Bermula dari bulan satu lagi dah ada cakap-cakap yang mengatakan Big Bad Wolf (BBW) akan mulakan promosi jualan kedua mereka selepas yang pertama pada bulan Disember tahun lepas. Sejujurnya aku memang tak senang hati dan resah gelisah mendengar berita ini. Jadi memang aku buat endah tak endah dengan semua tweets/announcements/posts daripada mereka.
Tetapi malangnya menjelang akhir bulan satu macam tu memang confirm akan ada BBW Aftermath Edition. D*mn!
Date: 28 Feb - 4 March
Time : 9am - 9pm (Aku rasa mesti ada 24 hours sale)
Location: MIECC, Seri Kembangan (Tempat yang sama macam tahun lepas)
I'm soo furious about this since aku dah pernah pergi BBW yang lepas. Why?
#1 Masa ni ada dekat rumah. Lebih tepat lagi sedang menanam anggur. Jadi memang tak de langsung budget untuk beli benda-benda macam ni.
#2 Disebabkan secara rasminya dah habis belajar. Maka tak layak dapat BB1M a.k.a baucer-baucer buku yang berjumlah RM250 itu. Dan yang seronoknya boleh guna baucher ni dekat sini. Yay! BUMP!
#3 All fiction novels will be at RM5. DIAM! DIAM! DIAM! *tutup dua-dua telinga dengan tangan sambil menggelengkan kepala*
#4 Stok bacaan buku dah hampir habis. Lepas tu pergi Popular tengok satu novel harga sampai RM30+. Lepas tu compare dengan harga BBW. Stress.
Bayangkan kalau aku dapat guna semua baucher tu. Boleh dapat 50 buku weh! LIMA PULUH! Meroyan. Boleh buat stok setahun membaca. I just can't with all of this.
Jadi disebabkan sebab-sebab tu lah kalau perasan memang aku buat dek aje dengan status-status daripada BBW ni. RT tweet pun idak. Bagi yang nak pergi event ni lagi-lagi yang berbekalkan dengan baucher-baucher BB1M... you lucky *tuuuutttt*.
1 comment:
errr... aku dgr BBW buat dekat penang~
Post a Comment