Thursday, February 28, 2013

Down Memory Lane With Salma

Jadi semasa mengemas-mengemas rumah hari ni terjumpa satu kotak misteri. Ingatkan berisi apa, rupa-rupanya some of my old books! Buku-buku dari zaman sekolah rendah. Masih terselamat lagi. Mujur tak dimakan dek anai-anai sama macam buku Da Vinci Code tu. Habis suku kena makan. Tengok kondisi dia  pun seolah-olah macam dah meragut sedikit kebahagiaan dalam diri ini. Dah lah buku feveret. Berbalut pulak tu! *bebel*

Kembali kepada kotak misteri itu, kebanyakkan buku dalam kotak rupa-rupanya adalah daripada Siri Salma. Terkejut sekejap. Ingat dah arwah semua. Siri Salma bagi yang tak tahu adalah antara salah satu siri penyiasatan legend semasa aku sekolah dulu disamping Siri Hadi dan Siri Lima Sekawan. Siri Salma ni macam adaptation daripada Nancy Drew tapi dimelayukan cerita dia. Even nama watak, jalan semua ditukar kepada environment Malaysia. Tapi aku tak tahu lah kalau dia ambil 100 peratus kandungan daripada Nancy Drew tu dan diterjemah bulat-bulat dalam Bahasa ataupun dia ambil Nancy Drew tu sebagai inspirasi dan dibuat jalan cerita yang lain. 

Cerita ni berkisar pasal Salma sebagai watak utama dalam cerita ni bersama dua lagi kawan dia, Zarina dan Mei Lin duk bertungkus-lumus menyelesaikan pelbagai jenis misteri bagai. (kadang-kadang dibantu oleh boyfriend masing-masing lol). Plus, satu buku ni kalau baca memang dalam sejam lebih dah boleh habis since dia agak nipis. Aku sebenarnya sampai la ni pelik macam mana Mei Lin boleh masauk team Salma. Siap kata cousin lagi. Adakah Salma tu ada darah Chinese?

Sebenarnya aku tak tau apa yang menyebabkan aku begitu obsess nak kumpul semua buku Siri Salma ni. Dan sejujurkan nak kumpul 42 jenis tajuk agak sukar masa tu. But somehow I managed to collect all of them before starting high school!

The Collection
Teringat lagi dia punya determine nak kumpul sanggup ajak ayah pergi semua kedai buku dan check ada tak siri ni. Pantang ada kedai buku baru mesti terjah. Lepas tu tick checklist mana tajuk buku yang berjaya dibeli dan tengok pula senarai mana yang tak beli lagi. Konsisten betul! Haha. Yang bestnya buku-buku masa tu murah sangat. Dalam RM2.50 satu naskah. Jadi affordable sangat kalau nak beli dalam 3-4 buku dalam satu-satu masa. Tak tau lah kenapa sekarang buku-buku mahal sangat even novel melayu pun. 

Now let me show you some of the titles of the book. Siap scan lagi.

Yang ni edisi terbitan tahun 1988. Tengoklah cover dia. 80-an sangat fashion ranbut dengan baju..
Yang ni pula edisi terbitan dalam tahun 1993. Kebanyakkan aku ada dalam versi ni

Ni pula yang paling baru antara yang dua versi diatas. Terbitan 1997

Tapi sayangnya bila aku dah check balik, some of the titles are missing. Tapi mujurlah bukan semua yang hilang dak? Bila buka sehelai demi sehelai muka surat daripada buku-buku ni teringat balik semua kenangan-kenangan lama. Pernah berangan jadi librarian, susun buku ni ikut warna lepas konon-konon ada orang datang pinjam ataupun rancangan licik nak membanyakkan senarai buku untuk menang Projek Nilam dekat sekolah. =P

Sekarang aku dah tau dah dari mana datangnya minat tengok segala jenis drama crime (Criminal Minds, The Mentalist, CSI, Bones, Castle etc) bila dah besar ni. 

Wednesday, February 27, 2013

Big Bad Wolf Kembali (Edisi I Hate You)

Bermula dari bulan satu lagi dah ada cakap-cakap yang mengatakan Big Bad Wolf (BBW) akan mulakan promosi jualan kedua mereka selepas yang pertama pada bulan Disember tahun lepas. Sejujurnya aku memang tak senang hati dan resah gelisah mendengar berita ini. Jadi memang aku buat endah tak endah dengan semua tweets/announcements/posts daripada mereka. 

Tetapi malangnya menjelang akhir bulan satu macam tu memang confirm akan ada BBW Aftermath Edition. D*mn!


Date: 28 Feb - 4 March
Time : 9am - 9pm (Aku rasa mesti ada 24 hours sale)
Location: MIECC, Seri Kembangan (Tempat yang sama macam tahun lepas)

I'm soo furious about this since aku dah pernah pergi BBW yang lepas. Why? 

#1 Masa ni ada dekat rumah. Lebih tepat lagi sedang menanam anggur. Jadi memang tak de langsung budget untuk beli benda-benda macam ni.

#2 Disebabkan secara rasminya dah habis belajar. Maka tak layak dapat BB1M a.k.a baucer-baucer buku yang berjumlah RM250 itu. Dan yang seronoknya boleh guna baucher ni dekat sini. Yay! BUMP!

#3 All fiction novels will be at RM5. DIAM! DIAM! DIAM! *tutup dua-dua telinga dengan tangan sambil menggelengkan kepala*

#4 Stok bacaan buku dah hampir habis. Lepas tu pergi Popular tengok satu novel harga sampai RM30+. Lepas tu compare dengan harga BBW. Stress.

Bayangkan kalau aku dapat guna semua baucher tu. Boleh dapat 50 buku weh! LIMA PULUH! Meroyan. Boleh buat stok setahun membaca. I just can't with all of this.

Jadi disebabkan sebab-sebab tu lah kalau perasan memang aku buat dek aje dengan status-status daripada BBW ni. RT tweet pun idak. Bagi yang nak pergi event ni lagi-lagi yang berbekalkan dengan baucher-baucher BB1M... you lucky *tuuuutttt*.

Tuesday, February 26, 2013

Projek Botani WZ

Enough posting about rambling stuff! Kalau dibiarkan, dah cukup boleh buat mini series. Jadi ayuh beralih kepada sesuatu yang lebih penting. Jadi disebabkan hari ini ada masa lapang (setiap hari pun sama) I'VE decided to become the Eco-Green WZ. 

Rumah ni biasanya kalau buat kuah Kari mesti ada sambal belacan. Wajib! Kalau tak ada memang tak sah. Dia macam kalau makan sphagetti tak bubuh cheese. Ewww no~! Kedengaran macam satu jenayah! Tambahan pula salah seorang isi rumah ni *batuk* *batuk* adalah sambal-freak. Jadi, penggunaan cili adalah sangat penting untuk kegunaan seharian. Disebabkan sebab-sebab ini lah terdorong rasa niat dihati untuk menanam cili merah dan cili padi sendiri! 

Maka ni macam baby step lah sebelum beralih ke tanaman yang lain. Konon kalau yang ni berjaya lepas ni boleh tanam benda yang lain yang lagi advanced. Sebut aje, terung? bendi? tomato? Alah semua itu bisa saja. Tapi rileks dulu. Make this chili thingy work first.

Jadi diringkaskan cerita pergi lah ke kedai membeli benih-benih yang diidamkan-idamakan.

Tada~~

Nampak tak? Nampak tak? Even nama produk pun SERBAJADI.  Keyakinan meningkat
Jadi nak tengok tak apa rupa benihnya? Curious bukan? Sabar, sabar kita tengok satu persatu.

Benih Cili Merah! Kelihatan familiar bukan? Adakah aku macam ditipu? Ke dia korek-korek dari cili merah saja lepas terus packing?

Benih Cili Padi! Hurmmm. *pandang gambar atas* *pandang gambar bawah*
Ah! Korang kalau aku guna benih yang sama pun bukannya korang perasan pun! Jadi tak payah nak kepochi kata. "eh eh! sama lah sama lah" Bluerghh!

Jadi langkah seterusnya adalah dengan membuat batas. Since ada dua jenis cili maka kena ada dua batas. 'Batas Chocolate Disco' dan 'Batas Polyrhythm'. Jangan persoal piliahan mana tersebut! Lepas tu tabur-tabur mana patut biji benih dan jirus ke atas dia. Macam ganas pula perkataan jirus tu more like siram guna tangan sebagai medium lah (?). 

Tada!

Batas Chocolate Disco.
Oh ye, aku ada dengar lah yang manusia ni ada dua jenis tangan. Satu tangan panas. Yang satu lagi tangan normal kut. Yang tangan panas ni kalau tanam apa mende pun mesti tak menjadi. Asyik-asyik mati. Lantak lah biji benih tu tulis SERBAJADI ke macam mana. Memang tak menjadi. lol. Harap-harap ini adalah mitos semata-mata. *celup tangan dalam ais* 

Lagi satu, since ini adalah project sains yang pertama dirumah. maka haruslah mempunyai rekod catatan perkembangan biji-biji benih ni. Jadi untuk setiap minggu akan ada sedikit catitan mengenai mini projek ini. Secara tak langsung korang oleh ikuti perkembanagn biji-biji benih ini membesar! 

Maka boleh lah klik pada gambar macam dekat bawah ni untuk mengetahui prestasi benih-benih ini. Jadi aku akan letakkan dekat sidebar untuk kemudahan akses semua orang! Waaa~~ lol.


Dekat belakang packaging tu kata result akan nampak pada 2-3 bulan. Jadi kita tunggu dan lihat.

P/s: Anda juga boleh menderma sedikit insentif untuk menjadikan projek ini berjaya. Kalau ada budget lebih boleh buat pagar atau pun buat papan tanda dekat tepi dia. Wakakah.

Monday, February 25, 2013

Rambling #3

Seminggu dua ni senang benar nak emotional. Walaupun benda kecil sekalipun boleh bagi impak macam tu benda tu besar sangat. But mostly I've managed to get myself to flip it back to positivity. Kalau tak memang tenggelam lah dalam dunia Lana Del Rey. lol. But I do think that sometimes it's okay to be emotional or in much more correct terms being not so happy with your current situation. Sebab nanti kalau dimasa depan, bila dah senang, happy etc kita lebih bersifat menghargai dengan benda yang diperolehi. 

Bak kata Charlie Caplin; 

'Nothing is permanent in this wicked world, not even our troubles'.

Buat masa sekarang apa yang diperlu dibuat adalah dengan menyerap tenaga positif sebanyak yang mungkin daripada keadaan sekeliling dan terus bergerak ke hadapan.

Friday, February 22, 2013

Rambling #2

Hari ni patutnya segmen untuk BR (Book Review), tapi malangnya aku tak pula ada baca buku untuk beberapa minggu ni. Kalau ada pun yang english. Aku seboleh-bolehnya nak review novel-novel melayu. Konon-konon macam nak sokong industri buku-buku tempatan lah. Tapi kalau novel melayu = duit. Kalau duit yelek maknanya buku pun yelek. So diam. 

Jadi macam biasa aku malas nak bagitau perancangan untuk masa depan nak tulis entry apa, sebab selalunya mesti tak berapa nak jadi. Contoh mudah. Header. MANA dianya project header?!

*krik krik krik*

Jadi sekarang ni nak buat apa-apa kena diam. Bak kata pepatah 'diam-diam ubi berisi'. Tiba-tiba dalam kepala terlintas 'diam-diam WZ berisi' OTL. *lempar penimbang berat*

Oh ye, yang bertanya entry lepas Pearl Milk Tea jenama apa yang dimaksudkan tu. Haa. Nama Dia 'Hainan Tea'. Rege dia pun lebih kurang ChaTime. = =". Tapi aku satisfied lah minum. I mean asyik CoolBlog aje. Muntah lah. Sampaikan tengok poster Heliza pun naik meluat. I need something new and fresh. 



Hari tu pergi dapat lah rasa Hazelnut Chocolate pulak. Yummy! Rasa Vico! lol. Dia punya cashier pun peramah betul. Sebab aku ada tanya kalau perisa coklat ada tak? lepas tu amik ko dia kasi 5-6 jenis. Ko pun tetiba dilemma nak pilih mana satu. Tetiba rasa nak keje situ. = =". Yang unik pasal Hainan Tea ni time tunggu air menu kita tu disiap tu. Dia macam ada bagi satu benda bulat nama dia UFO... apa ntah. Kalau minuman kita dah siap benda tu akan vibrate! Canggih gila!! I was amazed by that kecanggihan. Maknanya time air tu tengah dibuat ko boleh lah pergi gerai lain macam Auntie Anne's, Mr Doughnut, Sushi Jusco etc (lol dh hafal nama gerai sekeliling dia) tanpa bimbang minuman dicuri orang.

Beside minuman milk tea ni dia juga ada sediakan makanan juga. Tapi dissebabkan aku dalam budget. Setiap kali tengok menu makanan dia terus gelap hati nak order apa-apa. Hebat tak mindset aku? 

Lagi satu aku ada aim satu restoran ni. Nama dia 'Wing Zone'. Apa yang aku tau Wing Zone ni first branch dia dekat Malaysia bukak dekat area aku. Jadi eksklusif gila! Tempat lain belum ada lagi. Jadi nanti boleh lah aku buat full review. *cermin mata berkilau*

In a meantime bersabarlah dengan rambling aku berkaitan dengan Hainan Tea, sebab selagi aku tak jemu selagi tu lah aku dok taip secara sengaja atau tak sengaja dekat blog. Tengok! Introduction pasal book review tapi tetiba masuk kategori makanan. Licik tak?

Sunday, February 17, 2013

Rambling #1

Sejak kebelakangan ini, aku agak obsess dengan Pearl Milk Tea. Rasa dia macam tiap-tiap hari nak teguk satu gelas. Tak tau lah jampi apa dia pakai sampai asyik terbayang-bayang dalam kepala. Sanggup tahu  bersusah payah pergi Jusco nak beli satu benda tu. 



Since I found this one Pearl Milk Tea (PMT) yang lebih kurang sama rasa dia dengan ChaTime thus I'm not complaining. Harga pun lebih kurang sama mahal by the way. Saiz 'Large' sampai RM6.90. Melampau tahu harga for a basic beverage like that. To be honest here, PMT ni lah rasa dia biasa saja, teh susu yang tawar. Boleh kata teh mamak lagu sedap! Tambahan pula, berpuluh lagi perisa lain ko boleh pilih. Yang lebih adventurous rupa dia pun.  Tapi ini juga yang dipilih. Mungkin  sebab perasan tawar dia tu ditambah dengan mengunyah pearl sungguh exciting? Let me suggest you the best place nak menikmati benda alah ni ialah time driving alone. Dia paling thrill nak sedut adalah time nak tunggu traffic light bertukar jadi hijau. Ada juga kadang-kadang masa tu jadi jahat sekejap bila kereta sebelah pandang ko, ko pulak dan-dan buat muka reaksi macam tengah minum air yang maha sedap! Mulut tu kalau boleh muncung sebab tengah hirup air kan? Kah kah kah. Lepas tu disambung dengan adegan pandangan inesen ke muka orang sebelah seolah-olah macam tak sedar diperati. Their face expression was priceless! LOL!. Tapi ikut time lah juga time nak buat mende kut-kut tetiba lampu jadi hijau kelam kabut jugak lah ko no tukar gear. 

*Patut ke letak gambar sendiri dekat sini sambil minum PMT?. Kah kah dasar camwhore*

Oh ye talking about PMT, is it that I'm the only one yang suka kunyah-kunyah that thing sebelum telan. Tak tau lah ni habit ke macam mana. Memang rasa macam something wrong kalau minum air then biar sahaja pearl tu masuk kerongkong tanpa kunyah. Rasa sungguh insecure membuat begitu. Adakah ia akan keluar balik pun begitu? lol. Padahal tau lah keje asid perut tu. Same goes kalau minum cincau. I just can't help it. Maybe It just myself being weird.

Jap-jap adakah post ini menunjukkan  berakhirnya era membebel 'How amazing Coolblog is'. Kbai. Oh thanks for reading my rambling column this week. See you later. 

Note: jangan salah faham dengan entry Shodate dan Rambling, mereka adalah dua benda yang berbeza, Shodate lebih kepada announcement, manakala Rambling lebih kepada bebelan tak bermanafaat. 

Thursday, February 14, 2013

Shodate #4

I know, I know, I've been a lazy bumps for this past several weeks. Blog pun update jarang-jarang. Kalau ada pun mesti versi 'Shodate' macam ni. Ini seratus peratus semua salah 'M' dan sekarang ni pula dilambakkan dengan stok drama-drama baru. Jadi fokus tu tak boleh nak bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. I'm not a really good in multitasking except eating and watching at the same time.

Plus, bila tengok entry-entry kebelakangan ini, (era 2013) is not really up to the par. I don't know, maybe it's only just my feeling.

Dan diet ku hancur lebuh since I'm coming back home. I just can't stop munching. Sampai ada satu masa bila timbang berat balik (dekat rumah orang) berat naik mendadak! Bukan koman-koman 5-6 kg tapi lebih. Oh, I just secretly wish that machine had some kind of dysfunction problem.

Sekarang yang paling penting adalah mintak-mintaklah jauh daripada perangai hangat-hangat tahi ayam dan sifat menangguh-nangguh. By the way, korang tak rindu ke entry pasal makanan? Aku rindu gila.

Wednesday, February 6, 2013

WZ The Builder

Semalam, semasa sesi membeli belah di Tesco my family decided to buy me a present. Hahaha. 

Jang~~!!



A DIY (Do It Yourself) Bookshelf!! I'm soo excited! Finally, finally! Semua buku-buka aku ada ruang mereka tersendiri. Tidak merempat dekat meja atau ditempat lain sehingga ada yang terkorban digigit anai-anai. Dah lah buku feveret yang terkorban. *baling bunga ros putih dibelakang rumah*

Jadi dah nama pun DIY atau dalam BMnya BSS (Buat Sorang-Sorang), maka kena lah memerah keringat sikit untuk dapatkan hasil produk terakhirnya. I'm up for the challenge!



Jadi mana-mana skill menukang semasa matapelajaran Kemahiran Hidup disekolah cuba dulu direvivedkan balik (Pengalaman masa buat projek kotak kunci. lol). Got myself a screwdriver and logic sense. Pusing punya pusing, cabut punya cabut. Then voila~~

A complete set of not cacat bookshelf!!


Sebenarnya takde lah susah mana pun. Mudah saja. Kalau bagi tahap kesukaran. Nilai 1 untuk mudah manakala Nilai 5 untuk sukar. Aku bagi 1 lah. Memang easy peasy. Jadi sekarang apa lagi, susunlah harta khazanah semua.

Flawless!
Tapi dah nak penuh. Aku agak kalau next shopping spree mesti dah tak muat dah. So, I'm thinking of having a second shelf. YES! YES! I want to have a mini library. *obsess* 

Monday, February 4, 2013

Shodate #3

Disebabkan ada masa terluang banyak sangat, aku sempat lah buat satu list sendiri apa makanan yang teringin nak buat time cuti. Tengok lah, ni baru tiga belum senarai lagi 27 lagi. Since setiap hari ada saja benda nak rasa. Dasar lidah puaka.

Gambar-gambar adalah ehsan daripada Google.

Western betul kan selera, well ni lah bahana apabila sudah 7 tahun tinggal di New York. *krik krik krik*

On the side note perasan tak resepi-resepi ni semua highly cost. Dah lah ko tak de sumber pendapatan yang tetap lagi. Mana nak korek duit? I hate this kinda situation. Tapi bila orang tu dah banyak duit, masa pula dia tak cukup. Jadi macam mana ni? But put that aside, I'll try my best to korek-korek and simpan that duit and try this menu by myself. And of course kalau menjadi akan dikepochi kan diblog dan di laman-laman sosial yang lain. 

P/s: Tau tak the urge nak delete bila aku tengok gambar tu. Sungguh amatur. Dengan frame hitamnya.

Sunday, February 3, 2013

Perihal Header

Hai! *pura-pura amnesia pasal isu dah lama tak update blog*

Sebenarnya daripada tahun lepas (kedengaran sungguh lama padahal baru 1-2 bulan) beriya nak tukar header. Siap dah buat stage 1 screening process mana satu font nak guna. But since I'm busy liddat (at that time final exam etc.), aku senaraikan yang mana berkenan dulu. Nanti baru pilih. Tapi rasanya dah tau mana yang nak guna.  


Tapi macam biasa lah manusia kan, time periksa kemain dia banyak sangat benda tak berkaitan dengan silibus peperiksaan semua dia nak buat. Tapi bila dah free, ada masa lapang semua mula lah malas nak buat pula. Maka marilah  sama- sama memberi kata-kata semangat kata tak sabarnya nak tengok header baru dan sebagainya di bahagian komen ataupun di twidder..

Tapi kalau ikut hati mau aje taip dekat Word lepas tu besarkan font kepada 40 ke then print screen then save as picture then upload ke blog. Senang bukan? Tak perlu Photoshop semua.

Bapak gila pemalas ko!