Friday, February 22, 2013

Rambling #2

Hari ni patutnya segmen untuk BR (Book Review), tapi malangnya aku tak pula ada baca buku untuk beberapa minggu ni. Kalau ada pun yang english. Aku seboleh-bolehnya nak review novel-novel melayu. Konon-konon macam nak sokong industri buku-buku tempatan lah. Tapi kalau novel melayu = duit. Kalau duit yelek maknanya buku pun yelek. So diam. 

Jadi macam biasa aku malas nak bagitau perancangan untuk masa depan nak tulis entry apa, sebab selalunya mesti tak berapa nak jadi. Contoh mudah. Header. MANA dianya project header?!

*krik krik krik*

Jadi sekarang ni nak buat apa-apa kena diam. Bak kata pepatah 'diam-diam ubi berisi'. Tiba-tiba dalam kepala terlintas 'diam-diam WZ berisi' OTL. *lempar penimbang berat*

Oh ye, yang bertanya entry lepas Pearl Milk Tea jenama apa yang dimaksudkan tu. Haa. Nama Dia 'Hainan Tea'. Rege dia pun lebih kurang ChaTime. = =". Tapi aku satisfied lah minum. I mean asyik CoolBlog aje. Muntah lah. Sampaikan tengok poster Heliza pun naik meluat. I need something new and fresh. 



Hari tu pergi dapat lah rasa Hazelnut Chocolate pulak. Yummy! Rasa Vico! lol. Dia punya cashier pun peramah betul. Sebab aku ada tanya kalau perisa coklat ada tak? lepas tu amik ko dia kasi 5-6 jenis. Ko pun tetiba dilemma nak pilih mana satu. Tetiba rasa nak keje situ. = =". Yang unik pasal Hainan Tea ni time tunggu air menu kita tu disiap tu. Dia macam ada bagi satu benda bulat nama dia UFO... apa ntah. Kalau minuman kita dah siap benda tu akan vibrate! Canggih gila!! I was amazed by that kecanggihan. Maknanya time air tu tengah dibuat ko boleh lah pergi gerai lain macam Auntie Anne's, Mr Doughnut, Sushi Jusco etc (lol dh hafal nama gerai sekeliling dia) tanpa bimbang minuman dicuri orang.

Beside minuman milk tea ni dia juga ada sediakan makanan juga. Tapi dissebabkan aku dalam budget. Setiap kali tengok menu makanan dia terus gelap hati nak order apa-apa. Hebat tak mindset aku? 

Lagi satu aku ada aim satu restoran ni. Nama dia 'Wing Zone'. Apa yang aku tau Wing Zone ni first branch dia dekat Malaysia bukak dekat area aku. Jadi eksklusif gila! Tempat lain belum ada lagi. Jadi nanti boleh lah aku buat full review. *cermin mata berkilau*

In a meantime bersabarlah dengan rambling aku berkaitan dengan Hainan Tea, sebab selagi aku tak jemu selagi tu lah aku dok taip secara sengaja atau tak sengaja dekat blog. Tengok! Introduction pasal book review tapi tetiba masuk kategori makanan. Licik tak?

3 comments:

Syira Mansor said...

Jelesnya sebab tempat kau ada akses kepada makanan dan minuman yang lazat. Aku xde pun. Nak jugak!

WZ said...

well, *blow nails* lol. Tempat ak dia mcm nak naik skrg so byk mall baru buka. jadi ko kena majukan lah tempat ko tu. Tu je cara dia.

cEro said...

Tiga benda yang aku bangga belum cuba ialah:
1. Tengok Running Man
2. Layan Harlem Shake punya video
3. Minum bubble tea