Hai! Bertemu kita kembali didalam blog yang hidup segan mati tak mahu ini. Sejak dah jadi ada karier tak tetap ni (lol) hidup hari-hari asyik balik malam aje. Jadi nak buat mende-mende lagho pun dah kurang. Maka paham-paham lah natijahnya kalau kehidupan macam tu apa kesan yang akan terjadi dekat blog macam mana. Terbiar.
Ni pun taip cepat-cepat. Jadi ayuh terus straight to the point. Waktu dinner hari tu sempat beli makanan dekat AEON. (Aku sebenarnya still tak biasa panggil AEON tu AEON rasa nak panggil Jusco juga, Jusco lagi catchy kan?).
Tada!!
Ni lah dia Okinomiyaki! Japanese dish. Dia ada dua perisa satu udang dan satu lagi sotong. Aku amik sotong sebab Takoyaki bila inti dia sotong rasa sedap pula. Jadi amik lah perisa ni since rupa dia lebih kurang macam Takoyaki juga. Tapi tak tau lah rasa dia macam mana.
Bila dah rasa memang sah rasa Takoyaki tapi dalam kuantiti yang banyak gila!! Jadi kalau korang ngidam Takoyaki tapi nak banyak, beli aje benda ni. Memang berbaloi. Takoyaki kan RM4-5 dapat lah 3 hingga 4 ketul kan. Yang ni dapat satu plate beso! Sampai tak habis.
Tapi ada juga kekurangan dia. Kuah tak de lepas tu depends dekat topping dia je. Topping dia macam helaian-helaian mende ntah yang warna cokolat tu lepas tu letak mayonis sikit. Dalam dia pulak mostly ramuan dia tepung lepas tu campur sotong dan sayur kobis.
Bagi aku rasa dia ok lah. Memang rasa Takoyaki tapi time tu tak berapa nak panas. Jadi bluerghh rasa plain pula. Lidah dah lah lidah melayu kan. Mesti nak letak cili. Tapi kalau dia masa panas konfem sedap. Kalau keluar-keluar asap lagi bagus. Kalau time tu macam suam-suam kuku je kepanasan dia usah lah amik nanti time pergi cafe dah sejuk lepas tu start meroyan. Senang cerita bawak balik rumah reheat sendiri.
And plus yang mana lidah melayu lepas tu sibuk bising-bising kata baik beli kueh tiow lagi bagus tu usah lah amik. Memang bukan taste korang. Dah Takoyaki pun tak telan mende ni apa lagi. Bye!
3 comments:
Pada aku, okonomiyaki ni mcam pizza tp versi jepun..
Yup, tepung bancuhan dia sama dgn takoyaki, tp aku rasa kalo pure japanese lain sikit rasanya..
Ko makan sorang?
Ko mmg legend...hhehehe
hah! betul sgt. ltak la nama ape,nesa pun pgil jusco jgk dh terbiasa. takoyaki kt aeon queensbay feveret nesa, xpnh plk try okonomiyaki..kalau rase die mcm tako haruslah nakkkk!
Yang macam plastic strips warna coklat tu bonito. Dia adalah ikan salai yang dihiris halus-halus. Ikan salai tu keras macam Kristal. Kalau rajin tengok Iron Chef Japan version, selalu digunakan.
Post a Comment