Friday, November 30, 2012

[BR] Sebarkan Cinta~Mu - Fatima Syarha

Disebabkan semua buku dah dibungkus dan sudah dihantar pulang ke rumah dan kebetulan hanya buku ini je yang tinggal, maka I'll do some review about this book. 

Buku pilihan minggu ini (ecewah!) adalah daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin dengan 'Sebarkan Cinta~Mu'


Novel ni dikeluarkan oleh PTS Publications dimana ia adalah diantara syarikat penerbitan pilihan aku kalau nak baca genre berkaitan buku-buku atau novel-novel berunsurkan keagamaan/motivasi and of course this is not the first book that I had bought from them. Secara jujurnya, bila aku tengok cover dia, plus dengan tajuk novel, aku macam ermm ermm tak berapa yakin nak beli. Tapi selepas 'sesi bersoal-jawab' dengan kawan yang pernah baca buku ni, korek-korek maklumat apa patut. Lepas tu baru yakin nak beli.

Details
Publisher : PTS Publications
Bilangan muka surat : 874 muka surat (tebal)
Harga : RM31 (kedai). Beli secara online lagi murah. Dapat 10% diskaun.

Ilustrasi
Ya, ya. Tajuk dia bukan main cheesy lagi tambahan pula dengan cover buku yang macam feminim betul. Kalau dekat sini memang tak nampak. Tapi kalau dalam in real life bingkai kuning-kuning tu siap ada efek gold dust lagi. Kalau time malam-malam kena lampu memang bling-bling lah.  


I don't know, mungkin sasaran utama demographi untuk novel ini adalah untuk golongan wanita? Sebab itu banyak unsur-unsur feminim diletakkan. Tapi aku rasa novel ini sangat sesuai dibaca untuk dua-dua jantina. Lelaki dan Wanita. Tapi kalau letak cover macam ni macam sedikit menyekat perasaan membeli dari kaum lelaki. Aku pun rasanya tak akan beli kalau tak diyakinkan oleh kawan aku tu. Yes, my friend is 'she'.

Selain elemen bling-bling dan tajuknya yang agak cheesy, penggunaan burung merpati is really a good idea. Memberi maksud kedamaian/pembebasan bertepatan dengan idea penulis untuk memberi penjelasan tentang pelbagai isu yang kadang-kadang kurang difahami/jelas oleh kita.

Isi kandungan

'Sebarkan Cinta~Mu'.Uuuuuu~! Tak tau kenapa bila aku nampak simbol '~' ni mesti aku baca ayat tu macam gedik-gedik sikit. Ah! Maybe aku saje yang fikir macam tu. Kembali ke cerita sebenar, mesti kalau sekali pandang mesti ingat ni pasal kisah cinta berkonsepkan Islam. Nope. It is not. Of course the main focus is mainly about marriage or specifically polygamy. Tapi yang pasti bukan kisah cinta mainstream yang ada scene-scene romantik. You won't get that from this book. Dia macam cerita tapi at the same time memberi info. Why you do this? Why do you that? Of course from perception of Islam berserta dengan bukti dalil-dalil dan pendapat daripada ulama'-ulama' terkenal (A lot!).

Seperti yang aku tulis awal tadi, novel ini adalah mostly berkaitan poligami. Yes, yes aku tau kadang-kadang isu ni sangat sensitif bagi sesetengah pihak lagi-lagi bagi pihak perempuan. Kadang-kadang ada yang langsung tak boleh nak dengar pasal poligami. Marah dan geram katanya. Mungkin dengan membaca buku ini, semuanya akan lebih jelas?. 

Aku suka dengan cara penulis menulis dengan gaya bersederhana dalam memperjelaskan isu ini. Tidak bersifat terlalu ekstrimis menyokong ataupun terlalu liberal untuk menghapuskan poligami. All in moderation state. 

Antara bab-bab menarik dalam novel ini:

  • Tidak Menyukai Suami Berpoligami Tak Semestinya Tidak Menyukai Islam 
  • Islam Mengharuskan Poligami Bukan Menggalakannya
  • Bicara Soal Lambatnya Jodoh etc

Interesting topics isn't it? 

Dengan menggunakan watak utama, Ibu Dhiya (She's Indonesian) yang berkerja sebagai cleaner untuk sebuah kolej. Menariknya, walaupun dia seorang cleaner tapi dia mempunyai pemahaman ilmu agama yang luas. Even pelajar-pelajar dekat situ pun datang berjumpa dia untuk bertanyakan tentang soal-soal tauhid/sirah etc. This is giving us a sign that we shouldn't underestimated people easily especially people who don't stand the same level with us.

And I love the part sesi berhujah antara salah seorang watak dalam novel ini, Sarra dengan sorang ustaz tentang isu poligami. So intense! Aku pulak berdebar-debar nak baca kan. Sampaikan nak Part II sesi berhujah tu. T__T

Tapi satu saja lah aku tak berapa gemar. Isi-isi yang berulang-ulang. Maybe sebab tu buku ini jadi agak tebal? Dan lagi satu, ada some scene yang tak berapa masuk akal. Semasa part chatting antara Ummu Qasdi dan Qasdi (2 orang yang berbeza), to be honest perbualan chatting yang paling panjang pernah aku baca. I mean tak pernah pulak aku tengokk ada siapa-siapa pun taip sepanjang itu untuk sekali enter. I mean satu perenggan untuk sekali hantar. ah! maybe aku terlalu skeptic. Maybe ada.

Basically walaupun buku ini fokus tentang hak-hak wanita, poligami tapi aku rasa seorang lelaki muslim wajar membaca buku ini. Period! I mean untuk memberi lebih kefahaman tentang poligami. Bukan hanya tahu poligami itu hanya sunnah sahaja sedangkan bukan dan banyak lagi aspek yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan berpoligami.

*BR - Book Review

Tuesday, November 27, 2012

Rambling About Durian Crepe

If you are twitter freak like me, You'll notice that for every freaking day, mesti ada saja orang tweet pasal Durian Crepe. Of course beserta dengan gambar dari InstagAram! Lepas tu depa exaggerate sikit letak simbol love atau perkataan yummy. That is rude!

For your information, aku tak pernah lah merasa makan benda ni lagi. Even sebelum ni trend makanan lain macam Macaroon atau Pavlova pun tak rasa lagi apatah benda ni. Sebagai 'professional' food taster of course terjejas sedikit kredibiliti. But still, life goes on. *ayat sedapkan hati*

Oh ya, bagi yang duduk ceruk batu mana Durian Crepe pun tak tau, ini adalah benda alah tersebut;

Source: Google
By the way ni bukan entry resepi, tapi kalau korang nak resepi tersebut sila lah Google sendiri. Nanti berderet keluar. This entry is more like a..... research. Untuk mengenal lebih mendalam tentang benda ini.

Tapi sebelum itu, marilah kita belajar menyebutnya dahulu. It is Durian Crepe. Durian sebut macam biasa tapi kalau nak sebut slang orang putih pun boleh (Dhu-ri-yan). Crepe pula sebut seperti Krep. Bukan Creepy, sebab Durian tak creepy unless kalau dia jatuh atas kepala semasa musim mengutip di kebun. That is another story. 

Dan sebagai info tambahan, Crepe actually coming from France. And this is the original one

Strawberry Crepe with excessive amount of whip cream! =L
Aku pernah rasa benda ni sebenarnya and blogged about it once. You can read it here if you want to >> Crispy Crepe. But believe me, memang tak sama langsung rupa dia dengan yang original. Versi kedekut tapi harga melampau. And of course, inti dia bukan strict kepada buah Strawberi sahaja. Boleh tukar kepada Blueberry, Mango or even other non fruit related things such as chocolate syrup, butter, meat etc. Since dekat France susah nak dapat Durian dan mostly orang putih tak berapa nak gemar dengan aromanya (ada yang kata bau kaki? bau skunk?) sekarang kita dah tahu kenapa Durian bukan menjadi pilihan perisa utama mereka dalam senarai-senarai menu. Durian for them is like a very exotic kind of fruit. (macam manggis, laici, belimbing etc). 

Fusion Process.

Tetapi since dekat Malaysia Durian senang nak dapat lagi-lagi kalau dengan musimnya. Bersepah dekat tepi jalan. Let us just assumed Malaysian love to be creative and innovative thus, grabbing the opportunity of 'Musim Durian'  and transforming it into business purposes. Then, voila! Durian Crepe. RM10 untuk 3 ketul! (Correct me if I'm wrong)

Since aku tak pernah rasa benda ni, so aku tak boleh nak describe rasa dia dengan lebih terperinci. Tapi since it is made from Durian. Rasa dia mesti completely 90%- Durian, 6%-Creamy (whip cream) dan 4%-Tepung (kulit). Yay! Case solved!
T________________T

Korang dah pernah rasa? Hamburkan di kotak-kotak komen berkenaan hal ini. Aku mahu membacanya. I insist (paksa).

Monday, November 26, 2012

BBW Dah Dekat! Get Yourself Ready

If you an avid reader like me, korang mesti dah tahu setiap tahun wajib ada satu event yang besar dimana buku-buku dijual dengan harga yang murah gila! Yup, I'm talking about Big Bad Wolf (BBW) here. Bagi yang tak tahu (bukan kaki buku lettew), ini bukan event dimana serigala-serigala jadian dilepaskan lalu memakan kanak-kanak sebagai breakfast, ataupun aktiviti pemujaan ahli-ahli baru untuk secret society. Walaupun nama dia agak ganas, it is actually a nice good event.

Tahun lepas aku ada 'up'kan entry pasal ni. Around October I guess, tapi sayangnya tak dapat nak pergi. Mungkin tak cukup budget? I don't know. Tapi... tahun ni, selepas setahun menanti. Ia datang kembali. In December actually. Let me just spill out the details first.

Klik untuk tumbesaran berganda
So, we only have around one week and a half left. Ah! sekarang ni bukan waktu gaji masuk ke? Well, korang mesti tahu apa yang perlu dibuat. Simpan lah uang secukupnya untuk pembelian secara pukal. Kalau aku? Aku akan budget around RM200 atau lebih? Hahaha. = =". Tapi disebabkan aku masih lagi seorang pelajar yang hanya bergantung kepada duit pinjaman semata-mata, nampaknya aku kena buang satu kosong dekat belakang budget tu. Bukan RM20 ok. pfttt~ Tak berbaloi. I mean budget dalam nilai puluh bukan ratus. Unlike some of you guys, at least I need to survive until at the end of this year. Sobs sobs.

Aku ni bercakap pung pang pung pang macam betul-betul nak pergi. To be honest still around 60-40. 60 nak pergi, 40 tak pergi. I know!! I should go right? Tapi.. tapi.. ughhh. Forget it.

Lets talk about something else, ok here is the list why you guys or even me should go:

#1

3 juta! Maksudnya banyak variasi buku. You will find a lot! And by the way tak payah buat angkat-angkat kening mengejek. Sebab bukan buku jenis romance aje yang dijual. Ada genre fiction, non-fiction, children and graphic novel. You named it. Semua ada.

Cukup untuk semua orang! (kut). Perasan aku tengok gambar ni macam nak rempuh semua buku lepas tu menangis sambil peluk satu-satu buku. Wakakah. 
  
Tapi, tapi hanya tertakhluk kepada buku english sahaja. You won't find any 'Adam dan Hawa' here. 

#2

Tau tak betapa mahalnya buku-buku yang datang dari negara orang putih ni. Selalunya sebuah kalau boleh dia nak caj sampai 20-30 ringgit. Cer kabo, kalau buku tu jenis bersiri, lepas tu ada 6 set pulak kan? Tak ke gila nak beli secara pukal? Tapi dekat sini semua harga buku adalah around 75%-95% diskaun!! *mata terkeluar* *masukkan balik mata*

For example:

Normal Price = RM48++
BBW Price = RM 8

Aha! I told you so.

Tau tak, aku dah berapa kali masuk contest dia which is hadiah dia ialah pass eksklusif pergi BBW tu sehari sebelum dibuka. Lebih kurang premiere lah. Orang yang dijemput pun sikit, so macam bebas sikit kau nak berlari-lari pilih buku. Tapi haram... tak menang. Sob sobs. So kalau ada wakil-wakil BBW yang baca entry  ni, tak de ke pass untuk wakil media macam saya. Kalau ada, please contact me through my email. 

starwz10@gmail.com

Pasti jualan anda akan meningkat selepas menjemput saya. Aha! *kenyit mata*

Kah kah! MACAM ADA! pfft.

Ah! tetiba jadi macam 65-35 pula nak pergi. =/. Oh ya. Kalau aku pergi, jangan risau. Akan ku kepochi kan di blog sehari sebelum bertolak. lol.

Sunday, November 25, 2012

Shodate

I know, I know, I have been a lazy bum by not updating any entry this past few days. Walaupun minggu lepas dah plan nak buat sikit makeover dengan blog ni. Sikit saje, nak tukar header je pun. Nothing's much. The first draft dah siap. I mean the idea on how the header will looks like. Nak tengok sedikit sneak peek tak? You know how I love teasing you guys.

*krik krik krik* 

Ok fine.

So the next step is to translate it into JPEG file aka membuat di Photoshop. Zzzzz. Tau tak dia punya semangat nak buat tapi last-last tergendala sebab well, hurmmm... I'm procrastinating a little bit.

Padahal tengaok The Mentalist/Castle macam esok tiada lagi. Siap pukul 3 pagi pun masih lagi tengok padahal pukul 10 sebelum tu dah janji dekat diri sendiri kata satu episod je lagi lepas tu start buat kerja. I'm soo mad. Ye,s at you. *tunjuk diri sendiri*   

Well, don't blame me. Blame the dramas. The are all evils!! Kah kah! Mengarut sungguh. *tampar*

 Now lets get the work done! See you soon with a new stuff in a future. Hehehe.


Ok! ok, header first! header!.

Wednesday, November 21, 2012

Ingatkan Nak Shodate Saja Tapi Terpanjang Pula

Disebabkan tak ada apa-apa yang perlu di'kepochi'kan untuk beberapa hari lepas tambahan pulak ada test and projek untuk minggu ni, maka tak de lah sangat ada mood untuk menghapdate blog maka macam biasa terjadilah 'hiatus' iaitu hilang selama beberapa hari. Macam tak biasa pulak kan? 

Bercakap pasal test which is my first test in this semester (semalam), I got pretty nervous with this one. Oh, biasalah test pertama. Dia macam keyakinan masih lagi di paras membimbangkan. Plus! Plus! need like to covered 7 chapters. Ini bukan test ni. Ni macam final exam! Too many chapters to memorized. Lagi-lagi bila lately ni keupayaan memori jangka masa panjang ko tak berapa nak on. Maka, bantuan nota berwarna-warni haruslah ada bagi mencetuskan sesi penghafalan yang efisien dan tuntas. Bila time nak jawab senanglah tercetus idea. "Haa! aku ada tulis point untuk jawapan soalan ini~. Dalam pen hijau~~~" *sambil tolak cermin mata ke muka*  

Aku tak tahu lah kenapa gemar betul aku susun nota macam ni.  Mungkin nampak macam 'Ah! inilah usaha keras ku. Oh my lovely babies!' 
Kejap! Kejap. Aku rasa aku macam pernah tangkap gambar amik nota. Macam ni jugak. Jap aku pi cari.

*Selepas 15 minit bersusah payah mengodek entry-entry lama*
*I mean mana nak cari beratus-ratus arkib entry ni?* 
*You should praise my effort to be honest* 
*Ya! like you should* 

Ok fine tak jumpa. Don't blame me! Blame the arkib. Apsal banyak sangat? And I somehow tersesat dan terjumpa gambar-gambar makanan yang lepas-lepas. Dan sekarang saya mengidam nak makan. SUDAH! 

zzzzzzz.

Ok back to story about the test kan?. Lepas macam bertungkus-lumus bersengkang mata selama beberapa hari menyiap nota selepas tu membuat latihan latih tubi dengan menghafal dengan teori-teori management yang macam setiap topik wajib point dia banyak gila. Contah macam topik contemporary theories for motivating employees. ADA 6 THEORIES! Lepas tu ada pulak teori yang dalam dia pecah lagi ke 4 pendapat.  Then multiply that with other 6 chapters. Tiba-tiba aku pulak yang demotivated nak study kan?

Tapi macam biasa WZ ni kuat orangnya, apa pun cabaran pasti gigih ditempuhi.

*Hari Peperiksaan*
*Kok kok kooook* <<< bunyi ayam

I received an email that the test will be an 'Open Book Test'. It means that I can bring the text book and slides for my references.

Should I be happy?

No.

1st. All the hard work of memorizing! T____________T
2nd. I don't have that book. Solely making notes based from the slides
3rd. My slides is in power point files. Not in hard copy
4th. My printer is with someone else
5th. I only have 6 hours left before the test.

*menggelupur*

Mujurlah ada beberapa copy buku tu dekat library. *After like intensively checking the online database*

Then go straight to the library,WALKING. Sebab takut student lain pinjam. Since that last minute announcement. It's going to be a war. Everyone will do anything to get one copy of this book. And, Alhamdullilah! Got my own copy, 7th edition. Walaupun sekarang dah 11th edition. But well, janji ada. 

Then answered the test and reward myself with a Grilled Chicken Chop. Kyaaa~~!

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Tak tau lah aku duduk dalam Batu Caves ke apa, pagi tadi aku baru perasaan esok Maal Hijrah! *facepalm*. No wonder ramai betul ambil kesempatan amik cuti hari Isnin terus sekaligus mengisytiharkan cuti panjang musim tengkujuh.

Sebenarnya Deepavali pun aku tak tahu tarikh dia bila hari tu. That's why lah kalendar petak-petak yang ada senarai panjang 12 zodiak binatang dekat bawah tu kadang-kadang penting rupanya. Aku kadang-kadang (dulu lah) tak bersetuju betul penggunaan kalender jenis ni. Tapi, tapi my father, dia suka benar dengan benda ni sampai setiap kali new year (barat punya tahun) mesti ada at least 2,3,4 eh malah 5 kadang-kadang diperolehinya. Lepas tu tampal dekat segenap pelusuk rumah. Even diruang tamu pun. Alasannya senang lah nak check. Kalau ada satu aje kan jenuh nak pergi check jauh-jauh. Eh! comelnya ayahku ini! T___T

Macam biasa, remaja(?) macam aku selalu lah membangkang cadangan ini lantas kalau ada perayaan-perayaan tertentu mesti senyap-senyap amik lepas tu sembunyikan di dalam almari. Almari siapa? Lemari ayah aku sendiri. KAH KAH. Kau nampak tak permainannya disitu? Tapi sekarang dah kurang lah takde lah macam setiap langkah ada kalender.  

Lepas dah tak ada baru macam eh, ada kepentingan jugak kalender petak-petak tu. Ingatkan kegunaan dia semata-mata untuk check kau tahun binatang apa, lepas tu mengetawakan sesiapa yang dapat bertahunkan khinzir. zzzz.

And I wishing all the Muslims;

Tuesday, November 13, 2012

3 Word 3 Stories [#2]

Beberapa bulan lepas, rasanya bukan beberapa dah tapi 7 bulan yang lepas(!) aku ada buat satu entry ala-ala game. You can check the entry by clicking here (If you interested enough)

Siapa-siapa yang ingat tu baguslah. Ternampak lah bukti bahawa you guys really following this blog. Ah! terharu. I never expected this blog to be read by someone in a first place, never! Especially by strangers. Sebelum aku mula syok sendiri bagi ucapan penghargaan baik kita mulakan sahaja game ni.

Macam biasa I'll be used this website as my reference (sini)  which it will randomly generate a couple random words for me. But this time around aku buat 3 sahaja lah. Buat 5 macam banyak sangat buat masa sekarang. So daripada 3 perkataan tu akan ada lah cerita-cerita nya based on my pengalaman ke apa.



Kyaaa~! macam nak tulis bibliography sendiri pulak rasanya.

#1 Heifer

Heifer = A young female cow that has not borne as calf  




That was random! Haha. Perkataan tu pun first time dengar. Lepas tu aku pun macam blur nak cerita pasal apa since lembu yang dah matang tu pun aku takde nak cerita apa-apa. Inikan pula nak cerita pasal anak lembu. Hah! Cerita pasal lembu satu benda aje terlintas dekat kepala ni. Daging lembu korban. Yes! Tau tak daging-daging lembu korban tak boleh kasi ke haiwan untuk dimakan contoh macam kitty cat? Kengkadang kesian juga dekat kucing depa dok mengiau-ngiau suruh bagi sikit. Tapi mana boleh kan? Dah daging korban! Haishh. Tu lah dilema yang sering dihadapi semasa kecil dulu. LOL! Sekarang beli ajelah friskies dikedai habis cerita. 

 #2 Murderer

Perkataan tak boleh nak bagi lagi serius lagi ka? = ="

Let me think, selain menonton excessive episodes of CSI and Criminal Minds, aku tak pernah jumpa pembunuh lagi-lagi in real life. Idakler aku kata aku nak jumpa sorang kan? Mintak simpang! Tapi pernah lah jumpa mayat terapung dekat tasik kolam terbiar sebelah asrama dulu masa study dekat KL. Takde lah jumpa macam 'Eh! mayat!'. I mean time tu balik kelas dalam bas lepas tu orang dok kerumun dekat kolam, then macam biasa dah naluri manusia mestilah kau pun nak kepochi nak tahu apa benda kan?. Last-last nampak benda terapung. Dengan posisi badan meniarap mayat dengan kulit pucat gila tu terapung-apung atas air. T___________________T

Dengar kata tu mayat pekerja buruh asing. Tapi sampai sekarang tak tau pasal apa dia mati. And I never intended to know the reason he died also. Eh? Murderer jadi cerita mayat?

#3 Quotation 

Kalau korang jenis kaki Tuider (Twitter) mesti biasa betul dengan quote ni. Siap ada account special dengan quote sekali. kalau mana yang suka boleh lah follow. Tapi aku tengok trend sekarang orang asyik suka betul re-tweet/post quote sewenang-wenangnya. Tau lah nak impressed orang baca. Tapi quote tu bagi aku kalau setakat nak buat macam tu baik tak payah lah. Quote ni gunanya nak bagi lekat ke hati lepas tu kita apply in real life. Bukan sekadar main quote-quote aje. Lepas 2-3 hari dah lupa.

Senang cerita contoh lah contoh macam hari ni si A tweet/post;

Don't judge a book by it's cover

Lepas tu 3-4 hari kemudian tweet/post "Eh! Ada si polan si polan duduk sebelah aku, mesti busuk gila!". Aik? Bukan 2-3 lepas kau kata don't judge a book by it's cover ke?  

Source: Stated above
Konklusinya janganlah asyik meng-quote sewenang-wenangnya.

Ah! that's it for now. Better do some notes for next week exam!  

Monday, November 12, 2012

Hai!

*Keluar dari lif*

Dia macam ni (tiba-tiba), sekarang ni boleh nampak tahu pattern bila blog ni update. Mula-mula macam banyak betul benda yang nak ditulis. So mulalah 2-3 hari berturut-turut adalah ceritanya. Then suddenly, BAM! seminggu diam. Dia macam kau ada secret operation macam spy, kena pergi lokasi-lokasi luar negara sebab tu tak sempat update blog. Sounds more like agensi spy yang low-budget sebab tak provide smartphone dekat pekerja dia. =(

Tapi ada jugak kengkadang aku update dekat Fans Page tu. Sebenarnya ak tak suka guna term Fans tu sebab kau (maksudnya aku lah bukan korang) siapa? Berlagak celebrity lah konon tapi apa output produk pun takde. Let's just say it as Friend Page. Tapi harommm!! Post dekat sana takde sapa pun reply. Harap aje ada seratus lebih likes. Aku merajuk! Tak mau dah post status kat sana dah. Nak letak link baru aje. (immature betei).

Tapi kadang-kadang bukan tak nak tulis cuma tak de isi menarik, teringin jugak nak tulis tajuk macam 'Menghadiri Majlis Perasmian Buku XXXX' ataupun 'Merasa Hidangan Terbaru Daripada XXXX' ataupun 'Secara Rasminya Saya Ialah Duta Coolblog!'.


Eh! Semua orang ada hak untuk ada impian what! Walaupun macam impossible. Humpph. Tapi disebabkan kelakuan menghapdate yang asyik seminggu on and off saja, dengan ini aku kasi lah something untuk tebus balik; 

*Berdiri ala-al Oprah*

Lepas dah berbincang-bincang dengan syarikat beverage kegemaran aku, you guys can get free Starbucks!! 


Free lah woi free! Onggile (orang gila) aje tak pergi redeem. 

Monday, November 5, 2012

Proses Menggoreng 'Live'

Ahad lepas ada chance tengok orang masak nasi goreng depan mata sendiri. Biasalah jenis duduk dalam bilik tak keluar memang agak batak sikit benda-benda macam ni. Padahal dah 260 ratus tahun lepas dah orang lain tengok! Kau baru sekarang. Takpe lah setiap benda ada first time dia kan? Ada jugak yang tak pernah Coolblog pun walaupun benda tu dah keluar lama dah. (Tetiba)

Tak dapat tengok concert artis live, yang ni pun jadi lah. Live juga. Lepas tu memang mata tak lepas tengok setiap gerakan seolah-seolah setiap step ada caj dia. Tangan dia gerak ke kiri ko tengok kiri, dia amik nasi ke kanan kau tengok ke kanan. Maklum lah kalau tak tengok bazir pula sebab dah bayar. 

Chef tengah siapakan Nasi Goreng Sambal Petai. This is not my order by the way. Mine is Nasi Goreng Seafood. 
 
Dia time letak minyak lepas tu udang-udang start keluar asap lepas tu macam keluar bunyi "Cccccriich'.  *Drooling dari tepi*
Then the final step bila dia letak nasi, telur dan rempah cili. 
Aku punya khusyuk tengok orang ni masak sampai orang sekeliling pun dah tak perasan. Lepas tu bila pandang tepi baru perasan yang ada satu group chinese people pulak yang perati gelagat kau sibuk kepochi tangkap gambar seolah-olah wartawan dari majalah 'Food & Style'. = ="

Tapi kadang-kadang ada juga disadvantage makan depan benda alah macam ni. Contohnya time kau sibuk memperisi udang yang kulit dia tebal macam konkrit tiba-tiba terpelanting kacang panjang depan kau. Ok..........

Dan macam biasa lah kan. WZ ni kalau dah siap menu dia. Time pinggan dah licin semua baru dia sedar dia tak tangkap gambar untuk final product. Yeah!!!! Jadi untuk menebus kembali kesalahan tersebut terima lah gambar ini sebagai penggantinya. 


Tau. Random sangat. =( 

Thursday, November 1, 2012

[Karangan] Rangkaian Sosial Mikro Pembunuh Utama Blog

Rangkaian Sosial Mikro Pembunuh Utama Blog

Blog atmosphere nowadays was no longer the same masa mula- mula aku start blogging dulu. Time tu bukan main rancak dan meriah. Since everyone sangat rajin mengupdate cerita masing-masing. Same goes to me. Boleh tengok bilangan entry pada 2010 adalah sebanyak 209 buah. (This is the time when semua benda nak cerita even benda sekecil-kecil alam pun).

Then menurun secara drastik pada tahun 2011 which is around 130 entries. Hampir separuh lah jugak. This is when Twitter play its mischievous part. Micro social networking like this memang antara punca-punca why people don't bother to update their blog anymore. Memandang bila tengok balik tahun ini jumlah entry pun makin merosot lagi, guess the trend by updating statuses through this Twitter, Facebook etc also affecting me here and there.

Facebook for me is not really a big problem since updating there for 24/7 is not socially accepted. Twitter ni ha problemnya! Ko nak bebel seminit 30 kali pun tak pe. Diterima oleh golongan masyarakat disini. And that's when the main problem begin. 


Source: Google
Kadang-kadang aku akan tweet macam esok tiada lagi sampaikan stok untuk update blog dah takde. What is the purpose kau dah bongkarkan segalanya dekat sana dan mengulangi proses yang sama dekat blog? Which is much more tiring and troublesome. Termasuklah compressed gambar (Jimat bandwidth. ehem!), uploading pictures and giving captions while there you just can simply uploaded a picture without any caption at all but still people will responded to that.  

Ada jugak time bila aku bagi pendapat to certain things (related to music especially) through this social networking thingy lah sampaikan aku pikir. "Eh! I should blog this thing instead!". Lagi-lagi dekat Pour Me Music yang dah jarang-jarang update dah tu. Then menyesal. Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata semua orang dah tahu' (?) 

Plus, since I am not a smartphone user, maka terselamat lah sikit blog ini. I mean nak uplaod gambar dengan handphone ber'keypad' yang langsung tak mesra internet adalah sangat susah. Bayangkan bila dah ada Samsung Galaxy Note II (Amin!). Ko tengok lah memang habis semua dok kepochi kau dimana, buat apa, dengan siapa, makan apa dekat Twitter/Facebook. Time tu jangan harap lah nak pandang blog dah. 

But still, since my passion is to write especially in a long sentences dan berkarang-karang panjang perenggan. I don't think I will let this blog mati begitu sahaja. I can assure you that. If nak berenti pun I will try to give a proper goodbye.

(405 patah perkataan tak termasuk gambar)