Jadi semasa mengemas-mengemas rumah hari ni terjumpa satu kotak misteri. Ingatkan berisi apa, rupa-rupanya some of my old books! Buku-buku dari zaman sekolah rendah. Masih terselamat lagi. Mujur tak dimakan dek anai-anai sama macam buku Da Vinci Code tu. Habis suku kena makan. Tengok kondisi dia pun seolah-olah macam dah meragut sedikit kebahagiaan dalam diri ini. Dah lah buku feveret. Berbalut pulak tu! *bebel*
Kembali kepada kotak misteri itu, kebanyakkan buku dalam kotak rupa-rupanya adalah daripada Siri Salma. Terkejut sekejap. Ingat dah arwah semua. Siri Salma bagi yang tak tahu adalah antara salah satu siri penyiasatan legend semasa aku sekolah dulu disamping Siri Hadi dan Siri Lima Sekawan. Siri Salma ni macam adaptation daripada Nancy Drew tapi dimelayukan cerita dia. Even nama watak, jalan semua ditukar kepada environment Malaysia. Tapi aku tak tahu lah kalau dia ambil 100 peratus kandungan daripada Nancy Drew tu dan diterjemah bulat-bulat dalam Bahasa ataupun dia ambil Nancy Drew tu sebagai inspirasi dan dibuat jalan cerita yang lain.
Cerita ni berkisar pasal Salma sebagai watak utama dalam cerita ni bersama dua lagi kawan dia, Zarina dan Mei Lin duk bertungkus-lumus menyelesaikan pelbagai jenis misteri bagai. (kadang-kadang dibantu oleh boyfriend masing-masing lol). Plus, satu buku ni kalau baca memang dalam sejam lebih dah boleh habis since dia agak nipis. Aku sebenarnya sampai la ni pelik macam mana Mei Lin boleh masauk team Salma. Siap kata cousin lagi. Adakah Salma tu ada darah Chinese?
Sebenarnya aku tak tau apa yang menyebabkan aku begitu obsess nak kumpul semua buku Siri Salma ni. Dan sejujurkan nak kumpul 42 jenis tajuk agak sukar masa tu. But somehow I managed to collect all of them before starting high school!
The Collection |
Teringat lagi dia punya determine nak kumpul sanggup ajak ayah pergi semua kedai buku dan check ada tak siri ni. Pantang ada kedai buku baru mesti terjah. Lepas tu tick checklist mana tajuk buku yang berjaya dibeli dan tengok pula senarai mana yang tak beli lagi. Konsisten betul! Haha. Yang bestnya buku-buku masa tu murah sangat. Dalam RM2.50 satu naskah. Jadi affordable sangat kalau nak beli dalam 3-4 buku dalam satu-satu masa. Tak tau lah kenapa sekarang buku-buku mahal sangat even novel melayu pun.
Now let me show you some of the titles of the book. Siap scan lagi.
Yang ni edisi terbitan tahun 1988. Tengoklah cover dia. 80-an sangat fashion ranbut dengan baju.. |
Yang ni pula edisi terbitan dalam tahun 1993. Kebanyakkan aku ada dalam versi ni |
Ni pula yang paling baru antara yang dua versi diatas. Terbitan 1997 |
Tapi sayangnya bila aku dah check balik, some of the titles are missing. Tapi mujurlah bukan semua yang hilang dak? Bila buka sehelai demi sehelai muka surat daripada buku-buku ni teringat balik semua kenangan-kenangan lama. Pernah berangan jadi librarian, susun buku ni ikut warna lepas konon-konon ada orang datang pinjam ataupun rancangan licik nak membanyakkan senarai buku untuk menang Projek Nilam dekat sekolah. =P
Sekarang aku dah tau dah dari mana datangnya minat tengok segala jenis drama crime (Criminal Minds, The Mentalist, CSI, Bones, Castle etc) bila dah besar ni.
8 comments:
Star
Mei lin is zarina's cousin.dulu jenuh gk aku nk justify,maybe asal cina,ada kawen dgn melayu tu depa bole jd sedara haha weh ko ada ke?bestnya.buku yg ada kt rumah aku ni dok ulang baca gk
omg my childhood memories.
siri 3 penyiasat
yang paling hebat ah, kes pun power & putarbelit jugak.
siri salma, siri hadi
siri 7 penyiasat
(budak sekolah rendah kot, kes pun kes ringan ringan je tak pening palotak pikir)
yang kau tunjuk tu edisi yang lagi lama, aku start beli cover yang baru sikit & harga pun dah naik kepada 3.90 (padahal isi sama je)tapi kadang2 ada pesta buku, diorang lambak2 jual 50sen je sebiji.
sekarang dah tak keluar dah kan? :(
best la masih ada lagi buku2 tu.. aku punya ntah mana dorang menyorok ntah. haha.. ;P
dulu minat gak kumpul siri2 ni. yang omputih punya pon ada gak.
AKu mcam berangan nak mintak pinjam, nak baca.
But since ko bukan jiran aku, dan aku tak ada ketahanan diri nak baca buku secepat mungkin dalam kuantiti yang banyak,
maka, semuanya hanya angan-angan...
*menatap ke arah matahari terbenam*
Saya juga mengumpul buku-buku Siri Salma dan anda mempunyai banyak salinan yang saya tidak pernah dilihat sebelum ini.Jika anda pernah mahu untuk menjual mereka, sila hubungi saya di drugruen@hotmail.com
admin,
check your fb page saye dah send 1 message do reply ye.jom join page ni https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia baru buke amik mase untuk berkembang.
ade zul,aku sendiri check kat blog kamu dan amik photo tu cube tgk ade kaler merah tulah nombor 13 salma intip kapal selam.yang baris atas sekali tu hah 3 dari kanan 7 dari kiri pandangan kite.ade 2 gambar dlm buku tu.1 gambar salma di tolak ke sungai untuk di bwk msk kapal selam 1 lagi gambar die diikat dlm kapal selam.tolong scan 2 gambar ni send ke fbku ini secepat mungkin ok?.
no let go tak? kalau nk,
email richcaresolutions@gmail.com ya
Post a Comment