Wednesday, August 7, 2013

PERFUME Special: Tarikh Album Level3 dan Iklan Chocola BB Menganggu Sedikit Persiapan Raya

Dimasa umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, sama ada shopping last minute ataupun menggantung langsir baru. PERFUME a.k.a group techno paling berjaya di Jepun (dan juga flawless!) telah membuat announcement yang penting pada malam tadi dan wajar kita berhenti seketika daripada melakukan sebarang kerja. Biarkan rendang didapur rentung! Ini lebih penting.

Level3 iaitu album penuh keempat PERFUME akan dikeluarkan secara rasmi pada:

2/10/2013

Maka bolehlah start pre-order di laman-laman website utama seperti YesAsia, CDJapan etc secara rakus. And I'm sure I'm going to to save up some money start from now on to buy this CD. Limited Edition please. *mata bersinar*

Sementara itu tiada lagi cover official untuk Level3 dikeluarkan tetapi marilah kita assume ia akan kelihatan sangat fantastik dan mantap. 

Sementara itu,

PERFUME telah secara rasminya mengeluarkan video iklan untuk syarikat Eisai untuk produk minuman kesihatan yang bernama Chocola BB (Nama pun sudah kedengaran yummy!). Dalam iklan 16 saat tersebut telah digunakan sedikit snippet lagu terbaru mereka bertajuk 'Party Maker' sebagai background music. LAGU BARU! Yesss!  


Uh-mazing!

Party Maker sounds generic but I need to listen the whole song first before making any decision. But on the side note,

Chocola BB mengandungi Vitamin C, B1, B6 dan Ferum yang baik untuk kesihatan!! Malah ia disediakan didalam perisa oren! Goodbye Twister.

No comments: