Friday, November 30, 2012

[BR] Sebarkan Cinta~Mu - Fatima Syarha

Disebabkan semua buku dah dibungkus dan sudah dihantar pulang ke rumah dan kebetulan hanya buku ini je yang tinggal, maka I'll do some review about this book. 

Buku pilihan minggu ini (ecewah!) adalah daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin dengan 'Sebarkan Cinta~Mu'


Novel ni dikeluarkan oleh PTS Publications dimana ia adalah diantara syarikat penerbitan pilihan aku kalau nak baca genre berkaitan buku-buku atau novel-novel berunsurkan keagamaan/motivasi and of course this is not the first book that I had bought from them. Secara jujurnya, bila aku tengok cover dia, plus dengan tajuk novel, aku macam ermm ermm tak berapa yakin nak beli. Tapi selepas 'sesi bersoal-jawab' dengan kawan yang pernah baca buku ni, korek-korek maklumat apa patut. Lepas tu baru yakin nak beli.

Details
Publisher : PTS Publications
Bilangan muka surat : 874 muka surat (tebal)
Harga : RM31 (kedai). Beli secara online lagi murah. Dapat 10% diskaun.

Ilustrasi
Ya, ya. Tajuk dia bukan main cheesy lagi tambahan pula dengan cover buku yang macam feminim betul. Kalau dekat sini memang tak nampak. Tapi kalau dalam in real life bingkai kuning-kuning tu siap ada efek gold dust lagi. Kalau time malam-malam kena lampu memang bling-bling lah.  


I don't know, mungkin sasaran utama demographi untuk novel ini adalah untuk golongan wanita? Sebab itu banyak unsur-unsur feminim diletakkan. Tapi aku rasa novel ini sangat sesuai dibaca untuk dua-dua jantina. Lelaki dan Wanita. Tapi kalau letak cover macam ni macam sedikit menyekat perasaan membeli dari kaum lelaki. Aku pun rasanya tak akan beli kalau tak diyakinkan oleh kawan aku tu. Yes, my friend is 'she'.

Selain elemen bling-bling dan tajuknya yang agak cheesy, penggunaan burung merpati is really a good idea. Memberi maksud kedamaian/pembebasan bertepatan dengan idea penulis untuk memberi penjelasan tentang pelbagai isu yang kadang-kadang kurang difahami/jelas oleh kita.

Isi kandungan

'Sebarkan Cinta~Mu'.Uuuuuu~! Tak tau kenapa bila aku nampak simbol '~' ni mesti aku baca ayat tu macam gedik-gedik sikit. Ah! Maybe aku saje yang fikir macam tu. Kembali ke cerita sebenar, mesti kalau sekali pandang mesti ingat ni pasal kisah cinta berkonsepkan Islam. Nope. It is not. Of course the main focus is mainly about marriage or specifically polygamy. Tapi yang pasti bukan kisah cinta mainstream yang ada scene-scene romantik. You won't get that from this book. Dia macam cerita tapi at the same time memberi info. Why you do this? Why do you that? Of course from perception of Islam berserta dengan bukti dalil-dalil dan pendapat daripada ulama'-ulama' terkenal (A lot!).

Seperti yang aku tulis awal tadi, novel ini adalah mostly berkaitan poligami. Yes, yes aku tau kadang-kadang isu ni sangat sensitif bagi sesetengah pihak lagi-lagi bagi pihak perempuan. Kadang-kadang ada yang langsung tak boleh nak dengar pasal poligami. Marah dan geram katanya. Mungkin dengan membaca buku ini, semuanya akan lebih jelas?. 

Aku suka dengan cara penulis menulis dengan gaya bersederhana dalam memperjelaskan isu ini. Tidak bersifat terlalu ekstrimis menyokong ataupun terlalu liberal untuk menghapuskan poligami. All in moderation state. 

Antara bab-bab menarik dalam novel ini:

  • Tidak Menyukai Suami Berpoligami Tak Semestinya Tidak Menyukai Islam 
  • Islam Mengharuskan Poligami Bukan Menggalakannya
  • Bicara Soal Lambatnya Jodoh etc

Interesting topics isn't it? 

Dengan menggunakan watak utama, Ibu Dhiya (She's Indonesian) yang berkerja sebagai cleaner untuk sebuah kolej. Menariknya, walaupun dia seorang cleaner tapi dia mempunyai pemahaman ilmu agama yang luas. Even pelajar-pelajar dekat situ pun datang berjumpa dia untuk bertanyakan tentang soal-soal tauhid/sirah etc. This is giving us a sign that we shouldn't underestimated people easily especially people who don't stand the same level with us.

And I love the part sesi berhujah antara salah seorang watak dalam novel ini, Sarra dengan sorang ustaz tentang isu poligami. So intense! Aku pulak berdebar-debar nak baca kan. Sampaikan nak Part II sesi berhujah tu. T__T

Tapi satu saja lah aku tak berapa gemar. Isi-isi yang berulang-ulang. Maybe sebab tu buku ini jadi agak tebal? Dan lagi satu, ada some scene yang tak berapa masuk akal. Semasa part chatting antara Ummu Qasdi dan Qasdi (2 orang yang berbeza), to be honest perbualan chatting yang paling panjang pernah aku baca. I mean tak pernah pulak aku tengokk ada siapa-siapa pun taip sepanjang itu untuk sekali enter. I mean satu perenggan untuk sekali hantar. ah! maybe aku terlalu skeptic. Maybe ada.

Basically walaupun buku ini fokus tentang hak-hak wanita, poligami tapi aku rasa seorang lelaki muslim wajar membaca buku ini. Period! I mean untuk memberi lebih kefahaman tentang poligami. Bukan hanya tahu poligami itu hanya sunnah sahaja sedangkan bukan dan banyak lagi aspek yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan berpoligami.

*BR - Book Review

5 comments:

Iji said...

Aku tak habis baca lagi. *pangggg*

Unknown said...

Rasanya kat Big Bad Wolf ada tak jual? huhu

WZulhilmi said...

kiheee
bila nak habiskan? 2012 hampir berakhir ok. (hint:goodreads) lol

Yui
idokler ada. hahaha

Iji said...

deng. macam xlepas je aku punya challenge. *meratap hujung bilik*

WZulhilmi said...

Ubah ler goal ko tu. Sempat lagi.