Tuesday, March 27, 2012

Review: Zombijaya By Adib Zaini

Seperti yang telah diuar-uarkan dalam entry ni. I just bought myself a book from Fixi called Zombijaya. Mula-mula beli ingatkan bila lah nak ada masa baca ni semua. But well entah datang angin monsun barat daya datang dari mana ntah. I managed to finish it in just one night! Rakus sungguh. Tapi yang penting takde tangguh-tangguh sampai hujung tahun pun tak sentuh-sentuh.


Walaupun dah biasa sangat terdedah dengan genre zombi ni tak kira lah dalam bentuk movie ke game ke (Plants VS Zombie FTW) anime ke sampaikan kadang-kadang tak terasa excited pun bila ada produk-produk baru yang guna konsep zombi ni dekat luar sana. Tapi novel ni quite different. Sebab dia berlaku dekat Malaysia! Nak jugak rasa how does it feel kalau betul-betul wabak zombi ni serang Malaysia. So ikut kata hati "Lets just give this book a try"

Sipnopsis:

Bermula dengan sekumpulan kawan, dimana Nipis adalah watak utama kena survive apabila Malaysia kena serang dengan virus zombie. Tamat.

Review: 

Contains spoilers

#1 The introduction was quite cool. Sebab penulis memang describe betul-betul setiap watak. Memang lepas tu tak sangka lah diorang akan jadi zombi lepas itu. Korang tau lah kan selalunya kalau watak-watak yang nak mati atau sampingan cerita pasal dia sikit je. Tapi ni sama rata. Which is ada sedikit elemen surprise disitu.

#2 Watak-watak dalam ni suka mencarut. I don't why. Ke memang Malaysian kuat mencarut.

#3 Entahlah aku ni tak kuat imiginasi ke hapa. Tapi memang masa baca tak terbayang pun dalam Malaysia. Walaupun dia ada mention Sunyway Pyramid, Putrajaya etc.

#4 Ciri-ciri zombi dalam cerita ini: Lembap, gila daging, sensitif terhadap bunyi, kuat gigit, mudah lapar. Kalau tengok balik macam ciri-ciri orang yang kuat makan. *terasa*

#5 Mostly semua watak yang dekat dengan Nipis mati. Benci gila! Even budak pun tak terkecuali. Nipis pulak tak mati. Perghhh~ Dasar liat nyawa betei. Kena gigit pun tak bertukar jadi zombie.

#6 Ending macam rushing lah. I mean dan-dan van accident and the rest of the watak-watak mati secara pukal. Cis. More like Final Destination mash up dengan Zombie Apocalypse ending dia.

Tambahan: Nipis ni kerja delivary Domino's Pizza. Kalau angin si Nipis tak elok dia akan letak tahi hidung dalam Pizza untuk delivery. Ok.... 

Oh ya. Dengar cerita novel akan diadaptasikan ke filem. Kalau betul, good luck on beating Zombie Kampung Pisang.

2 comments:

man yusoef said...

camne jadi zombie hah? sebab kena gigit dgn anjing tu ke? pastu kenapa nipis tak jadi zombie eh? huhu...ha ah, ayat buku ni bnyk mencarut..nak kasi sesape baca pon segan..-__-

WZ said...

nipis imune kut kengkonon mcm dlm cerita resident evil tu.