Tuesday, February 26, 2013

Projek Botani WZ

Enough posting about rambling stuff! Kalau dibiarkan, dah cukup boleh buat mini series. Jadi ayuh beralih kepada sesuatu yang lebih penting. Jadi disebabkan hari ini ada masa lapang (setiap hari pun sama) I'VE decided to become the Eco-Green WZ. 

Rumah ni biasanya kalau buat kuah Kari mesti ada sambal belacan. Wajib! Kalau tak ada memang tak sah. Dia macam kalau makan sphagetti tak bubuh cheese. Ewww no~! Kedengaran macam satu jenayah! Tambahan pula salah seorang isi rumah ni *batuk* *batuk* adalah sambal-freak. Jadi, penggunaan cili adalah sangat penting untuk kegunaan seharian. Disebabkan sebab-sebab ini lah terdorong rasa niat dihati untuk menanam cili merah dan cili padi sendiri! 

Maka ni macam baby step lah sebelum beralih ke tanaman yang lain. Konon kalau yang ni berjaya lepas ni boleh tanam benda yang lain yang lagi advanced. Sebut aje, terung? bendi? tomato? Alah semua itu bisa saja. Tapi rileks dulu. Make this chili thingy work first.

Jadi diringkaskan cerita pergi lah ke kedai membeli benih-benih yang diidamkan-idamakan.

Tada~~

Nampak tak? Nampak tak? Even nama produk pun SERBAJADI.  Keyakinan meningkat
Jadi nak tengok tak apa rupa benihnya? Curious bukan? Sabar, sabar kita tengok satu persatu.

Benih Cili Merah! Kelihatan familiar bukan? Adakah aku macam ditipu? Ke dia korek-korek dari cili merah saja lepas terus packing?

Benih Cili Padi! Hurmmm. *pandang gambar atas* *pandang gambar bawah*
Ah! Korang kalau aku guna benih yang sama pun bukannya korang perasan pun! Jadi tak payah nak kepochi kata. "eh eh! sama lah sama lah" Bluerghh!

Jadi langkah seterusnya adalah dengan membuat batas. Since ada dua jenis cili maka kena ada dua batas. 'Batas Chocolate Disco' dan 'Batas Polyrhythm'. Jangan persoal piliahan mana tersebut! Lepas tu tabur-tabur mana patut biji benih dan jirus ke atas dia. Macam ganas pula perkataan jirus tu more like siram guna tangan sebagai medium lah (?). 

Tada!

Batas Chocolate Disco.
Oh ye, aku ada dengar lah yang manusia ni ada dua jenis tangan. Satu tangan panas. Yang satu lagi tangan normal kut. Yang tangan panas ni kalau tanam apa mende pun mesti tak menjadi. Asyik-asyik mati. Lantak lah biji benih tu tulis SERBAJADI ke macam mana. Memang tak menjadi. lol. Harap-harap ini adalah mitos semata-mata. *celup tangan dalam ais* 

Lagi satu, since ini adalah project sains yang pertama dirumah. maka haruslah mempunyai rekod catatan perkembangan biji-biji benih ni. Jadi untuk setiap minggu akan ada sedikit catitan mengenai mini projek ini. Secara tak langsung korang oleh ikuti perkembanagn biji-biji benih ini membesar! 

Maka boleh lah klik pada gambar macam dekat bawah ni untuk mengetahui prestasi benih-benih ini. Jadi aku akan letakkan dekat sidebar untuk kemudahan akses semua orang! Waaa~~ lol.


Dekat belakang packaging tu kata result akan nampak pada 2-3 bulan. Jadi kita tunggu dan lihat.

P/s: Anda juga boleh menderma sedikit insentif untuk menjadikan projek ini berjaya. Kalau ada budget lebih boleh buat pagar atau pun buat papan tanda dekat tepi dia. Wakakah.

5 comments:

star said...

siram guna tangan <-- renjis?percik?

goodluck for the projek!kalo berjaya,senang je g petik cili time lunch hahaha

Syira Mansor said...

fuhh kelasss dol nama projek.
hihi

cEro said...

Bab tangan panas tu mmg ada..
Abah aku sgt menjadi bila bercucuk tanam, sedangkan aku tak pernah hidup walaupon tnam taugeh dlm air..

Oh, mak aku kata, kalo nak tanam pokok dr biji benih, baik guna beg platik dulu sbb senang kawal air dan cahaya drpd guna batas. Dah besar sikit, baru pindah ke batas...

Syira Mansor said...

aku pun tiba2 rasa nak tanam juga. tapi 2-3 hari ni asik hujan je, kawasan rumah jadi banjir...

apepun nanti aku nak pegi beli benih

WZ said...

star
bukan-bukan. dia maacam air tu lalu ikut tgn jadi takde lah macam mendap tanah tu nanti. Kalau sprinkle pulak kan sampai esok pun tak siap siram. haha.

syira
ayuh! mari kita berjasa ke tanah. Nnt dia tumbuh kita juga yg untung bukan? =). unless klu ko tgn panas. kbai.

cero
ko tangan panas juga? haha. ramai aku jumpa kata tangan panas.tp sampai taugeh pun tak hidup mmg pelik kes ko ni. Tgn kematian ke mcm mana? btw ak dh tanam ke batas mcm mana? =S