Monday, June 13, 2011

Rumah Papan

Kali ni aku rasa nak tunjukkan macam mana rumah aku dekat korang. Konon macam sesi mari mengenali diri tuan blog secara berperingkat2 dimulakan dengan rumah dulu. So basically rumah aku ni rumah papan which is memang berbeza lah dengan rumah2 moden zaman sekarang yang semuanya dibuat daripada batu dan simen. 

Tadaa! 
So inilah laman depan rumah aku. Owh yang depan tu beranda tau. Dimana boleh lah sedut2 udara petang sambil minum2 teh panas. Yang advantage rumah papan ni kalau waktu malam suasana dalam rumah memang akan semulajdi sejuk so tak perlu lah nak buka power kipas sampai 5!

Amboi kemain WZulhilmi berangan duduk rumah besoo gedabak macam tu. lol! Ok fine before ramai lagi terjerumus dalam lembah penipuan ni baik aku mengaku yang rumah dalam gambar tu bukan lah milik aku. Rumah tu sebenaranya adalah salah satu model rumah dekat Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Main entrance masuk ke Kompleks dan bayaran dia adalah percuma!
Tapi time kitaorang sampai tu pun dia dah nak tutup. Tapi guard situ sungguh berhati mulia (?) membenarkan kami masuk jalan sekejap. So guys you will be expecting gambar2 yang rakus diambil secara cepat sebab dah nak tutup woi! Tak de masa nak adjust lawa2.

Menara yang mengadap ke sungai. Tapi dah tutup dah time tuh. =(
Rumah Terowong Kompleks Pasir Salak. Dalam dia macam ala2 muzium lah. Cerita tentang asal usul tempat ni. Tapi sekali lagi dah tutup! =((
 Model rumah lama. Sayang jugak tgk tingkap tu dah rosak. Maintenanace please!

Model rumah lama yang lain. Bawah rumah yang ada orang tengah duduk tu bukan lah penunggu tapi pak guard.
Hah! Kat bawak rumah tu ada alat ni. Ni gunanya untuk menampi padi. Dulu mana ada beras cap rambutan weh. Kena perisi padi tu sendiri.
Sebenarnya dekat sini ada lokasi pembunuhan JWW Birch woh. Tapi either tempat tu dah tutup atau aku tak perasan. Maklum lah time tu tengah bergegas2. Mana ada masa nak tengok2 secara teliti ni. So overall it is really nice kalau kadang2 pergi tempat macam ni. Asyik ke shopping complex aje. Betul tak. Ok ramai kat tak. Dasar generasi muda yang alpha betul!

7 comments:

Iji said...

hahaha. terbaik la ngkau.. cuti2 ke muzium. wa tabik sama lu.

ayumiyoshida said...

aku baru je cakap wohhh besarnya rumah mamat ni. anak chaebol korea zaman kesultanan joseon ke hape. ceh rupanya muzium. serius aku nmpak kau tulis beranda. aku yg jenis baca selalu terlepas pandang memula ingat ko nak kata kau tgk duduk berdiri dekat beranda tu. haha

cEro said...

ko nak tau?
aku mmg nak sangat berjalan2 kat tmpat camni, tp bila aku kuar dgn famili, mesti diorg taknak pegi tempat camni...

amal said...

dah macam segmen belajar sejarah dah..hehe. setakat ni belum pernah lagi jumpa blogger buat pasal ni.

Raji and Yeen said...

o yeah... btol tuh asyik shopping complex jer watper kan? ;D
nnti kte jenjalan sme2 la g tmpt cmnih ;D

WZulhilmi said...

@ 'Izzati
tak masuk muzium pun. tgk2 keadaan kat luar je. =( waste gila.

@ ayumiyoshida
maybe ko rasa excited sgt tgk 'rumah' aku yg besoo tu smpai baca pun rakus gila. hahaha.

@ cEro
family susah sikit g tempat cam gini. mostly pergi genting ke, sunway ke dan seumpanya. Apa kata pegi dgn aku. aku boleh lah layan tmpat cam gini. =)

@ cik ina
aku kan special sikit. lol! klu kita pegi tmpat tu sendiri lagi efektif tau nk ingat fakta.

@ Raji and Yeen
gimme high 5! jgn jadi rakyat yg alfa ye. muahahaha =P

Afsar said...

kenapa blog ko macam lain??tukar blog baru ker aper??