Saturday, March 23, 2013

Rambling #6 (Edisi Earth Hour)

Sejak kebelakangan ni dah jadi macam journal pulak blog ni. Gambar pun tak letak. Lepas tu kalau tak update pasal shodate mesti rambling. Kalau tak rambling mesti shodate. Macam tu lah kitaran dia ulang-ulang. Kadang-kadang up entry emo. lol.

Tapi tu lah sejak dah menjadi 'pekerja' ni  life jadi busy sangat sampai nak fokus 100% buat entry secara kreatif pun tak boleh. Kalau sempat pun buat yang seringkas mungkin. Hal yang sama terjadi bila aku teringat yang hari ni ada event Earth Hour. Sejurjurnya lewat malam semalam masa nak tidur. Since blog ni tiap-tiap tahun sambut event ni rasa macam tak best pulak tahun ni tak buat. Tak sempat to be honest.

Kalau macam tahun-tahun lepas, siap sempat lagi buka photoshop lepas tu buat header amatur konon-konon  nak menyokong lah sangat. Letak bumi seketul dekat situ. Lepas tu gelapkan blog dengan pilih tema background hitam. Semangat betul.


Dan untuk tahun 2011, aku ada buat macam comic strip untuk explain this stuff. Check dekat entry dengan klik disini. (By the way aku still rasa orang lidi itu comel. Wakakakah)

Tapi tadi ada jugak kawan sekerja tanya tadi kenapa tutup-tutup lampu ni? Earth Hour tu apa?

T________________________T

Gurl~~! Earth Hour itu adalah common knowledge kut! Sepatutnya tahu walaupun tak buat ke apa. Lagi satu  ada juga depa kata kalau Earth Hour ni mesti aircond tutup, lampu tandas tutup, lampu parking kereta pun tutup. Lepas tu memasing buat muka eksaited. 

*nanges*

Depa tak paham konsep Earth Hour la ni. Idok lah sampai dia nak tutup semua lampu, aircond semua sampai membahayakan keselamatan diri. I just can't... Lagi satu, nak tanya air-cond tu sejenis lampu ke??

Oh ye, fyi Starbucks memang selalu bagi free complimentary drink untuk event macam ni tiap-tiap tahun. Ingat lagi tahun lepas emo tak dapat pergi ambil sebab tak de transport nak pergi Starbucks yang terdekat. Tapi tahun ni. KEDAI DEPAN MATA WOI! (ok metaphor. Actually deret sebelah belakang). Jadi bila dapat air hijab tea mende ntah nama dia (lol) rasa macam, "Adakah ini benar-benar berlaku? Ia seakan-akan mimpi" *mata jernih*

Dan terima kasih kepada Barista A sebab remindkan kata teh tu pahit tapi dia tambahkan gula cair(?) free ke dalam teh itu. (muka noob Starbucks).

3 comments:

cEro said...

Dah tiga tahun, bila Earth Hour, aku berada di luar, di kawasan gelap...
jadi, mmg tak ada laa nak tutup2 lampu segala bagai...hahaha

Air free starbuck tu, aku baru tau...hehehe

Yui Light said...

Terlepas starbucks!

cinderella besar sikit je said...

ok,next year earth hour aku terpacak kat starbuck.. haha..

p/s: amenda nak cari starbuck kat kedah ni.. ngigau ke apa~