Tuesday, August 27, 2013

PERFUME Special: Artwork Album LEVEL3 Tersebar + Sedikit Ulasan Tentang 14 Lagu-Lagu Didalamnya

Sementara dunia masih lagi terkejut dengan aksi jeliran lidah (sungguh) panjang Miley Cyrus di Video Music Awards 2013 malam semalam, dunia PERFUME fans khususnya WZ digegarkan dengan berita yang lebih penting lagi.

Perfume Team  mengambil keputusan untuk mendedahkan cover album 'LEVEL 3' yang bakal dikeluarkan 2 Oktober nanti beserta dengan senarai lengkap tajuk lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini. 

MEROYAN KEGEMBIRAAN!


Limited Edition
Regular Edition

You always can count on PERFUME untuk menghasilkan cover album yang bersih, ringkas dan lawa. Tho aku rasa patut highlight kan sikit tajuk album tu bagi jelas sikit tetapi overall  I love it especially the Regular Edition. Analisis lengkap berkenan cover album ini akan dibincangkan lebih lanjut didalam entry seterusnya.

Maka entry ini akan lebih khusus kepada senarai lagu-lagu yang confirm ada dalam album ini. Secara keseluruhannya akan ada 14 lagu yang awesome lagi pure entertaining yakini pasti hit lagi mantap. Ayuh kita lihat satu persatu tajuk-tajuk lagu tersebut dan sedikit ramalan aku untuk lagu tersebut.

01. Enter The Sphere (Baru)

Duh! Terang-terangkan Sphere yang dimaksudkan adalah bulatan aura biru pada cover album untuk edisi Limited Edition (metafora bahawa aura PERFUME adalah sungguh awesome). Ataupun dengan lebih perkataan lain, ayuh kita menuju ke dunia muzik PERFUME dan jangan keluar lagi!

Oh! I do think this is just an intro. Muzik/Beat pembuka tirai yang lebih kurang 1 minit lebih. Konon-konon mcam jejaga semua, sila pakai seatbelt kerana kita bakal memasuki ruang dunia yang awesome sebentar lagi.

02. Spring of Life (Album-Mix)


Album mix bermakna lagu ini akan diremix dengan irama baru. Masih lagi mengekalkan lirik yang sama namun diadun dengan rentak yang berbeza. Mungkin akan lebih kepada club banging side? ataupun lebih comel? Kita tunggu dan lihat. 

03. Magic of Love (Album-Mix)


Lagu yang setiap kali masuk part Breakdown mesti meroyan badan nak berjoget sekali dan akan diremixkan dengan irama yang baru. Ahhhh~~!

04. Clockwork (Baru)

PERFUME mengingatkan kita bahawa masa itu emas. EMAS! And believe me pasti akan ada sound effect jarum jam berbunyi. Dan bayangkan dance routine dia apabila melibatkan tangan A-Chan menjadi jarum jam, Kashiyuka jarum minit manakala Nocchi jarum saat? Amazing.

05. 1mm (Baru)

Dalam dunia Quantity Surveying, walaupun 1mm besi pun pasti akan diambil kira. PERFUME pasti sedar akan kepentingan aspek ini. Maka tada~~ 1mm.

06. Mirai no Museum


Lagu untuk OST Doraemon dimana sudah pasti mendapat kedudukan no1 dalam carta box office pada minggu pertama keluar. Thanks to PERFUME. Tbh I was wishing lagu ni yang akan ada Remix version disebabkan irama dia agak cute dan agak tidak bersesuaian dengan imej PERFUME. Namun baru kusedar dalam hidup kita tak leh nak dapat apa yang kita nak. Tetiba.

07. Party Maker (Baru)


Ingat lagi lagu ni pernah buat 16 saat kemunculan dalam iklan BB Sparkling PERFUME yang terbaru. Kedengaran seprti 'Spending All My Time' tetapi dalam versi lebih overdose. And where can I get this BB Sparkling? Mana kedai jual? 

08. Furikaeru to Iru Yo (Baru)

Literally means 'I need to look back' (thanks Google Translator). PERFUME mungkin cuba mengimbaskan kembali hubungan yang tidak menjadi pada masa silam? Lagu mellow? Slow? Meroyan? I do think so. 

09. Point

B-Side untuk single 'Spending All My Time'. Although I do think Hurly Burly lebih layak daripada Point.

10. Daijobanai


Satu lagi Side B daripada single Mirai no Musuem yang berjaya masuk dalam Album ni. Daijobanai ataupun bermaksud 'Aku tak okay dowh' adalah pilihan single yang tepat!! Lagu meroyan pada kekasih tetapi pada masa yang sama ko boleh buat cool moves. Contoh ayat

Pasangan: 'Jom tengok Paku Pontianak?'
Diri sendiri:  'Aku tak ok dowh' 

11. Handy Man



Lagu pengaruh EDM+Arabic yang sungguh rancak. Handy-handy man diluar sana pasti bangga kerana memupunyai lagu tema sebegini! 

12. Sleeping Beauty (Baru)



13. Spending All My Time (Album-Mix)


YESSSSS!!!!!! Remix treatment!! Flawless song, Flawless dance moves, Flawless MV. You will deal!!

14. Dream Land (Baru)


Is it me or this song macam kesinambungan untuk lagu Sleeping Beauty? Sleeping Beauty must be proud. 

Jadi sebagai konklusi terdapat 6 lagu baru minus Intro, 3 single dapat remix treatment dan 4 lagu asal. Kelihatan mantap! Definitely will buy this.

Oh, sebelum berakhir ayuh kita bertenang sejenak dan mengenangkan single-single lain yang tidak dapat dimasukkan dalam album inil


RIP! Irama mu akan dikenang.

Monday, August 26, 2013

Top 5 Perisa Coolblog Pilihan WZ Versi Crayon Pop 'Bar Bar Bar'

Sebagai duta tidak rasmi Coolblog untuk tahun 2013, (Heliza who?! *rolling eyes*) dengan ini aku berhasrat untuk membuat satu entry khas untuk Coolblog. Terima kasih kepada Coolblog kerana memberi peluang kepada kami para pengguna untuk merasa Bubble Tea dengan kadar yang murah sampaikan kadang-kadang gerai penuh seolah-olah semua orang macam batak tak pernah minum benda alah ni. 


Maka disini aku nak menyenaraikan list Top 5 perisa pilihan WZ apabila berkunjung ke Coolblog. Tapi sebelum itu sila perati betul-betul ye, ia ialah pilihan tunas lidah WZ. Bukan pilihan anda, abang anda, emak anda ataupun siapa-siapa juga maka jangan nak meroyan tak setuju kalau list ni tak menepati citarasa korang. 

Oh, and if you don't like Bubble Tea,



boleh simpan tips kesihatan anda dan boleh mula minum air kosong 8 gelas sekarang.

Are you ready?



#5 Milk Tea Kosong Blog (Nama official tidak diketahui)

Perisa Bubble Tea paling basic gila kalau kau order pasti akan siap dalam sekelip mata. Ok actually dalam 10-15 kelip mata minus the long que. Sebenarnya benda alah ni adalah basic tea yang digunakan dalam hampir kesemua perisa Bubble Tea rangkaian Coolblog. Senang cerita tanpa benda ini, Bubble Tea anda adalah meaningless. Dan aku suka minum benda ni tanpa sebarang toppings disebabkan kalau ada topping sebagai contoh pearl rasa macam OCD nak kunyah semua pearl padahal tak payah pun takpe lantas hilang nikmat menyedut air secara rakus. Oh dan ia juga murah RM1.80.

#4 Volcano Milk Tea Blog (No Toppings)

Ataupun dengan nama lain 3 Layer Tea versi murahan. Masih lagi tak faham apa connection dengan meletak nama volcano maybe konon-konon lapis-lapis tu metafora untuk lava? Walaupun rasa dia agak hambar cair namun sering menjadi pilihan diri untuk diminum bersama nasi campur. 

#3 Banana Oreo Blog (No Toppings)

Perisa pisang yang flawless dicampur dengan oreo coklat adalah kombinasi kimia yang oh! tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Sedut sehingga ke dasar cawan. 

#2 Cendol Blog bersama Apple Jelly

My personal favs. Kalau rasa rindu dan craving meluap-luap terhadap cendol tetapi;

a) Sukar mencari gerai cendol di tepi jalan kerana duduk di Kota Metropolitan
b) Status kebersihan gerai diragui
maka akan terus membeli benda alah ni.

#1 Teh Tarik Blog bersama Coffee Jelly

Walaupun rasa dia langsung tak rasa macam teh tarik. Tapi macam ada sesuatu yang menarik perhatian diri untuk menikmati air ini berulang kali. Dan lebih awkward bila teh tarik tapi rasa Coffee. Kena tipu ke? Tapi buat-buat macam tak perasan. I'm soo dumb and naive but never mind. 

Maka keep calm dan minum lah Coolblog sambil melompat keriangan ala-ala Crayon Pop! Jumping yeah jumping yeah everybody!

P/s: Coolblog please fix up your unresponsive website and create new flavour before I'm starting to get jemu dan muak.

Thursday, August 22, 2013

Rambling Yang Sekian Kalinya

Beberapa minggu lepas adalah sangat busy dengan real life sampaikan kedua-dua mata hampir terbelalak melihat post akhir adalah lebih kurang 2 minggu yang lepas. Masa berjalan sungguh pantas! Tapi akhirnya malam ni dapat peluang jugak curi-curi masa nak taip. Sebenarnya selepas penjenamaan semula blog ini perancangannya nak update seboleh-bolehnya sehari sekali. Tapi macam biasa lah memula je berkobar-kobar lepas tu... *krik krik krik*

Dengan kata lain hangat-hangat tahi ayam. And aku literally pernah kena tahi ayam dekat tangan. Memang panas tapi cepat sejuk (fresh). Jadi valid juga simpulan bahasa ni.

Frankly speaking aku tak tau nak buat entry berkaitan apa. Cuma tulis secara random dan aku pasti tajuk dia pun dah fikir nak letak nama yang klise gila macam Shodate lah, Rambling lah, Bingkisan Hati lah whatsoever. Menyampah gila. Tak kreatif langsung. 

Selain HHTA, isi entry yang nak ditulis baru-baru ni pun macam agak terhad. Sebagai contoh:

i) Food Stuff
Segmen yang sangat aktif di masa lampu (circa 2011-2012) namun sekarang disebabkan aku duk berulang makan benda yang sama macam tak bernafsu nak update. And pelis tak ke gedik jikalau hari ni post 'Review Coolblog perisa Valcano Milk Tea' diikuti pula dengan post "Review Coolblog perisa Teh Tarik Blog' pada keesokkan harinya? *rolling eyes*. Tak thrilling langsung! 

ii) Book Stuff
Segmen yang bermodal banyak. No money no book and please again tak payah kepochi kabo download lah PDF format. Sebagai contoh sekarang lihat trilogy Hunger Games versi Free Edition Apps yang didownload. Ada semangat ke nak baca? Ya untuk 10 muka surat yang pertama.


iii) Personal Stuff
Ain't no interesting story happens... yet. Yet = 5 tahun sekali

Dan sekarang tinggal PERFUME stuff sahaja yang banyak nak ditulis. Kalau nak diikutkan hati memang nak update manjang benda tu saja. Tapi nanti karang mula lah start demonstrasi jalanan kata Blog ni Blog Perfume ke Blog WZulhilmi? Walaupun bilangan likes di Fan Page yang baru hanya 5 orang sahaja. (Promo)

But I'll try my best to update as frequent as I can walaupun orang duk kata Blogging ni soo 2012. Bluergghh. Sementara itu aku baru tahu yang...

How many germs live on your cell phone?

K.

Wednesday, August 7, 2013

PERFUME Special: Tarikh Album Level3 dan Iklan Chocola BB Menganggu Sedikit Persiapan Raya

Dimasa umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, sama ada shopping last minute ataupun menggantung langsir baru. PERFUME a.k.a group techno paling berjaya di Jepun (dan juga flawless!) telah membuat announcement yang penting pada malam tadi dan wajar kita berhenti seketika daripada melakukan sebarang kerja. Biarkan rendang didapur rentung! Ini lebih penting.

Level3 iaitu album penuh keempat PERFUME akan dikeluarkan secara rasmi pada:

2/10/2013

Maka bolehlah start pre-order di laman-laman website utama seperti YesAsia, CDJapan etc secara rakus. And I'm sure I'm going to to save up some money start from now on to buy this CD. Limited Edition please. *mata bersinar*

Sementara itu tiada lagi cover official untuk Level3 dikeluarkan tetapi marilah kita assume ia akan kelihatan sangat fantastik dan mantap. 

Sementara itu,

PERFUME telah secara rasminya mengeluarkan video iklan untuk syarikat Eisai untuk produk minuman kesihatan yang bernama Chocola BB (Nama pun sudah kedengaran yummy!). Dalam iklan 16 saat tersebut telah digunakan sedikit snippet lagu terbaru mereka bertajuk 'Party Maker' sebagai background music. LAGU BARU! Yesss!  


Uh-mazing!

Party Maker sounds generic but I need to listen the whole song first before making any decision. But on the side note,

Chocola BB mengandungi Vitamin C, B1, B6 dan Ferum yang baik untuk kesihatan!! Malah ia disediakan didalam perisa oren! Goodbye Twister.

Sunday, August 4, 2013

Pertembungan

Jumaat yang lepas perkara yang tak disangka telah terjadi semasa pulang daripada tempat kerja. Lagi sikit saja lagi nak sampai ke destinasi yang nak dituju. Tapi belum sempat sampai, dekat satu simpang empat ini dan masih lagi turn aku untuk melintas ke depan satu teksi meluncur laju dan tak semena-mena bertembung dengan kereta aku. It was shocking! Sebab ini adalah pengalaman pertama diri sendiri terlibat dengan kemalangan.

The moment what can I described is, bila masa bertembung tu zon masa bergerak sangat perlahan. You can actually see everything in a slow motion. Dari segi pergerakan air bergerak ke cermin memang boleh nampak! Walaupun hakikatnya benda tu berlaku dalam sekelip mata sahaja. Plus, at the same time you feel nothing. Macam kosong. Macam jantung ni tak berdegup. 

Bonet depan kemek teruk. Plat was missing in action. Pintu penumpang hadapan belah kiri tak boleh buka for no reason. The alarm system suddenly go crazy. a=Aku nak tepek gambar pun tak sampai hati. Buat jadi lagi stress. Tapi mujurlah diri ni tak apa-apa. Itu yang paling penting bukan? Tapi ko tau deep down in your heart you're going to confront with a lot of problem after this. A LOT!.

Lepas dapat ambil details dengan si teksi tu dan siap blaming him for what just happened. Dia cuma kata nak selesaikan semua dengan report polis. Ok fine. Report polis. Dan aku berharap nanti boleh lah kut-kt insurans dia boleh cover up semua kerosakkan kereta aku tu sebab memang salah dia pun. Tetapi ada satu fun fact disini.

KERETA TAK BOLEH CLAIM INSURANS DARI MANA-MANA PENGAKUTAN AWAM. (Ini termasuk bas, lori, teksi etc). 

Walaupun hakikatnya kemalangan tu berpunca daripada kenderaan awam tu sendiri. No you can't! NEVER. EVER.  Mereka ada some sort of imuniti. Jadi nak tak nak ko kena guna insurans sendiri. :(

Mohon semua proses berjalan dengan lancar. Amin.

Apa yang aku boleh simpulkan ialah:

Trauma? No.
Kecewa? Yes.

Thursday, August 1, 2013

Comeback

Assalamualaikum dan Hai!. 

Akhirnya setelah puas meroyan meluat tengok blog sendiri untuk beberapa bulan yang lepas dan mula abandon blog sendiri diikuti pula dengan aksi ugut mengugut readers dengan beberapa siri entry nak delete blog akhirnya kembali jua fresh dengan wajah baru.

Semua yang anda pandang atas bawah kiri kanan diperbuat 90% daripada tuan empunya blog sendiri. Mungkin, mungkin ia nampak simple dimple (itu kerana memang aku nak simple) macam satu petang dah boleh siap semua but actually it cost me 4 to 5 nights to cleaned all those messy HTML back to the normal state aand designing back the new template. Maka sedikit pujian adalah amat-amat dihargai diruang komentar.

Dan tiada lagi STARSTRUCK. I hate that name. Bukan nak jadi seperti kacang lupakan kulit, ya aku tahu aku bermula dengan nama tersebut. Cuma... aku meluat. So no Starstruck anymore and starting from now on, blog ini secara rasminya dipanggil sebagai WZulhilmi. Oh yeah!! 

Jadi, selamat bertugas kepada diri sendiri di alam blogger dan ye aku ingat lagi janji untuk entry yang lepas. Just be patience ok. See you soon.