Sunday, June 12, 2011

Day 1 - A Song That Makes You Happy

Ahad belum berakhirnya lagi kan? Owh seperti yang diura2 dekat 14 Day Song Challenge . Aku akan start buat challenge ni hari nih. Sebab tu lah macam bergegas2 nak buat. Dah janji kan. Walaupun aku agak takde siapa pun perasan. Tapi kan aku peduli apa! lol

Ehem! So back to this challenge. What song that actually makes me happy? Disebabkan ada huruf 'a' dekat tajuk diatas. Itu bermakna kena state SATU lagu sahaja. Which is kalau ko letak banyak 2-3 lagu ini bermakna ko tak paham soalan dan serta merta akan memperoleh kosong markah untuk pemahaman soalan justeru menipiskan peluang untuk mendapat gred A+ dalam pen'gred'an subjek.

Tapi sebenarnya tbh (to be honest) aku tak berapa nak paham lah apa maksud 'happy' ni. Adakah ia bermaksud kalau kita dengar sesuatu lagu tu secara automatik akan tersenyum lebar lalu mula menerbitkan perasan ingin berlari di taman? Kalau macam tu in my case memang tak wujud lagu macam tu. So aku try cari yang lebih kurang sama lah. Which is kalau dengar sesuatu lagu tu akan semangat untuk memulakan hari yang baru. 

So I choose:

BLACK EYED PEAS - I GOTTA FEELIN' 


Walaupun lagu ni more to like " Hey! Malam ni akan best gila sebab ada party!! Mari lupakan hal duniawi!"  Tapi aku tak pikir macam tu. More to like hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam/tadi/5 minit lepas. Tak tau lah kenapa rasa sangat calming dengar beat lagu ni especially the intro part.

Dan aku selalu percaya a song is very subjective. Depends kepada pendengar sendiri untuk tafsirkan lagu tu sendiri. Kalau korang kata "I gotta feeling that my homemade nasi lemak will be much more awesome than yesterday" pun boleh jugak. Sebab macam apa yang aku kata tadi. A song is very subjective! =) 

P/s : Yes! Siap satu esaimen! 

2 comments:

cEro said...

hoho, lagu tu best gak..
bile dgr kalo dlm kereta, mesti nak nyanyi same smbil buat muka kat cermin pandang belakang..hahaha

WZulhilmi said...

@ cEro
buat muka mcm mana tu? wah! the other side of cero! ekekekek