 2010

Wow!!



P/s :Thanks Fay Nana for the tips ^ ^

Thursday, November 4, 2010

Dadih.. Dadih.. Dadih...

Hari ni masuk dah 2 hari aku tak menelan Dadih. T___T..Dadih pulak!!! Korang tau lah aku kan. Kalau dah suka satu2 type makanan/minuman tu. Amik ko! Hari2 ulang pun tak pe. Biar sampai rasa nak loya tekak baru stop. Ingat lagi dulu aku addict betul dengan Air Tembik ( Aku dengan member aku guna Tembik je, sebab nak sebut Tembikai panjang benooo!!). Sampaikan kakak air tu boleh cam muka aku dah. Tengok muka aku je "Tembikai ye!". (LOL!).  - -"

So sekarang Dadih dah menjadi mangsa aku yang terbaru. Kalau boleh hari2 nak beli. Bak kata Ke$ha lah "Your Dadih is My Drug". Memandang aku duduk kat tingkat 2. Waktu time2 Maghrib aku selalu pergi dekat tangga mengintai2 tengok kat tingkat bawah ada tak kotak polistrene putih. Dalam tu lah tersimpan pelbagai jenis khazanah dadih yang aku idam2kan!! Sebut aje perisa apa! Coklat, Strawberry, Laici, Anggur, Dadih Kuning (Jagung?), Dadih Hijau (Pandan???). Semua ada!!!! Yang selalu aku beli perisa Straw... Berry. Senang cerita bukan selalu tapi HARI2!!

SEJIBIK MACAM NI KOTAK DIA! LOL!! Psstt! Dulu aku ingat ada orang jual ikan keli dalam dia. - -"

Tapi macam aku kata lah tadi, dah 2 hari kotak ajaib tu tak de. Misteri betul!! Nak duit ke tak nak ni!! *Tiba2 emo*. Ke sakit tukang buatnya?? Semoga cepat sembuh!!! Kalau esok tak de jugak, confirm aku report stesen polis. Kut2 kena culik ke apa ke?? Sekarang ni mana boleh percaya weh benda2 macam ni. Kalau hilang sehari je. Tengok2 esok keluar paper jumpa dekat semak kena kerat 4 kalau tak pun kena bakar??!! Padahal muka orang yang letak kotak tu pun tak pernah jumpa. - -" Tup tap tup tap terus ada je kotak kat situ. Ke ada Goblin yang letak? Ok.. ok.. dah melalut~~

Damn it!! Tengok pun dah terliur2.

Memandangkan abang dadih tak muncul2 jugak. So aku kena buat Plan B!! Iaitu dengan Learn how to do it!! DIY weh DIY!!! Meh aku nak tengok apa lah sangat bahan2 dia yang buat aku sampai terasa macam nak beli 4 terus!
Ok on Google!! Tekan Search!~~~ Lalalalala (Bunyi mulut sambil tunggu loading page). Hah!! Find it! This is from PakarHowTo.Com

Bahan-Bahan (Malas beno aku nak taip balik)
  • 2 cawan Susu Tepung (Susu tepung jenis apa-apa pun Ok). Owh! I see! Anmum, Anlene, Dumex semua boleh lah ni! :)
  • 1 cawan Coffemate. Pulak!! 
  • 9 gram agar-agar. Nak timbang2 pulak dah!
  • 5 cawan air. Ni kalau nak komen jugak. Tak tau lah.
  • 170 gram gula pasir. Owh! Ingat2 ada dalam peti ais!
Cara-Cara
  1. Blah, blah, blah.... blah.. Malas le aku nak taip balik. Kalau korang nak baca korang pergi sendiri webpage tu. Aku pun bukan nak buat sekarang. Tunggu cuti raya nanti. Kat sini ko nak godek susu tepung kat mana?? Dekat Makmal Thermodynamic!!
  2. Blah, blah, blah...
  3. Siap untuk dihidang!!
Itu aje ke! !! WAH! This is must try!! Tak sangka pulak a simple thing can be soooooooo delicious. Una cosa tan sim ple puede ser tan delicioso!! Wahahah.. Excited sangat sampai terkeluar Bahasa Spanish! 

Tapi.. tapi cara yang lagi senang ada kan??? Mesti lah ada. Hihihihi. *Gelak keji* Bukan yang beli yang terus siap tu lah!! Tapi yang guna paket segera!! Jap2 aku google ade tak sample dia.. Harap2 ada! senang kerja aku. Main bancuh aje lepas tu siap. Tak payah timbang2 bagai...

On Google Search!! Lalalalala~~~ (tunggu loading image)

Jumpa!!
Yang First

Yang second



Eh! Aku ni beriya2 search bagai. Macam le confirm ada jual kat Supermarket. - -".. Jap2.. Sempat aku terskodeng kat blog orang ni. Dia tulis.. 

"Kalau yang beli tu keras sikit... Lepas tu perisa tak banyak choice."

Duh!! Kalau macam tu buat sendiri lagi bagus. Mana tau kalau sedap boleh buat meniaga!! LOL!

Wednesday, November 3, 2010

Mimpi.... Ada Artis Weh Dalam Dia!!

It's been a while since aku mimpi pasal celebrity2! YA! Dah lama gila!! Yang last sekali aku ingat masa tu sekolah rendah. Tak ke lama tu!!. Mimpi2 yang lain pasal jumpa hantu ke, terserempak ular ke :S, aku cerita lain kali lah ye. Fokus.. fokus tang mimpi jenis ni.

Sejak beberapa tahun ni memang aku jarang mimpi. Maybe sebab bangun terus lupa ke apa. Aku pun tak tau. Tapi kalau macam tu adakah ini semua petanda tak baik ni!. Adakah ada 'dark forces'  dimana makanan kegemaran dia adalah dengan menyedut mimpi yang indah2 dan lastly akan mempengaruhi aku untuk join team dia dalam menghapuskan semua manusia di dunia?? Habis lah korang semua. Sedut! Sedut! Bwahahaha!!  - -"



Owh! lupa pulak. Nak tau tak apa yang aku mimpi pasal apa time sekolah rendah dulu?? Memang macam bangang kalu ingat balik! Adui!! Yang tak boleh blahnya boleh ingat lagi sampai sekarang. Dilarang gelak bila aku cerita ye. Aku mimpi aku duduk dekat atas bumbung rumah. Dekat LONDON!! Korang jangan ingat aku main duduk dekat atas bumbung zink dekat Malaysia pulak. Celah lubang mana ko nak panjat bumbung tu? Guna tangga kayu??  (LOL!) Macam mana aku tau dekat London pun aku tak tau. Tapi yang pastinya dekat bumbung tu ada serombong asap ye. Cewah!!

Time tu pulak malam. Lepas tu tak boleh blah lagi bersalji pulak!! - -". Tipikal mimpi seorang kanak2. Payah beno lah nk describe nya. Aku tunjuk gambar lah senang.

Macam rumah tu lah weh!! Tapi time tu waktu malam!! 
So apa yang aku buat atas tu ek? Mana celebrity yang aku gembar gembur kan sejak dari tadi?? Sabo.. sabo.. nak cerita lah ni. Time tu aku tengah duduk. Bukan seorang!! Tapi berenam!!! Siapa lah lagi 5 tu agaknya ye??? Ni dah bagi klu dah ni. Cepat2 give me answers!!! Tak payah.. Meh aku bagi jawapan terus.

5 orang lagi tu sebenarnya ialah....... JANGAN GELAK!!


Spice Girls - -"
Ni gambo abad bila ntah ni. Btw aku kenal Victoria Posh aje. - -"


WTH!!! Sampai sekarang aku tak paham apasal diorang ni pulak tiba2 masuk mimpi aku nih?? Adui!! Ye. ye time aku tu dulu Spice Girls memang meletup2. Tapi waktu tu mana lah dengar lagu2 ni. Main aci kejar aje. Nak menambahkan unsur tak boleh blahnya lagi. Aku dengan minah2 Spice ni sama2 duduk atas bumbung tu sambil nyanyi lagu............. "Merry Christmas"

Again.... WTH!!!! Apa semua ini!! Nasib baik tak de Santa Claus nyanyi sekali. - -". Kang jadi team koir.

Dan semalam mimpi pasal celebrity muncul kembali. Ya!! This time dengan artis lain pulak. Dengan siapa? Dengan siapa?? Dengan...

Sunny (SNSD) ^ ^

Minah dari Korea pulak. - -". Hah! Ni takde makna nya aku nak nyanyi lagu perayaan Korea apa pulak bagai. Tapi aku still ingat lagi aku punya dialog dengan dia..

Me     : Hey!! I know you!
Sunny : (Muka berseri2)
Me     : But I don't remember your name.
Sunny : (Muka masam)
Me     : Hah!! Now I remember! You name is Sunny right!
Sunny : (Muka lega)... << Apsal ko tak cakap2!! Buat mimik muka aje!

Lepas tu2 tak boleh blah. Aku nyanyi lagu "Happy Birthday" untuk dia. Dia join nyanyi sekali pulak lepas tu. Romantiknya!!! - -".. Apsal mimpi celebrity je mesti ada part nyanyi2??

And then kitorang keluar sama2 dari rumah pergi dekat meja tolong kanak2 buat origami. LMAO!!!! Dan baru aku perasan kitaorang time tu dikelilingi oleh camera. Konon2 dalam rancangan realiti TV lah ni. - -"". 

Then bila aku sedar baru aku perasan. "Bukan ke nama dia TaeYon??? Bukan ke Sunny tu nama ahli member yang lain??".  SUDAH!!

Tuesday, November 2, 2010

Entry GIFs Lagi! If You Don't Mind

Kan aku dah kata hari tu!! Korang tak nak percaya!! Bila time busy bagai dengan exam, assignment semua time tu lah idea nk tulis entry membuak2 keluar macam air pecah kat tepi jalan tu. Lepas tu setiap masa kalau ada benda berlaku walaupun hal remeh temeh pun rasa macam  "Eh kena blog pasal hal ni!! Kalau tak basi nanti!".

Sekarang tengok!! Dah ada banyak masa lapang tapi tak tau nak tulis apa.. T___T. .

Haaaaaaaaaaah!!!! (Idea!)

Korang tau tak sekarang ni aku betul2 gila nak buat Graphics Interchange Format. << Kedengaran seperti ahli bijak pandai bukan. Miahaha. GIF lah GIF!! Yang gambar bergerak2 tu. Kalau siapa2 tengok Movie Harry Potter mesti korang perasan ada gambar potret2 dekat dinding tu yang boleh bergerak2. Hah!! Ingat dunia fantasy aje yang boleh buat macam tu. Dunia realiti pun boleh weh! Tapi tak de suara lah. Tu diantara  disadvantages dia. Tapi siapa perlukan suara jikalau gambar tu dah cukup untuk menjelaskan segala-galanya??!! LOL!

Kenapa best beno sangat korang kata?? Best lah weh! Dengan adanya GIF ni senang lah kita nak interprate certain situasi dengan lebih efektif lagi. Nanti kalau letak gambar yang statik tu kang ada yang tak paham pulak. Kalau nak letak video. Agak memakan masa nk loading pulak. So GIF adalah jalan yang terbaik disini.

Tak paham korang kata??? Ishhh! Nak kena bagi example lah ni. Ok ok.. Tengok gambar yang ni dulu....

Before

See!! Tak de pa pe meaning pun kan?? Just nampak seorang pompuan blonde (Nama dia CL) nak keluar dari cafe je. Lepas tu semua orang tak paham apa motif ko nak tunjuk gambar alah ni. And this is the perfect time to use.... GIF!!!

After
Cutenya CL terhantuk kat pintu.. ^ ^
Lebih best bukan??? Muahahaha. 

Want another example??? Nak bukan?? I can see some positive reaction here. He he he. Now aku letak gambar ni pulak..

Before

Sekarang korang boleh nampak yang kasut perempuan tengah berdiri tu (Nama dia Min) tercabut masa buat persembahan. Kelakar gila weh! Reaksi muka dia lah yang paling tak boleh blah sekali. Priceless~~ <3. Tapi kalau tunjuk gambar statik macam gini tak de lah feel sangat kan. And again this is another situation where GIF work the best!! 

After
Cutenya Min!! Muahahaha~~ Tengok cara pandangan rambut pink tu masa kasut tu terpelanting. "OMGeee"
So aku pun try lah buat GIF aku sendiri. Kalau sebelum ni aku ada buat a couple of GIFs. Perasan tak perasan tak?? Kalau tak, sah2 korang tak baca entry2 sebelum ni. KANTOI~~~

Tapi dia punya duration dia sekejap sangat. Now aku try cuba buat yang panjang sikit. Tapi tak la smooth dia punya gerakan. Saya masih lagi amatur. T__T. Tapi kalau yang dah pro buat mesti cantik je pergerakan GIF dia. Macam dua contoh yang aku tunjuk tu. Aku punya still ada macam tersekat2 sikit. (Korang paham ke apa yang aku nak sampaikan ni?!)

Disebabkan sebelum ni iklan Contact Lens mendapat sambutan hangat dari pembaca semua. Ehem~ Ehem~. Semalam ada orang offer aku jadi model untuk produk diorang. So aku accept lah. Kesian product diorang tak laku2. Tak pe2 jangan risau, kalau aku ada mesti laris lah product tu, nanti ko tengok besok semua student Uni makan benda tu.

So here we goes.. My second CF (Commercial Film)

Tada!!!

CF Dadih Perisa Laici 

Cutenya WZ!! (Bluek!! *muntah*)

Eh!! Ni nak me'laku'kan produk ke apa ni??!!