Monday, March 19, 2012

Pixi

Korang boleh cakap aku tinggal dalam Gua Kelam ke hapa, tapi to be honest aku baru tahu kewujudan Company Pixi ni. Which is they distribute novel-novel berbahasa melayu. Lebih kurang macam company KarangKraft, Jemari Seni etc. Mula-mula perasan lah jugak bila some of the tweeples asyik tweet pasal Pixi ni dan lepas tu tweet kemain macam menggambarkan betapa gembiranya, bersyukurnya, eksaitednya perasaan mereka dapat memiliki novel-novel dari company ni.

Tapi entah kenapa aku tak tertarik pun nak tahu. Sebab basically aku pikir ni mesti novel-novel cinta ala-ala Alaf 21 yang memang tak masuk betul dengan jiwa. And you know what? They are totally different. Ini apa yang aku nampak secara roughly lah.

#1 The Cover

I don't know why. Tapi sekali tengok mostly all the books macam ada satu benda yang sama. I mean the theme for the covers. Selain daripada tajuk dia yang ditulis dalam satu bar berwarna tu. And I think this is good thing sebab ada identiti sendiri dan senang lah nanti kalau jeling-jeling sikit je dah tau tu buku Fixi. Plus semua tajuk novel hanya satu perkataan je. Tak de lah panjang berderet macam Debu-Debu Asmara ke ataupun Cintaku Cintamu Jua Namun Takdir Yang Menentukan Segalanya. Pfftttt~~~


Ni mata orang Malaysia!! Aku yakin sangat. lol!

#2 Storyline

Dari sipnopsis yang aku sempat baca, kesemua novel got their own unique storyline. Dia tak tertumpu kepada satu genre je. Tapi basically aku baca macam eh! Dramatiknya! Contohlah aku amik sipnopsis dari novel 'Bisik' daripada Syaiman Syafiq


"Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya MATI terjatuh dari BALKONI. Namun setelah ....."

Ok... *telan air liur*

So overall macam interesting lah nak beli kan. And you know what?? Jeng jeng jeng.. I got my own copy of..

Zombijaya!


Rakus tak rakus beli. Tapi aku tak tau lah best ke tak. Sebab tak baca pun lagi. Kena tunggu giliran lah ek. Sebab ada lagi 1-2 buku  yang tak baca lagi. Dasar tamak haloba. 

For more details: fixi.com.my 

P/s: Teringin nak dapat email dari mana-mana company cakap "Nanti kami akan poskan beberapa novel untuk awak baca, then boleh lah review nanti." *mata bersinar kegembiraan*  cc: Fixi, Jemari Seni, Starbucks etc.

8 comments:

zety said...

hahaha.

tak dela kuno mana kalau nak cakap duduk dalam gua=P

btw dah lama novel jenis mcm ni dh launch =) mmg best!

Ayumiyoshida90 said...

Haah kwn2 aku yg kat kl rmi suka beli buku keluaran pixi tp aku x berani beli or even bukak website dia lg cos pixi ni awal2 byk keluaq buku thriller then gambar cover kemain pisau berdarah mata orang aku allergic la brnda2 nacam ni tak friendly lgsung even sinopsis dia mcm best.
-nurul-

WZ said...

Zety
Rasanya macam dh setahun kan? hurmmm skrg baru tahu kewujudannya. lol.

ayumi
Disebabkan cover habis satu buku ken bane dgn ko. lol. eh tp buku darah2 ni ak perasan ada satu je. yg lain ok.

Elie Lily said...

bila lagik nk beli buku fixi yg elie tulis? rm 5 je kot. :)

KI said...

Eh macam cerita pasal saya pulak.
Saya dapat buku free dpd FIXI dan Jemari Seni.
Tapi takde pulak kena review.. heh.

KI said...

Eh macam cerita pasal saya pulak.
Saya dapat buku free dpd FIXI dan Jemari Seni.
Tapi takde pulak kena review.. heh.

KI said...

Eh macam cerita pasal saya pulak.
Saya dapat buku free dpd FIXI dan Jemari Seni.
Tapi takde pulak kena review.. heh.

WZ said...

KI
mcm mana boleh dpt freee?