Friday, March 22, 2013

Shodate #5

Walaupun sekarang ni environment tempat kerja dikelilingi pelbagai jenis makanan. Sampaikan kadang-kadang kalau nak pergi ke satu-satu tempat mesti elak laluan yang penuh kedai makanan tu supaya mengelakkan diri sendiri drooling disepanjang perjalanan. Nak beli, tak mampu lagi kan. 

Tapi kadang-kadang bila ada peluang beli selalu lupa bawak kamera. Jadi terlepas peluang nak kepochi dekat blog apa yang dah dirasa. Tapi boleh je kalau nak review makanan tanpa gambar tu. Tapi macam tak sedap lah ko kepochi tanpa gambar bukti. Kalau macam tu kata pernah makan 10 bucket ayam KFC pun boleh. Tipu lah mana-mana patut.

Tapi jangan lah harap-harap makanan mahal-mahal yang aku muncul. Ini adalah blog picisan yang berbudget rendah. *musik emo di belakang*. Kalau dapat review Coolblog pun dah dikira bagus untuk zaman ekonomi diri sendiri yang makan tak stabil. Ok kan? Korang tak kecewa kan? Kan? Kalau kecewa juga...... peduli apa aku! kah kah. Ok bye.

2 comments:

cEro said...

Henset ko tak ada kamera?
*soalan nak kena pelempang!*

Unknown said...

Cakap pasal kamera, sejak aku ada DSLR. Kalau pegi mana-mana tempat mesti lupa nak bawak. In the end dia duduk dalam almari jarang digunakan. Membazir betei.